Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

June 25, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 12 dan 13

Hati Seorang XXXL

Bab 12


            Kedua – dua gadis itu agak lewat ke tempat kerja pada hari ini . Gara –gara menelaah novel hingga lewat malam . Ketika sampai di perkarangan pejabat , sudah ramai pekerja  - pekerja lain yang menunggu giliran untuk menaiki lif . Termasuklah Gee dan Lin. Ketika pintu lif terbuka , Gee sempat berbisik pada Lin …
      “ Kau bayangkan kalau tiba – tiba aku jadi macam semalam…hi hi hi .” Gee ketawa nakal . Lin mencubit lengan Gee dan mencerlang mata pada gadis itu sebagai tanda amaran. “ Hang  jangan Gee. Nanti semua yang ada ni masuk ICU sebab tersedut gas beracun !” Lin turut tertawa di hujung kata – katanya .  Mereka berdua berasak – asak bersama pekerja yang lain untuk masuk ke dalam lif .

Tetttt… tetttt!!!

     Isyarat amaran berbunyi menandakan lif sudah melebihi muatan . Semua yang berada di dalam lif  berpandangan sesama sendiri. Ada yang menoleh ke arah pintu . Gee mengetap bibir . Terasa dirinya menjadi penyebab pada  situasi berkenaan .

“ Tak boleh masuk semua ya . Kena keluar sikit. Lif tak boleh gerak ..” Pengawal keselamatan yang berdiri di luar pintu lif memberi arahan. Lin memandang Gee yang berada betul – betul di depan pintu lif. Dia pula sudah berada agak jauh ke dalam . Keadaan lif yang sesak menyukarkan Lin mendekati Gee .

“ Takpe , kita tunggu lif yang lain .”

       Tangan Gee ditarik oleh seseorang untuk keluar dari lif . Pintu lif tertutup dengan sendirinya apabila Gee berada di luar . Merah muka gadis itu menahan malu .  Dia memeluk tubuh sambil mendongak memandang angka – angka yang bergerak di atas pintu lif . Seketika kemudian dia menoleh ke kiri dan kanan mencari orang yang menariknya keluar sebentar tadi .Seorang lelaki yang sederhana tinggi sedang memerhatikannya dari belakang . Gee tersenyum kelat . Dia berpaling semula ke depan . Beberapa minit kemudian pintu lif terbuka lagi .
       Kali ini  Gee tidak perlu berasak – asak kerana tidak ramai yang menyertainya ketika itu . Hanya dia , lelaki itu dan beberapa orang yang lain . Sebaik saja lif tiba di tingkat 8 , Gee pantas keluar dari lif . Dia hanya menganggukkan kepala apabila ditegur oleh penyambut tetamu .
“ Selamat pagi Encik Fakhri .”

     Langkah Gee terhenti di saat mendengar suara penyambut tetamu memberi salam hormat . Dia menoleh ke belakang . Lelaki yang menarik tangannya semasa di bawah tadi tersenyum .

“ Maaf Encik Fakhri . Saya tak …”
“ It’s ok . You tak kenal I kan ? By the way … you ni …” Lelaki itu memandang Gee . Matanya dikecilkan .

       “ Razita .. panggil I Gee . I bekerja di bahagian operasi sebagai pembantu Encik Shauki .” Gee memperkenalkan dirinya secara ringkas . “ Oh , jadi inilah pembantu  Shauki . Emmmm … nice to meet you . Saya harap kita dapat bekerjasama nanti .” Pegawai atasan yang baru saja Gee kenali itu menghulurkan tangan . Gee menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat . Hukum agama tidak akan dilanggar walaupun  yang berdiri di hadapannya berpangkat besar . Fakhri  tersenyum sumbing apabila menyedari kekhilafan sendiri . Dia menarik semula huluran tangan yang tidak bersambut dan dimasukkan tangannya ke dalam poket seluar .Sebelah lagi tangannya membukakan pintu untuk Gee .

      “ Pagi ni I nak you dan Shauki masuk bilik I sekejap .Nanti you bagitau dia okay ?” Arahan pertama dari Fakhri dijawab dengan anggukan  . Mereka menuju ke bilik masing – masing . Gee disapa Alexandra sebaik sahaja melintasi meja gadis kacukan itu .Dia memberi isyarat pada setiausahanya untuk masuk ke biliknya . Dengan pantas Alexandra mengikut punggung Gee .
    
  “ Gee , You dah jumpa  dengan Mr. Fakhri ? Handsome tau Gee! Bulu kening dia lebat ! Bibir dia merah jambu tau . Mesti dia tak merokok kan ? Eh ! You dah tahu belum pasal Majlis Sulaman Kasih . Lagi dua minggu tau. I nak bagi nota rahsia tu kat dia lah . Emmmmm , mesti sweet kan …” Alexandra duduk bersandar di kerusi . Kedua – dua tangannya dirapatkan ke dada. Matanya dikelip – kelipkan . Gee ketawa melihat telatah Alexandra .
      “ You ni dah kenapa Alex ? Tiba –tiba jadi kucing miang pagi ni ?” tegus Gee . Alexandra hanya tersenyum .
“ Rugi you tak kenal dengan dia Gee. PA dia cakap , dia still single tau . Bolehlah ….” Alexandra meleretkan kata –katanya . Senyumannya penuh makna .
        “ Hei , dah tu. Jangan nak berangan pula. Dia tak pandanglah orang macam kita ni kot . Ok dengar sini . You bagitau Encik Shauki , kejap lagi Encik Fakhri nak jumpa . Lepas tu … tolong buatkan milo untuk I boleh tak ?” Gee memandang Alexandra yang sudah bangun dan menuju ke pintu masuk .
Gee memandang ke arah pintu. Alexandra baru sahaja keluar . Walaupun dia melayan gadis itu lebih dari sekadar setiausahanya , namun ketika bertugas  gadis itu sangat cekap dan sentiasa memastikan kerja –kerjanya menepati  citarasa Gee . Gee berjalan perlahan menuju ke tingkap besar pejabatnya . Dia menarik tabir putih yang  menutupi cermin besar yang boleh menampakkan pemandangan sekitar kawasan  Kuala Lumpur . Gee tersenyum lebar . Dia menarik nafas dalam – dalam . Dia menahan nafas dalam beberapa saat .
“ Mulai hari ini , aku akan menjadi Razita Raziff yang baru . Razita yang mampu melakukan apa saja. Kalau orang kurus boleh buat , Razita Raziff pun boleh buat juga .Ya! Aku boleh ! Ingat Gee! Kurus tak semestinya cantik . Gemuk tak semestinya hodoh !”

“ Hahhh!!!!”

       Gee menghembus nafas melalui mulut . Dia tersenyum lebar . Ditutupnya kembali cermin pejabatnya dengan tabir  putih . Kemudian dia berpaling . Senyumannya mati tiba – tiba apabila  mendapati seseorang sedang memerhatikannya di pintu pejabat yang dibiarkan terbuka oleh Alexandra sebentar tadi.

“ Errr… Encik Fakhri ..”

         “ Maaf , saya masuk tanpa kebenaran . Boleh kita meeting di sini ? Bilik I cleaner tengah vacuum.” Tanpa menunggu persetujuan dari Gee , Fakhri sudah pun duduk di sofa empuk berwarna merah  hati  di dalam pejabat Gee . “ Boleh … nanti I panggilkan Shauki .” Gee keluar dari pejabatnya dan mencari Alexandra . Gadis itu sedang membancuh minuman di pantri . “ Alex , buat kopi untuk dua orang ya . Shauki dan Mr. Fakhri akan meeting di office I . So makesure you tapis dulu semua incoming calls . “ Pesan Gee . Alexandra kelihatan teruja apabila nama Fakhri disebut.
        “ Mr. Fakhri ada di bilik you ? Eeeeee… sukanya . How do I look Gee ?” Alexandra menggeletis . Gee menggeleng kepala . “ You ni .. behave ok. Janganlah nampak murah sangat. Jual mahal sikit . Barulah orang tu akan lebih menghargai kita .”  Pesan Gee . Alexandra memuncungkan bibir . Walaupun tutur katanya kedengaran tenang tapi benar – benar menyentap hati Alexandra .

     Sementara itu di dalam pejabat Gee , Fakhri sedang berbual – bual dengan Shauki . Gee  mengambil diari di atas meja pejabatnya. Tiba – tiba dia terpandang sekeping kertas memo  berwarna kuning cair terselit di dalam diarinya . Dia menarik perlahan kertas itu dan membacanya .

Hai ,mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat .
                                            Butterfly Brooch
 Berkerut kening Gee membaca nota pendek itu . “ Butterfly Brooch?” Gee bersuara perlahan . Dia melipat kertas kuning itu dan diselitkan semula ke dalam diarinya .

“ Wah , pagi – pagi lagi dah dapat nota ? Siapalah orang tu ya ?” Shauki mengusik Gee. Fakhr sedari tadi memerhatikan  tingkah gadis montel itu . Dalam hatinya sedang tersenyum lebar .

Hati Seorang XXXL

Bab 13 

            Gee membaca berulang- ulang kali nota – nota yang dikirimkan oleh pengirim misteri sambil menunggu di bilik mesyuarat . Sesekali dia tersenyum membaca nota yang agak mencuit hatinya. “ Siapa Butterfly Brooch ya ? Kalau ikut pada nama macam perempuan …emmmm.” Gee bersoal jawab sendiri .Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis makan malam .Gee masih tidak dapat mengesan siapakah pengirim nota – nota misteri itu . Dia membaca nota yang lain pula .
Walaupun besar , awak nampak kecil . Senyum selalu.
Butterfly Brooch .
“ Jauhnya termenung . Ada masalah ke ?”
       Gee membetulkan duduknya . Nota – nota yang bersusun di atas meja disimpan semula ke dalam diari . Gee tersenyum nipis . “ Dia ni kembar Lin agaknya   . Tak pandai bagi salam . Nanti kau …” Gee mengomel dalam hati .
“ Assalamualaikum Encik Fakhri ….” Gee meleretkan suaranya . Dia menghadiahkan satu jelingan tajam pada Fakhri tanda dia kurang selesa dengan cara Fakhri menegurnya . Lelaki itu memandang Gee untuk seketika . Kemudian dia ketawa kecil . “ Waalaikumsalam . Terima kasih kerana mengingatkan . Oh ya .. lain kali kalau cuma kita berdua , tak payahlah nak berencik –encik dengan saya . Panggil Fakhri .” Dia menarik kerusi di sebelah Gee .

           “ Eh , tempat you kat sana .” Gee menghalakan ibu jari yang digenggam ke arah tempat duduk di bahagian hujung meja yang berbentuk bujur itu . Dia menjarakkan sedikit kerusinya . Terdetik rasa kurang selesa . Bimbang akan disalah anggap oleh rakan – rakan sekerja yang lain .
       “ I duduk sini kejap . Nanti yang lain – lain dah masuk I pergilah duduk kat sana . Duduk mana – mana pun tak ada bezanya .” Tenang Fakhri menuturkan kata . Gee mengangguk perlahan . Dia cuba membuang anasir negatif yang cuba masuk ke dalam mindanya . Dia membuka diari dan diselak satu –persatu . Fakhri hanya memerhati . Dia tahu Gee tidak selesa . Lebih – lebih lagi hanya mereka berdua sahaja yang  berada di bilik itu.
       “ You tinggal kat mana ?” Fakhri memulakan perbualan . Gee menoleh . “ Bandar Sri Permaisuri.” Jawab Gee ringkas . “ You orang sini?” Fakhri mengajukan soalan kedua . “ Tak , I orang Johor.” Gee masih menjawab seringkas mungkin .  “ Jadi kat sini you tinggal dengan siapa ?” Soalan ketiga dari Fakhri . “ I tinggal dengan Fadlin , Senior Accountant di Finance Department .” Jawab Gee . Dia memusingkan kerusinya mengadap Fakhri .
        
        “ Ini sesi temuramah atau sesi suai kenal ?” Gee mengangkat sebelah keningnya . Senyuman yang menghasilkan lesung pipit di pipi montelnya menarik hati Fakhri . Dia ketawa lagi . “ Tak salahkan kalau I nak tahu tentang anak – anak buah I .Lagipun I suka berkawan dengan semua orang . Pangkat ni cuma atas nama aje . Tak ada yang istimewa pun . Biarlah orang tu pegang gelaran apa pun , kentut pun busuk juga kan ?” Panjang lebar ulasan Fakhri . Gee  hanya mampu tersenyum .

“ You ni memang montel dari dulu ke ?”

        Gee tersentak . Senyumannya hilang . Rahangnya bergerak – gerak menahan rasa . Dia memandang Fakhri . Mata mereka bersabung . Fakhri kelihatan serba salah . “ Maaf , kalau soalan tu agak sensitif . You tak perlu jawab kalau you tak mahu.” Fahkri memegang tempat letak tangan di kerusi Gee .Rasa kesal memanjat hatinya .Tapi tidak semena – mena Gee ketawa kecil. Fakhri pula menolak kerusinya jauh sedikit dari gadis itu .

      “ Montel , gemuk , anak gajah , badak , buntal , tembam , tong dram … apa lagi gelaran yang orang selalu bagi pada orang macam I ni?” Tanya Gee . Dia memberanikan diri mendekatkan kerusinya pada Fakhri . Deria penglihatannya difokuskan pada Fakhri . “ I dah biasa dengan gelaran – gelaran ni semua sejak kecil lagi . So , you tak payah risau . Asalkan tidak melampaui batas – batas kesabaran I , you tanyalah apa saja .” Gee tersengih menampakkan barisan giginya yang putih .
         “ Ada lagi you tertinggal … comel dan gebu!” Fakhri ketawa . Lega hatinya kerana Gee menunjukkan reaksi positif . Gadis itu juga turut ketawa . “ You tak cuba kuruskan badan ?” Pegawai atasan yang baru saja dikenali itu mengajukan soalan lagi .
          “ Emmmmm… kuruskan badan ? You sebut aje apa produk – produk mengecutkan badan yang ada sekarang ni .Semuanya sementara aje .” Gee berkata dengan yakin . Tidak langsung menunjukkan tanda – tanda dia malu untuk berbicara mengenai saiz badannya . Fakhri terangguk – angguk mendengar penjelasan Gee .

“ Exercise ?”
         Gee  terdiam . Dia menarik diari yang berada di atas meja . “ I tak suka exercise . I tak suka jogging atau aktiviti yang mengeluarkan peluh .” Tiba – tiba suara Gee kedengaran keras . Fakhri mendekatkan sedikit kerusinya . Tangannya diletakkan di atas meja . “ Exercise tak semestinya kena berlari . You boleh cuba aktiviti lain . Senamrobik misalnya . Atau menari . Banyak cara lagi .” Fakhri bagaikan  konsultan kesihatan . Gee tersenyum kelat . Dia tidak membalas kata – kata Fakhri . Mereka diam untuk beberapa ketika .

       “ Kalau I offer you ikut I pergi gym nak tak ?” Suara Fakhri kedengaran dekat di telinga Gee . Gee tidak menjawab . Pintu bilik mesyuarat dikuak . Beberapa orang  pekerja masuk ke dalam bilik mesyuarat . Fakhri hanya tersenyum melihat mereka .“ Baik you pergi duduk kat tempat you .” Suruh Gee perlahan . Fakhri  hanya memandang Gee tanpa senyum . “ I nak duduk sini . Boleh kan?” Fakhri membetulkan kot yang dipakai . “ Mana boleh . You kan bos . Tempat you kat sana. Bukan kat sini .” Gee memandang Fakhri dengan pandangan hairan. “ Sebab I bos lah I boleh duduk mana – mana saja I suka … kan ?” Dia bersandar dan menyilang kaki . “ You belum jawab soalan I .” Fakhri mengingatkan Gee mengenai topik perbualan yang masih belum berakhir .

     “ Sorry , I tak berminat . Seganlah.” Gee menjawab pendek . “ You dah pernah pergi gym ?” Soal Fakhri . Gee menggeleng . “ Kalau macam tu You cuba ikut I sekali . You cuba dulu . Lepas tu baru buat keputusan nak teruskan atau tidak .” Fakhri masih cuba memujuk . Gee tersenyum kelat . “ Tengoklah nanti .” Gee sudah hilang minat untuk menyambung perbualan . Beberapa pasang mata sudah mula mengerling pada mereka berdua .

        “ Encik Fakhri , I rasa lebih baik You duduk di kerusi you . Nanti apa pula kata diorang .” Gee berkata dengan suara perlahan . Fakhri menoleh ke arah beberapa orang pekerja yang sedang berbual di hujung meja . Meja mesyuarat itu boleh memuatkan 40 orang  . Kemudian dia memandang Gee yang cuba bangun . “ You nak pergi mana?” Tanya Fakhri . Dia memegang tempat meletak tangan pada kerusi Gee . Perbuatan Fakhri menyebabkan Gee terduduk semula . Tergamam Gee dengan tingkah Fakhri .
          “ I nak you ikut I pergi gym hari Sabtu nanti .You cuba dulu . Kalau tak nak buat dulu pun tak mengapa . You tengok saja .” Suara Fakhri kedengaran keras . Berkerut kening Gee . “ Ni apahal pulak nak paksa –paksa orang ni ….” Pertanyaan itu hanya di hujung kerongkong Gee saja . Dia membuka diari dan pura – pura membaca . “ Kalau you tak setuju , I akan terus duduk kat sini sampai mesyuarat bermula .” Fakhri mula memujuk dengan cara ugutan . Terbeliak mata Gee mendengar ugutan Fakhri . Dia memandang lelaki yang baru seminggu dikenali itu . Kemudian Gee tersenyum nakal . 

        “You nak duduk sini ? Duduklah . I  pergi duduk kat tempat lain . Dan jawapan I tetap TIDAK .” Gee bangun dan menghampiri sekumpulan pekerja wanita yang sedang berbual di bahagian tengah meja .
Mata Fakhri masih tidak lepas dari gadis montel itu . Entah apa yang ada dalam kepalanya , hanya dia sendiri yang tahu.

 

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.