Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

June 03, 2012

MEI pergi LAGI.....

Assalamualaikum suma....

fuh lama betul aku x merapu kat blog ni...bukannya sibuk sgt pun..tapi mood nak memblogging x mari lah...

ok...mcm 2 cite aku nk share ngn kengkawan , tapi aku x tau nk mula yang mana dulu...baik cite aku , cite hubby , cite anak2 atau isu semasa..?

aku rasa aku cite dulu lah pasal anak2 aku ye...

13 Mei lepas besday anak kedua ku, Izma Nurul Syaqira .Genap 5 thn umur dia. Aku panggil dia Qira atau Jepun...Dia ni jenis anak yang cool je..Tapi kdg2 sifat cool dia tu buat aku geram dgn dia...Ada satu insiden yang terjadi pada dia yang terjadi pada dia masa awal2 bulan Mei haritu...

Citenye mcm ni...
Pukul 1 ptg..aku keluar umah utk beli barang2 meniaga bersama dengan jiran aku yang sama2 tolong aku berniaga. Sebelum keluar umah aku dh ingatkan hubby..

"Abah , jangan lupa jemput Qira kat sekolah pukul 3.30 nanti..ibu takut ibu lambat balik pulak.."

hubby hanya mengangguk...aku pun terus keluar umah...

Sepanjang 2 jam aku keluar beli barang2, hati aku ni rasa berdebar2 je..x tau apa sebabnye..tepat jam 3 aku mesej hubby..." Abah, tolong amik Qira , ibu banyak tempat lagi nk pergi ni..ada sikit lagi barang belum beli.." mcm tu lah lebih kurang sms yang aku bagi...tapi sms aku x berbalas...untuk menyedapkan hati aku andaikan yang hubby dh jemput si Jepun tu...

pukul 4.15 petang...ada sms masuk..
"Ibu , abah belum jemput Qira lagi...tertidur"

Ya Allah!! Buntang mata aku sebaik membaca sms hubby.. Pantas tangan aku menarik tangan jiran yang menemani aku..habis semua barang2 yang masih belum berbayar aku tinggalkan...dalam kepala dah membayangkan mcm2 yang negatif..serta - merta aku teringat kes kematian adik Dirang...Ya Allah , jauhkanlah anak ku dari musibah...Menggigil tangan aku memegang stereng kereta..Jiran aku cuba menenangkan aku..Mujur jugak jarak antara tempat aku beli barang x jauh dr tadika Qira..Masa tu aku kat Tesco..

Tak sampai 5 minit aku dh sampai di Tadika tempat Qira belajar..Tapi pintunya bertutup rapat, keadaan kat situ pun sunyi..Aku tengok pintunya sudah bermangga..Terjerit2 aku memangggil nama Qira...Tapi tiada balasan..Airmata aku dh mula nak melimpah, tapi cuba ku tahan..

" Dik, adik nampak x budak kecik pakai baju skolah biru dekat2 sini?"

Aku bertanya pada budak2 yang tengah repair motor kat sebelah tadika tu..Hanya gelengan yang dibalas.

"Tadika dh lama tutup kak"..balas yang sorang lagi..

Aku cuba mendail no.phone cikgu tadika Qira..tadi henponnya tutup...Aduh...mana Qira ni...

Aku masuk ke dlm kereta dan terus  memecut ke rumah...sampai saje di rumah...aku menjerit sekuat hati memanggil hubby....kaki aku dah terlalu lemah untuk mendaki anak tangga...hubby menjenguk  di tingkap...cool je muka dia...

Aku: Qira dah balik ke?
Hubby: x der...elleh..ada kat dalam keta kan...( dia tersengih...bikin hati panas jer...)
Aku: Mana ada!
Hubby: Tipu..mesti ada dalam keta kan..ibu dh g amik dulu kan...( masih lagi tersengih...dah menggelegak dah nih)
Aku: Abah ingat ibu main2 ke..Mana ada Qira  kat dalam keta ni...Ibu pegi skolah dia dh tutup...kalau x percaya turun sini...abah amik mudah je kan..!! ( aku dh mcm orang kena histeria , terjerit2..airmata dh mula membanjiri)

Hubby turun dan meninjau ke dalam kereta...baru lah muka dia nampak risau...dia baru nak bukak mulut aku dh sembur dia dulu...

"Kalau jadi apa2 kat Qira..." aku x dpt menghabiskan kata2..hanya sedu sedan yang keluar....

" Ibu tunggu kat umah , abah pegi cari dia" hubby terus bergerak ...

Tapi aku x boleh duduk diam aje kat situ...aku pun follow hubby..dalam kereta jiran aku x henti2 srh aku istighfar...Syahir yang duduk kat belakang cuma senyap je..mungkin itulah pertama kali dia tengok aku mcm tu...

selepas 15 minit

Dari jauh aku nampak van hubby membelok ke arah deretan kedai...Sebaik saja van hubby berhenti , aku ternampak satu susuk tubuh berpakaian biru yang cukup aku kenal , melompat turun dari van dan masuk ke dalam kedai...

Qira!...Alhamdulillah....dia x apa2....

Setelah kereta berhenti di sebelah van hubby , Qira keluar dari kedai dengan sebotol 100 plus...sambil mencengkak pinggang, dia tersenyum melihat aku...

" Apsal lambat sangat amik Qira? Sampai Qira kena duduk umah cikgu masak tau...!Kalau buat lagi macam ni Qira denda ibu banje Qira KFC seminggu!" dia membebel kat aku...Aku senyum je sambil lap airmata dan mencium pipi dia berkali2...dia cuma tersengih je....



.

.
.

.

.

.

.

.

.
.