Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

December 20, 2011

Dugaan Menimpa Lagi..

Assalamualaikum...

Malam Ahad lepas aku dapat order dr regular customer yg nak beli beberapa bungkus nasi lemak.

Mcm biasalah pagi Isnin jam 2.30 pagi aku dh bgn utk prepare brg2 jualan..Tepat jam 4 pagi hubby pulak bangun utk melakukan rutin2 hariannya menggoreng telur , nuget , ayam dan ikan bilis seterusnya packing semua barang yg dh siap masak utk di bawa turun ke gerai..

Sementara menunggu azan Subuh...
" Ibu jgn lupa packing nasi lemak yg diorng pesan malam tadi " Abah remind kan aku sambil tangan dia ligat mengikat plastik bungkusan bekas mi grg , bihun grg dan nasi grg..Aku juz angguk sambil terus kan kerja2 membersihkan dapur...

Selesai packing semua nasi lemak , aku pun bersiap utk solat dan beberapa minit kemudian aku dh ada kat gerai utk memulakan kerja seperti biasa...Cuaca hari ni sgt sejuk..hujan turun renyai2. Angin yang bertiup membuatkan aku menggigil kesejukan.Aktiviti jualan juga agak perlahan hari ini..Mungkin disebabkan faktor cuaca...dan sedar x sedar aku berniaga hingga hampir waktu tengahari...huh!

Jam 12 tengah hari...
Aku tersenyum hambar mengira hasil jualan hari ini.." Alhamdulillah..biarlah sikit dari x der langsung.." aku memujuk hati sendiri...Aku simpan beg galas dan ambil tuala untuk membersihkan diri...Selesai mandi aku siapkan makan tengah hari dan selesai saja waktu Zohor aku pun masuk ke bilik utk merehatkan badan...

Baru aje mata ni nak terlelap..."Ibu , ada org nak ckp ngan ibu.." Suara halus puteri ke2 membuatkan mata aku separuh terbuka..Dengan malas aku mengambil henpon kat tangan si Jepun...

Aku  : Assalamualaikum....
Kawan : Waalaikumsalam....tgh tidur ke?
Aku   : Ha'ah , baru nak terlelap..Ada apa? - Aku bertanya malas dengan mata yang hampir nak melekat..
Kawan : Aku nak tanya lah..apsal kau jual sambal basi hari ni..
Aku : Hah?!!! - Terbuka luas biji mata aku..Serentak dengan itu hubby berlari masuk ke bilik. Maybe dia terperanjat dengan jeritan aku tadi .

Aku : Macamana pulak boleh basi ?Aku baru je masak sambal tu malam tadi tau...
Kawan : Aku pun hairan gak , x pernah jadi macam ni kan sebelum ni? Habis tu sekarang macam ne?
Aku : Nanti aku bincang ngan abang aku..Tapi apa2 hal pun aku minta maaf ye , besok aku ganti balik nasi lemak kau...

Perbualan tamat..Aku terpinga2 sekejap...Hubby bingkas ke dapur. Aku melompat trurun dari katil membontoti hubby ke dapur..Aku hanya melihat hubby mencedok sambal di dlm periuk dan merasa sambal tu kat hujung lidah..." Masih elok lagilah ibu..Macamana dia kata sambal kita basi? " Kening hubby bagai nak bercantum sambil memandang aku...Aku bingkas capai henpon..Aku nekad utk call semua regular customer aku yg beli makan bersambal pagi tadi..

Hairan!!!!!!

Semua customer yyang aku call mengatakan sambal aku masik OK!!!!

Tapi...sesuatu yang pelik telah berlaku...

Petang itu. sejam selepas aku dapat panggilan tepon , hubby panaskan sambal yang masih banyak berbaki kat dalam periuk...dan..sebaik sahaja api dapur dibuka..buih2 besar macam belon tiba2 keluar dari dasar periuk...seolah2 ada anak ikan tengah bernafas kat dalam periuk tu..Kemudian disertai bau yang meloyakan..

Pantas hubby tutup api..Kami berpandangan sesama sendiri...Hubby cuba nak rasa sambal tu tapi aku menegah..

Penyudahnya malam itu kami nekad utk buang sambal yang dah rosak...Dan aku kerugian 10kg bawang dan 1 kg lada serta 1/2 botol minyak masak..Tapi aku redha...Allah lebih mengetahui...

Dan pagi ni aku masak sambal nasi lemak yang baru dgn mulut dan hati aku x henti2 berselawat serta mohon perlindungan dari Maha Esa....

Alhamdulillah pagi ni..regular customer aku masih sudi membeli di gerai walaupun mulut aku ni x henti2 say " Sorry " kat diorng...dan hasil jualan hari ini juga sangat memberangsangkan..

Terima Kasih Ya Allah...

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.