Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

March 24, 2011

Hati Seorang XxxL

  Kes Pertama :
Baru kejap tadi aku menonton "The Biggest Loser" .Ada sorang peserta tu ckp dia memang sentiasa akan rasa marah bila bersama keluarganya walaupun jauh di sudut hati nya sangat sayang  family dia.Dia akan rasa puas kalau dapat meluahkan perasaan melalui kemarahannya.Tapi itu dulu..masa dia XXXL..sekarang dia dah saiz M...Dia kata dia rasa lebih tenang sekarang dan sedang cuba memperbaiki hubungan dia dgn family...

Kes Kedua:
Sorang peserta yang dah jadi saiz S telah kembali ke saiz XXXL semula.Alasan yang dia beri dia rasa dia dah xder sokongan lepas dia masuk program TV tu.Makin hari dia abaikan regim senaman yang selalu dia buat sampai dia sendiri x sedar yg badan dia dh kembali ke asal...

Hmmm..2 kes kat atas membuatkan aku tertanya-tanya .Apa sebenarnya yang kita nak..Semua orang nk nampak sempurna .Tapi sebagai manusia mmg x kan puas dgn apa yang ader.Mula- mula dulu aku pun terbawa-bawa dgn perasaan mcm nih..aku jadi panas baran x tentu arah..semua benda nampak x kena je pada aku...aku cuba nk dapatkan perhatian semua orang tapi dlm masa yang sama aku malu dgn keadaan diri sendiri.Dulu kalau nk keluar umah dekat sejam cari baju yang sesuai...kalau nak berjalan kemana-mana pun mesti nak berteman....

Aku pernah cuba menurunkan berat badan , setiap pagi aku bangun dan turun naik tangga , jogging keliling umah ...tapi bila menjelang malam badan aku sakit2 sampaikan pernah satu malam aku x blh tdo .Bekas operation aku sangat sakit dan satu badan aku crame sebab aku terlampau menahan sakit.Perkara ni berlanjutan hampir sebulan ,dan akhirnya aku redha dengan keadaan aku sekarang...Apalagi yang aku nak..aku dah ader family yang menyayangi aku.Tapi jgn korang ingat aku x kawal pemakanan aku...mmg aku suka masak ,aku suka makan  dan aku kerap makan. Tapi aku amik dlm kuantiti yang sikit....Ceh! mcm x caya je kan...he he he terpulanglah...

Apa yang penting , sekarang aku dh x kisah apa orang nk kata . Ada orang kata orang kata orang gemuk ni x der orang nak...Aku ada suami .Ada orang kata orang gemuk x leh beranak...aku dah  ader3 permata hati yang sentiasa menceriakan hari2 aku. Ada orang kata orang gemuk ni x lawa.....er....apa aku peduli....orang yang berbadan kurus pun bukan semuanya lawa....dan apa yang paling utama...

Sapa kiter untuk mempersoalkan semua ni...ingatlah pada orang2 yang suka mengata kat luar sana tu...lagi banyak korang mengata , lagi banyak perkara buruk yang ada dlm diri korang akan terserlah..sebab bila satu jari tunjuk kat orang lain..4 jari lain menuding kat korang sendiri...jadi

LU PIKIR LA SENDIRI......:)



p/s : aku tulis en3 ni rentetan dari limpahan email yang aku terima dr kengkawan yg sesaiz dgn aku..harap korang suma banyak bersabar dan ingat satu perkara..."Diejek , lebih baik dari mengejek "
Dan pada kengkawan aku yang suka mengejek kengkawan2 aku yg comel2 nih...korang sedar x yang korang nih mengejek ciptaan Yang Maha Esa...huh....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.