Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

March 25, 2011

3 Izma Dan Botol Susu .....

Sekarang kan tgh kecoh pasal penggunaan botol susu tu kan? Ramai gak yg tanya aku kat mana nk cari botol yg selamat digunakan utk anak masing - masing .Bagi aku ,dah x payah fikir nak cari botol susu untuk anak2 sebab semuanya dah x minum guna botol susu .Tapi ada cerita yang aku nak share pasal anak2 aku dan botol susu diorang . Kita start dgn yang sulung dulu eh..

Izma Nurul Syafiqa
Si kakak ni dulu aku bekalkan susu badan yang aku letak dlm botol pada pengasuh dia .Setiap malam , aku akan perah susu aku dan simpan dlm peti sejuk .Dari hari Isnin sampai Sabtu , 6 botol susu aku bekalkan untuk dia . Dia minum jugak susu formula , tapi aku nak juga dia minum susu ibu dia walaupun waktu tu aku xder dgn dia . Dia gunakan botol susu sampai Syaqira lahir ..tapi ada satu insiden yang membuatkan dah x nak minum susu dalam botol lagi...hmmmm

Kalau x silap aku masa tu umur dia 2 thn 1/2 . Budak - budak ..kalau setiap kali lepas minum susu mesti main campak je botol susu kan . Satu hari tu dia melalak nak minum susu ..ops!..lupalak nk bagitau masa tu dia dh x menyusu badan sebab Syaqira dah rampas kuasa ....he he he .Ok sambung cite..Puas aku cari botol susu dia tapi x jumpa .

Tengah aku sibuk mencari , tiba2 aku dgr dia menangis sambil menjerit...aku ingat kan dia terjatuh . Rupa-rupanya dia tengah ketakutan sebab ada binatang ni dalam botol susu yg dia tengah pegang...nak tau binatang apa...ni ha!

Maka sejak dari hari itu dia dah x nak minum susu dalam botol walau pun aku dah belikan dia botol susu yang lain . Fobia agaknya...he he he

Izma Nurul Syaqira
Hmmmm...si Jepun ni memang anak yang hyper active...dia ni kuat minum susu , susu badan pun kuat jugak ..selalunya lepas habis sebotol susu dia akan menyusu badan pulak ...Satu hari...mcm biasa la..aku ni kan paling pantang tengok barang bersepah2....Masa ni Syahir dah ada tau...bayangkan je la aku menjaga 3 org budak kecik yg 1001 perangai....haru biru jadi nya.Si Jepun tu pulak baru dapat mulut ( becok ) ...Sepatah aku ckp, 10 patah dia balas balik.Aku cakap dengan dia kalau dia sepah lagi botol susu aku akan buang kat luar tingkap...korang tau apa dia balas balik ? ....

"Kalau ibu berani , ibu buang la...Qira tak heran pun "

Perghhhhhhh !!!!!..berdesing seh telinga aku ...maka dengan sepantas kilat aku amik botol susu dia , terus aku campak kat luar tingkap.Jepun pandang sambil tersengih - sengih ."Ala..jap lagi mesti ibu amik balik"....dia menyakat aku sambil berjoget - joget."Jangan harap !" balas aku sambil sambung buat kerja umah. Tak lama pastu dia mengendeng - ngendeng kat aku...nak susu la tu! Aku suruh dia ngan kakak g tengok ada lagi x botol susu yang aku campak tadi .Tapi dah xder...maybe dah jatuh dalam longkang atau dah kena sapu kat cleaner.Maka sejak dari hari tu dia dah x minum pakai botol....:)

Izma Nor Syahir
Hero aku yang sorang ni  , umur dia dah nak masuk 2 bulan baru aku bagi dia minum susu formula.Dia ni sama je macam kakak Qira dia.Cuma tabiat menyusu dia nih agak berlainan sikit .Selang 3 jam dia mesti nak minum susu dalam botol dan antara waktu tu ..hmmmm apalagi ...susu cap gantung lah...tapi awal tahun ni aku dah mula ajar dia minum guna cawan yg ada telinga tu..sebab nya..dia dah pandai gigit puting botol tu..sampai putus puting botol tu dia kerjakan...boleh bayangkan x kalau dia menyusu badan...he he he ...Dah beberapa kali aku melelehkan airmata kalau dia menyusu sebabnya....he he he ..Lu pikirlah sendiri...berdarah2 dikerjakan dek hero kecik nih...

Bila dia dah start minum guna cawan , maka secara rasmi nya dah xder la botol susu dalam rumah kitorang ....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.