Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

December 20, 2011

Dugaan Menimpa Lagi..

Assalamualaikum...

Malam Ahad lepas aku dapat order dr regular customer yg nak beli beberapa bungkus nasi lemak.

Mcm biasalah pagi Isnin jam 2.30 pagi aku dh bgn utk prepare brg2 jualan..Tepat jam 4 pagi hubby pulak bangun utk melakukan rutin2 hariannya menggoreng telur , nuget , ayam dan ikan bilis seterusnya packing semua barang yg dh siap masak utk di bawa turun ke gerai..

Sementara menunggu azan Subuh...
" Ibu jgn lupa packing nasi lemak yg diorng pesan malam tadi " Abah remind kan aku sambil tangan dia ligat mengikat plastik bungkusan bekas mi grg , bihun grg dan nasi grg..Aku juz angguk sambil terus kan kerja2 membersihkan dapur...

Selesai packing semua nasi lemak , aku pun bersiap utk solat dan beberapa minit kemudian aku dh ada kat gerai utk memulakan kerja seperti biasa...Cuaca hari ni sgt sejuk..hujan turun renyai2. Angin yang bertiup membuatkan aku menggigil kesejukan.Aktiviti jualan juga agak perlahan hari ini..Mungkin disebabkan faktor cuaca...dan sedar x sedar aku berniaga hingga hampir waktu tengahari...huh!

Jam 12 tengah hari...
Aku tersenyum hambar mengira hasil jualan hari ini.." Alhamdulillah..biarlah sikit dari x der langsung.." aku memujuk hati sendiri...Aku simpan beg galas dan ambil tuala untuk membersihkan diri...Selesai mandi aku siapkan makan tengah hari dan selesai saja waktu Zohor aku pun masuk ke bilik utk merehatkan badan...

Baru aje mata ni nak terlelap..."Ibu , ada org nak ckp ngan ibu.." Suara halus puteri ke2 membuatkan mata aku separuh terbuka..Dengan malas aku mengambil henpon kat tangan si Jepun...

Aku  : Assalamualaikum....
Kawan : Waalaikumsalam....tgh tidur ke?
Aku   : Ha'ah , baru nak terlelap..Ada apa? - Aku bertanya malas dengan mata yang hampir nak melekat..
Kawan : Aku nak tanya lah..apsal kau jual sambal basi hari ni..
Aku : Hah?!!! - Terbuka luas biji mata aku..Serentak dengan itu hubby berlari masuk ke bilik. Maybe dia terperanjat dengan jeritan aku tadi .

Aku : Macamana pulak boleh basi ?Aku baru je masak sambal tu malam tadi tau...
Kawan : Aku pun hairan gak , x pernah jadi macam ni kan sebelum ni? Habis tu sekarang macam ne?
Aku : Nanti aku bincang ngan abang aku..Tapi apa2 hal pun aku minta maaf ye , besok aku ganti balik nasi lemak kau...

Perbualan tamat..Aku terpinga2 sekejap...Hubby bingkas ke dapur. Aku melompat trurun dari katil membontoti hubby ke dapur..Aku hanya melihat hubby mencedok sambal di dlm periuk dan merasa sambal tu kat hujung lidah..." Masih elok lagilah ibu..Macamana dia kata sambal kita basi? " Kening hubby bagai nak bercantum sambil memandang aku...Aku bingkas capai henpon..Aku nekad utk call semua regular customer aku yg beli makan bersambal pagi tadi..

Hairan!!!!!!

Semua customer yyang aku call mengatakan sambal aku masik OK!!!!

Tapi...sesuatu yang pelik telah berlaku...

Petang itu. sejam selepas aku dapat panggilan tepon , hubby panaskan sambal yang masih banyak berbaki kat dalam periuk...dan..sebaik sahaja api dapur dibuka..buih2 besar macam belon tiba2 keluar dari dasar periuk...seolah2 ada anak ikan tengah bernafas kat dalam periuk tu..Kemudian disertai bau yang meloyakan..

Pantas hubby tutup api..Kami berpandangan sesama sendiri...Hubby cuba nak rasa sambal tu tapi aku menegah..

Penyudahnya malam itu kami nekad utk buang sambal yang dah rosak...Dan aku kerugian 10kg bawang dan 1 kg lada serta 1/2 botol minyak masak..Tapi aku redha...Allah lebih mengetahui...

Dan pagi ni aku masak sambal nasi lemak yang baru dgn mulut dan hati aku x henti2 berselawat serta mohon perlindungan dari Maha Esa....

Alhamdulillah pagi ni..regular customer aku masih sudi membeli di gerai walaupun mulut aku ni x henti2 say " Sorry " kat diorng...dan hasil jualan hari ini juga sangat memberangsangkan..

Terima Kasih Ya Allah...

December 09, 2011

Hujan Oh Hujan....

Secara rasminya en3 kali ni adalah en3 utk aku melepaskan ketensionan, kestressan dan kebengangan ( ampun la ek kalau bahasa agak merapu...he he he ). Ops! lupalak  nak bagi salam...

Assalamualaikum....
Mcm biasa lepas meniaga pagi tadi , kira2 jam 11 pagi aku meneruskan rutin harian di rumah , membasuh bekas2 jualan dan masak utk lunch...pkl 2 lps sumanya beres aku pun mulalah panggil si Bulat n Jepun utk " Landing Time"..membuta lah ! He he he

Nak dijadikan cite..tgh2 sedap ZZZZZzzzzzz.....

Aku buka mata...gelapnya....
Aku bangun dan tgk jam kat hall..." eh baru pkl 3..."
Aku tinjau kt luar tingkap..." Oh hujan rupanya "

Aku senyum sambil garu kepala bila nengok Adik dan Qira bergulung dlm selimut..." Hish tido petang pun nak pakai selimut , bila malam x nk pakai pulak"...aku ngomel dlm hati , sambil masuk ke toilet...

" Abah , hujan2 jgn on PC..kilat.." aku sempat bebel jap kat hubby yang juz jelir lidah  je bila dia dgr aku membebel..."

Beberapa minit kemudian...Selepas kuar dr toilet , dan kononnya nk sambung balik membuta...angin kuat giler berserta dgn petir...

Tetiba aku rasa mcm ada kat tepi pantai....dan serentak tu jugaklah hampir suma tingkap umah aku terbuka...x penah aku nengok keadaan mcm ni...seram siot...

Air hujan mula masuk dlm umah...kelam kabut hubby ttp tingkap , tapi bila tutup, tingkap terbuka balik sebab penutupnya dh patah dek angin kuat td...nk x nak kitorang yg kat dlm umah ni terpaksa tgk kan aje air hujan masuk dlm umah...keadaan tadi sgt menakutkan..langit gelap , kilat memancar2 , petir berdentum mcm bunyi mercun...Adik dan Qira dah berpelukan takut..

Almost 1 jam ....aku , hubby dan anak2 hanya pandang je air hujan yang dah membanjiri umah...

Hingga ke saat aku tulis en3 ni , hubby tgh mengemop lantai dapur yang banjir...mujur jugak brg2 meniaga x basah sbb hubby sempat simpan dalam stor..cuma tingkap bilik stor je yg x rosak sebab terlindung dr angin...

Apa yg paling menyedihkan....suma baju yg aku basuh tapi sempat nk lipat...dan menimbun2 tu tak sempat diselamatkan...habis sumanya basah...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

August 29, 2011

LEPAS GIAN!!!!

aduhai lama betul aku x merapu kat blog sulung aku nih. first 2 sekali aku nk mintak maap lah ada kengkawan yg sentiasa mengikuti perkembangan blog ni  yg agak "menguncup" 2 bln kebelakangan ni..Banyak cite aku nk share ngn korang tapi x der masa yg boleh dicurik utk aku merapu brg seminit dua kat sini...Ini pun sebab dh balik beraya kat kampung ...bila ternampak je laptop mak , tetiba gian nk mengetuk keyboard dtg...so pada kengkawan yg nk tau apa yang aku buat sepanjang 2 bulan lps ..korang scroll u je lah blog en3 ni yek...ha ha ha ...

June 16, 2011

Nasi Lemak Vs Nasi Ayam

Hai kengkawan , 

aku mencurik - curik masa utk menghapdet blog sulung aku ni sambil merapu sekali kat blog novel . Kesibukan melanda tak jadi jadi penghalang aku utk merapu kat blog ni.

Alhamdulillah bisneS yg baru 2 minggu aku ceburi ni berjalan lancar , walaupun ada masa untung banyak , ada masa untung sikit . Tapi memang puas hati. Thanks jugak pada family dan kengkawan yg bnyk bagi semangat. Especially my Mr. Hubby. Dia pun dh pandai masak nasi lemak kukus. he he he 

Skrg ni aku dh menambah menu dalm bisnes makanan aku ni . Aku jual nasi ayam kukus . Resepinya adalah resepi dari air tangan sendiri. Dan hasil jualan nasi ayam ni sangat mengujakan . Dan Alhamdulillah dah ada tempahan katering yang di buat untuk nasi ayam kukus ni. Hrga masih dalam rundingan .

Apa yang paling aku suka...Disebabkan kurang rehat  dan kurang membuta...berat badan aku dah susut sebanyak 5 kilo!....SANGAT SUKEEEEEE.....

June 07, 2011

Peniaga Berdiploma ....

Lamanya aku tak hapdet blog ni. Sejak dua menjak ni banyak betul peristiwa - peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku ni. Antara percaya dengan tidak aje aku rasa. Masa berjalan terlalu pantas , kalau dulu aku selalu mengira bilalah tibanya hari Sabtu dan Ahad , bolehlah aku berehat sakan kat umah.

Tapi sekarang ni , istilah rehat adalah hanya untuk tidur sekitar 2-3 jam je. Sebabnya ...

Bertukar profesion .
Dari surirumah tangga , aku dah beralih ke bidang penulisan e - novel , bila aku tgh syok2 mengarut kat blog e-novel aku yang tak sampai 3 bulan tu , tetiba timbul lak keinginan nak cuba - cuba berniaga. Aku buat keputusan untuk meniaga pun dalam keadaan spontan . 

Last week  aku dapat gaji mengasuh , tetiba gatal lak mulut ni ajak hubby cuba - cuba meniaga nasi lemak. Mula- mula hubby kata aku ni main - main je . Dia kata , aku yg dia kenal adalah  :~

  • a) seorang yang kurang keyakinan nak berdepan dgn orang ramai.
  • b) malas nak keluar rumah
  • c) malu x bertempat.

Hmmmm..apa yang hubby ckp tu betul. Tapi dia tertinggal sesuatu tentang bini dia yang debab ni . 

"TANPA KEBERANIAN , MIMPI TIDAK BERMAKNA"

Maka secara rasminya Rabu lepas aku dah mula meniaga sarapan pagi secara kecil - kecilan . Alhamdulillah setakat ni hasilnya agak memberangsangkan walaupun tidak lumayan . Biasalah , baru mula berniaga . Sarapan fevret customer of course nasi lemak.

Dan bermula esok , aku mula berniaga malam pulak . Mungkin rezeki aku di sini . Insya Allah.....Apa yang menariknya , sepanjang aku meniaga ada jugaklah beberapa orng bks student yg dtg membeli . Rata - rata masih panggil aku "teacher" .

Malu ? Apa yang dimalukan? Aku menggunakan segala skill yg aku ada semasa aku mengajar dulu . Contohnya , bila customer Cina datang survey makanan yang aku jual , aku bantailah cakap mandarin dgn diorng ..sekarang aku dh ader customer tetap berbangsa Cina. Kalau korang nak tau  , gerai nasi lemak aku betul - betul berhadapan dengan Kolej Masterskills . So bila ada student yg dtg beli , aku bantai lah cakap omputih...Bila diorng tanya dulu aku kerja apa , dengan bangganya aku ckp aku pnh jadi cikgu dulu . Bagi aku tak de pa yang nak dimalukan as long aku mencari rezki yang halal.

Aku menggunakan tulang 4 kerat untuk membantu suami mencari rezki dan Alhamdulillah hubby menyokong penuh hobby baru aku ni Dia pun makin seronok sebab selain aku sibuk meniaga , aku blh joging sambil meniaga. Hubby tolong jaga gerai sementara aku joging dalam 2 3 round ..bila dh makin ramai customer , aku take over lah balik..he he he ...Kalau sapa2 yg duduk kat Seri Alam ni mesti tahu Masterskills tu berdepan dengan taman rekreasi. Syok gak jalan laju sorang2 awal pagi ni... dan .....aku dah tak malu nak naik ke  atas weighing scale lagi!!!!!!!....Sebab.....dalam masa 6 minggu aku dah turun 2 kilo...!!! YEEEEEEHAAAA

Manalah tau kan kot2 boleh lak aku kurus bila jual nasi lemak ni..he he he ...kalau x kurus pun xper..senang sikit customer nak nampak dari jauh..ha ha ha..

Pada kengkawan , doakan semoga hobby baru aku ni sukses ye...babai....

May 21, 2011

Hobi baru.

 Lama pulak rasanya aku tak melawat blog sulung aku ni. Sejak dah ader hobi baru ni , kesempatan nak merapu kat sini agak terbatas . Alhamdulillah hubby menyokong penuh hobi baru aku ni . Antara sebab - sebab yang dia menyokong penuh hobi baru aku ni .

~ dia kata aku dah kurang membebel .
~ dia kata aku dah kurang tidur petang
~ dia kata dah ada orang yang temankan dia berjaga malam masa dia mengadap komputer.
~ dia kata aku dah  tak ngigau masa tidur malam....letak kepala je terus Zzzzzzzzzz.....

Anak - anak juga menyokong penuh hobi aku . Antara alasan kakak  dan  Qira...( Syahir belum pandai komen apa 2..he he he )

~ ibu dah kurang marah
~ ibu suapkan tiga - tiga sekali makan serentak ( selalunya kakak ngn Qira kena makan sendiri..bila aku suapkan jimatlah masa aku nk mengemas dapur .)
~ ibu pun join sekali buat kerja sekolah .. ( itu kakak kata sebab bila aku merapu utk Izinkan Aku Bahagia ( IAB ) aku akan join kakak ngan Qira buat homework .

 Aku harap sangat hobi baru aku ni dapat menghasilkan sesuatu . Aku tak pedulik lah teknik penulisan aku tu tunggang langgang ,  yang penting hati puas dan aku bersedia utk menerima komen membina dari kengkawan.

Masa aku tengah merapu kat en3 ni aku dah dpt beberapa order utk dapatkan full edition IAB . Terima kasih pada kengkawan yang sudi order . Pada kengkawan yang nak buat order blh lah blogwalking kat sana dan tinggalkan komen korang ye...

Babai....

May 15, 2011

suke suke je...

Aku tengah berjinak - jinak menulis novel . Saja nak isi masa lapang dan hilangkan stress. Kalau ada kelapangan silalah blogwalking kat :


sorilah kalau mutu penulisan kurang memuaskan ...he he he ... And I'm open to read your comments .

tima kasih pada kengkawan yang sudi singgah kat saner ye...

Mandi

 Dan 2  hari lepas  aku celebrate besday puteri ke -2 , Izma Nurul Syaqira .Cepat sungguh masa berlalu . Dah 4 tahun umur si Jepun ni . Sejak dah berumur 4 tahun ni , semakin banyak karenah dia . Ada saja akalnya untuk mengusik kakak dan adik nya...


Tengah Malam 13 / 5 / 2011
Selalunya dia tido awal . Tapi malam tu cerah pulak mata si Jepun . Tepat 12 tengah malam , masa dia tengah asyik tengok Maharaja Lawak .....

" Qira , g mandi " muka aku siyes je...
" Apsal lak kena mandi ibu " Jepun dah buka baju. Dia ni kalau bab main air memang suka .
" Kau kan belum mandi " abah menyampuk ..Kitorang berdua dah tersengih - sengih bila tengok muka blur dia.
" Qira dah mandilah " dia dah bercekak pinggang . 
" Belum , g lah mandi . Bau bacin " abah tinggi suara .

Dia berdiri kat luar bilik air . Muka macam nak nangis je . Aku buat dek je sambil tengok tv .

" Ibu , Qira mandi besok boleh tak , Qira pakai bedak banyak - banyak masa nak tidur nanti eh." mulutnya saje di muncungkan. Aku ngan abang dah tergelak . Pastu aku jerit kat dia..." Hepi Besday !...Ibu main -main je lah ....ha ha ha

May 09, 2011

Salah Dengar ke Salah Cakap?

 2 3 hari ni , kesabaran aku sering diuji oleh Si Puteri Jepun aku ni.Aku faham dia nak kan lebih perhatian dari aku.Cuma kadang2 perangai dia buat meter kesabaran aku asyik nak melambung je...huh!

Istighfar?  Dah lebih dari tu aku buat.Pernah sekali..punyalah nak menahan marah kat dia , dekat 1 jam aku menyejukkan badan kat dalam bilik air...duhai anak...

Satu hari ...
"Ibu , mana cawan Qira? Apsal x letak atas meja? Kan Qira dh pesan jangan bagi sapa2 pakai cawan tu!"

Celik je biji mata , dia dh tembak aku dengan bebelan.  Suaranya sengaja disengaukan..konon-kononya sedih sangat lah...Aku layan kan je..walaupun telinga aku dh mula nak membahang..

"Roti mana?" lah..... x habis lagi rupanya.."Qira , boleh x cakap elok2?" aku dh mula naik angin .Mujur dia diam je.Aku jenguk jam..Dah nak dekat pukul 10.30 pagi.Kejap lagi aku kena siapkan kakak untuk pergi sekolah.Dalam kepala aku dah terbayang..mesti jap lagi Qira akan buat hal lagi.Otak aku dah ligat mencari idea macam mana nak ngelakkan dia buat hal jap lagi.

"Qira , nak tolong ibu x?" aku cuba pancing dia...
"Tolong apa?" dia tanya balik sambil tangan dia sibuk sapu kaya kat roti..
"Tolong ibu g kedai makcik Nor" aku pandang dia dengan harapan dia terpancing...
"Nak beli apa?" dia tanya lagi.Kali ni dia dah melompat turun dari kerusi dan menuju ke dapur..Yes! Umpan dah mengena.
"Tolong ibu beli telur 10 biji pastu kalau ader duit lebih Qira beli jajan" aku hulurkan 5 helai duit kertas seringgit kat dia .Dalam hati sangat lega....tapi....
"Qira nak pergi kedai sorang2 je...sapa pun xleh ikut..." ek eh...dia bagi syarat lak kat aku..
"Ok..tapi jgn lari-lari tau..." pesan aku.

Sementelah pemergian Jepun ke kedai..aku siapkan kakak.15 minit kemudian , aku terdengar suara kecil memberi salam...Belum sempat aku bukak pintu...dah terjongol si Qira dengan muka merah padam.Aku pelik..apsal lak nih...

"Ibu ni jahatlah..lain kali Qira x nak g kedai lagi!" dia tutup pintu umah sekuat hati , letak barang yang aku pesan kat dapur pastu menghenyakkan badannya yang kenit tu kat sofa.

"Apsal?" aku tanya Qira sambil tangan sibuk melipatkan kain..
"Suruh orang g kedai , tapi bagi duit x cukup" dia dah mula nangis...Aku pelik..selalunya mesti ada baki..Kali ni apsal leh x cukup lak...

" Xpe la..petang karang g lagi ye.."Aku pujuk dia sambil bagi dia makan aiskrim yang aku buat sendiri..Diam la mulut dia kejap...

Petang tu...
Aku tengah sibuk2 kat dapur nak sediakan minum petang...roti celup ngan telur...roti telur la tu...Aku bukak plastik telur yg Qira beli tadi.Tida-tiba aku ternampak benda lain kat dlm beg plastik tu...Pelik...x puas hati aku...aku panggil si Jepun tu..

"Qira , sapa bagi benda nih?" aku tanya sambil tunjukkan "benda" empat segi sama kat  dalam beg plastik tadi.
"Kan ibu yang pesan...tu pasallah x cukup duit...suruh beli barang banyak2..kan dah x cukup nak beli jajan.."omelan dia membuat aku tersedak....muka Qira nampak x puas hati..merenung aku dengan mata bundarnya.

Sambil tersenyum..."Sapa pulak yang pesan?.meh sini ibu tunjuk...kat dalam balang ni dah penuh dengan "benda" nih..x kan lah ibu nak suruh Qira beli lagi..."aku explain kat dia sambil tunjukkan balang berisi "benda" tu.

"Ye..Qira dengar ibu sebut camtu" dia x nak mengalah lagi....

"Oklah ..x pe..kalau x nak ngaku x per..."aku surrender...

Beberapa minit kemudian...

"Ibu , cuba ibu cakap balik ..sama macam ibu cakap masa ibu suruh Qira g kedai tadi" dia bagi arahan kat aku pulak..

"Qira , dalam beg plastik ni ader 5 ringgit.Nanti beli telur 10 biji dengan beli jajan .Hah!Puas hati?" aku tanya dia balik...

"La ilahaillallahhhhhh...Qira salah dengar la bu..Qira ingatkan ibu suruh beli belacan...patutlah duit x cukup...ha ha ha ..."dia gelak sambil tepuk dahi...  "Sori ye bu.Qira silaplah"....aku tenung dia...konon-kononya nak marah..Tapi sudahnye kitorang gelak melambak2 kat dapur tu dua beranak...

BELI JAJAN.....BELACAN....aku salah cakap ke dia yang salah dengar?wakaka...

May 07, 2011

Double Triple Celebration...

Selamat Hari Ibu!!!!!!

Bulan 5 ni mmg banyak tarikh2 bersejarah dalam hidup aku...meh aku nk cite satu2....

Frankly , aku sebenarnya x tahu pun the actual date utk Mother's Day ni..Sebabnya bagi aku ..tiap2 hari aku sambut Mother's Day..yelah..aku rasa dalam seminggu ..almost everyday aku tepon mak..kalau bukan aku yg bercakap..mesti anak2 aku yg berborak ngan wan / atuk diorang..Ada2 je benda yg diorang nak repot...Dulu masa aku blm kawen..bila tiba bulan 5  je..melambak2 lah kek kat dalam peti sejuk..

Mula - mula sambut Mother's Day..
Dulu...kitorang (aku ngn along) yg akn ambik alih duty kt dapur ..Ayah akan bertindak jadi Mr.Penasihat...Nak msk spesel sket lah kononnya...Tapi , yg aku perasaan..menu speselnya...Nasi Ayam jer...Pastu mesti ader acara potong2 kek... 

16 MEI ....Hari Guru pulak...
Ada cite yg aku nk share ngan korang pasal hari guru ni...kalau masa zaman2 aku skolah dulu...aku beli kad atau bunga utk mak..sebab dia pun merupakan cikgu aku dulu...Pastu setiap kali tu jugaklah aku akan join utk buat persembahan kat skolah..Tapi pada tahun 2004....

Aku dapat merasa jugaklah macamana rasa nya di raikan oleh murid2. Dan part yg paling best..of course la masa dpt hadiah...Masa tu aku dh 2 thn mengajar..tapi tahun 2004 ni sambutan nya agak luar biasa sebab itulah tahun terakhir aku mengajar dan pada tahun yg sama jugaklah keta aku penuh dengan hadiah yang aku dapat...dan juga hadiah yg mak dapat...Petang selepas sambutan Hari Guru kat sekolah masing2..aku ngan mak bukak la hadiah2 yg kitorang dpt dari anak2 murid masing2...

Lepas habis bukak suma hadiah...aku pun mula mengira jumlah hadiah yg aku dpt..dan buat pertama kalinya ..aku punya hadiah lebih banyak dari hadiah mak!!! he he  he... Itulah kenangan yg paling aku x leh lupa..sebabnya kitorang berebut almari nk susun hadiah masing2....Memang happening betul....gembira campur sedih sebab lepas tu aku dh x dpt lagi hadiah yg banyak camtu....hu hu hu...

16 MEI...Besday Along Jugak!!!!
Ada satu kenangan yg aku x leh lupa ..yg best dan yg x best...

Kalau x silap aku masa tu aku sekolah rendah...masa musim Piala Thomas...zaman nama Rashid Sidek tengah meletup...

Beberapa hari sebelum besday Along...Satu family tengah excited menonton perlawanan Piala Thomas..masa tu Malaysia masuk Final..tinggal beberapa mata lagi sebelum Malaysia menang...sambil tolong along hidangkan makanan untuk dinner...mata aku ni x lepas dari TV...punyalah excited nk nengok badminton..aku berlari2 anak2 dari dapur ke ruang tamu sambil hidang dinner.Nasib x menyebelahi aku...along dh warning awal2 lantai dapur baru lepas mop..so..sendiri mau ingatlah kan...dia tengah menggoreng ikan...aku ni nak amik jug air kat dalam kabinet yg terletak kat  atas dapur...aku jinjit kaki nk amik jug..tapi ntah macam mana aku terkelicik...dan jatuh..lebih teruk lagi masa aku jatuh tu tangan aku tercapai telinga kuali!!!!

Dalam sekelip mata minyak panas dah landing atas tangan aku...dan suara aku meraung dah memeranjatkan seisi umah..tindakan pantas mak ngan ayah bawa aku g hospital telah menyelamatkan tangan aku dr luka teruk...tapi sebab nk selamatkan aku..tekanan darah mak pulak yang naik ..masa tu dia tengah ngandungkan adik bongsu aku.. Mungkin sebab terperanjat dan penat jaga aku...tapi mak x merungut pun..a few days later..mak sibuk pulak buat preparation utk celebrate besday along dan teacher's day ...ada 2 kek lagi..dan aku meraikan besday diorng dengan tangan yg menggelembung...hi hi hi..

Cite nye x habis lagi tau...beberapa hari lepas tangan aku sembuh...sedang aku membasuh pinggan kat dapur...tangan aku sibuk la menggonyoh cawan2...dan x semena2 ...ada satu gelas yg agak comel ..dan x padan langsung dgn saiz tgn aku...Aku masukkan tangan yang penuh dengan sabun kat dlm gelas tu..dan..."prakkkkkk!!!!!"  gelas tu retak..dan yg paling teruknya..hujung gelas tu dh melekat kt jari telunjuk aku...sambil lelap mata...aku tarik tangan aku keluar dr gelas yg retak tu..."sappppp!!!!!"...aku rasa jari aku ngilu...mula2 takut nk pandang....beberapa saat kemudian aku rasa  pedih yg amat sgt...

"Makkkkkkkkkkk!!!!!!" itulah perkataan pertama yg keluar dr mulut aku bila aku tengok buih sabun dh bertukar jadi kaler merah...dengan perut yang sarat mak basuh tangan aku..dan ternampak lah isi jari aku yg mcm perut ikan yg terbelah...Meraung?..heh...mustahil lah  kalau aku x melontarkan vokal aku yg sumbang nih....Dan mak?...kena darah tinggi lagi sekali...

Dah berbelas tahun berlalu..setiap kali aku tengok parut kat jari kanan aku, insiden tu mcm baru semalam je aku rasa...hmmmmm....

21 June....Pedet Ayah...( SELINGAN )
Sorilah..aku nk selitkan jugak cite adik aku ni walaupun dia lahir bulan 6

Mak sempat buat jemput-jemput ( cekodok ) utk breakfast pagi tu...Masa tu , aku tengok mak relax je....walau pun muka dia dh agak sembab dan tembam...lepas breakfast mak berehat kat dalam bilik..tapi aku pelik apsal ayah asyik keluar ke dalam sambil angkut beg baju mak...x lama pastu aku dengar bunyik motor kat depan umah...wan ngan atuk datang...lepas aku tengok ayah bercakap2 ngn wan..aku  tengok ayah pimpin mak masuk dalam keta.Tanpa fikir panjang aku meluru masuk dlm keta jugak walau pun ditegah oleh along , wan ngn atuk...Aku tau..masa utk mak melahirkan sudah tiba...Aku berkeras nak ikut jugak...Dan itulah pertama kali nya dalam hidup aku menyaksikan macam mana seorang anak keluar dari rahim ibu!!!

Mak selamat melahirkan adik bongsu aku di Hospital Swasta...Dan sebenarnya ..insiden aku menyaksikan peristiwa bersejarah itu adalah sesuatu yg tidak disengajakan kerana masa doktor tengah sibuk2 suruh ayah masuk temankan mak..aku menyusup masuk ikut mak masuk menuju ke labour room...tapi segala2 aku saksikan melalui cermin kaca...

13 MEI....anak sendiri pulak...

Ulangtahun yang ke-4 buat Izma Nurul Syaqira...Bila dah ader anak sendiri..barulah aku 100% faham betapa besar nya pengorbanan seorang ibu...dan x aku nafikan..setiap kali nk bersalin...orang pertama yang aku pohon ampun dan maaf adalah mak aku..Aku tau telah banyak airmata mak gugur kerana aku..Walau beribu kemaafan yang aku pohon mungkin x sama dengan apa yang telah dia lakukan utk menjadikan aku seperti sekarang..Andai dapat di putarkan kembali masa..Aku ingin jadi anak yang menyenangkan hati nya pada masa dulu...

"SELAMAT HARI IBU  BUAT MAK...SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA KESIHATAN MAK ....ANDAI NYAWA INI BOLEH MENJADI GALANG GANTI , AKU PASTI ITU PUN BELUM CUKUP UNTUK MEMBALAS SEMUA  PENGORBANAN MAK ...."

MA SAYANG MAK....

April 30, 2011

Pandai - pandai sendiri je...

Ada kengkawan yang tanya kat aku , anak2 aku makan supplement apa utk proses tumbesaran diorng? Aku jawab..diorng makan semua benda yg boleh dimakan ...selagi tidak memudaratkan kesihatan diorang..aku bagi je..Ada jugak yg tanya ..ada tips2 yang aku boleh share ngan diorng ....Tips apa yg diorng ndak eh..Hmmmm...aku rasa sepanjang aku membesarkan 3 Izma nih ...antara yg aku pernah dan selalu buat...

Kakak....

Dia ni masa dalam pantang dulu ,dijaga oleh mak aku ..sapa lagi...Cikgu Rusnah tu la...penjagaan mak adalah 100% modern stile . Walaupun moden , tapi tetap ada jugak la sapu2 ngan minyak telon...yelah budak masih merah lagi kan..mesti nk kena sapu ngan minyak angin..nk ngelak kembung perut...

Tapi lepas sebulan berpantang kat Bahau , mak mertua aku pulak ambil alih menjaga aku ngn kakak kat Johor.Mmg satu kejutan buat aku...sebabnya...mak ( mak mertua aku ) punya cara penjagaan memang tradisional habis...Jadi jakun aku kejap...ops..sebelum tu..bagi sedara- mara yg baca en3 kali ni aku nk bagitau awal2 ye..ni bukan nk mengutuk ok..Aku juz nk share cite ngn korang..dan juga persediaan bg kengkawan yg akan melalui pengalaman ni nnt..Ok..meh kite sambung..

Cara mak T'ganu jaga aku ngn kakak mmg berbeza hbs dgn cara mak Bahau jaga . Kalau Mak Bahau, lepas mandikan kakak , dia akan lumurkan kakak dengan minyak angin dan bedak baby..tapi Mak Ganu lumurkan kakak ngn minyak kelapa...dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...siap urut2 lagi badan kakak...Sekali tengok mmg nmpk sakit..Tapi aku tengok kakak tdo lena je lepas kena urut...Kalau korang nak tau..minyak kelapa yang dia sapu kat seluruh badan kakak tu dia buat sendiri tau...bau nye pun...perghhhhhhhh....mula2 sapu mmg sedap bau nye...mcm kerisik..tapi bila dah lama2...he he he...LU PIKIRLA SENDIRI!!!...

Syaqira....

Anak dara aku yg sorang ni cuma 2 minggu je berpantang kat Bahau..Dia ni hampir 90% aku jg sendiri masa dlm pantang...Aku punya stail?..Lagi simple...x der la nk sapu ngan minyak2 bagai...sebab tu la rambut dia ni nipis dan halus je..x macam kakak...korang tgk je la perbezaan rambut diorang...

Kalau korang nak tau masa kakak umur 4 bulan , dia demam panas..masa tu mmg aku x tau nk buat apa2..kelam kabut , takut , suma ada..bayangkan je lah pukul 3 pagi dia menangis meraung2 walaupun dh bagi ubat demam.Segala-galanya bermula lepas kitorang pergi Klinik Penawar.Doktor tu mcm tau yg kitorang ni baru first experience..so macam2 tips yg dia bagi...Tapi sebelum tu dia dh masukkan ubat demam kat bontot kakak....senyap terus budak kecik tu..


Antara tips yang dia bagi dan masih kitorang praktikkan sampai sekarang..

~ bila rasa suhu badan anak x mcm biasa..mandikan dia lebih kerap..tapi kalau panas nye x turun2 jugak..mandikan dengan air sejuk dlm peti sebagai rawatan kecemasan sblm bawak g kinik .

~ ubat batuk mmg x sesuai dgn bayi / kanak2...kalau kerap sangat bagi ubat batuk diorng blh kena flue atau hingus asyik meleleh je..so alternatif lain yg sangat berkesan..bagi diorng minum madu lebah yg dicampur dengan sedikit perahan limau kasturi...

~ bayi yg mandi air paip biasa tanpa campuran air panas ..tulang diorng lebih kuat ..itu yg doktor tu ckp..so lepas pantang 40 hari je..aku dh mandikan budak2 ni dengan air paip je..Tapi tengok cuaca lah..kalau cuaca sejuk aku mandikan dengan air panas jugak...:)

Antara benda2 yang aku pandai2 sendiri je bagi kat 3 Izma ni...

~ umur diorng sebulan je aku dh bagi minum susu yg dicampur dengan nestum..Mula2 takut jugak nak bagi..tapi bila tengok diorng mcm x puas je minum susu..aku nekad campurkan sikit dlm susu diorang..Then bila aku tengok "production" diorng ok je...aku continue je la...

~ kadang2 diorng ni kena cirit - birit jugak...so aku akan letak sikit garam dalam secawan air suam then bagi diorng minum...

~ kalau tengok diorng ni dh dekat 2 hari x "melabur" aku akan beli Vitagen...lepas kena 2 botol sorang ....pelaburan pun aktif balik...

Syahir....
 
Budak kecik ni pulak mak Bahau cuma sempat jaga dia 2 minggu je...Dia kan lama duduk kat dlm spital..So penjagaan dia mmg ikut cara hospital ...Pengalaman pertama menjaga anak lelaki memang mencabar kesabaran dan kewibawaan aku..X boleh la aku silap makan sikit mesti perut Syahir akan kembung .Yelah ..dia kan menyusu badan...banyak benda yang aku kena pantang makan..sampai air sejuk pun aku x leh minum...hampir setahun aku x minum air dalam peti sejuk...air batu jauh la sekali..Kadang2 bila tekak aku teringin sangat nk minum air sejuk...aku bagi Syahir minum susu botol ....

Kalau kakak2 dia x payah sibuk2 nak tuam2 ..tapi Si Bulat ni...setiap kali lepas mandi atau tukar pampers..mesti aku kena tuam "adik" dia...Masa dia kecik dulu..pusat dia tersembul keluar...Puas jugak aku tekan2 ke dalam tapi tetap tersembul jugak..Bayangkan je la..aku letak syiling 50 sen kat atas pusat dia..syiling tu boleh jatuh...Tapi lama-kelamaan..bila badan Syahir makin mengembang..pusat dia dah jadi normal balik...

Aku ada dengar mcm2 petua orang tua2 untuk berhentikan anak dari menyusu badan..aku punya petua senang je...Mesti kengkawan yang pernah mengandung ada makan vitamin c ( ubat kaler kuning saiz kecik )..Bau ubat tu mmg x best kan...Ha...caranya..aku hancurkan ubat tu sampai jadi serbuk..pastu aku sapukan ke sekeliling aerola ( puting )..Cara ni aku buat masa nk stop kan Syaqira dulu..Tak tau lah cara ni berkesan ke x utk Syahir nnt...Ok ...sekian saja tips aku utk korang...kalau rasa nak follow...silakan...kalau x nak pun x per....:)

April 29, 2011

Suami Oh Suami !!!

Ni cite 2 minggu yang lepas ....

Pagi tu aku tengok perangai abah pelik sikit...selalunya bila aku kejut bangun pagi , dia mesti minum air panas dulu sebelum masuk ke bilik air..Tapi pagi tu ..dia terus masuk ke bilik air..Hmmmm....dh x tahan nak "melabur" kot..aku teka dalam hati je...Pagi tu jugak dia agak senyap..x ramah mcm biasa.X der ucapan Salam & gud morning kiss seperti lazimnya.. Aku biarkan je..Maybe dia penat sebab lambat tido mlm tadi. Tulah sapa srh leka sangat ngadap komputer ? Pukul 3 pagi baru tido..

Sebelum dia keluar rumah , aku salam tangan abah mcm biasa dan menghantar dia kat hujung tangga sambil mendukung Syahir.Tapi masa aku nak kunci pintu rumah , baru aku perasan , kunci yang aku pegang tu kunci kereta!!! Alamak...maknanya abah dah terbawa kunci rumah.Mujur jugak kat kunci keta tu ada jugak kunci umah..Aku geleng kepala je...Dalam hati dah mula nak mengomel..Apa lah abah ni..

Masa aku kemas2 umah ....
Aku tengok kotak rokok dan lighter abah terletak cantik je kat atas peti sejuk..Huh!!! dia lupa la tu..Aku cakap sorang2...Tapi..."Ya Allah!!!!..Beg duit pun tertinggal jugak?!!!" aku dh separuh menjerit...Pantas aku berlari ke dalam bilik tidur mencari henpon .

Lebih kurang camnilah perbualan nya..

Aku : Assalamualaikum..
Abah: Waalaikum salam..Ada apa ibu?
Aku : Cuba abah tengok dalam poket seluar apa yang x der?
Abah : Jap eh.....( beberapa second pastu ) eh wallet abah tertinggal ye bu?
Aku : Hish!!!Apalah abah ni...Satu lagi..pagi abah start keta pakai kunci apa?
Abah: He he he ..pakai kunci umah..Sorilah ..abah x perasan terbawak salah kunci..jangan marah ha...

Aku masih x puas hati lagi , aku pelik nape aku x dengar bunyi mesin yang selalu dia guna masa dia kerja..aku tanya lagi..

Aku : Abah ok x ni?
Abah: Ok je..nape?
Aku: Abah kat mana?
Abah: Errrrr...kat tempat keja la..nape?
Aku : Apsal senyap jek...jgn tipu...abah kat kinik ke ( Aku serkap jarang je..sebab 2 hari sebelum kejadian ni dia ader ngadu sakit pinggang )
Abah : Mana ibu tau?Hehehe...dengan ibu ni x leh nk secret langsung lah...Abah kat kinik gigi lah....Jap g 
abah tepon balik ye..jgn risau lah, abah x der apa2..nak amik ubat je..bye..

Henpon dimatikan....

1/2 jam kemudian.
Aku terdengar pintu rumah dibuka...Abah senyum je bila tengok aku renung dia dengan muka masam...Aku bukannya marah pun..Saje nk marah2 manja..he he he ..

Aku: Mana ubat nya? ( aku tanya sebab aku x nampak pun plastik ubat kat tangan abah..
Abah : Klinik tutup...
Aku : Klinik tutup? Klinik 1 Malaysia tutup?
Abah: Bukan Klinik 1 Malaysia..Abah g klinik gigi tadi...

Baru aku teringat dia ader cite kat aku yg gigi geraham dia dah berlubang.Tapi bukan itu motif cite ni yang sebenarnya..

2 hari selepas kejadian...

Aku tanya abah bila lagi nk g kinik gigi ..Dia kata kinik gigi kat Masai ni buka hari Isnin dan Jumaat je...Dan kebetulan petang tu abah bawak kitorang jalan kat pekan Masai...Tetiba dia kluar citer masa dia g kinik tempoh hari...

"Ibu nak tau..sebenarnya haritu abah dah tersalah g kinik...Abah  x tau pulak kinik gigi ngan kinik kesihatan tu diorang buat asing2..."

Dia sambung lagi bila aku tanya..."Haritu abah g kinik kat mana?"

"Abah g kinik yang kat atas bukit tu...dah dekat sejam tunggu , baru sampai angka giliran , bila dah buat kad,baru nurse kat dalam kinik tu bagitau kinik gigi kat bawah bukit , tapi kinik tu buka hari Senin ngan Jumaat je.."

Mata aku dh terbeliak sambil menahan gelak...

"Laaaaaaaa.....memang 100 percent salah !!!!!!! Kinik yang kat atas bukit tu kan Klinik Ibu Mengandung dan Kanak2...!!!!

Huargh hahahahah!!!!!...

April 28, 2011

Jom Join Bloglist Jamal

Pagi tadi masa aku membelek2 Nuffnang , tetiba ternampak lak  member Innit yang sorang nih..So terasa mcm nk mencuba nasib .Manalah  tau kan kot2 ader la rezki anak - anak,tergerak lak hati Jamal ni nak menyenaraikan blog aku kat dlm bloglist dia..

Bagi kengkawan yg dh follow blog aku ni pasti sedia maklum yang blog aku adalah tentang kehidupan seorang wanita , anak dan isteri yang berbadan XXXL...Susah, senang , suka dan duka menjadi XXXL nih..

So bagi kengkawan yang nk berminat nak menambah pendapatan macam en.jamal kita ni boleh la g kat blog dia

banyak sangat info yang dia provide utk org2 yg berminat nk buat duit melalui blog nih..Aku pun nak cuba jugak..x rugi mencuba kan..kalau ader rezki...sumanya utk keluarga dan anak- anak.Insya Allah...

Kisah 2 budak Hilang....

Last week kitorng g shopping baju sekolah kakak ...mcm biasalah , aku mengangkut semua askar2 aku ikut sekali..dibantu oleh en.hubby..Sebelum tu kat dlm keta aku dh siap pesan kat abah, jgn lepaskan adik..kalau x larat nk dukung..letak je dia dlm troli...abah diam je...

Masuk je kat dlm kedai baju ....

Mula2 semua masih terkawal lagi ...tapi lama2 Syahir dh mula gelisah...dah mula mengeliat2 nak lepaskan diri dari dukungan...aku pulak tgh sibuk mencuba2 baju kt badan kakak...

Nak jadi cerita...aku panggil abah utk tgk baju yg aku pilih utk kakak..Saje lah nk  tnya pendapat dia..Masa tu aku tgk Si kecik tu berjalan terkedek2 kat depan abah....Sambil mulut dia terjerit -  jerit...Sukalah dapat lepas...pastu aku tgk dia main nyorok2 ngan Syaqira kat celah2 baju tu...Pastu aku ngan abah leka mencari baju2 lagi utk budak2 ni...Tetiba kakak tanya...

Kakak : Ibu , Qira dengan Adik mana?

Aku toleh kiri kanan , pastu aku tengok abah dh berlari menuju ke pintu masuk kedai baju tu...dia tanya guard yg berdiri kat situ...aku perhatikan dari jauh guard tu geleng2 kepala nya..Darah aku mula berderau..mula2 fikir yg bukan2....Tetiba aku terdengar suara Syaqira mengilai-ngilai ketawa...

"Ha ha ha ha ...ibu..adik ader kat celah baju ni ha!!!!"

Abah meluru kat tempat Syaqira berdiri...pastu aku tengok abah pun gelak besar sambil dukung Syahir yg dah pucat lesi...Agaknye dia x jumpa jalan keluar dari tempat baju tu kot...

"Kan ibu dh pesan jgn lepaskan adik." Aku mulalah nk membebel ...tapi bila tgk adik tersenyum ...terbantut lak aktiviti membebel aku...pastu aku sambung pilih baju lagi...Tetiba...

Abah : "Ibu....Qira mana?!!!"

Oh my God!!!!!Lagi sorang pulak ilang..kali ni aku terus g kat cashier...tanya ada CCTV x dlm kedai tu..Tapi belum sempat cashier tu menjawab ...salah seorang pekerja kat kedai baju tu menyapa aku...."Kak , tadi saya nampak dia kat tempat anak lelaki akak tadi..."

Abah pergi balik kat tempat dia jumpa Syahir tadi..Tapi Qira x der kat situ...Aku dh mula gelabah...tapi dari jauh aku terdenar suara budak nangis....

"huuuuuuuuu.....huuuuuuuuuu...abahhhhhhhhh....ibuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

Pekerja2 kat dlm kedai baju tu pun tolong cari sekali...rupa- rupanya dia cari Syahir..tapi sudah nye dia sendiri yg lost!!! huh....

Lepas kejadian tu..dua2 x berani nk jalan jauh2..Syahir pun x berani nk turun dari dukungan abah..Si Jepun pulak jalan sambil pegang baju aku .

April 20, 2011

Kenapa , Mengapa ?....

 Sejak dh buat kerja part time kat umah ni..masa sgt lah terhad utk buat / fikir benda2 yang lain..Badan mmg penat tapi aku rasa mcm aku suka pulak keadaan sekarang sebab aku dh x sempat dh nk fikir benda2 yg mengusutkan kepala otak sebelum tidur..Sekarang ni , letak je kepala kat bantal..terus je ZzzzzzzzZzzzzz.......

En3 kali ni aku nk story sikit pasal anak dara aku yg no.2 , Izma Nurul Syaqira . Dia ni sejak dua menjak ni dah jadi sangat becok pulak .Dia dh join venture ngan si Kakak. Hmmmm..budak berdua ni mmg sibuklah nak menolong sekali aku mengira envelope . Tapi aku x bagi sebab kalau dia be2 dah campur tgn .. gerenti si Syahir pun nak menyibuk sekali..Ok back to Syaqira..

Banyak benda yang dia soal kat aku dalam beberapa hari kebelakangan ni.Syok jugak melayan pertanyaan2 dia ..Tapi ada jugak antara soalan2 dia tu yg buat aku  jatuh dari kerusi dek gelak..Jom layan cite dia..

Masa tengah nengok cite "Waris Jari Hantu"...

Jepun tanya....
" Ibu , harimau tu orang ke harimau?"

Aku jawab...
"Harimau tu haiwan la..

Beberapa minit kemudian...

Jepun tanya..
"Ibu , tadi ibu kata harimau tu haiwan..apsal tetiba harimau tu pakai kain?"

Aku ....x mampu nk jawab sebab aku dh terkekek-kekek gelak sampai jatuh dari kerusi...wakaka...

Satu malam masa tengah nengok Akademi Fantasia 9 ( Konsert Pertama )

Masa Miza tengah nyanyi...Qira tanya..

" Ibu , kakak yang badan macam ibu tu nyanyi ke jerit?"

Abah tolong jawab bagi pihak aku ...
" Dia tengah bernasyid...

Masa Raqib tengah nyanyi....dia jadi pengkritik bebas..

"Laaaaa.....dia nyanyi pakai henpon lak ibu ..."

Aku senyum je sambil tangan ligat buat kerja..tiba2 satu umah gelak bila nengok Enot naik pentas...dan gelak aku jadi makin kuat bila Qira cakap...

"Tadi nyanyi pakai henpon , ni dia bawak mak dia sekali nyanyi ngan dia !!!! ha ha ha ..Mak dia pun macam ibu ...ha ha ha "

Petang hari minggu lepas saja2 lah bawak diorng ni lepak2 kat bawah . Then jiran cina yg kat tingkat atas umah aku tu turun dgn boyfren dia ..Aku juz angkat tgn je kat dia sebagai tanda ramah ..Aku x perasan lak yang si Qira ni merenung couple tu sampai keta diorng hilang dr pandangan . Dan x disangka - sangka ....

"Ibu , semalam Qira tengok anak Aunty May tu kan kecik je..hari ni camne dah sama besar ngan dia pulak?" huargh hahahaha ....aku gelak je tanpa menjawab soalan dia..takut lagi banyak pulak soalan dia...

April 15, 2011

I miss bloggingggggggggg

Waduh...lama nya x merapu . Kesibukan yg melanda 2 3 minggu tlh menyebabkan aku kekurangan masa utk menjengah . Kalau ikutkan banyak menda yg aku nk tulis..tapi dgn line problem , melayan karenah anak2 , kerja2 umah yg x penah selesai , part time job yg baru aku buat..huh mmg x ckp masa.Hari ni ader kelapangan sket , aku curik2 masa  nk mengetuk2 keyboard ni ha..rindu sangat nk menaip sudah tidak tertahan lagi..he he he ..Apa aku buat yg sampai xder masa nk mengemas blog ni eh...

Part time kat umah
Aku dpt offer dr mak budak yg aku asuh ni utk buat part time , mengira & mengikat envelope kat umah..mula2 mcm x nak..tapi bila fikir balik..x rugi mencuba..lagipun sambil nengok tv pun blh buat kj...duit masyuk jugakkan..baru 5 hari buat dah 200 kotak berjaya aku siapkan..kerja nya mmg senang tapi aku ni x thn duduk lama2 , sakit pinggang...plus dgn setiap hari tdo kul 2 pagi ...pastu kul 5 pagi dh kena bgn ...kepala pun jadi kembang..semalam aku telah diarahkan oleh mr.hubby utk stop 4 awhile sebab aku dilanda sakit pinggang dan demam...huwaaaaaaaaa....

Syahir oh Syahir...
Hmmm ...budak kecik ni pun merupakan salah satu sebab aku x dpt nk mengadap monitor ni lama2...sebabnya..makin membesar..makin aktif budak kecik nih..antara perkara negatif dan positif yg berlaku antara aku ngn budak kecik ni....

Malam ABPBH yang malang....
Tengah aku syok2 melayan ABPBH ..si kecik ni x habis2 main kejar2 ngan kakak-kakak dia...tapi bila time iklan blh lak duduk diam2..bila start je balik ABPBH tu..mulalah diorng riuh- rendah...Masa tu..aku mmg tgh leka ngadap TV...tetiba Syahir datang terkam aku dari belakang...aku diam je...pastu dia landing pulak atas riba aku...then bangun balik sambung main kejar2...At the 2nd time si kakak ngn jepun kejar si kecik , dia berlari kononnya nk menyorok kat aku..tapi suddenly kepala dia terhantuk kat muka aku ....

Perghhhhhhhh!!!!!!!..Kebas muka aku kejap..kalau ikutkan hati mmg teruk kena lepuk budak2 bertiga tu..tapi aku sabar je sambil tangan menekup muka ....berdesing telinga aku beb...Tapi yg pelik nye apsal kebas kat muka aku  lambat surut...Tetiba kakak menjerit.." Ibu...darah!!!!!"...Alamak...!!!!Aku tercedera ke?...Cepat2 aku masuk dlm bilik air..Sebaik saja aku tundukkan muka ke sinki...darah menitik2 laju kat dlm sinki...Aku cuba sentuh hidung aku tapi x der drh yg keluar dr situ...then aku sentuh mulut...yup....dr situ lah darah tu keluar...tapi aku masih x tau lg besar ke x luka nya sebab muka aku masih kebas...Makin aku berkumur2 makin banyak darh yg keluar...Si kakak ngan Jepun dh mula terjerit-jerit panggil abah diorng.." Abah...cuba g tgk ibu kat dlm toilet..banyak darah..."

Abah menjenguk aku sambil dukung Syahir...tetiba Syahir nangis...konon2 rasa bersalah la tu..ceh!Abah letakkan air batu kat bibir aku yg luka utk berhenti kan darah...almost 30 minit baru kebas kat muka aku ilang...abah dh ajak aku g kinik coz muka aku dh pucat...tp aku x nak ... eeeeeeeeeeeee.....takuuuuuuuuuuttt...Bila aku nengok bibir aku kat cermin..luka nya x lah besar sgt..tapi agak dlm...Pastu aku senyum sorang2...dh mcm mulut Anita Sarawak daaaaaaaaaaaaaaaaa......

Gugurnya airmata ibu ....
Si Syahir ni tgh sibuk nak belajar bercakap..kakak2 dia pun join sekali ngajar dia bercakap...dia dh boleh cakap abah , mama , kakak ,adik ,tido..mcm2 lagi. Tapi dia blm blh panggil "ibu".Puas aku ajar...tapi yg keluar dari mulut dia ..."babah"

Kelmarin masa aku tengah sibuk mengira & mengikat envelope. Budak kecik tu sibuklah mengendeng kat tepi meja. Puas dia cuba nk panjat meja tu tp berjaya sebab aku dh simpan semua kerusi bagi mengelakkan dia panjat meja tu.Maybe sebab geram sgt x dpt nk kacau aku , mulut dia mulalah bising.."nak..nak..nakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!..dia dh mula menjerit..Tapi aku buat dek je...Abah ngn kakak2 dia juz tolong gelakkan je...

Tetiba..."eeeeeeeee....nak..nak..eeeeeeeeeeeeee.....buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!.....

Semua mata pandang ke arah Syahir...terhenti tangan aku kejap..."Betul ke apa yang ibu dengar abah?" aku tnya abah.." Dia sebut ibu kan?" Abah tanya aku balik..."Yelah..kakak pun dengar dia sebut ibu..Qira dengar x?" kakak pulak menyampuk.Syahir jadik pelik tengok suma orang pandang kat dia..."Adik nak apa?" aku saja umpan dia untuk sebut perkataan keramat tu lagi sekali...

"Adik nakkkkkkk....nakkkkk....ibuuuuuuuuu.....nakkkkk tuuuuuuuuuuuu!!!!!" dia  merengek sambil berguling2 atas lantai...Pantas aku bangun & dukung  then peluk dia ,cium2 pipi dia sampai dia naik heran apsal tetiba je aku gomol dia..Abah juz pandang sambil senyum lebar ..." Good boy!!!" jerit kakak ngan Qira. Ya Allah..x sedar airmata aku mengalir laju ..Dah lama aku tunggu dia sebut perkataan tu ...dulu kakak2 dia senang je nk sebut perkataan tu bila di ajar.Tapi adik ni lewat sikit...tu yg menbuatkan aku sebak bila dia dpt sebut perkataan tu..Dan keesokannya dia mempraktikkan perkataan tu sekerap mungkin...sampai dh bertukar sebutan nya "ibu....ibuuuuuuu..bubuuuuuu....bruuuuu....bruuuuuuu...bruuuuuummmmmm...bruuuuummmmm...pit piiiiiittttt"...terjerit2 budak kecik ni sambil naik keta mainan dia...ha ha ha

April 05, 2011

housewife vs working mother ....

Kes Pertama : Working Mother
Seorang ibu menerima panggilan dari pengasuh anak2nya mengatakan anak dia terjatuh dari tangga dan menerima 4 jahitan di kepala.Beberapa hari kemudian masa ibu tu jemput anak dia kat umah pengasuh , dia tengok kaki anak dia berbalut dengan kain napkin. Bila ditanya ,pengasuh tu ckp kaki anak dia tersepit kat celah rim basikal.Konon nya x teruk , tapi hampir 2 minggu anak dia terlantar di atas katil . Rentetan dari dua kejadian itu anak2 dia jadi trauma dan kerap menangis malam. 

Beberapa bulan kemudian semasa mereka sekeluarga sedang menonton televisyen , keluar la adegan seorang ibu memukul anaknya dengan penyangkut baju . Dan tak semena - mena si anak bersuara " Macam ni lah mak selalu pukul kita kan? " mak tu merujuk kepada pengasuh yang menjaga anak2 si ibu. Apalagi...terkejut besar si ibu.Semakin hari perangai anak2 si ibu semakin menjadi2..sudah pandai mencarut..dan yang paling ketara... cepat marah .

Setiap kali si ibu menjemput anak2nya di rumah pengasuh pasti ada aje cerita yg x enak di dengar. Dan tahap kesihatan anak2 dia pun jadi x menentu.Kejap ok ,kejap demam .Dan kualiti kerja si ibu pun makin menurun sebab x cukup rehat..malam nye kena melayan karenah anak2 , berjaga malam sebab anak2 kurang sihat , macam2 lagi...

Kes Kedua : Housewife
Bangun seawal 5 pagi , kemas umah , sediakan sarapan untuk suami ,siapkan makan tengahari dan macam2 lagi.Bila semua kerja dah selesai.. suami dah pergi kerja , sementara menunggu anak2 bangun tidur , si ibu ni mengadap komputer , layan FB sambil cari peluang kerja secara online.Ops ..lupa lak nak tulis..si ibu ni juga mengasuh anak orang.

Menjelang petang , si ibu mengajar anak2 membaca ,menulis mengira sambil mendodoikan anak kecilnya di dalam buaian . Malam , selepas Maghrib , ibu tu mengajar anak2 dia mengaji dan menghafal ayat - ayat lazim .

Begitulah rutin ibu ni tiap2 hari .Tapi si ibu ni gembira sebab anak2 dia membesar di depan mata Dan apa yang paling mengujakan...anak2 dia boleh membaca , sembahyang dan mengaji atas hasil usaha si ibu tu sendiri dengan bantuan suaminya.

....................................................................................

Kedua2 kes kat atas nih bukan nak membeza-bezakan kebaikan wanita berkerjaya dengan suri rumah rumah sepenuh masa. Tapi hanya sekadar nk share cite tentang cabaran ibu bapa sekarang dalam membesarkan anak- anak. Dengan putaran waktu yang semakin laju , jadual waktu anak2 yang semakin padat , dapatkah kita terapkan nilai kasih sayang dalam keluarga kita? Hmmmmm... pendapat setiap orang berbeza - beza. Jadi tepuk dada ..tanya minda...

p/s : En3 kali ni x merujuk pada sapa2 pun sebab aku adalah ibu dalam 2 kes kat atas.Ramai yang setuju bila aku berhenti kerja dan ramai jugak yang kata aku bodoh . Hmmmmm...entah la...:)

March 31, 2011

Adibah Nor , Shanie & Erra Fazira .....itu ibu ke?

Ahad lepas , satu family duk lepak2 kat umah sambil layan "Cinta Kolestrol" . Tgh syok2 nengok TV , tetiba Si Bulat bgn pastu jari telunjuk dia lurus je ke arah TV sambil jerit2..."bu...bu...bu..."


 Ada -ada je si Bulat tu....

Malam tadi masa tgh sibuk2 kat dapur..terdengar kakak & Jepun terkekek - kekek gelak kat depan TV...Aku pun tinjau la sikit ikut celah langsir dapur tu ..cite apa yang kelakar sangat tu ? dalam pada tu aku terdengar si Jepun kata..."Macam ibu kan kakak ? he he he ..."  Eh sapa pulak yang dia kata macam aku tu...tak puas hati nih...aku selak luas sikit langsir dapur tu .....laaaaaaaaaaaa.....korang mesti pernah tengok iklan Libresse kan ....

Haiyaaaaaaa.....ada ke dia kata aku mcm kak dibah tu....huh...


Pagi ni tadi diorang melayan cite "Kembar Siang "...rasa2 nya korang boleh agak x budak berdua cakap apa...hmmmmmm.....kali ni si kakak pulak....."Qira , cuba teka muka Mak Yam tu mcm sapa". Si Jepun jawab..." Alaaaaa..senang je....mcm ibu lah...he he he "...pastu diorang gelak melambak-lambak.Korang  nak tau sapa ....Ni ha...
 hmmm....suka ati korang lah anak -anak oiiiii..... :)

March 26, 2011

Oooops! Sorry........

Lepas Subuh tadi , aku keluar sorang2 ke kedai . Kononnya nak beli sikit barang dapur dan cari sarapan.Aku suka pergi kedai pagi- pagi sebabnya x ramai orang ,senang sikit nak cari barang. Ada satu kedai tu yg bukak 24 jam . Aku memang suka pergi kedai ni sebab barang2 basah dia fresh dan harganya murah la jugak.

Tapi pagi ni , aku tengok banyak pulak lori peruncit yang parking kat depan kedai tu.Ermmmm...lantak lah.Aku pun masuk dlm kedai..banyak jugak barang2 yang baru sampai .Semuanya belum disusun kat rak.Diorng letak je dulu kat lantai..Lepas ambil bakul untuk isi barang2 , aku pun pergi pilih lauk2 basah..Pastu pergi kat rak susu...kat depan rak tu diorng susun tin sardin mcm bentuk piramid ( boleh bayang kan tak ?......) punyalah tinggi..separas dengan pinggang aku...errrr..aku ada pinggang ke?..he he he.... ruang kat situ dah jadi sempit sampaikan aku terpaksa mengiring nak lalu kat lorong antara rak tu....tapi aku rasa kalau orang yg berbadan normal x payah nak mengiring kot.... he he he ...

Tiba2 ada lak orang lain yang nak lalu jugak kat lorong tu , aku pun mengundur la balik...puk!!!! aku terlanggar tin sardin yg diorang susun tadi..nasib baik  2 3 tin je yang jatuh.....aku kutip dan letak balik kat tempat dia . Aku tarik nafas ...apsal la diorng susun tinggi2 ? sengal betullah....Ada jugak 2 3 pasang mata yang pandang aku sambil senyum kambing ....aku sengih je....huh..ada aku kisah?

Pastu aku terus pergi ke rak susu . Masa nak menuju ke kaunter , biasalah mesti lah kena beratur tunggu turn kan..Hmmm masa tu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku . Aku nak letak bakul kat lantai sebab nak kuarkan beg duit ...tapi bakul tu ter"landing" kat sardin "piramid" tadi....apa lagi...puk..puk...puk..puk...puk..habis berterabur suma tin2 sardin tu.....Habis aku dikelilingi kat tin2 sardin....tuan kedai pandang aku sambil tersenyum...."Ops....sorry..saya x sengaja ." aku ckp dengan muka yang dh mcm pakai 2 3 bakul blusher .....eeeeeeeeeeeeeeee.....malunyeeeeeeeeeeeeeee....

Aku x leh nak bergerak sebab ditimbuni dengan lautan tin sardin .....Aku pun mula la kutip tin2 sardin tu , tapi tuan kedai cakap "Tak pelah kak...nanti saya srh budak2 saya kutip .."pastu dia pun panggil pekerja dia kutip tin2 sardin tu...Yang aku pulak...tak berhenti2 mintak mahap....Dan kononnya untuk menebus kesalahan aku , aku pun belilah 2 tin sardin yang terjatuh tadi..Erk!!!

March 25, 2011

3 Izma Dan Botol Susu .....

Sekarang kan tgh kecoh pasal penggunaan botol susu tu kan? Ramai gak yg tanya aku kat mana nk cari botol yg selamat digunakan utk anak masing - masing .Bagi aku ,dah x payah fikir nak cari botol susu untuk anak2 sebab semuanya dah x minum guna botol susu .Tapi ada cerita yang aku nak share pasal anak2 aku dan botol susu diorang . Kita start dgn yang sulung dulu eh..

Izma Nurul Syafiqa
Si kakak ni dulu aku bekalkan susu badan yang aku letak dlm botol pada pengasuh dia .Setiap malam , aku akan perah susu aku dan simpan dlm peti sejuk .Dari hari Isnin sampai Sabtu , 6 botol susu aku bekalkan untuk dia . Dia minum jugak susu formula , tapi aku nak juga dia minum susu ibu dia walaupun waktu tu aku xder dgn dia . Dia gunakan botol susu sampai Syaqira lahir ..tapi ada satu insiden yang membuatkan dah x nak minum susu dalam botol lagi...hmmmm

Kalau x silap aku masa tu umur dia 2 thn 1/2 . Budak - budak ..kalau setiap kali lepas minum susu mesti main campak je botol susu kan . Satu hari tu dia melalak nak minum susu ..ops!..lupalak nk bagitau masa tu dia dh x menyusu badan sebab Syaqira dah rampas kuasa ....he he he .Ok sambung cite..Puas aku cari botol susu dia tapi x jumpa .

Tengah aku sibuk mencari , tiba2 aku dgr dia menangis sambil menjerit...aku ingat kan dia terjatuh . Rupa-rupanya dia tengah ketakutan sebab ada binatang ni dalam botol susu yg dia tengah pegang...nak tau binatang apa...ni ha!

Maka sejak dari hari itu dia dah x nak minum susu dalam botol walau pun aku dah belikan dia botol susu yang lain . Fobia agaknya...he he he

Izma Nurul Syaqira
Hmmmm...si Jepun ni memang anak yang hyper active...dia ni kuat minum susu , susu badan pun kuat jugak ..selalunya lepas habis sebotol susu dia akan menyusu badan pulak ...Satu hari...mcm biasa la..aku ni kan paling pantang tengok barang bersepah2....Masa ni Syahir dah ada tau...bayangkan je la aku menjaga 3 org budak kecik yg 1001 perangai....haru biru jadi nya.Si Jepun tu pulak baru dapat mulut ( becok ) ...Sepatah aku ckp, 10 patah dia balas balik.Aku cakap dengan dia kalau dia sepah lagi botol susu aku akan buang kat luar tingkap...korang tau apa dia balas balik ? ....

"Kalau ibu berani , ibu buang la...Qira tak heran pun "

Perghhhhhhh !!!!!..berdesing seh telinga aku ...maka dengan sepantas kilat aku amik botol susu dia , terus aku campak kat luar tingkap.Jepun pandang sambil tersengih - sengih ."Ala..jap lagi mesti ibu amik balik"....dia menyakat aku sambil berjoget - joget."Jangan harap !" balas aku sambil sambung buat kerja umah. Tak lama pastu dia mengendeng - ngendeng kat aku...nak susu la tu! Aku suruh dia ngan kakak g tengok ada lagi x botol susu yang aku campak tadi .Tapi dah xder...maybe dah jatuh dalam longkang atau dah kena sapu kat cleaner.Maka sejak dari hari tu dia dah x minum pakai botol....:)

Izma Nor Syahir
Hero aku yang sorang ni  , umur dia dah nak masuk 2 bulan baru aku bagi dia minum susu formula.Dia ni sama je macam kakak Qira dia.Cuma tabiat menyusu dia nih agak berlainan sikit .Selang 3 jam dia mesti nak minum susu dalam botol dan antara waktu tu ..hmmmm apalagi ...susu cap gantung lah...tapi awal tahun ni aku dah mula ajar dia minum guna cawan yg ada telinga tu..sebab nya..dia dah pandai gigit puting botol tu..sampai putus puting botol tu dia kerjakan...boleh bayangkan x kalau dia menyusu badan...he he he ...Dah beberapa kali aku melelehkan airmata kalau dia menyusu sebabnya....he he he ..Lu pikirlah sendiri...berdarah2 dikerjakan dek hero kecik nih...

Bila dia dah start minum guna cawan , maka secara rasmi nya dah xder la botol susu dalam rumah kitorang ....

March 24, 2011

Hati Seorang XxxL

  Kes Pertama :
Baru kejap tadi aku menonton "The Biggest Loser" .Ada sorang peserta tu ckp dia memang sentiasa akan rasa marah bila bersama keluarganya walaupun jauh di sudut hati nya sangat sayang  family dia.Dia akan rasa puas kalau dapat meluahkan perasaan melalui kemarahannya.Tapi itu dulu..masa dia XXXL..sekarang dia dah saiz M...Dia kata dia rasa lebih tenang sekarang dan sedang cuba memperbaiki hubungan dia dgn family...

Kes Kedua:
Sorang peserta yang dah jadi saiz S telah kembali ke saiz XXXL semula.Alasan yang dia beri dia rasa dia dah xder sokongan lepas dia masuk program TV tu.Makin hari dia abaikan regim senaman yang selalu dia buat sampai dia sendiri x sedar yg badan dia dh kembali ke asal...

Hmmm..2 kes kat atas membuatkan aku tertanya-tanya .Apa sebenarnya yang kita nak..Semua orang nk nampak sempurna .Tapi sebagai manusia mmg x kan puas dgn apa yang ader.Mula- mula dulu aku pun terbawa-bawa dgn perasaan mcm nih..aku jadi panas baran x tentu arah..semua benda nampak x kena je pada aku...aku cuba nk dapatkan perhatian semua orang tapi dlm masa yang sama aku malu dgn keadaan diri sendiri.Dulu kalau nk keluar umah dekat sejam cari baju yang sesuai...kalau nak berjalan kemana-mana pun mesti nak berteman....

Aku pernah cuba menurunkan berat badan , setiap pagi aku bangun dan turun naik tangga , jogging keliling umah ...tapi bila menjelang malam badan aku sakit2 sampaikan pernah satu malam aku x blh tdo .Bekas operation aku sangat sakit dan satu badan aku crame sebab aku terlampau menahan sakit.Perkara ni berlanjutan hampir sebulan ,dan akhirnya aku redha dengan keadaan aku sekarang...Apalagi yang aku nak..aku dah ader family yang menyayangi aku.Tapi jgn korang ingat aku x kawal pemakanan aku...mmg aku suka masak ,aku suka makan  dan aku kerap makan. Tapi aku amik dlm kuantiti yang sikit....Ceh! mcm x caya je kan...he he he terpulanglah...

Apa yang penting , sekarang aku dh x kisah apa orang nk kata . Ada orang kata orang kata orang gemuk ni x der orang nak...Aku ada suami .Ada orang kata orang gemuk x leh beranak...aku dah  ader3 permata hati yang sentiasa menceriakan hari2 aku. Ada orang kata orang gemuk ni x lawa.....er....apa aku peduli....orang yang berbadan kurus pun bukan semuanya lawa....dan apa yang paling utama...

Sapa kiter untuk mempersoalkan semua ni...ingatlah pada orang2 yang suka mengata kat luar sana tu...lagi banyak korang mengata , lagi banyak perkara buruk yang ada dlm diri korang akan terserlah..sebab bila satu jari tunjuk kat orang lain..4 jari lain menuding kat korang sendiri...jadi

LU PIKIR LA SENDIRI......:)



p/s : aku tulis en3 ni rentetan dari limpahan email yang aku terima dr kengkawan yg sesaiz dgn aku..harap korang suma banyak bersabar dan ingat satu perkara..."Diejek , lebih baik dari mengejek "
Dan pada kengkawan aku yang suka mengejek kengkawan2 aku yg comel2 nih...korang sedar x yang korang nih mengejek ciptaan Yang Maha Esa...huh....

March 23, 2011

Bila Ibu & Anak - Anak berebut TV....

Selalunya aku akan buat jadual menonton televisyen. Sebabnya ada 5 orang , jadi setiap orang ada rancangan fevret masing - masing...

Antara rancangan kartun yang aku x bagi anak2 aku tengok .....
Doraemon

Hagemaru

Fukuchan
Cite2 kartun nih memang x bagi faedah langsung ...sampaikan gaya diorng bercakap pun anak2 aku blh tiru...

Kakak & Jepun suka tengok cite2 filem melayu .Yang terbaru..sampai hafal skrip cite kat bawah ni...


Kartun pun layan gak..tapi antara yg paling fevret.....

Hero kecik paling suka nengok cite nih....



Cite kartun ni memang aku dh bagi dia tengok sejak dia dlm perut lagi..sekarang nih kalau nk kejutkan dia bgn ni..senang je..pasang je dvd cite ni...tengah lelap pun dia blh berjoget2 ikut lenggok bontot kartun skunk tu...ha ha ha ...

Mr. Hubby pulak suka tengok....
 Banyak lagi la cite2 action movie yg dia suka tgk..kalau tgk cite2 macam nih..mesti siap pasang home theather kuat2...dh mcm dlm panggung...sampaikan jiran ketuk pintu pun x dengar..pernah sekali tu..jiran siap tepon bagitau dah dekat 1/2 jam kat depan pintu umah... kui kui kui...

Aku pulak...semua cite blh...tapi sejak 2 menjak ni dh termengikuti pulak drama2 bersiri ni...antaranya...



Tapi cite yang paling wajib aku tengok...

Suka tengok diorang masak..ada yg nmpk sedap..ada yg pelik...

Suka sangat tengok diorang transform..aku? he he he
Disebabkan masing2 ader cite fevret , maka aku pun buat jadual...sebenarnya bukan ikut sgt pun jadual nya..juz guide line kalau masing2 dh berebut kan benda alah ni ha...

Tapi petang tadi kitorang duk membongkar satu umah mencari remote astro tuh....merata dah aku ngn anak2 mencari....finally....tergerak hati nk tnya hero kecik tu....

"Adik , remote tv mana?" aku tanya sambil tunjuk kat tv...Dia pandang aku blur je...Kakak ulang lagi soalan yang sama...Pelan2 dia bangun menuju ke bilik stor...dia tunjuk kat pintu...suruh buka pintu...aku perhatikan je dia ngan kakak masuk kat dlm bilik tu ....Tegak je dia berdiri sambil pandang kiri kanan..Pastu dia mencangkung dan tangan dia meraba2 kat dlm  poket benda nih....
 "Nah ! " dia hulur  remote tu kat aku pastu sambung bergolek kat tilam dia....haiyaaaaaaa.....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.