Hati Seorang XxxL
Bab 10
Pom !
Gee dan Lin terperanjat . Gee mengawal stereng kereta sebaik
mungkin . Dia memperlahankan kenderaan dan memberikan isyarat kecemasan .
Kereta berhenti laluan paling kiri . Enjin
kereta masih belum dimatikan . Kedua – dua gadis itu berpandangan . Wajah
Lin kelihatan pucat . Gee melihat cermin
pandang belakang . Dia mengerling jam di tangan dan kemudian melihat Lin yang
masih diam membatu .
“ Hei ! Kenapa muka
pucat ni . Relakslah ! Tayar pancit je .” Kata Gee perlahan.
“ Aku nak keluar tengok kejap .” Ujar Gee . Belum sempat
gadis itu membuka pintu . Lin menarik tangan kirinya . “ Janganlah Gee ! Gelap lagi kat luar tu .Aku call Shauki
ya. Minta tolong dia tukarkan tayar ."Ujar Lin .Bermacam - macam benda negatif melintas di kepalanya ketika itu .
" Kau nak takut apa ? Kita kan berdua . Kalau kau tak nak tolong takpe .
Aku boleh tukar sorang . Kau duduk tepi je." Gee keluar dan pergi ke
belakang . Dengan bantuan lampu dari
kenderaan yang lalu lalang , Gee dapat melihat tayar belakang di sebelah pemandu
yang sudah kempis.
Dia membuka pintu kereta sebelah pemandu ." Tayar
belakang ni pancit . Terlanggar paku kot. Aku nak keluarkan tayar ganti kat
belakang ." Gee menarik penginjak kecil yang terdapat di sebelah tempat
duduknya. " Gee , kita tunggu sat lah . Aku dah call Shauki ." Ujar
Lin perlahan . Dia tahu pasti Gee tidak setuju dengan tindakannya.
"Laaaa... kau ni! Kan jauh dia nak datang sini. Silap - silap haribulan
kita semua akan lewat pergi kerja tau tak? Kau ni kelam - kabutlah ! Aku kata aku boleh buat , mestilah aku boleh
buat. Kau tak percaya aku ye ?"
Tinggi suara Gee bebelkan Lin .
" Sorrylah Gee . Aku risaulah . Mana tau kot ada orang
saja nak pedajal kita . Kalau ada orang lelaki taklah takut sangat." Lin
cuba memberi alasan . Gee masih
memandang Lin dengan perasaan sebal ." Dia memang tak dapat datang Gee .
Tapi dia minta tolong kawan dia . Dia duduk dekat- dekat sini juga. Sat lagi
dia mai ." Sambung Lin lagi. Gee menjeling tajam . Dengusan kasar
keluar dari rongga pernafasannya . " Keluarlah ! Tolong aku keluarkan
barang kat bonet tu." Gee menutup pintu kereta dengan kuat. Geram dengan
sikap Lin yang suka bertindak melulu .
Beberapa kenderaan membunyikan hon ketika mereka berdua
sibuk memunggah barang - barang di dalam bonet . Tapi tidak ada seorang pun
yang berhenti untuk membantu . " Betul ke hang tahu tukaq tayar kereta ni
?" Soal Lin penuh keraguan apabila
melihat Gee sudah mengeluarkan spanar . Gadis itu tidak menjawab. Dia
menggunakan kelebihan berat badannya
untuk melonggarkan nat - nat di tayar kereta . Dengan sekali pijak saja ,
nat – nat itu pun terbuka . Peluh membasahi wajah Gee . Lengan bajunya sudah disinsing
hingga ke siku . Gee mengeluarkan tayar simpanan . Lin memerhatikan Gee
melakukan kerjanya dengan pantas . Inilah kali pertama dia melihat Gee menukar
tayar kereta .
Setengah jam kemudian ....
" Siap ! Lin , kau drive . tangan aku kotor . Nanti
kita berhenti kat Petronas . Aku nak basuh tangan." Gee masuk ke dalam
kereta . Lin terkial - kial pergi ke tempat pemandu . Enjin kereta baru sahaja
dihidupkan apabila sebuah motorsikal
berkuasa besar berhenti di hadapan kereta Gee . Penunggang motorsikal itu tidak
terus mendapatkan mereka . Dia sedang bercakap di telefon .
“ Laaaa .. nak
cakap telefon pun berhentilah kat depan sikit!” marah Gee .
Dia rimas dengan
keadaan dirinya yang berpeluh dan tangannya yang kotor . Tidak lama selepas itu telefon bimbit Lin
pula berbunyi . Shauki menghubunginya. Selepas beberapa minit berbual dengan
Shauki , Lin mematikan talian .
Dia keluar dan mendekati penunggang motorsikal yang masih
berada di hadapan kereta Gee . Gee hanya memerhatikan dari dalam kereta . Dia
pasti Lin mengenali lelaki yang memakai topi keledar yang menutup keseluruhan
wajahnya itu . Matanya saja yang kelihatan . Selepas berbual – bual sebentar ,
lelaki itu turun dari motorsikal dan menghampiri sisi kereta . Dia melihat tayar yang baru
saja ditukar oleh Gee . Kemudian dia bergerak menuju ke arah kiri kereta . Dia
mengetuk cermin tingkap di tempat duduk Gee . Gadis itu menurunkan sedikit
cermin kereta .
“ Pandai you tukar tayar ya ?” Puji lelaki itu .
Gee hanya
tersenyum Dia tidak nampak raut wajah lelaki itu . “ You jalan dulu . I follow
dari belakang . Nanti berhenti kat Petronas depan tu , isi angin tayar . Tayar ganti awak pun kurang angin tu .” Suruh lelaki itu . Gee dan Lin hanya
menganggukkan kepala .Dia masih berdiri di tepi jalan sehingga Lin memandu
kereta Gee naik semula ke atas jalan raya .
“ Kawan Shauki ya ?” Tanya Gee . Lin hanya menganggukkan
kepala . Dia menumpukan perhatian pada pemanduannya . Gee menguatkan suhu
penghawa dingin . Tidak guna dia berbual dengan Lin ketika gadis itu sedang
memandu kerana Lin akan cepat menggelabah jika ada kenderaan lain tiba – tiba
membunyikan hon .Tidak sampai beberapa kilometer , mereka tiba di
stesen minyak .
“ Kau bawa kereta ni kat tempat isi angin tu. Aku pergi
basuh tangan kejap .” Suruh Gee .
Dia sudah bersedia untuk keluar dari kereta .
“ Alaaa Gee ! Hang isilah dulu angin tayar kereta ni . Pastu baru pi basuh
tangan . Aku mana reti semua – semua ni .” Lin menunjukkan seribu kerutan di
wajahnya . Gee mendengus kasar . “ Kau ni harap ada lesen memandu je. Apa yang
kau tahu ?!” Herdik Gee . Geram dengan
perangai Lin yang tidak mahu berdikari .
Kedengaran bunyi enjin motor berkuasa besar masuk ke dalam
kawasan stesen minyak . Gee ternampak sebuah motorsikal berhenti di tempat
pengisian angin . Gee yakin itu adalah rakan Shauki yang berhenti di hadapan
keretanya tadi . “ Tu kawan Shauki dah ada kat sana . Kau suruh je dia isikan
.” Arah Gee . Dia terus berjalan menuju ke tandas wanita yang terletak di
belakang . Panggilan Lin langsung tidak dihiraukan . Kekotoran di tangannya
perlu dibersihkan segera . Itu yang lebih penting.
Agak lama juga Gee berada di dalam tandas . Dia rimas dengan
keadaan bajunya yang basah . Ikutkan hati mahu saja dia berpatah balik ke rumah
dan menukar pakaian . Tapi dia tahu itu mustahil . Dia akan lewat ke tempat
kerja jika dia berbuat demikian . Selepas beberapa ketika dia keluar mendapatkan Lin
yang sudah lama menunggu di tempat
mengisi angin tayar . Kawan Shauki yang menunggang motorsikal berkuasa besar tadi
sudah tiada di situ .
“ Kawan Shauki dah balik ?” Tanya Gee . Dia melurutkan
lengan baju yang disinsing . Ada sedikit kesan kotoran di lengan baju itu . Gee
mengetap bibir . Tidak puas hati dengan penampilannya pagi itu . “ Dah , dia
yang isikan angin tayar . Gee , hang drive ya .” Lin menyeringai . Dia segera ke
arah pintu sebelah pemandu . Gee mencekak pinggang . Bergerak – gerak rahangnya
menahan geram . Tiba – tiba datang idea nakalnya ingin mengenakan Lin .
“ Aku boleh drive . Tapi aku nak balik rumah dulu . Nak
tukar baju . Nampak ni …. Kotor! ” Jawab Gee sambil menunjukan kotoran di
lengan bajunya . Dia berjalan perlahan menuju ke pintu kereta . “ Kalau kita
patah balik , lewatlah kita masuk kerja hari ni .” Luah Lin . Dia melihat jam
di tangan .Kemudian dia memandang Gee yang tersenyum nakal.
“ Aku tak kisah masuk lewat pun . Lagipun aku
ada kerja kat luar hari ni . Tak masuk pagi ni pun tak mengapa.” Ujar Gee
selamba
.
Lin berjalan sambil menghentak kaki menuju ke tempat
pemandu. “Hang saja nak kenakan aku kan ? Apa salahnya hang drive . Nak tukaq
baju segala pulak !” Giliran Lin pula mengoceh Gee . Gee cuma diam . Sepanjang
pemanduan , Lin cuma membisu . “ Cuba kau relaks sikit Lin . Bawa kereta dengan
tenang . Jangan gabra .” Gee menasihati Lin . Lin masih lagi seperti tadi .
“ Aku tak sempat nak cakap terima kasih kat kawan Shauki
tadi . “ Gee menyambung lagi . Dia
melihat Lin duduk tegak dengan kedua
–dua tangannya digenggam kemas di stereng. “ Nanti kalau jumpa kau jumpa kawan Shauki tu , kau cakap dengan
dia , aku ucap terima kasih .” Pesan Gee
. “ Hang cakaplah sendiri kat dia . Dia kerja sama tempat dengan kita .’” Akhirnya
Lin bersuara . Gee tersenyum .
“ Boleh pun cakap . Aku ingat dah bisu .” Perli
Gee . Lin mencebik. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduan .
Sebaik sahaja kereta membelok masuk ke tempat letak kereta
..
“ Kau naik dululah Lin . Aku nak balik rumah kejap . Aku tak selesalah pakai baju ni .
Dah comot . Aku nak pergi jumpa client kejap lagi . Nanti dari rumah aku terus
pergi jumpa client tu .” Gee melihat mata Lin terbeliak . “ Hang ni memang sengaja
nak kenakan aku ya . Kan elok hang yang bawa kereta tadi !” Lin menepuk kuat
peha Gee . Gee ketawa terbahak – bahak . “ Bukan selalu aku nak kenakan kau .
Selalunya aku yang terkena . Dah pergi naik . Kita jumpa petang nanti ya .” Gee
meleretkan suaranya . Lin keluar dari kereta dengan hati yang panas .
Dihempasnya pintu kereta sekuat hati . Baru saja Gee keluar memandu ke jalan
utama , telefon bimbitnya menerima pesanan ringkas dari Lin .
Aku tak
nak kawan dengan hang satu hari ni . Petang ni aku balik dengan Coki .
Bluekkk!!! :P
Hati Seorang XxxL
Bab 11
Gee buru –
buru keluar dari kereta . Dia menekan alat kawalan jauh sambil berjalan laju
menuju ke pintu lif . Agak ramai juga penghuni pangsapuri yang sedang menanti
untuk masuk ke dalam perut lif . Gee tidak boleh tunggu lagi . Dia meluru ke
tangga kecemasan . Dia tiada pilihan lain . Sebelum memanjat tangga , Gee
memandang anak – anak tangga yang akan didaki .
“ Naik tangga dulu .
Nanti sampai kat tingkat 2 aku naiklah lif .” Gee memberi semangat pada diri
sendiri .
Gee menarik
nafas dalam – dalam dan mula mendaki anak – anak tangga . Dia perlu mendaki
hingga ke tingkat dua kerana lif ke rumahnya hanya berhenti pada aras yang
bernombor genap . Belum pun sampai di tingkat satu , nafas Gee sudah tercungap
–cungap .
“ Duduk lagi rumah tinggi –tinggi . Bila darurat macam ni
kan dah menyusahkan diri sendiri !” Gee mengomel dalam hati .
Gee cuba mengawal
rentak jantungnya yang berdegup laju . Sampai saja di tingkat 2 dia terus
menuju ke pintu lif . Gee menekan perutnya menahan sebu . Peluh di muka sudah
merembes dengan banyak .Pintu lif
terbuka . Terbeliak mata Gee melihat banyak mata yang sedang memandangnya dari
dalam perut lif . Hanya seorang sahaja yang keluar
. Gee tersenyum kelat . Dia mengangkat tangan sebagai isyarat tidak mahu masuk ke dalam lif . Tanpa
menunggu lagi , Gee berlari semula ke pintu kecemasan . Dalam keadaan terpaksa
, dia mendaki lagi . Keadaannya tetap sama hinggalah dia tiba di tingkat lapan
. Kali ini dia nekad . Tidak peduli samada lif penuh atau tidak , dia akan masuk juga .
Ting !
Lif terbuka
. Gee tersenyum lebar . Tiada sesiapa pun di dalam lif . Dengan pantas Gee
masuk dan menekan butang 12. Sebaik sahaja pintu tertutup ….
Poooooooooootttttttttttt !!!!!!
“ Fuuuuuhhhhh!!!! Leganya!” Gee menyeringai . Dia mengusap
perutnya yang buncit . Lega sedikit
sakit perut yang ditahan sejak tadi .
“ Ehem!
Gee menoleh ke
belakang . Terbeliak matanya apabila melihat seorang lelaki sedang menutup
hidung . Dia berpaling semula dan merapatkan badannya ke pintu lif . Dia
menggigit bibirnya sekuat hati .
“ Macam mana aku boleh tak perasan ni! Malunya
akuuuuuuuuu!!!!!” Gee menjerit dalam hati.
Ting !
Lif terbuka
di tingkat 10 . Gee berlari keluar dan mendaki anak tangga lagi . Tanpa sedar
dia mendaki hingga sampai ke depan pintu rumahnya . Sementara itu di tingkat 10
, lelaki yang menjadi mangsa gas beracun
Gee sebentar tadi sedang
mengingatkan sesuatu.“ Aku pernah jumpa dia ni .. tapi kat mana ya ?” Berkerut –
kerut dahinya . Otaknya diperah untuk
memutar kembali memori beberapa hari yang lepas .
Dan …
“ Kerongsang rama – rama!” Lelaki itu tersenyum lebar . “
Aduhai kecilnya dunia!”
~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
“ Ha ha ha ha ! Hang ni tak senonoh betullah ! Mesti marka tu
tengah gelak guling – guling kat rumah sekarang ni.” Lin mengesat
airmata yang keluar . Semput nafasnya menggelakkan Gee .
“Aku betul – betul tak perasan dia
ada kat dalam lif tu . Nasib baik cuma gas beracun . Kalau keluar dengan isi
perut sekali , nayalah jawabnya!” Gee menepuk dahi . Dia juga ketawa mengekek .
Entah apa yang dia makan hingga menyebabkan perutnya meragam hari ini . Sejak
kepulangannya tadi , satu rumah dipenuhi dengan bau minyak angin .
“ Lepaih ni mesti dia takut nak jumpa hang . Takut kena gas
beracun lagi . Ha ha ha ! Gee …. Hang ingat tak macam mana rupa lelaki tu ?”
Tanya Lin .
“ Tak perasan sangatlah . Tapi dia tak berapa tinggi . Badan
pun tak kurus dan tak gemuk . Muka dia je aku tak berapa nampak sebab dia tutup
hidung dia guna dua – dua tangan .” Gee melakonkan semula gaya lelaki itu
menekup hidung sejurus selepas menerima ledakan gas beracun darinya . Tawa
mereka terhambur lagi . Selepas beberapa ketika , mereka menyambung tawa di dapur
sambil menyediakan makan malam .
“ Macam mana pengalaman pertama kali mesyuarat dengan orang
baru ?” Tanya Gee . Dia terlepas peluang untuk berkenalan dengan pegawai
atasannya pada hari ini . Banyak tugasan di luar yang perlu diselesaikan. Dia
melihat Lin yang hanya mendengus perlahan .
“ Mesyuarat tadi dibatalkan . Dia ganti hari lain .Tapi
lepas ni bukan mesyuarat lagi dah . Dia gantikan dengan sesi beramah mesra
.”Jawab Lin . Dia memandang Gee yang kelihatan kurang faham dengan apa yang dia
perkatakan.“ Bos kita
tu cadangkan kita buat Majlis Sulaman
Kasih . Kira macam sesi suai kenal . Tapi cara dia macam ni .” Lin menarik
kerusi di meja makan dan duduk mengadap Gee yang sedang menghirup Teh O suam .
“ Mulai
esok , ada sebuah kotak akan diletakkan di kaunter penyambut tetamu . Kotak itu adalah tempat
untuk meletakkan nota rahsia yang akan kita berikan pada orang yang akan menerima
hadiah kita .Contohnya , aku nak bagi hang hadiah . Aku bagi hang satu nota
yang tulis macam ni . “ Hai boleh
berkenalan . Awak ni comellah. Yang benar , Jenglot Kampung.” Lin
berhenti sebentar mengambil nafas . “ Kemudian , hang balas balik nota
tu pada Jenglot Kampung . Dalam masa yang sama , hang bagi pulak nota rahsia
hang kat orang lain . Tapi letak nama samaran . Jangan letak nama sebenar .
Biaq orang tu fikir siapa yang bagi nota tu .Permainan ni macam “ Surat
berantai .” Faham tak .” Gee mengangguk faham .
“ Jadi , bila permainan ini
akan berakhir ?” tanya Gee .
“ 2 minggu
dari sekarang . Kita semua kena sediakan satu hadiah . Nanti pada majlis tu
nanti kita sendiri yang akan serahkan hadiah pada orang yang kita bagi nota tu
.” Jawab Lin . Gee mengangguk faham . Dia meneguk minumannya hingga ke titisan
terakhir . Lama dia merenung cawan yang
telah kosong . Lin bangun dan menyambung kerja – kerja di dapur . Gee juga
turut bangun . Dia masuk ke ruang tamu untuk
berehat . Sebelum dia menyelak helaian pertama novel kegemarannya , dia
melaung Lin di dapur .
“ Lin !!!!
Apa nama bos baru kita tu ?” tanya Gee .
“ Fakhri !”
Jawab Lin . Jawapan Lin membuatkan Gee terfikir sejenak .Tapi tidak lama , dia
kembali pada novel yang sudah pun berada di tangan .