Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

July 01, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 16 dan 17



Hati Seorang XXXL

Bab 16 
            Lepas seorang  demi seorang menerima kejutan dari pengirim misteri . Ada yang sudah mengetahui pengirim misteri yang mengirimkan nota  sepanjang dua minggu ini . Ada juga yang tidak menyangka gerangan pengirim nota sehinggalah pengirim itu memperkenalkan diri mereka .  Alexandra menerima sorakan kuat apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai pengirim misteri untuk Fakhri .Kini tiba giliran Fakhri pula membacakan semula nota – nota yang telah dikirimkan pada penerimanya . Ramai juga berharap diri mereka menjadi pilihan Fakhri . Masing – masing  menumpukan perhatian pada Fakhri yang berada di atas pentas . Dewan sunyi seketika .
            “ Nota saya berbunyi begini .” Dia memandang sekilas semua yang berada di depannya . Ketika matanya berhenti di meja VIP , dia melihat Gee sedang sibuk dengan telefon bimbit . Fakhri menarik nafas dan membaca nota yang pertama .
“ Mulakan  pagi anda dengan sarapan yang sihat .”
      Mereka yang mendengar berpandangan sesama sendiri . Fakhri  membaca nota yang kedua hinggalah nota yang keempat. Dia melihat Gee masih sibuk dengan telefon . Dia mengetap bibir. Dibacanya pula nota yang seterusnya . Masih tidak ada yang mengaku menerima nota dari  Fakhri .
Sebaik sahaja Fakhri melihat Gee meletakkan telefon di atas meja ….
“ Segebu – gebu roti pau , gebu lagi pipi awak … Butterfly Brooch .” Kali ini Fakhri membacakan sekali nama gelarannya .
            “ Butterfly Brooch ?  Biar betul !” Gee mengeluarkan nota –nota yang diterima  . Terbeliak matanya melihat nama pengirim misteri itu . Dia memandang ke pentas . Fakhri sudah tersenyum lebar . Gee menelan liur . Berat  punggungnya untuk bangun . Dia memandang ke belakang . Mencari Lin . Dia menggamit Lin datang ke tempatnya .
Belum sempat Lin menghampiri  Gee ….
 “ Razita Raziff …. Siapa nama pengirim  nota misteri aw    ak ?” Fakhri memancing perhatian Gee .
Dewan tiba – tiba senyap . Gee bangun dalam keterpaksaan . Dia cuba memaniskan muka . Kemudian dia menarik sekeping nota yang berada di tangan kirinya . Pengacara majlis berlari mendapatkan Gee .
     “ Kita dah ada penerimanya!” Jerit pengacara majlis  . Hadirin semua bertepuk tangan . Gee memaksa kaki naik ke atas pentas .  Fakhri sudah pun menunggu dengan hadiah di tangan . Fakhri menyerahkan kotak kecil berbalut kertas hadiah yang bertemakan watak – watak kartun Disney pada Gee . “ Hadiah kecil untuk seseorang yang besar .” Ujar Fakhri . Gee senyum dalam keterpaksaan dan hanya e  menganggukkkan kepala . Fakhri turun ke pentas dan memberi ruang pada Gee meneruskan acara .
       “ Maaf semua , saya fikir Butterfly Brooch tu perempuan . Macam tak ada kena – mengena kan ? ”  Mereka ketawa mendengar kata –kata Gee .  Fakhri juga menyertai mereka . “ Ok , tak payahlah saya baca nota –nota tu . Saya terus beritahu nama misteri saya  ya . Nama misteri saya ….. Teletubbies !!!”
“ Aaaaaaa……. saya punya ! Saya punya!”  Dewan riuh dengan jeritan gembira Lin . Dia berlari ke pentas . Kedua – dua gadis itu berpelukan . Lin mencium kedua – dua belah pipi Gee . “ Kalau you all semua nak tahu , Gee ni kawan baik  sejak kami belajar dulu sampailah kami duduk serumah sekarang . She’s my best friend forever!” Lin meluahkan rasa terharu . Dia memeluk Gee lebih erat .Setelah hadiah diserahkan Lin pula mengambil tempat Gee . Suasana semakin gamat apabila Lin terus memanggil Shauki naik ke pentas .Fakhri menepuk bahu Shauki .
       “ Pasangan  merpati sejoli !” Usik pengacara majlis yang juga merupakan rakan sekerja mereka . Mereka sangat pasti Shauki juga  merupakan pengirim nota misteri  untuk Lin . Dewan senyap kembali . Tumpuan diberikan pada Shauki .
       “ Nota saya berbunyi begini , ‘Cukup – cukuplah cuti bersalin … kasi can pada orang lain pula … Single but unavailable.’” Shauki tersenyum . Dia menanti orang yang dimaksudkan naik ke atas pentas . Ada juga yang memandang Lin . Lin hanya menggelengkan kepala. Dia juga memandang Shauki penuh kehairanan . Tidak lama kemudian muncul seorang wanita dari meja belakang . Wanita itu merupakan penyambut tetamu syarikat mereka .  Puan Rahmah namanya .Tawa hadirin pecah kembali .
“ Mana boleh bagi pada yang single , nanti buah hati saya marah …” Shauki melirik Lin yang tersenyum lebar . Acara diteruskan lagi .Shauki turun ke pentas dan mengambil tempat di sebelah Fakhri.
Gee menggamit Lin menyertai mereka  dan memenuhkan kerusi di sebelahnya.  Tetamu – tetamu  VIP sudah pulang selepas  Fakhri berucap kerana ada urusan di tempat lain . “ Lin , Reyhan asyik call aku dari tadi.” Gee merendahkan suaranya . “ Dia nak apa?” Tanya Lin . Dia mendekatkan telinganya pada wajah Gee. “ Dia cakap dia nak minta maaf . Lepas tu dia kata nak datang KL . Dia nak jumpa aku .” Jawab Gee . “ Buat apa dia nak jumpa hang ? Dia kan dah nak kahwin dengan Weeda .” Lin memandang muka Gee . Gadis itu hanya mengangkat bahu .

      “ Eh ! Ni apa bisik – bisik ni ? Tak baik tau berbisik depan orang.” Fakhri menegur. Gee dan Lin tersentak .    Mana ada bisik – bisik . Gee , jom kita pi ambil makanan . Lapaq perutlah !” Lin menarik tangan Gee untuk bangun  . Mereka berdua pergi ke meja besar berbentuk bulat yang menyediakan pelbagai jenis makanan secara buffet .
“ Boyfriend Gee orang mana ya Shauki ?”  Tiba – tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Fakhri . Shauki tidak terus menjawab . Dia ketawa kecil . “ Kenapa you tak cakap terus – terang  yang  you nak  berkawan dengan dia ?” Shauki menebak Fakhri dengan soalan . Giliran Fakhri pula ketawa . “ Well , I rasa lepas ni I perlukan lebih info mengenai dia dari you dan Lin .” Fakhri menguntum senyum . “ Anytime Fakhri … anytime .” Shauki menepuk bahu Fakhri .
       Fakhri memandang Gee yang sedang mengambil makanan. Apabila Gee berjalan kembali  menuju ke meja , Fakhri terpandang sesuatu . Pantas dia bangun dan mendapatkan Gee . Dia mengambil pinggan yang penuh berisi makanan  di tangan gadis itu . Lin dan Gee kehairanan melihat tingkah Fakhri. “ Lin , you tolong bawa pinggan Gee ke meja . I nak jumpa Gee kat luar sekejap.”  Pinggan yang dipegang bertukar tangan . Fakhri menolak lembut belakang badan Gee . Mereka keluar dari dewan dalam keadaan tergesa – gesa.

    “ You nak bawa I pergi mana ni?” Tanya Gee apabila mereka masih berjalan walaupun sudah berada di luar dewan . Fakhri diam . Wajahnya kelihatan serius . Gee kepenatan . Langkah Fakhri yang agak laju menyebabkan dia mengah . “ Ok stop! You cakap dulu kita nak pergi mana ni ? You nak culik I ya ?” Gee mencekak pinggang . Fakhri memandang kiri dan kanan . Dia menyandarkan badannya ke dinding. Matanya menyorot tubuh Gee dari kepala dan terhenti di bahagian dada . Lama matanya terhenti di situ .

“ Butang baju you tercabut.” Ujar Fakhri tenang . 

       “ Hah !” Gee tunduk dan melihat bahagian dadanya . Memang ada satu butang yang hilang .Namun dia  bernasib baik kerana  hijab yang dikenakan malam itu agak labuh. Dia memusingkan badannya membelakangkan Fakhri. “ Macam mana you boleh nampak sedangkan tudung I menutup dada ?” Tanya Gee . Dia cuba menanggalkan kerongsang yang tersemat di sebelah kiri bahunya. .
“ I ternampak , bukannya sengaja . Masa you ambil makanan tadi , tudung you terselak .” Fakhri menerangkan kedudukan sebenar . Dia menyeluk poket seluar . Dia memegang sesuatu dan terus dihulurkan benda yang dipegang kepada Gee . “ Nah.Tak payah tanggal kerongsang di tudung tu . Guna yang ini .” Fakhri mencuit bahu Gee yang masih membelakangkannya .
       Lama Gee merenung kerongsang berbentuk rama – rama yang baru  diberikan oleh Fakhri . “ Ini macam kerongsang I yang hilang tu . Mana you dapat kerongsang ni ?” Gee berpaling usai mengenakan kerongsang itu di  dada. Tapi Fakhri sudah jauh meninggalkannya . Gee memerhatikan Fakhri yang berjalan perlahan  masuk ke dalam dewan .

“ Oh!!!! Dia yang langgar bahu aku hari tu!!!”

Hati Seorang XXXL

Bab 17 
            Gee tiba awal di pejabat pada hari pertama permulaan minggu itu .Dia perlu menyiapkan beberapa dokumen penting sebelum keluar berjumpa dengan pelanggan pada waktu tengah hari nanti . Sebaik sahaja masuk ke pejabat , dia dapati ada sebungkus nasi lemak di atas meja . “ Awalnya Alex belikan sarapan . Tapi mana dia ?” Gee keluar untuk menjenguk Alexandra . Meja setiausahanya itu kelihatan rapi . Dia melihat jam di tangan . Masih ada satu jam lagi sebelum waktu kerja bermula . “ Mungkin hari ni dia pergi bersarapan dengan kawan – kawan dia kot.” Gee membuat telahan sendiri . Dia masuk semula ke bilik untuk menyambung kerja .
            Setengah jam kemudian  , Gee selesai melakukan  kerjanya . Dia menekan interkom untuk memanggil Alexandra . Tapi panggilannya tidak berjawab . Gee kehairanan . Dia bangun dan menjenguk  ruang kerja Alexandra untuk kesekian kalinya . Masih tidak ada tanda – tanda gadis itu sudah berada di dalam pejabat.
            Dia menuju ke pantri untuk membancuh minuman . Langkahnya terhenti di pintu masuk pantri apabila terdengar suara orang berbual – bual . Gee memasang telinga . Dia kenal dengan suara – suara itu . Mereka adalah Suria dan Mahani , pekerja – pekerja bawahannya . Mereka berdua adalah antara yang suka bergosip di pejabat itu . Kedua – dua mereka merupakan siswi lepasan universiti beberapa tahun yang lalu . Usia mereka lebih muda dari Gee . Walaupun suka bergosip , kedua –dua mereka mempunyai  perwatakan yang berbeza . Tercuit hati Lin mendengar ulasan mereka mengenai majlis makan malam yang baru lepas . Tak disangka Mahani makan hati kerana mengharapkan  Fakhri  menjadi pengirim nota misteri untuknya .
“ Kau rasakan , apa agaknya hadiah yang Cik Razita dapat ? Tanya Suria. “ Emmmm … Dia bagi krim pecahkan lemak kot !” Mahani ketawa . “ Hish! Tak baiklah kau ni . Tak mungkin Encik Fakhri nak bagi hadiah macam tu . Tengok pada gaya , dia tu  boleh berkawan dengan sesiapa pun. “ Suria membidas . “Manalah aku tahu . Tapi mesti hadiah tu mahal . Almaklumlah , bos besar yang bagi tu! Bestnyaaaa!!!!”  Mahani menepuk meja .  Gee menekup mulut menahan geli hati .“ Untunglah Cik Razita. Aku tengok Encik Fakhri tu ikut dia dari start majlis lagi tau . Siap tarikkan kerusi untuk dia , ambilkan makanan .. aduh mak!  Gentleman sungguh! Kenapalah bukan aku yang dapat hadiah tu ! Mahani menyambung lagi .
“ Hmmmmm…. Encik Fakhri tu nama saja berpangkat besar. Tapi dia cuma bagi minyak wangi dan minyak angin .” Gee masuk ke dalam pantri. Mereka berdua terkejut . Jelas rasa bersalah di muka masing – masing . Mereka memberi salam hormat pada Gee . Gee tersenyum dan mengangguk perlahan . Dia menuang air panas ke dalam mug dan membancuh minuman kegemarannya . Mahani dan Suria perlahan – lahan keluar dari pantri . Gee menoleh sekilas .
“ Apa , kau ingat orang debab macam aku ni tak ada orang minat ke ? Tengok kakilah wei !!!” . Gee mengomel sendirian . Gee masuk semula ke pejabatnya bersama minuman yang sudah siap dibancuh . Sempat juga dia melihat meja Alexandra yang masih kosong .  Sementara menunggu minumannya suam , Gee membelek  fail – fail yang tersusun kemas di atas meja . Dia menurunkan tandatangan di atas dokumen – dokumen yang memerlukan autoritinya. Dia mengerling jam dinding . Waktu kerja akan bermula sebentar lagi .
Dia membuka kotak makanan yang berisi nasi lemak . “ Wah ! Bestnya lauk hari ni . Ada tempe goreng.” Gee memulakan suapan usai melafazkan basmallah . Gee menghantar semula bekas minumannya ke pantri  sebaik sahaja dia selesai menghabiskan sarapannya . Meja Alexandra masih kosong ketika dia kembali semula dari pantri . “ Mana dia pergi ni ?” Gee cuba menghubungi telefon bimbit Alexandra . Tapi talian tidak diaktifkan . Gee kehairanan. Dimana menghilangnya Alexandra . Dalam pada Gee kebuntuan , bunyi pesanan masuk kedengaran di telefon bimbitnya .
Gee , I ambil EL hari ni. Bapa saudara I meninggal .
            Terbeliak Gee tatkala membaca pesanan pendek itu . Dia mendail nombor Alexandra . 2 kali Gee mendail , barulah Alexandra menjawab .
“ Alex , maaf mengganggu you . Salam takziah ya . You kat mana ni ?” Gee tahu tidak sepatutnya dia mengganggu Alexandra . Tapi dia tidak boleh menahan hatinya dari menghubungi gadis itu . “ I on the way balik Melaka . Gee , jadual kerja you semua I dah tulis dalam diari . You ambil dalam laci sebelah kiri di meja fail ya .” Suara Alexandra kedengaran lesu . Pastinya dia sedang bersedih ketika ini . “ You jangan risau pasal tu . Nanti Charlotte akan gantikan tempat you sementara waktu . Errrr …. Tadi you dah datang office ke ?” Gee teragak –agak untuk menanyakan soalan .
“ Tak , I tak pergi office pun . Kenapa Gee ?” Jawapan Alexandra membuat Gee bertambah hairan . “ Errr…. tak ada apa- apa. Ok Alex , you take care ok …bye.” Gee mematikan talian. “ Siapa pulak yang murah hati belikan aku sarapan ni ? Eeeeeee…. Buatnya orang tu bubuh apa-apa dalam makanan tu , matilah aku!” Gee bangun dan pergi ke tong sampah , tempat dia membuang bungkusan nasi lemak yang dimakan tadi . Tidak ada sebarang petunjuk di situ . Gee kembali menghenyak punggung di kerusi empuk  . Dia kebuntuan .
Bismilla hi Tawakkaltu Allallah , La Hau la wala ku wata illa billah ..
Gee memanjatkan doa agar tidak ada perkara buruk yang berlaku . Dia pasti satu hari nanti dia akan dapat tahu juga pengirim misteri sarapan paginya .

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.