Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

April 05, 2011

housewife vs working mother ....

Kes Pertama : Working Mother
Seorang ibu menerima panggilan dari pengasuh anak2nya mengatakan anak dia terjatuh dari tangga dan menerima 4 jahitan di kepala.Beberapa hari kemudian masa ibu tu jemput anak dia kat umah pengasuh , dia tengok kaki anak dia berbalut dengan kain napkin. Bila ditanya ,pengasuh tu ckp kaki anak dia tersepit kat celah rim basikal.Konon nya x teruk , tapi hampir 2 minggu anak dia terlantar di atas katil . Rentetan dari dua kejadian itu anak2 dia jadi trauma dan kerap menangis malam. 

Beberapa bulan kemudian semasa mereka sekeluarga sedang menonton televisyen , keluar la adegan seorang ibu memukul anaknya dengan penyangkut baju . Dan tak semena - mena si anak bersuara " Macam ni lah mak selalu pukul kita kan? " mak tu merujuk kepada pengasuh yang menjaga anak2 si ibu. Apalagi...terkejut besar si ibu.Semakin hari perangai anak2 si ibu semakin menjadi2..sudah pandai mencarut..dan yang paling ketara... cepat marah .

Setiap kali si ibu menjemput anak2nya di rumah pengasuh pasti ada aje cerita yg x enak di dengar. Dan tahap kesihatan anak2 dia pun jadi x menentu.Kejap ok ,kejap demam .Dan kualiti kerja si ibu pun makin menurun sebab x cukup rehat..malam nye kena melayan karenah anak2 , berjaga malam sebab anak2 kurang sihat , macam2 lagi...

Kes Kedua : Housewife
Bangun seawal 5 pagi , kemas umah , sediakan sarapan untuk suami ,siapkan makan tengahari dan macam2 lagi.Bila semua kerja dah selesai.. suami dah pergi kerja , sementara menunggu anak2 bangun tidur , si ibu ni mengadap komputer , layan FB sambil cari peluang kerja secara online.Ops ..lupa lak nak tulis..si ibu ni juga mengasuh anak orang.

Menjelang petang , si ibu mengajar anak2 membaca ,menulis mengira sambil mendodoikan anak kecilnya di dalam buaian . Malam , selepas Maghrib , ibu tu mengajar anak2 dia mengaji dan menghafal ayat - ayat lazim .

Begitulah rutin ibu ni tiap2 hari .Tapi si ibu ni gembira sebab anak2 dia membesar di depan mata Dan apa yang paling mengujakan...anak2 dia boleh membaca , sembahyang dan mengaji atas hasil usaha si ibu tu sendiri dengan bantuan suaminya.

....................................................................................

Kedua2 kes kat atas nih bukan nak membeza-bezakan kebaikan wanita berkerjaya dengan suri rumah rumah sepenuh masa. Tapi hanya sekadar nk share cite tentang cabaran ibu bapa sekarang dalam membesarkan anak- anak. Dengan putaran waktu yang semakin laju , jadual waktu anak2 yang semakin padat , dapatkah kita terapkan nilai kasih sayang dalam keluarga kita? Hmmmmm... pendapat setiap orang berbeza - beza. Jadi tepuk dada ..tanya minda...

p/s : En3 kali ni x merujuk pada sapa2 pun sebab aku adalah ibu dalam 2 kes kat atas.Ramai yang setuju bila aku berhenti kerja dan ramai jugak yang kata aku bodoh . Hmmmmm...entah la...:)

1 comment :

armando_et said...

nice entry.. :)

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.