Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

March 16, 2011

Bila Kakak & Jepun dah pandai komplen....Bulat?

Aku pasti setiap mak bapak akan menghadapi perkara yang sama macam aku.Cuma cara setiap orang mengatasi & menangani nya saja yang berbeza.3 orang anak , 1001 mcm kerenah diorng setiap hari.Tapi sejak dua menjak ni , aku perasan yang si kecik tu pun dh mula menunjukkan tanda2 nak bercakap.Syahir dah mula faham apa yang aku ckp.Contoh nya , buang pampers kat tong sampah.Bila dia dpt arahan tu , mula2 dia akan pandang muka aku , dan aku pun akan tunjukkan pampers tu kat dia .Apa yang seronoknya , memang dia menghala ke dapur untuk buang pampers. Tapi bukan dalam tong sampah , dia buang ke dalam sinki....ha ha ha .

Memang sejak dari anak yg pertama aku x penah bercakap pelat dengan anak2.Xder istilah mamam , nenen , bucuk atau apa2 aje perkataan yang  selalunya org tua2 akan bercakap mcm org x cukup lidah.Aku akan ckp mcm biasa.Dan kesan nya ,si kakak & jepun dah fasih bercakap tanpa bunyi pelat sejak diorng berumur 3 thn.Bukanlah nak riak ,tapi sekarang aku dh x payah nak susah2 ajar Syahir@ Bulat bercakap sebab assistants aku @kakak2nya dah ambil alih tugas aku walaupun x sepenuhnya. Bila kali pertama aku dengar anak2 aku mengaji , menitis air mata aku.Lupa segala sakit semasa mengeluarkan diorng.

Hmmmm...bercerita pasal mengaji...dah hampir 2 minggu aku mengambil alih tugas guru ngaji diorng.Sekarang aku sendiri yg mengajar diorng ngaji sebab guru ngaji diorng dh pindah.Hari pertama , aku masih menggunakan pendekatan keibuan.Bagi pelepasan kat diorng sebab selama ni diorng mengaji ngan org lain. Tapi yang buat aku terkedu bila tiba2 si Jepun tanya .. "Nape ibu ajar ngaji pakai telekung , dulu masa g ngaji kitorng pakai tudung , bukannya pakai telekung ".....aku jawab "Sebab senang lepas ngaji boleh terus semayang"...


Hari kedua , aku dh mula menunjukkan taring.Memang x boleh disangkal yang aku ni mewarisi sifat baran ayah aku.Lepas selesai je aku ajar diorng ngaji , Jepun & Kakak terus pergi kat abah diorng. "Abah , ibu ajar ngaji kan sama jek mcm atuk"....hubby x komen apa2 dia just pandang aku & angkat kening.
Hari2 berikutnya , aku dh mula nk merotan.Tapi aku cuba bersabar.Bila tangan aku dh mula nak naik je aku teringat kata2 mak...."kau dulu masa umur diorng pun blm tau apa2 lagi." Hmmmm...ye jugak kan.

Malam semalam adalah hari yang paling aku x leh lupa.Masa tgh ajar ngaji ,aku ajar Jepun.Disebabkan dia dh lancar , aku alihkan dia ke muka surat yg lain.Tersengih2 dia.Suka la tu dpt alih.Dan giliran kakak pun tiba.Belum sempat aku bukak IQRA' , dia bersuara."Ibu nak minum x?" aku heran.Apsal lak budak ni tiba2 tnya mcm tu.."Kan nak ngaji ni , minum apa pulak?" aku tanya dia balik. " Yelah , kalau ibu minum sikit , mesti badan ibu sejuk , bila badan ibu sejuk mesti ibu x marah kakak nnt."balas kakak sambil senyum. Hadui yai....lemah semangat den.....hi hi hi....

Sementara tu Bulat ngan abahnya duduk kat luar.Aku kena tutup pintu kalau nk ajar kakak2 dia ngaji, kalau x ...he he he ..LU PIKIR LA SENDIRI....Tapi malam tadi awal2 lagi Syahir dah lari masuk dulu ke dalam bilik. Bila aku srh abah bawak dia keluar, cepat2 dia capai kopiah abah yg terletak kat meja kopi dan buat aksi tgh sujud sambil ckp..."Awwwaaaaaaaaaaaah bat (Allah Huakbar)"...nak pecah perut aku gelak ngan kakak2 dia...pastu dia pulak yg srh kitorng duduk,konon2 dia la yg nk ajar ngaji....kah kah kah...


.

.
.

.

.

.

.

.

.
.