Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

February 25, 2011

Bila Syahir "buat hal".....

Petang semalam lebih kurang dalam pukul 5.30 petang , langit di Vista Seri Alam ni agak mendung.Tapi belum menunjukkan tanda2 nak hujan.Cuma guruh je yang kedengaran sayup2..Seperti biasa, bila anak yang aku asuh tu dah dijemput oleh ayahnya , aku pun bawak hero kecik aku tu lepak2 kat bawah sambil menunggu abahnya @ suamiku balik.

Hari makin mendung..bunyi guruh dah makin kuat...niat di hati memang nak naik semula masuk kat dalam umah . Tapi bila tgk Syahir seronok main kat bawah , aku tundakan dulu niat .Biarlah dia main kejap.Nanti abah dia balik , kitorang naik lah sekali.

Tak lama lepas tu abah pun sampai . Nampak aje kelibat kereta abah , Syahir dah mula berlari menuju ke kereta. Sempat aku dukung dia , meronta- ronta nak turun.Masa dia tengah meronta-ronta tu guruh berdentum disertai kilat.Tapi x lah kuat.Nampak dari jauh je.Baru je abah hulur tangan nak dukung Syahir ,guruh berdentum lagi , petir dan kilat memancar serentak ke arah kereta jiran yang betul2 kat depan kitorang.Tergamam kitorang , dan sepantas kilat kitorang naik ke rumah.

Sejak naik ke rumah , Syahir cuma diam je.Mata dia x lepas dari pandang ke tingkap.Mula2 aku ingat dia ok. Biasalah, bila abah dia ader kat umah, manja dia terlebih sudah..Tak boleh la hilang dari pandangan mata dia.Mesti nak nangis.Tapi aku terperasan, bila ada bunyi pelik macam bunyik motor ke, bunyi barang jatuh dari rumah jiran atas ke , waima abah dia bersin sekali pun , Syahir akan berlari kat aku  dan peluk kuat2.Dan aku tengok muka dia makin pucat.Aku mula2 baca apa yang patut.TV pun x leh bukak kuat2 , dia akan nangis.Akhirnya lepas maghrib aku dah tdokan dia.Abah bacakan Surah Yasin  masa dia tgh tdo.Pukul 9.00 malam ,Syahir bangun.Nampak mcm dah ok.
Tapi pagi ni , aku x leh nak bergerak buat kerja2 umah mcm biasa.Syahir asyik nak berdukung dan akan menjerit kalau terdengar bunyi2 yg pelik. Padahal dia dh biasa dgn bunyi2 tu.Sampaikan bunyi aku tumis bawang pun dia dah lintang - pukang lari sambil nangis.

Akhirnya atas pertolongan Pak Cu yang sudi share info kat FB , aku bagi dia minum dan mandikan air yg dah dibaca Basmallah 3x, Al-Fatehah 3x , Surah2 tiga Kul 3x , Ayat Kursi 3x dan selawat 3x untuk pulihkan semangat dia.Menjerit2 dia masa aku mandikan.Dan tertidur akhirnya dia.

Petang ni masa en3 ni di post kan , dia dah bangun dah menghuru-harakan rumah seperti biasa.

Alhamdulillah....

February 14, 2011

Valentine.....Hindi Power...

Semalam masa Buletin Utama kat TV3 , PM kiter dh bagi larangan sambutan Valenine's Day bg umat Islam.Bagus....memang patut pun..Rasanye x payah la aku ulas panjang.Apa yang penting...x perlu nk tunggu Valentine's Day untuk meluahkan rasa kasih dan cinta kiter....hari2 lain pun boleh...kan kan kan...

Ok....
Macam2 benda yg berlaku dan akan berlaku dalam bulan Februari ni..Antara yang menarik , sempena Valentine's Day..TV3 kuarkan balik filem- filem hindustan yg lama dan pernah menjadi pujaan hatiku...


Dil To Pagal Hai

Cite ni hit mase aku sekolah menengah, masa tu memang gelombang bollywood yg gila-gila ah..Walaupun kalau ditonton kesemua filem yg hit pada masa tu seperti Kuch Kuch Hota Hai , Mujse Dosti Karoge , Har Dil Jo Pyar Karega  dan banyak lagi...sumanya melibatkan cinta tiga segi. Bagi aku , jalan cerita tu aku x berapa kisah sangat, yang penting..lagu-lagu dan tarian ader dlm filem tu.Hmmmm...tetiba teringat lak kat kawan lama aku...Jom baca....


1998 , Tahun SPM dan Hindi Power..
Masa ni aku suka buat study group ngn 2 orang lagi kawan.Apa yang menarik tentang study group kitorang ialah...mesti ader radio..eh..lupalak nak kenalkan korang dgn kawan2 study group aku.Yang sorang ni jiran belakang umah je...dh kenal sejak kecil .Tapi dia  x sama sekolah ngan aku.Dia kat Sek. Men. Dato' Mansor , Bahau.Dan selalunya umah dia pun jadi port tempat kitorng study.Aku panggil dia kak Ita.Nama penuh dia Noor Zunita Begum.

Yang sorang lagi aku dh kenal sejak zaman pakai pampers lagi.Dia ni mmg peminat fanatik Salman Khan.Pernah sekali tu dia beli sampai 3 buah majalah semata-mata nk amik gambar hero pujaan hatinya.Dia akan tiru suma yg ada pada Salman Khan , gaya rambut , gaya jalan bahkan sekarang pun dia masih minat lagi dgn Salman Khan.Badan dia pun tegap mcm hero bollywood tu.Sesuai la dgn kerja dia sebagai anggota polis.Aku panggil dia Abg Ngah, nama penuh dia Mohd Nor Hazreek.

Kalau korang masih ingat dulu ader sorang Dj radio THR.fm nama dia Andy Hakim.Msa tu setiap Khamis mlm Jumaat mesti ada rancangan Hindi Power.Huuuu...rancangan ni start kul 10.00 mlm.Kebiasaannye bila start je rancangan nih kitorng pun dh hilang tumpuan pada buku.Tapi yg selalu cepat hilang tumpuan aku ngn abang ngah lah.Kak ita dia sekadar layan je .Aku ngan abg ngah siap blh menari2. Pernah sekali aku tgh syok henjut2 badan aku yg "comel" ni sambil layan Hindi Power, kerusi yg aku duduk tu dh x mampu menampung "keringanan" badan aku lalu..."praaaaap".Kerusi tu patah dan aku pun tergolek macam buah nangka busuk.Malu siot!!!!!!! Aku buat muka selamba je bila diorng gelakkan aku.

Masa tu punyalah minat ngan cite- cite hindustan ni. x ckp dgn video tape ( zaman tu cd blm berapa popular lagi ), aku beli pulak kaset.Bila dh kuar dlm bentuk cd , aku beli pulak cd.Aku suka tengok ulang sampai blh hafal lagu2 dlm setiap filem tu.

Sampai ke zaman kolej pun aku masih mengikuti perkembangan dunia Bollywood. Aku x kisah sapa pelakon - pelakon nya asalkan lagu2 dia best, aku layan.Antara filem2 yg best masa tu..

Sekarang pun masih layan Bollywood lagi cuma dah x segiler dulu. Lagu2 sekarang dah x berapa best mcm dulu.Dan untuk semua blog reader yang sudi singgah kat blog merapu aku nih , khas untuk bulan Februari ni , aku kasi korang layan lagu2 Bollywood yg menjadi pujaan hatiku...Enjoy listening while reading..

February 10, 2011

Hari yang panassssssssssssssss !!!!!!!!!!

Sejak anak2 dara aku cuti - cuti Malaysia @ umah atuk ngn wan diorang , aku dah jadi penunggu suami yang setia kat anak tangga vista aku nih.Yelah , kalau cukup korum biasanya amat jarang sekali aku "menebeng" kat tangga nih..tapi disebabkan si Bulat nih dah pandai lak tunjuk muka boring , maka hampir setiap petang aku kena bawak dia jenjalan kat keliling vista sambil tunggu hubby balik.

Bukan aku x suka nk jenjalan , tapi kalau dh jenjalan mesti akan terserempak ngan jiran2 yg sangat "peramah".Kang kalau x tegur kot  diorng kata aku menyombong pulak.Tapi kalau dah dapat berborak......almaklumlah...dari satu topik ke satu topik...

Teringat aku tntg kisah satu petang...sedang aku meladeni Si Bulat , ader la 2 3 org suri-suri yang duduk jugak lepak2 kat situ.Apa yang aku perasan ader jugaklah muka2 baru yg join sekali.Maka seperti biasalah , bila ader muka baru mesti ader sesi suai kenal.Aku pun dengan ramahnye memperkenalkanlah diri aku. Ala ...setakat bagitau nama , berapa orng anak..itu je lah...tapi tetiba ader la salah sorang dr kakak2 yg melepak tu mengeluarkan statement yg bikin telinga aku panassssss...

"Dia ni dulu cikgu, dah elok2 ngajar gatal nk kahwin.Pastu bila dah kawen jadik cikgu jugak.Tapi kat umah je la..keh keh keh"
 Pehhhhhhhhh...berdesing siot telinga aku..Apa problem dia nih Suka ati aku la nk duk umah ke , nk duduk kat bulan ke...Tapi aku x menjawab..Aku senyum jek sambil menjawab " Dah rezeki nye kat umah , senang sambil mengajar sambil jaga anak"..

"Ahli2 mesyuarat tingkap" yang baru2 tu juz senyum jek....Aku ingat kan dah habis dh sesi mendesingkan telinga aku, rupa- rupanya....

"Memangla dia suka duk kat umah , senang dia nk membuteeee...."

Ini sudah lebih , dgn pantas aku dukung Bulat dan memulakan langkah untuk memanjat tangga..Sambil mendaki tangga aku bagi sedas...

"Naik dulu lah ye , nak buat apa - apa yang patut , burung pun dah balik ke sarang" pastu aku pun terus masuk umah ....x kuasa aku nk melayan...buang karen jek...huh!!!

February 09, 2011

nak jaga hati sapa nih.....

Aku tersepit antara amanah dan menjaga keharmonian persahabatan sesama manusia...

Menjaga hati orang , hati aku yang sakit...
Ditelan mati mak , Diluah mati bapa....habis tuh...nak aku kunyah2 je? huh.....

Ya Allah....ampunkan hamba mu yang kerdil ini...
Aku hanya manusia biasa...


Bila difikir-fikirkan , makin rapat seseorang manusia tu dgn penciptanya..semakin banyak  dugaan yang akan ditempuhi..Kalau salah langkah , sumbang lah setiap perilaku baik yg cuba ditonjolkan.

Bagi yang belum cuba nk menjinak2kan diri dengan pencipta tu camne pulak....jawapannye..

LU PIKIR LA SENDIRI....Assalamualaikum...

P/s: Aku meluahkan ketidakpuasan hati kat blog ni coz blog ni x pandai menyampai2....tapi kalau ader yg terasa...aku mintak mahaap....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.