Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

February 25, 2011

Bila Syahir "buat hal".....

Petang semalam lebih kurang dalam pukul 5.30 petang , langit di Vista Seri Alam ni agak mendung.Tapi belum menunjukkan tanda2 nak hujan.Cuma guruh je yang kedengaran sayup2..Seperti biasa, bila anak yang aku asuh tu dah dijemput oleh ayahnya , aku pun bawak hero kecik aku tu lepak2 kat bawah sambil menunggu abahnya @ suamiku balik.

Hari makin mendung..bunyi guruh dah makin kuat...niat di hati memang nak naik semula masuk kat dalam umah . Tapi bila tgk Syahir seronok main kat bawah , aku tundakan dulu niat .Biarlah dia main kejap.Nanti abah dia balik , kitorang naik lah sekali.

Tak lama lepas tu abah pun sampai . Nampak aje kelibat kereta abah , Syahir dah mula berlari menuju ke kereta. Sempat aku dukung dia , meronta- ronta nak turun.Masa dia tengah meronta-ronta tu guruh berdentum disertai kilat.Tapi x lah kuat.Nampak dari jauh je.Baru je abah hulur tangan nak dukung Syahir ,guruh berdentum lagi , petir dan kilat memancar serentak ke arah kereta jiran yang betul2 kat depan kitorang.Tergamam kitorang , dan sepantas kilat kitorang naik ke rumah.

Sejak naik ke rumah , Syahir cuma diam je.Mata dia x lepas dari pandang ke tingkap.Mula2 aku ingat dia ok. Biasalah, bila abah dia ader kat umah, manja dia terlebih sudah..Tak boleh la hilang dari pandangan mata dia.Mesti nak nangis.Tapi aku terperasan, bila ada bunyi pelik macam bunyik motor ke, bunyi barang jatuh dari rumah jiran atas ke , waima abah dia bersin sekali pun , Syahir akan berlari kat aku  dan peluk kuat2.Dan aku tengok muka dia makin pucat.Aku mula2 baca apa yang patut.TV pun x leh bukak kuat2 , dia akan nangis.Akhirnya lepas maghrib aku dah tdokan dia.Abah bacakan Surah Yasin  masa dia tgh tdo.Pukul 9.00 malam ,Syahir bangun.Nampak mcm dah ok.
Tapi pagi ni , aku x leh nak bergerak buat kerja2 umah mcm biasa.Syahir asyik nak berdukung dan akan menjerit kalau terdengar bunyi2 yg pelik. Padahal dia dh biasa dgn bunyi2 tu.Sampaikan bunyi aku tumis bawang pun dia dah lintang - pukang lari sambil nangis.

Akhirnya atas pertolongan Pak Cu yang sudi share info kat FB , aku bagi dia minum dan mandikan air yg dah dibaca Basmallah 3x, Al-Fatehah 3x , Surah2 tiga Kul 3x , Ayat Kursi 3x dan selawat 3x untuk pulihkan semangat dia.Menjerit2 dia masa aku mandikan.Dan tertidur akhirnya dia.

Petang ni masa en3 ni di post kan , dia dah bangun dah menghuru-harakan rumah seperti biasa.

Alhamdulillah....

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.