Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

November 06, 2014

JANJI TAK BUAT LAGI BAB 15


       “Betul ke kau nak buat sendiri hantaran untuk Abang Hairi, Ayu?”
“Betullah, apsal? Kau tak percaya aku boleh buat? Kau lupa ke siapa yang hias kelas kita dulu?”
“Kelas tu lain, ini hantaran atas dulang tau. Jangan jadi  macam tikus baiki labu pulak.”
“Hei, tengok tanganlah. Ini Ayu tau!”
Fatin senyum lebar melihat Ayu ketawa mengekek. Makin berseri-seri wajah tembam gadis itu menanti saat-saat bergelar tunangan orang. Lepas satu kedai ke satu kedai dibawanya Fatin. Tak puas-puas lagi dia mencari barang-barang untuk majlis pertunangannya minggu depan.

“Fatin, mama tak tanya ke kenapa kau tak pergi kerja lagi?” tanya Ayu. Nadanya kedengaran berhati-hati.
“Aku cakap aku dah berhenti kerja, penat...” Acuh tak acuh saja Fatin menjawab soalan Ayu.

Ayu cuma mampu mengemam bibir. Hatinya bagai digaru untuk bertanya mengenai Kamal. Mereka masuk ke dalam kedai cenderahati. Sesekali Fatin memberikan pendapatnya mengenai barang yang dipilih oleh Ayu. Ketenangan Fatin amat menghairankaan Ayu. Tak rindukah Fatin pada Kamal?
“Fatin, dia ada telefon kau tak?”
Sengaja Ayu menyelitkan soalan mengenai Kamal ketika mereka sedang memilih barang.
“Tak.”
“Tak?” Ayu tanya balik. Tak percaya dengan jawapan Fatin.

Fatin bercekak pinggang. Dipandangnya wajah Ayu. “Dia kan dah ada Ika, buat apa dia cari aku lagi?” Fatin tanya Ayu semula.
“Maksud kau, dia langsung tak cuba pujuk kau?”
“Tak! Aku pun tak harap dia pujuk aku. Selama ni aku rasa aku buang masa bercinta dengan dia. Mujur keputusan STPM aku okey. Lepas ni aku nak isi borang sambung belajar. Kalau boleh, nak apply tempat yang jauh-jauh. Aku nak keluar dari Melaka ni.” Bersungguh-sungguh benar nampaknya Fatin kali ini.

“Mama tahu tak yang kau krisis dengan dia?” Ayu masih ingin mengorek rahsia.
“Tak ada sorang pun yang tahu. Diaorang sibuk dengan urusan masing-masing.”
Ayu terdiam. Rasa kesal turut menghantui Ayu kerana satu ketika dulu, dialah yang menggalakkan Fatin berkawan dengan Kamal. Bila Fatin dipermainkan sebegini, dia turut  terasa sakitnya. Ternyata perangai Kamal tak sebaik Hairi. Hairi lebih setia dalam perhubungan berbanding Kamal.

“Aku minta maaf  Fatin...”
“Eh, apsal pulak tiba-tiba minta maaf ni?” Fatin kehairanan.
Ayu memegang tangan Fatin. Wajahnya nampak sugul. Teragak-agak untuk dia menutur kata. Risau kalau-kalau Fatin tiba-tiba melenting nanti.

“Kalau aku tahu nak jadi macam ni, aku tak bagi kau kawan dengan dia.”
Fatin ketawa. Dia menolak lembut pipi Ayu yang kemerah-merahan. Tercuit hati fatin mendengar pengakuan ikhlas Ayu.
“Tak ada sebab kau nak rasa bersalah. Kita ni manusia, tak ada siapa pun yang tahu apa akan jadi pada diri masing-masing pada masa akan datang. Betul tak?”
Fatin memeluk bahu Ayu. Sebak di hatinya cuba dibuang jauh-jauh. Bohonglah kalau dia tidak ralat dengan apa yang telah berlaku. Namun dia tidak mahu hanyut dengan rasa kecewa itu. Apa yang penting bagi Fatin sekarang, dia perlu merawat hatinya yang berkecai. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, melupakan Kamal.

“Ada apa-apa lagi tak yang kau nak beli? Dah dekat dua jam kita berjalan ni. Kaki aku ni dah lenguh!” rungut Fatin.
“Aku rasa semuanya dah lengkap kot. Kau tunggu kejap, aku nak pergi bayar kat kaunter.”
Fatin merayau-rayau di dalam kedai sementara menunggu Ayu melunaskan bayaran. Melihat cenderahati-cenderahati  yang terletak di atas rak, buat Fatin  terleka. Matanya terhenti pada sebuah kotak muzik berbentuk hati. Perlahan-lahan dibukanya kotak berwarna merah tua itu. Sepasang itik yang bercantum di bahagian muncung berpusing-pusing perlahan di sekeliling kotak. Irama yang dialunkan benar-benar meresap di sanubari Fatin.
Tak semena-mena kenangan-kenangan bersama Kamal bermain kembali di ruang mata. Senyuman nakal Kamal semasa di Pulau Tioman kembali menerjah ke ruang ingatan. Fatin mengetap bibir. Dia rindukan lelaki itu. Rindu dengan gurauan dan kata-kata rindu dari Kamal. Sebak mula bertandang. Menggigil bibir Fatin menahan walang di hati. Tak sedar airmatanya menitis membasahi pipi.
‘Abang, kenapa buat Fatin macam ni? Apa salah Fatin? Kenapa abang main-mainkan hati Fatin?’ Fatin bermonolog sendiri .Laju diseka airmata yang sedang mengalir laju tatkala melihat Ayu kembali dengan bungkusan plastik di tangan.

“Dah bayar?” tanya Fatin,cuba menyembunyikan matanya yang merah.
“Dah...jom balik. Eh, apsal mata kau merah? Kau menangis ya?”
Ayu cuba melihat mata Fatin tapi Fatin lebih pantas mengalihkan wajahnya.
“Mana ada. Aku bersinlah tadi. Banyak betul habuk kat kedai tu tadi.” Laju Fatin mereka alasan. Langkahnya sengaja dilajukan mendahului Ayu.

“Oi! Lajunya jalan. Tunggulah aku.” Ayu separuh menjerit.
“Cepatlah! Dah nak Zohor ni.” Fatin menggesa.
Alat kawalan jauh segera ditekan. Ketika  Ayu sibuk memunggah masuk barang-barang ke dalam bonet, Fatin pula dengan segera masuk ke dalam kereta. Bedak kompak yang tersimpan di dalam dashboard diambil. Segera ditepek ke muka untuk menutup kesan pipinya yang sembab. Cermin mata gelap juga dikenakan untuk melindungi matanya yang merah.
Ayu menelek kembali senarai barangan yang telah ditulis. Rasanya semuanya telah lengkap Pulang ke rumah  nanti bolehlah dia memulakan proses menggubah hantaran. Fatin menumpukan perhatian pada pemanduan. Ketika kereta menghala ke jalan utama, telefon bimbit Fatin berbunyi.

“Ayu, tolong jawabkan. Ada polis kat depan tu. Aku lupa pakai handsfree.
Ayu akur dengan permintaan Fatin. Telefon bimbit bertukar tangan. Ayu menjawab panggilan dari Along Faiz. Fatin melepaskan keluhan. Sangkanya panggilan itu adalah dari Kamal. Stereng digenggam kuat. Menahan rasa hati yang semakin tenat.

“Along Faiz kirim Roti Nan Tandoori. Dia malas nak keluar,” ujar Ayu sebaik saja menamatkan perbualan.
“Dah nak sampai rumah baru nak bagitahu.” rungut Fatin.
“Fatin, kau nak pergi kedai mamak yang selalu kita pergi tu kan?” tanya Ayu.
“Ha’ah, kenapa? Kau nak berhenti makan ke?” tanya Fatin.
“Taklah. Kau turunkan aku kat butik mama Abang Hairi, boleh tak? Aku balik dengan abang Hairi aje nanti. Aku baru teringat, mama dia suruh aku cuba baju untuk majlis tu nanti.”
Fatin cuma mengangguk.Tiada masalah baginya untuk memenuhi permintaan Ayu. Sementelah, butik bakal ibu mertuanya terletak berdekatan dengan kedai mamak.  Selepas menurunkan Ayu, Fatin terus ke kedai mamak. Agak ramai juga pengunjung pada waktu itu. Fatin duduk berdekatan dengan kaunter sementara menunggu makanan yang dipesan siap. Diselaknya helaian akhbar untuk membuang waktu.   

“Ika tak peduli! Apa pun yang jadi Mal kena tolong Ika. Mal jangan lupa, kalau arwah ayah tak tolong dulu, Mal tak jadi peguam tau. Tolonglah Mal. Ika cuma ada Mal aje. Mak pun cuma percaya pada Mal sorang.”
Fatin sangat kenal dengan suara manja itu. Dia tidak berani mengalihkan surat khabar yang menghadang pandangannya. Fatin memasang telinga. Dia yakin suara itu adalah suara Zulaikha.

“Ika sayang Mal. Kita memang dah ditakdirkan bersama. Ika tau Ika salah sebab putuskan pertunangan kita dulu. Tapi masa tu Ika belum matang lagi. Ika nak bersama dengan Mal semula. Ika  yakin, keluarga kita pun nak kita bersatu.”
Suara Ika semakin jauh. Dia sudah beredar dari restoran itu. Fatin menurunkan surat khabar yang menghadang pandangan. Menggigil badannya melihat Ika melenggang-lenggok masuk ke dalam kereta. Benarlah  tekaannya  tadi. Fatin mengumpul kekuatan untuk berdiri. Dia berlari keluar dari kedai. Tidak sanggup lagi menunggu di situ. Tersandar  dia di tempat duduk kereta, cuba menyabarkan diri sambil menarik nafas dalam-dalam .

“Sudah Fatin, sudah! Tak guna buang airmata untuk jantan keparat tu! Aku muda lagilah. Masih ramai lelaki yang setia kat luar sana tu. Tak payah ingat pada Kamal lagi! Come on Fatin. Lupakan jantan tu!”
Fatin menjerit di dalam kereta. Memberi semangat pada diri sendiri. Brek tangan diturunkan. Dia pulang ke rumah tanpa makanan yang dipesan oleh Faiz. Apa yang ingin dilakukan sekarang adalah menyendiri di dalam bilik. Dia perlukan masa untuk  bertenang.

“Mana roti nan yang along pesan?” Along Faiz sudah tercegat di pintu utama sebaik saja Fatin mematika  enjin kereta. Sudah lapar benar agaknya. Namun keningnya  berkerut seribu tatkala melihat Fatin pulang dengan tangan kosong.
Sorry along. Fatin sakit perut ni. Tak sempat nak singgah mana-mana. Kalau along nak, pergi beli sendirilah.”
Tanpa rasa bersalah, Fatin tarik tangan Along Faiz dan diletaknya kunci di tapak tangan abangnya. Tangga didaki selaju mungkin. Malas dia nak bersoal jawab dengan sesiapa. Dikuncinya pintu bilik, tidak mahu sesiapa yang mengganggu. Tuala mandi dicapai lalu masuk ke bilik air. Hampir sejam dia menyejukkan badan. Berteleku dibawah pancuran. Macam-macam yang dia fikirkan kala itu.
Dan untuk kesekian kalinya, Fatin menangis semahu-mahunya. Dia tewas dengan janjinya sendiri. Memang sukar untuk dia membuang Kamal dari kotak ingatan. Dia keluar dari bilik air tatkala terdengar telefon bimbitnya bernyanyi-nyanyi pinta diangkat.

‘Nombor siapa ni?’ Fatin menggumam sendiri .
“Hello.”
“Fatin Syuhada ke?” Suara di sana seperti pernah didengar .
“Ya, siapa ni?” Fatin menyoal balas.
“Saya nak jumpa awak di Jusco Parade. Tunggu di Sushi King pukul enam petang ni.”
“Siapa ni?" Fatin meninggikan suara.
“Jangan banyak tanya. Kita jumpa kat sana nanti.”
Talian dimatikan. Fatin mengetap bibir. Pemanggil tadi cuba dihubungi semula. Namun panggilannya  tidak  berjawab.

“Siapa pula yang nak jumpa ni?”
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~

Tepat jam 6 petang Fatin sudah tercongok di depan Sushi King. Perjumpaan dia dan pemanggil  misteri itu  telah diceritakan pada Ayu. Ayu ingin  turut serta tapi Fatin tidak mengizinkan. Dia cuma berpesan, maklumkan  perkara ini pada Along Faiz sekiranya  dia  tidak  pulang ke rumah semula  dalam masa sejam. Mana tahu sekiranya ada perkara buruk yang berlaku padanya.
“Fatin!”
Dia mencari suara yang melaung namanya. Matanya terarah pada lambaian seorang wanita yang berada di dalam Sushi King. Fatin mendengus kecil. Dia kenal perempuan itu. Berat kakinya mengatur langkah ke dalam restoran. Beberapa langkah sebelum sampai ke meja, Fatin ternampak seorang wanita separuh abad yang baru selesai mencuci tangan.

‘Umi? Dia buat apa kat sini? Dia pun nak jumpa Ika ke? Atau... Dia datang dengan Ika? Kamal pun ada sekali ke?’
Bermacam-macam soalan bermain di kepala Fatin tika itu. Namun kaki tetap melangkah  menghampiri  Zulikha.
“Duduklah,” pelawa Ika. Dia senyum sinis melihat wajah Fatin yang terkejut. Fatin bersalam dengan Puan Umairah dan kemudian menghulurkan tangan pada Ika. Hulurannya tidak bersambut. Fatin menarik kerusi di hadapan ibu Kamal.

“Fatin apa khabar?” sapa Puan Umairah.
Fatin tersenyum kelat. Ditentangnya mata redup wanita itu. Ada riak sedih di wajah Puan Umairah.
“Baik umi.” Fatin menjawab sopan. Dia mengalih pandangan pada Ika. “Apahal nak jumpa saya ni Ika?” Dia tidak ingin berlama-lama di situ. Hatinya sakit melihat wajah Ika.
“Tak nak order apa-apa?” Ibu Kamal mencelah sebelum sempat Ika membuka mulut.
“Terima kasih umi. Saya datang bukan nak minum. Saya datang sebab Ika yang nak jumpa saya. Awak nak apa Ika? Tolong  jangan buang masa saya”
Kekuatan untuk menentang mata Ika datang tiba-tiba. Mungkin kerana marahnya yang masih bersisa. Senyum sinis  Ika semakin menyakitkan hati. Mahu saja dia mencekik perempuan gedik itu untuk segera bercakap.

“Mak Lang...Ika rasa baik Mak Lang aje yang bagitau dia.” Ika memegang  lembut bahu ibu Kamal. Matanya sengaja dilirikkan pada Fatin.
“Err, sebenarnya Fatin...umi ada perkara nak beritahu Fatin. Tentang Kamal…”
Puan Umairah meneguk liur. Dia memandang Zulaikha yang sedang meneguk teh Jepun di dalam cawan comel. Meluat  Fatin melihat perlakuannya. Puan Umairah menarik perlahan tangan  Fatin. Ada takungan air di dalam tua itu. Fatin menjongket kening, masih menunggu ayat-ayat  yang bakal keluar dari mulut wanita itu.

“Umi… umi…” Tersekat-sekat Puan Umairah mengeluar kata-kata dari mulutnya.
“Okey,macam ni ajelah. Lambatlah Mak Lang ni,” tegur Ika. Tangan umi Kamal yang  sedang  memegang  jemari  Fatin ditarik  kasar.
“Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi.” Ika tersenyum sambil melentukkan kepalanya  ke bahu umi Kamal. Tiada reaksi dari Fatin. Dipandangnya umi Kamal pohon kepastian. Puan Umairah cuba mengelak renungan tajam Fatin.

“Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Diaorang pernah bertunang dulu. Kamal pernah beritahu umi, Fatin belum bersedia nak berumahtangga. Umi ni dah tua Fatin.Umi dah tak sabar nak timang cucu.”

Masih tiada sebarang reaksi dari Fatin. Dua wanita di hadapannya disorot berulang kali dengan pandangan berbalam.
“Kami akan nikah hujung bulan lapan ni. Tunggu ajelah kad jemputannya.” Ika tersengih sambil menaikkan sebelah keningnya,ala-ala Ziana Zain.
Hati Fatin tersalai. Dia perlu beredar dari situ. Dia tidak mahu airmatanya tumpah di hadapan Ika. Fatin tidak mahu Ika mentertawakannya. Dia perlu nampak kuat di depan perempuan gedik itu.

“Itu aje? Kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Fatin bingkas bangun dan bersalam dengan umi Kamal.
"Satu lagi!” Ika berdiri, cuba menahan Fatin dari beredar.
"Jangan jumpa Kamal lagi.”
Kata-kata Ika bagai jentolak yang  telah berjaya meruntuhkan empangan air mata Fatin . Pantas dia keluar dari restoran. Dia ingin segera pulang ke rumah. Dari berjalan laju, Fatin berlari  keluar dari pusat membeli-belah. Tanpa disedari, sepasang mata sedang menyaksikan drama swasta yang sedang berlaku.

JANJI TAK BUAT LAGI BAB 14


               “Kamal mana?”
            Seorang wanita cantik dengan pakaian ranggi tiba-tiba menerpa  masuk ke dalam pejabat. Cuma Rini dan Fatin sahaja yang ada di dalam pejabat ketika itu. Yang lain sudah keluar untuk makan tengahari.
            “Rini, Kamal mana? Kau pekak ke aku tanya ni?” Melingas mata gadis itu memandang sekeliling.
            “Kamal keluar jumpa klien Cik Zulaikha,” jawab Rini perlahan.
            “Bila dia masuk balik?” tanya Ika.
            “Saya tak pasti,” jawab Rini jujur.
            “Macam mana pulak kau tak pasti? Kau kan kerja dengan dia. Makan gaji buta ke korang ni?” jerkah Ika.
            “Saya dah tak jaga jadual kerja Encik Kamal lagi.” Rini  membela  diri.
            “Habis tu siapa yang susun jadual kerja dia sekarang?” Ika menjerkah lagi.
            “Saya.”
            Ika memandang Fatin. Cermin mata gelap yang terletak cantik di atas batang hidung mancungnya ditarik kasar. Meja kerja Fatin dirapati. Bau minyak wanginya yang terlalu kuat memualkan tekak  Fatin. Dia malu sendiri  melihat skirt singkat  wanita itu.
            “Hei, kita pernah jumpa kat rumah Kamal kan? Apa kau buat kat sini?” tanya Ika.
            “Dia pekerja baru kat sini Cik Ika. Dia pembantu Encik Kamal.” Rini tolong jawabkan untuk Fatin yang masih tergamam.
            “Kau diam, aku tak tanya kau. Dia ada mulut kan? Biar dia yang jawab.” Jari telunjuk Ika tertuding dekat dengan muka Rini.
            “Encik Kamal keluar jumpa klien Cik Ika,” jawab Fatin. Matanya tajam merenung Ika yang memandang sinis padanya.
            “Kat mana dia jumpa klien?” Ika menyoal lagi.
            “Maaf, saya tak boleh bagitau.” Fatin menjawab dengan berani.
            “Apsal pulak tak boleh bagitau? Aku sepupu dia. Aku berhak tahu kat mana dia sekarang,” bentak Ika.
            “Saya tak boleh dedahkan aktiviti majikan saya pada orang luar. Kalau nak tahu dia ada kat mana, Cik Ika call dia sendiri.” Puas hati Fatin dapat menyakitkan  hati wanita  itu. Setelah beberapa bulan yang lalu, dia sendiri hampir  lupa dengan wajah  wanita  itu. Kini  dia muncul  kembali, seakan menggores parut di  hati Fatin yang masih  basah.
            Ika diam. Wajah Fatin dicerlang dengan pandangan menyinga. Dia betul-betul ingin tahu di mana Kamal berada saat ini. Ada perkara yang perlu dibincangkan. Tak sangka pula boleh bersua dengan Fatin di sini. Jengkel hatinya bila teringat layanan  Kamal yang ‘beku’ ketika Fatin bertamu ke  rumah lelaki  itu  satu  masa dulu.
            “Eh budak, kau jangan berlagak sangat dengan aku ya. Kau tak layak dengan Kamal tu, tahu tak?” Zulaikha menunjal lembut kepala Fatin.
            “Apa maksud Cik Ika?” tanya Fatin. Menggigil badannya menahan marah. Mahu saja dia melempang pipi Ika yang tebal dengan pemerah pipi itu.
            “Cermin sikit diri tu. Layak ke kau jadi bini dia? Sekolah pun tak habis lagi, berangan nak jadi bini peguam,” perli Zulaikha. Senyum mengejek terpamer di wajahnya. Cermin mata yang berada di tangan di letakkan semula di atas batang hidung.
            “Kalau Kamal masuk nanti, bagitahu dia bakal bini dia cari. Ingat betul-betul, bakal BINI okey!” Zulaikha melangkah keluar. Pintu pejabat dihempas kuat. Fatin dan Rini menarik nafas lega. Namun kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Zulaikha tadi masih terngiang-ngiang di telinga Fatin.
            “Kau jangan ambil serius sangat apa yang dia cakap tadi Fatin. Aku dah lama kenal dia. Dia memang suka merapu.” Rini cuba menenangkan Fatin.
            Fatin tersenyum kelat. Dia kembali menyambung kerja-kerjanya yang terhenti. Tapi tumpuannya agak terganggu. Mungkin dia masih dalam keadaan terkejut. Fatin bangun, ingin menyegarkan muka.
            “Rini, kau jangan bagitau Kamal pasal ni ya. Nanti dia risau. Biar dia tahu sendiri dari Ika.” Sempat lagi Fatin menitip pesan.
            Rini mengangguk faham. Walaupun Fatin nampak tenang, dalam hatinya ada luka yang tercalar. Luka yang hampir  menyiat dinding hatinya. Dalam diam dia berdoa agar apa yang diperkatakan oleh Zulaikha tadi tak menjadi kenyataan.
            Kejadian Zulaikha menyerang Fatin terus dirahsiakan dari pengetahuan Kamal. Mungkin Zulaikha tidak mencari Kamal selepas dia menghamun  Fatin di pejabat tempoh  hari. Kamal juga tidak bertanyakan apa-apa mengenai perihal gadis itu sama ada pada Rini atau Fatin sendiri. Semakin hari luka di hati Fatin semakin pulih. Perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Kamal nyata tidak berbelah bagi. Fatin yakin cinta Kamal hanya untuk dirinya.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
“Abang, besok keputusan STPM keluar. Nak temankan Fatin pergi ambil result tak?”
Fatin mempelawa Kamal dengan harapan buah hatinya akan menghantarnya ke sekolah esok. Bukan tidak boleh pergi sendiri. Dia mahu berkongsi saat-saat penting itu bersama Kamal.
“Alamak sayang, pagi ni abang kena pergi mahkamah. Ambil result petang boleh tak?”
“Tak apalah, Fatin pergi dengan Ayu. Itu pun kalau Abang Hairi tak hantar dia. Kalau tak, Fatin pergi dengan mama aje.” Suaranya kedengaran merajuk.
“Ambil petanglah sayang. Abang temankan Fatin lepas selesai perbicaraan nanti.” Kamal cuba memujuk. Dia tahu Fatin sudah berjauh hati.
“Ala...kalau ambil result petang, dah ramai kawan-kawan yang tak ada kat sekolah. Fatin nak jumpa kawan-kawan...” rengek Fatin.
Kamal terdiam. Kalau ikutkan hati mahu saja dia ponteng kerja esok. Tetapi urusan di mahkamah tidak boleh ditunda sesuka hati. Apalagi  modal yang dia ada untuk memujuk Fatin?

"Tak apalah abang, Fatin faham. Nanti Fatin ajak mama temankan..." Nadanya mendatar sahaja.
"Fatin marah abang ya?" Kamal menduga. Dia tahu, Fatin bukanlah gadis yang suka bergantung pada orang lain. Tapi jika datang angin manjanya, pening juga Kamal dibuatnya.
"Taklah, Fatin okey." Dipandangnya Kamal sekilas. Fatin tersenyum kelat. Kamal hanya menghantar Fatin hingga depan pintu pagar. Tidak menyinggah seperti selalu. Penat katanya.
 “Abang  tunggu good news dari Fatin besok, ya. Good luck sayan,” ucap Kamal.

Pagi esoknya…

“Fatin! Aku tumpang kau pergi sekolah boleh tak? Abang Hairi pergi Kuala Lumpur,” laung Ayu.
Fatin yang sedang mengundur kereta berhenti sebentar. Pintu kereta dibukakan untuk  Ayu. “Sejak bila pula main minta-minta izin nak tumpang aku ni? Menyampah pulak aku.”
Ayu cuma tersengih. Pintu kereta ditutup. Fatin memulakan perjalanan  ke  sekolah dengan lafaz Basmallah.
“Mama pun tak dapat temankan aku pergi ambil result. Ada meeting pulak pagi ni. Abang Kamal ada court case. So... kita pergi berdua ajelah. Lagipun dah lama tak beronggeng dengan kau.”
Ayu menyeringai.Tapi riak wajahnya tiba-tiba berubah risau. “Aku takutlah Fatin. Kau tak rasa apa-apa ke?” Kedua-dua tapak tangannya digosok seperti orang dalam kesejukkan.
“Adalah sikit-sikit. Tapi nak buat macam mana. Harap-harap berbaloilah dengan usaha keras kita selama ini kan?” Fatin menjawab perlahan. Perhatiannya lebih tertumpu di jalanraya.
“Kejap aje masa berlalu kan, Fatin. Lepas ni aku sibuk dengan majlis bertunang pulak,” ujar Ayu perlahan.
“Aik, mengeluh nampak. Dah berubah hati ke?” usik Fatin. Pehanya menjadi sasaran tamparan tangan debab Fatin.
“Bila masa pulak aku berubah hati? Aku macam tak percaya aje, tak lama lagi dah nak jadi tunang orang.”
Fatin tersenyum lebar mendengar omelan Ayu. “Tak percaya ke dah tak sabar? Kalau lepas ni kau tak sambung belajar pun, aku rasa kau masih boleh hidup senang. Abang Hairi tu kan dah ada kerja tetap. Peguam pulak tu. Nak risau apa lagi?”
“Amboi, pandai kau ceramahkan aku. Kau tu pun apa kurangnya. Kalau malas sambung belajar pun kau masih boleh kerja dengan papa. Keluar ada bisnes besar, boyfriend  peguam. Apa lagi yang kurang?” Giliran Ayu pula mengusik.
“Aku tak  nak kerja dengan papa. Aku nak jadi cikgu. Sebab tu aku harap sangat dapat keputusan yang baik. Aku nak masuk maktab. Dan sebab tu jugalah aku tak nak terikat dengan Abang Kamal.”
Perbualan terhenti. Mereka tiba di sekolah. Sudah ramai rakan-rakan sebaya yang dah berada di dalam dewan sekolah. Berbagai-bagai riak wajah terpampang di depan mereka. Fatin dan Ayu berpandangan. Debaran mula terasa. Langkah dipercepatkan. Masuk sahaja ke dalam dewan, mereka berdua terdengar seeorang memanggil nama mereka berdua.

“Kenapa Cikgu Shazatul panggil kita Ayu?” tanya Fatin.
“Manalah aku tahu. Apa kat tangan dia tu?” Mengecil bola mata Ayu melihat Cikgu Shazatul melambai-lambai pada mereka. Terkibar-kibar kertas yang sedang dipegang. Mereka melajukan langkah. Beberapa langkah sebelum sampai pada Cikgu Shazatul, bekas guru kelas mereka itu sudah mendepangkan tangan. Bersedia untuk memeluk Fatin dan Ayu.

“Kenapa lambat sampai? Awak berdua apa khabar?” tanya Cikgu Shazatul. Sempat lagi dia bertanya khabar walaupun mata Fatin dan Ayu sudah tetancap pada kertas di tangan Cikgu Shazatul.
“Kami  baik-baik saja cikgu. Err...” Fatin teragak-agak nak  bertanya mengenai kertas  putih  yang dipegang Cikgu  Shazatul. Ayu pula mencuitnya  berulang kali. Ternyata kertas itu lebih  mendapat  perhatian  mereka berdua.

“Dah tau keputusan?” tanya Cikgu Shazatul.
Mereka berdua menggeleng. Cikgu Shazatul tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia menghulurkan kertas yang dipegang. Senyumnya masih tidak lekang, menanti reaksi Fatin dan Ayu pula.

“Aaa!!!” Ayu menjerit keriangan. Dia menekup mulut, menyedari lepas lakunya. Wajah Cikgu Shazatul dan Fatin dipandang silih berganti. Ditariknya kertas yang dipegang oleh Fatin kerana sahabat baiknya itu tiba-tiba mematung.

“Wow! Flying colours!”
Ayu menggoncang-goncang bahu Fatin. Mengembalikan Fatin ke alam realiti. Mereka berdua berpelukan. Airmata masing-masing menzahirkan kegembiraan mereka kala itu. Keputusan STPM mereka berdua adalah antara yang terbaik di kalangan calon-calon STPM yang lain. Fatin dan Ayu  dikerumuni  rakan-rakan yang ingin berkongsi kegembiraan dengan mereka. Tak putus-putus ucapan tahniah diucapkan antara satu sama lain.

"Tahniah Fatin..."
 Fatin menoleh ke belakang. Agak terperanjat melihat gadis yang sedang berdiri di depannya. Tapi tangannya tetap menggenggam tangan gadis itu.
"Terima kasih Lina," balas Fatin perlahan.
Lina juga menghulurkan tangan pada Ayu yang merenungnya dengan rasa jengkel.
"Macam mana keputusan kau Lina?" tanya Fatin.
"Biasa-biasa aje. Aku tak sepandai kau berdua," jawab Lina.

Fatin mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia menjadi kekok berhadapan dengan kawan lamanya itu. Dikerlingnya tangan Lina. Slip peperiksaan yang bergulung disimpan ke dalam beg. Fatin dan Ayu berpandangan. Masing-masing hilang modal untuk merancakkan perbualan. Lina juga hanya diam merenung mereka berdua.

"Kau buat apa sekarang?" tanya Ayu sekadar berbasa basi.
"Aku dah kahwin." Lina tersenyum lebar.
Terbeliak mata Ayu dan Fatin. Ayu lebih lagi terkejutnya. Anak matanya terus  terarah ke  jemari Lina. Betul, masih merah lagi kuku-kuku bekas  teman sekelasnya  itu.
"Bila?” tanya Fatin pula.
"Bulan lepas, dengan doktor." Lina tersenyum lebar. Ada riak sombong di wajahnya.
"Pergh! Doktor tu! Tahniah Lina. Kalau macam tu, tak payahlah susah-susah nak sambung belajar lagi. Suami dah kerja bagus!" ujar Ayu.
Dia  menepuk-nepuk bahu Lina. Gadis itu hanya tersenyum. Matanya menyorot Fatin yang sedang menghubungi seseorang. "Kau sekarang macam mana Fatin?"

"Dia masih setia pada yang satu, kau ingat lagi tak?" Ayu menjawab bagi pihak Fatin. Fatin hanya senyum sambil berbual di telefon.
"Masih dengan Kamal? Kawan Cikgu Shahrul." Lina menyoal kembali. Ada ombak cemburu sedang bergelora di hatinya. Dia mengetap bibir apabila melihat Ayu mengangguk laju.

‘Panjang lagi jodoh diaorang rupanya.’ Getus Lina dalam hati.

"Eh! Sebut pasal Cikgu Shahrul, kau ada nampak dia tak?”  Melingas mata Ayu memerhati persekitaran sekolah yangbaru sahaja beberapa bulan ditinggalkan.  
“Aku dengar dia sambung belajar buat Master.” Lina menjawab, tapi matanya mengerling Fatin yang masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Penampilan Fatin yang ringkas tapi nampak elegan membuatkan Lina berasa dirinya terlalu kerdil. Memang dari dulu dia sering kalah dengan Fatin.

“Okeylah Lina, kami berdua gerak dululah. Ada rezeki kita jumpa lagi ya," kata Ayu. Laju tangannya menggenggam tangan Lina. Fatin sekadar menganggukkan kepala. Dia sedang berbual dengan mama di talian. Lina memandang Fatin dan Ayu sehingga mereka hilang dari pandangan. De

“Huh! Berkawan? Sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai, ini sekadar kawan? Kau tunggulah Fatin...Kamal tetap akan jadi milik aku,” omel Lina sendirian.
Nadanya kedengaran perlahan tapi tonasinya agak keras. Lina mengenggam jemarinya seerat mungkin. Dendamnya pada Fatin tidak pernah luntur. Seutuh  cintanya pada Kamal. Walaupun sudah berkahwin, hatinya masih disimpan untuk Kamal.

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
“Kau dah call abang Kamal?” tanya Ayu.
 “Dah, tapi handphone dia tutup,” jawab Fatin sambil menghidupkan enjin kereta.
“Kau pergilah rumah dia. Tunggu dia kat sana, boleh kau bagitau pada bakal mak mertua kau sekali.” Ayu membuat cadangan.
“Tak naklah! Malu.” Fatin tersengih nakal. Sejak pertemuannya dengan Ika di rumah Kamal  beberapa bulan yang lepas, dia tidak pernah lagi pergi ke rumah itu. Lagipun menurut papanya tidak elok anak dara sering ke rumah orang bujang.
“Alah, kau bukan pergi sorang. Kau kan pergi dengan aku. Kalau tak jumpa Kamal pun kau boleh bagitau kat ibunya pasal result kau,” pujuk Ayu lagi.
Akhirnya Fatin termakan juga pujukan Ayu. Kereta menghala ke rumah Kamal. Fatin juga tidak sabar ingin menyampaikan khabar gembira itu  pada bakal  mertuanya.

"Tak sangka Lina dah kahwin, kan Ayu?" Fatin mengajak Ayu berbual.
"Hmm, aku fikir aku yang gatal.Rupa-rupanya ada lagi yang lebih gatal dari aku." Ayu ketawa mengekek.
"Tak baiklah cakap macam tu. Dah jodoh..." Fatin menegur.
 Dia meneruskan pemanduannya sementara Ayu menjawab panggilan telefon dari Hairi. Lima belas minit kemudian, mereka sudah berada di depan rumah Kamal. Kelihatan sebuah kereta turut berada di situ. Fatin pandang  sekilas. Setelah gagal mengecam siapakah tuan punya kereta, Fatin menghampiri pintu pagar.

“Assalamualaikum”.
 Sudah kali ketiga Fatin dan Ayu memberi salam. Masih tiada jawapan.
“Tak ada orang kot?” kata Fatin.
“Tapi pintu rumah dia terbuka. Cuba kau tengok pintu kecil tu. Kunci tak? Lagipun kereta siapa pulak kat depan rumah dia ni?"
Mata Fatin terarah pada kereta berwarna merah yang diletakkan di hadapan pintu pagar rumah Kamal. Sekali lagi kereta itu gagal menarik minatnya. Ayu cuba menolak pintu kecil di sebelah pintu pagar utama.

“Eh, tak kuncilah!” Ayu sudah melangkah masuk. Fatin mengikut Ayu sambil meninjau-ninjau sekeliling rumah. Setahu Fatin, Puan Umairah tidak bekerja. Sepanjang masa dia sentiasa berada di rumah. Tapi mengapa salam mereka tidak berjawab?
Halaman rumah itu masih sama keadaannya sewaktu pertama kali  Fatin menjejakkan kaki ke situ. Sorotan matanya terhenti di bahagian garaj yang terletak di tepi rumah teres setingkat itu. Kereta Kamal? Dia melihat jam di tangan, pukul 12.30.

‘Dia balik makan tengahari kot...’ Fatin meneka-neka sendiri.
Dia terus menuju ke pintu masuk utama yang terbuka. Jantungnya mula bergendang laju. Sepasang kasut bertumit tinggi dan kasut lelaki terdampar di depan pintu masuk. Dia mula memikirkan sesuatu yang tidak enak sedang berlaku di dalam rumah itu.

“Assalamualaikum...” Ayu memberi salam. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah. Fatin tidak sempat menghalang. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia sedang pegun melihat sesuatu. Fatin menyorotkan pandangan ke arah yang menyebabkan rakan baiknya itu kekagetan.

“Fatin!”
Kamal  terkejut dengan kehadiran Fatin dan Ayu di situ. Ika yang berada di dalam dakapannya  ditolak kuat hingga tersandar ke sofa. Mata Ika nampak bengkak. Mungkin dia baru lepas menangis. Haba panas menyimbah ke muka Fatin. Terlepas kunci kereta yang dipegangnya. Kamal segera bangun mendapatkan Fatin dan Ayu yang masih tercegat di situ.

“Fatin, dengar dulu penjelasan abang...”
“Sampai hati kau buat kawan aku macam ni!”
Ayu lebih pantas melepaskan amarahnya. Dia menghadang Kamal dari menghampiri Fatin yang berdiri di belakangnya.
 Pang!
Satu tamparan  singgah di pipi Kamal. Fatin cuma memandang pipi Kamal yang berbekas tapak tangan montel Ayu. Matanya berkaca-kaca. Kamal memegang pipinya yang kebas.

“Sabar Ayu. Fatin, biar abang terangkan...” rayu Kamal.
 Dia tidak berjaya merapati Fatin kerana dihadang oleh badan besar Ayu. Mata Fatin sudah mula kabur akibat menahan takungan air mata yang menunggu masa untuk melimpah.
“Weh! Kau tak payahlah buat dialog cerekarama. Dasar buaya! Menyesal aku kenalkan kau dengan kawan aku. Jom balik Fatin, tak payah layan jantan kabaret macam ni!”
Ayu menarik tangan Fatin keluar dari rumah Kamal.  Kamal tergesa-gesa menuruti mereka berdua.

“Mal ...” Suara lirih Ika mematikan langkah Kamal. 

Fatin dan Ayu sudah berlari keluar menuju  ke kereta. Ayu menolak Fatin masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.
“Biar aku drive,” kata Ayu.
Ketika dia sedang menghidupkan enjin kereta, Kamal meluru keluar dari pintu pagar. Dia mengetuk-ngetuk tingkap kereta.
“Fatin, tunggu dulu! Jangan macam ni Fatin. Dengar abang cakap dulu!” jerit Kamal.

Fatin menekup kedua belah telinga. Suara Kamal dan ketukan tingkap membingitkan telinga.
“Jalan Ayu!” Fatin menjerit. Dan kereta meluncur laju meninggalkan Kamal yang berkaki ayam.

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.