Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

April 29, 2011

Suami Oh Suami !!!

Ni cite 2 minggu yang lepas ....

Pagi tu aku tengok perangai abah pelik sikit...selalunya bila aku kejut bangun pagi , dia mesti minum air panas dulu sebelum masuk ke bilik air..Tapi pagi tu ..dia terus masuk ke bilik air..Hmmmm....dh x tahan nak "melabur" kot..aku teka dalam hati je...Pagi tu jugak dia agak senyap..x ramah mcm biasa.X der ucapan Salam & gud morning kiss seperti lazimnya.. Aku biarkan je..Maybe dia penat sebab lambat tido mlm tadi. Tulah sapa srh leka sangat ngadap komputer ? Pukul 3 pagi baru tido..

Sebelum dia keluar rumah , aku salam tangan abah mcm biasa dan menghantar dia kat hujung tangga sambil mendukung Syahir.Tapi masa aku nak kunci pintu rumah , baru aku perasan , kunci yang aku pegang tu kunci kereta!!! Alamak...maknanya abah dah terbawa kunci rumah.Mujur jugak kat kunci keta tu ada jugak kunci umah..Aku geleng kepala je...Dalam hati dah mula nak mengomel..Apa lah abah ni..

Masa aku kemas2 umah ....
Aku tengok kotak rokok dan lighter abah terletak cantik je kat atas peti sejuk..Huh!!! dia lupa la tu..Aku cakap sorang2...Tapi..."Ya Allah!!!!..Beg duit pun tertinggal jugak?!!!" aku dh separuh menjerit...Pantas aku berlari ke dalam bilik tidur mencari henpon .

Lebih kurang camnilah perbualan nya..

Aku : Assalamualaikum..
Abah: Waalaikum salam..Ada apa ibu?
Aku : Cuba abah tengok dalam poket seluar apa yang x der?
Abah : Jap eh.....( beberapa second pastu ) eh wallet abah tertinggal ye bu?
Aku : Hish!!!Apalah abah ni...Satu lagi..pagi abah start keta pakai kunci apa?
Abah: He he he ..pakai kunci umah..Sorilah ..abah x perasan terbawak salah kunci..jangan marah ha...

Aku masih x puas hati lagi , aku pelik nape aku x dengar bunyi mesin yang selalu dia guna masa dia kerja..aku tanya lagi..

Aku : Abah ok x ni?
Abah: Ok je..nape?
Aku: Abah kat mana?
Abah: Errrrr...kat tempat keja la..nape?
Aku : Apsal senyap jek...jgn tipu...abah kat kinik ke ( Aku serkap jarang je..sebab 2 hari sebelum kejadian ni dia ader ngadu sakit pinggang )
Abah : Mana ibu tau?Hehehe...dengan ibu ni x leh nk secret langsung lah...Abah kat kinik gigi lah....Jap g 
abah tepon balik ye..jgn risau lah, abah x der apa2..nak amik ubat je..bye..

Henpon dimatikan....

1/2 jam kemudian.
Aku terdengar pintu rumah dibuka...Abah senyum je bila tengok aku renung dia dengan muka masam...Aku bukannya marah pun..Saje nk marah2 manja..he he he ..

Aku: Mana ubat nya? ( aku tanya sebab aku x nampak pun plastik ubat kat tangan abah..
Abah : Klinik tutup...
Aku : Klinik tutup? Klinik 1 Malaysia tutup?
Abah: Bukan Klinik 1 Malaysia..Abah g klinik gigi tadi...

Baru aku teringat dia ader cite kat aku yg gigi geraham dia dah berlubang.Tapi bukan itu motif cite ni yang sebenarnya..

2 hari selepas kejadian...

Aku tanya abah bila lagi nk g kinik gigi ..Dia kata kinik gigi kat Masai ni buka hari Isnin dan Jumaat je...Dan kebetulan petang tu abah bawak kitorang jalan kat pekan Masai...Tetiba dia kluar citer masa dia g kinik tempoh hari...

"Ibu nak tau..sebenarnya haritu abah dah tersalah g kinik...Abah  x tau pulak kinik gigi ngan kinik kesihatan tu diorang buat asing2..."

Dia sambung lagi bila aku tanya..."Haritu abah g kinik kat mana?"

"Abah g kinik yang kat atas bukit tu...dah dekat sejam tunggu , baru sampai angka giliran , bila dah buat kad,baru nurse kat dalam kinik tu bagitau kinik gigi kat bawah bukit , tapi kinik tu buka hari Senin ngan Jumaat je.."

Mata aku dh terbeliak sambil menahan gelak...

"Laaaaaaaa.....memang 100 percent salah !!!!!!! Kinik yang kat atas bukit tu kan Klinik Ibu Mengandung dan Kanak2...!!!!

Huargh hahahahah!!!!!...

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.