Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

July 05, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 20 dan 21


 Hati Seorang XXXL

Bab 20

       3 biji telur separuh masak , 1 set roti bakar dan teh tarik . Itu menu sarapan yang dipesan Fakhri . Sekeping roti canai , sekeping roti sardin , sepinggan kari kambing dan milo ais gelas besar . Menu itu pula kepunyaan Gee . " Ni sarapan pagi ke makan tengahari ?" Tanya Fakhri . Gee tidak menghiraukan pertanyaan Fakhri . Dia  memulakan suapan . Mukanya masam mencuka . " Tak baik mengadap makanan dengan muka macam tu . Cuba senyum sikit . Teduh sangat muka tu ." Fakhri menyisip teh tarik yang masih berasap .
     " Tak baik bercakap waktu makan . Nanti tersembur ." Akhirnya Gee bersuara . Dia bengang dengan Lin yang mungkir janji . Lin dan Shauki bersarapan di tempat lain . Dia tahu Lin dan Shauki sengaja memadankan dia dengan Fakhri . Gee sangat yakin Fakhri juga dalang dalam perancangan ini . " You tak suka keluar dengan I ya ?" Tanya Fakhri . Tiba – tiba timbul rasa bersalah dalam dirinya . Gee langsung tidak bermanis muka sejak menerima mesej dari Lin tadi .
    
         "Kalau I tak suka , I dah balik . Rumah I bukannya jauh pun . Depan ni je." Gee memuncungkan mulutnya ke arah pangsapuri berhadapan  kedai mamak . Fakhri tersenyum nipis . " Maknanya You suka keluar dengan I ? Lepas ni bolehlah kita keluar lagi ." Fakhri membetulkan duduknya . " Encik Fakhri , I ni tak nak menjatuhkan air muka You . Lagipun I nak balas jasa You . Dah dekat sebulan you belikan breakfast I . So , hari ni I belanja you . You orderlah lagi . Lepas ni tak payah belikan sarapan lagi ." Gee menyambung suapan . Habis semua kuah kari dituangkan ke atas roti .Dia makan penuh berselera . Mereka berdua diam buat seketika . Menikmati hidangan masing – masing .

Srroooooootttttt!!!
    
     Habis milo ais di dalam gelas besar itu disedut Gee. " Errrkkkk…! Alhamdulilah…" Gee tersengih . Lesung pipitnya terserlah . Terangkat kening Fakhri mendengar Gee sendawa kuat. " He he .. sorry." Gee mohon maaf atas lepas lakunya . " Kalau macam tu punya kenyang , sia – sia pergi senamrobik tadi . Semua kalori yang terbakar you dah top – up . Berganda – ganda pula tu ." Ujar Fakhri . " Perut besar macam I ni mana kenyang kalau setakat makan roti bakar dengan telur separuh masak tu . I ni perut orang melayu . Bukan perut mat saleh macam you ." Gee menolak pinggan – pinggan yang sudah kosong ke tengah meja .
      "Minggu depan kita pergi gym tau." Fakhri mengutarakan semula topik yang merimaskan Gee . " You ni sibuk sangat nak bawa I pergi gym kenapa ? I lebih suka aktiviti macam senamrobik tadi . Tak memenatkan sangat . Kalau masuk gym kena pakai baju sendat . I tak suka ." Gee meluahkan pendapatnya . " Kalau you tak suka , kita boleh ajak Lin dan Shauki sekali ." Fakhri memberi cadangan ." Ah! You , Shauki dan Lin … semua tak boleh harap! Tengok hari ni cukuplah. Tadi janji nak sarapan sama – sama kan ? Sekarang diorang kat mana ? I tahu you all sengaja nak kenakan I." Gee bersuara tenang . Dia mengerling Fakhri yang menggamit pelayan . Dia meminta bil pada pelayan tersebut .

      " Salah ke kalau I nak kawan dengan you?" Tanya Fakhri . Mukanya kelihatan serius . Gee menyilang kedua – dua tangannya ke dada . Dia mengetap bibir . " Ada I cakap salah ke ?" Tanya Gee pula . Fakhri membuka mulut untuk menjawab . " Shhhh … biar I cakap dulu ." Gee membantutkan niat Fakhri untuk bersuara .
     " Encik Fakhri … kita ni bukan di zaman budak – budak lagi tau. Trend menggunakan orang tengah ni dah lapuk . Kalau betul you nak kawan dengan I , cakap terus dengan I . I akan lebih menghormati orang yang gentleman macam tu . So , sekarang I nak balik . I dah penat . I nak balik mandi ." Gee bangun dan menuju ke kaunter . Fakhri juga mengikut Gee ke kaunter . Dia tergesa – gesa mengeluarkan dompet . Tapi Gee lebih pantas membayar harga makanan .
   
         " You nak I hantar balik ke ?" Tanya Gee . Mereka berdua keluar dari kedai . Fakhri menghantar Gee sampai ke kereta . " It’s ok . I balik jalan kaki . Rumah I dekat- dekat sini aje." Ujar Fakhri . Gee memandang sekeliling . Mencari bangunan kediaman lain yang terdapat di kawasan itu . " Oh , You di tinggal di Sri Penara ya ?" Tanya Gee . Fakhri tidak menjawab . Gee juga tidak menunggu jawapan dari Fakhri . Dia masuk ke dalam kereta . Beberapa minit saja dia sudah berada di kawasan letak kereta Pangsapuri Sri Cendana .
    Ketika pintu lif hampir tertutup , ada seseorang yang menahan pintu menyebabkan pintu besi itu terbuka semula . Gee terpana . Dia kenal lelaki yang menahan pintu lif  . Lelaki itu tersenyum lebar melihat reaksi Gee . " Terkejut ? Tak sangka kita berjiran kan ?" Fakhri menyandar badan ke dinding lif . " Kenapa you tak cakap yang you pun tinggal di sini ?" Tanya Gee . " Sebab you tak tanya." Fakhri menjawab dengan selamba . Gee melihat Fakhri menekan butang nombor 10 . Tahulah Gee bahawa majikannya tinggal di tingkat itu . Lif mendaki dari setingkat demi setingkat . Ketika hampir tiba di tingkat 10….

" Errrr… Gee. Tadi you makan banyak , tak sakit perut ke ?"

       Gee hairan dengan pertanyaan Fakhri . " Tak , kenapa ?" Tanya Gee pula . " Tak ada apa – apa . I takut kalau – kalau I kena semburan gas beracun lagi ." Fakhri tersenyum nipis. Dia memandang Gee dengan pandangan nakal . Gee merenung Fakhri agak lama . Melopong mulutnya apabila dia mula teringatkan sesuatu .
   " Ooooooo, sebab tu you bagi I minyak wangi dan minyak angin masa majlis makan malam tu! Eeeeeeeee…… malunya!" Gee menutup muka .Fakhri ketawa mengekek . Lif tiba di tingkat sepuluh .

Sebelum Fakhri keluar …

      " Fakhri , I’m sorry okay." Gee tersenyum kelat . " No , it’s okay . Disebabkan gas beracun tu lah yang buat I asyik teringat kat you ." Fakhri mengenyitkan mata . Pintu lif tertutup . Gee mencekak pinggang . Kemudian dia ketawa sendiri.

 " Dia angau dengan kentut aku? Bongok betullah mamat tu ! Ha ha ha !"

Hati Seorang XXXL

Bab 21
       Fakhri leka melihat deretan cincin bersalut emas yang tersusun di atas dulang . Rambang matanya untuk membuat pilihan .Semua nampak cantik di matanya . Diambil satu demi satu cincin tersebut.Dibelek sebentar kemudian diletakkan semula di atas dulang .

" Encik nak pilih yang mana satu ?" Tanya jurujual .

      Fakhri tersenyum kelat . Dia menoleh mencari seseorang yang bersamanya tadi . " Shima , mari sini sekejap ." Dia memanggil seorang gadis yang sedang mencuba beberapa utas gelang emas . Gadis itu tersenyum lebar sambil membawa seutas gelang yang sudah pun dipakai di pergelangan tangannya ." Abang , cuba tengok gelang yang Shima pakai ni . Cantik tak ?" Dia mengunjukkan tangannya di hadapan Fakhri .
     " Cantik . Tapi abang tak nak beli gelang . Abang nak beli cincin . Cuba Shima tengok , mana satu yang cantik . Abang tak pandai pilih ." Fakhri memegang bahu gadis itu . Mereka nampak mesra. " Emmmm…. Shima tak suka emas kuning . Kita tengok emas putih boleh ?" Rengek gadis itu . Fakhri menampar lembut pipi Shima . Dia menarik tangan gadis itu ke ruang pameran emas putih pula .Lepas satu persatu cincin dicuba . Akhirnya selepas hampir setengah jam memilih , Shima mengunjukkan pada Fakhri sebentuk cincin emas putih yang boleh dilaraskan mengikut saiz jari pemakai .
      " Pandai Shima pilih . Sekarang Shima pilihlah gelang yang mana Shima suka tadi . Abang hadiahkan pada Shima ." Ujar Fakhri . " Betul ke ? Wow! Bestnya! Terima kasih abang …. Saaaaaaayang dia !" Gadis itu melompat kegembiraan . Satu ciuman singgah di pipi Fakhri . Lelaki itu tersenyum lebar . " Kalau untuk pengarang jantung abang ni , cakap je nak apa . Gunung emas pun abang akan adakan." Fakhri menarik lembut hidung gadis itu . Selepas Shima mendapat apa yang dihajati , mereka berdua keluar dari kedai emas .

" Cincin yang abang beli tadi tu untuk siapa?" Tanya Shima .

     Fakhri tidak terus menjawab . Dia tersenyum lebar memandang Shima . " Eeeeeeee…. Tolong jangan pandang Shima macam tu boleh tak ? Macam perogol bersiri Shima tengok!" Shima menolak pipi Fakhri . Lelaki itu ketawa senang hati . " Shima ni buat abang teringatkan seseorang tau?" Fakhri kembali memandang ke jalanraya . Kenderaan dipandu dengan kelajuan sederhana .
    " Abang ! Jawablah soalan Shima tadi. Cincin tu untuk siapa ?" Gadis itu menepuk peha Fakhri dengan kuat . Fakhri mengaduh manja . Dia tertawa lagi . " Adalah . Nanti tahulah." Fakhri masih berahsia . " Huh ! Siapalah perempuan malang yang jadi pilihan abang tu . Memang buta mata perempuan tu ." Shima menjeling Fakhri yang masih tersenyum . " Mungkin dia rasa malang kalau dapat abang . Tapi abang rasa bertuah kalau dapat jadi teman hidup dia ." Ujar Fakhri tenang . Dia mengenyitkan mata pada Shima . " Apa nama dia ? " Shima masih tak putus asa . Fakhri tidak menjawab .

      Shima mula hilang sabar . Dia menyelongkar dashboard . Mencari kotak cincin yang dibeli oleh Fakhri tadi . " Buat apa tu?" Tanya Fakhri . Shima cuma diam . Kotak baldu berwarna merah yang dicari tiada disitu . Dia menginjakkan kedua – dua lututnya di atas kerusi . Panjang tangannya mencari barang bernilai itu di tempat duduk belakang . " Hei , duduk betul- betullah ! Apa kerja menonggeng ni? Shima cari apa ?" Fakhri terperanjat melihat gadis itu hampir memboloskan dirinya ke tempat duduk belakang . Shima duduk semula . Rambutnya sudah kusut – masai . Nafasnya juga termengah – mengah. Namun dia masih belum mengaku kalah . Dia merapatkan bibirnya ke telinga Fakhri .
      " Nak bagi tahu ke tidak nama dia ?" Tanya Shima . Fakhri gelak terbahak – bahak . " No!" Fakhri menggeleng laju . " Betul ?" Shima menyoal lagi . Matanya mengecil . Bibirnya digigit kuat . " Ehem …" Fakhri masih menggeleng . Shima tersandar di pintu kereta . Dia memandang Fakhri yang sedang memandu . Dia menoleh sebentar melihat jalanraya .Beberapa meter saja lagi sebelum sampai lampu isyarat . Dia melihat Fakhri sekilas . Lelaki itu masih seperti tadi . Senyumannya menyakitkan hati Shima .

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah dan Fakhri menarik brek tangan ….
     
             " Hey hey ! Apa ni Shima ? Shima cari apa ni ? Adoi ! Apa raba – raba ni ? " Fakhri cuba menepis tangan Shima yang cuba menyeluk poket seluarnya . Tiba – tiba saja gadis itu bertindak agresif . Habis semua poket di baju dan seluar Fakhri diperiksa . Cuma poket seluar di sebelah kanan tidak berjaya di periksa . Fakhri menepis kasar tangan gadis itu . Kurang senang dengan perangai Shima yang lepas laku .

" Please behave okay!" Suara Fakhri agak kasar .

        Shima melawan pandangan mata Fakhri . Nafasnya turun naik . Dia membetulkan duduknya . Keadaan kembali tenang . Mereka membisu buat seketika . " Nak balik hostel terus ke atau nak singgah rumah abang dulu ." Tanya Fakhri . Dia menoleh apabila tiada jawapan yang kedengaran dari Shima . " Shima sayang … dengar tak abang cakap ni?" Fakhri melunakkan suaranya . Tangannya kirinya memegang jemari kanan Shima . " Shima marah abang ya?" Fakhri memujuk lagi . Shima menarik kasar tangannya . Wajahnya mencuka . " Ish! Ish ! Ish! Muncung mulut tu boleh buat gantung penyangkut baju tau ." Usik Fakhri
Shima berpeluk tubuh . " Hantar Shima baliklah! Dah tak ada mood nak jalan – jalan." Akhirnya gadis itu bersuara . Fakhri ketawa mengekek . " Buruknya kalau orang tu merajuk. Oklah , abang bagitau siapa nama perempuan tu ." Fakhri mengerling Shima . Pantas gadis itu berpaling . Wajahnya bertukar menjadi ceria . Dia menunggu Fakhri membuka mulut . Tapi Fakhri hanya tersenyum.

       " Apa yang susah sangat nak bagi tahu nama perempuan tu ? Bagus sangat ke perempuan tu ? Eeeeeee….menyampahlah dengan abang ni !" Shima mencubit lengan Fakhri . Terjerit lelaki itu menahan perit . Shima tidak melebaskan ‘sepit ketam’ nya. " Bagitau cepat apa nama dia!" Shima mengetap bibir menahan geram . " Ok , ok ! Abang bagitau. Lepas dulu ..sakitlah !" Fakhri menyeringai kesakitan . " No ! Nama dia dulu !" Shima menguatkan lagi cubitannya . " Cepat cakap! Koyak kulit tangan abang ni nanti!" Shima mengugut .Dia menahan kelucuan .

" Argggggghhhhhhh! Aduh!!! Nama dia Gee…"

    Fakhri menggosok – gosok lengannya yang perit sebaik sahaja Shima melepaskan sepitannya . Dia memandang Shima yang tersenyum lebar tanda kemenangan . " Puas hati ?" Fakhri mengetuk lembut kepala gadis itu .

     " Bawa Shima jumpa dia …"

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.