Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

June 16, 2011

Nasi Lemak Vs Nasi Ayam

Hai kengkawan , 

aku mencurik - curik masa utk menghapdet blog sulung aku ni sambil merapu sekali kat blog novel . Kesibukan melanda tak jadi jadi penghalang aku utk merapu kat blog ni.

Alhamdulillah bisneS yg baru 2 minggu aku ceburi ni berjalan lancar , walaupun ada masa untung banyak , ada masa untung sikit . Tapi memang puas hati. Thanks jugak pada family dan kengkawan yg bnyk bagi semangat. Especially my Mr. Hubby. Dia pun dh pandai masak nasi lemak kukus. he he he 

Skrg ni aku dh menambah menu dalm bisnes makanan aku ni . Aku jual nasi ayam kukus . Resepinya adalah resepi dari air tangan sendiri. Dan hasil jualan nasi ayam ni sangat mengujakan . Dan Alhamdulillah dah ada tempahan katering yang di buat untuk nasi ayam kukus ni. Hrga masih dalam rundingan .

Apa yang paling aku suka...Disebabkan kurang rehat  dan kurang membuta...berat badan aku dah susut sebanyak 5 kilo!....SANGAT SUKEEEEEE.....

June 07, 2011

Peniaga Berdiploma ....

Lamanya aku tak hapdet blog ni. Sejak dua menjak ni banyak betul peristiwa - peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku ni. Antara percaya dengan tidak aje aku rasa. Masa berjalan terlalu pantas , kalau dulu aku selalu mengira bilalah tibanya hari Sabtu dan Ahad , bolehlah aku berehat sakan kat umah.

Tapi sekarang ni , istilah rehat adalah hanya untuk tidur sekitar 2-3 jam je. Sebabnya ...

Bertukar profesion .
Dari surirumah tangga , aku dah beralih ke bidang penulisan e - novel , bila aku tgh syok2 mengarut kat blog e-novel aku yang tak sampai 3 bulan tu , tetiba timbul lak keinginan nak cuba - cuba berniaga. Aku buat keputusan untuk meniaga pun dalam keadaan spontan . 

Last week  aku dapat gaji mengasuh , tetiba gatal lak mulut ni ajak hubby cuba - cuba meniaga nasi lemak. Mula- mula hubby kata aku ni main - main je . Dia kata , aku yg dia kenal adalah  :~

  • a) seorang yang kurang keyakinan nak berdepan dgn orang ramai.
  • b) malas nak keluar rumah
  • c) malu x bertempat.

Hmmmm..apa yang hubby ckp tu betul. Tapi dia tertinggal sesuatu tentang bini dia yang debab ni . 

"TANPA KEBERANIAN , MIMPI TIDAK BERMAKNA"

Maka secara rasminya Rabu lepas aku dah mula meniaga sarapan pagi secara kecil - kecilan . Alhamdulillah setakat ni hasilnya agak memberangsangkan walaupun tidak lumayan . Biasalah , baru mula berniaga . Sarapan fevret customer of course nasi lemak.

Dan bermula esok , aku mula berniaga malam pulak . Mungkin rezeki aku di sini . Insya Allah.....Apa yang menariknya , sepanjang aku meniaga ada jugaklah beberapa orng bks student yg dtg membeli . Rata - rata masih panggil aku "teacher" .

Malu ? Apa yang dimalukan? Aku menggunakan segala skill yg aku ada semasa aku mengajar dulu . Contohnya , bila customer Cina datang survey makanan yang aku jual , aku bantailah cakap mandarin dgn diorng ..sekarang aku dh ader customer tetap berbangsa Cina. Kalau korang nak tau  , gerai nasi lemak aku betul - betul berhadapan dengan Kolej Masterskills . So bila ada student yg dtg beli , aku bantai lah cakap omputih...Bila diorng tanya dulu aku kerja apa , dengan bangganya aku ckp aku pnh jadi cikgu dulu . Bagi aku tak de pa yang nak dimalukan as long aku mencari rezki yang halal.

Aku menggunakan tulang 4 kerat untuk membantu suami mencari rezki dan Alhamdulillah hubby menyokong penuh hobby baru aku ni Dia pun makin seronok sebab selain aku sibuk meniaga , aku blh joging sambil meniaga. Hubby tolong jaga gerai sementara aku joging dalam 2 3 round ..bila dh makin ramai customer , aku take over lah balik..he he he ...Kalau sapa2 yg duduk kat Seri Alam ni mesti tahu Masterskills tu berdepan dengan taman rekreasi. Syok gak jalan laju sorang2 awal pagi ni... dan .....aku dah tak malu nak naik ke  atas weighing scale lagi!!!!!!!....Sebab.....dalam masa 6 minggu aku dah turun 2 kilo...!!! YEEEEEEHAAAA

Manalah tau kan kot2 boleh lak aku kurus bila jual nasi lemak ni..he he he ...kalau x kurus pun xper..senang sikit customer nak nampak dari jauh..ha ha ha..

Pada kengkawan , doakan semoga hobby baru aku ni sukses ye...babai....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.