Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

January 22, 2011

Demi kerana…

Terima kasih pada korang2 yang sudi mengikuti siri2 kelahiran putera tunggal aku.Dan maaf jugak lah sebab buat korang tertunggu2 cite2 yg seterusnya..( cewah..perasaan lah pulak..macam lah ramai peminat…. keh keh keh…

Pada tahun 2009 adalah tahun yang paling lama aku jadi penghuni Hospital Kuala Pilah…hampir 2 minggu aku berpantang tanpa dijaga oleh mak.Mak juz hantar makanan je…Kesian mak..setiap kali datang , membawa harapan boleh  la dia tengok “orang baru”, tapi sayangnya hanya gambar menjadi pengganti kerana x der sapa pun yg dibenarkan masuk kecuali ibu bapa bayi…

Lupa diri sekejap….

Petang 11/ 9 / 2009…..

Aku terjaga bila aku rasa dahi aku disentuh oleh seseorang..Abang agaknya…Tapi bila aku buka mata…”Ayah , abang dah balik Johor ? Tanya aku.Memang abang dah maklumkan pada aku yg dia akan pulang semula ke Johor petang tu.Tapi mulut ni saje je nk tanya lagi. “Zam dah naik bas pukul 5 tadi…” balas ayah..Aku juz angguk je..Mak kuarkan bubur dari bakul makanan yang dibawa nya.Tapi aku blm ader selera nk makan.Lebih2 lagi bila aku toleh kiri kanan , aku x nampak bakul “ orang baru” 


“Mak , baby mana?” aku tanya mak . Aku tengok , mak pun dah x senang duduk. “Baby ada kat wad baby , ada problem sikit.Mak pun x berapa tau .Nanti kau tanya sendiri lah kat doktor.” Aku diam je..sambil memerhatikan adik-adik aku memakaikan aku stoking, lapkan badan aku dan bancuhkan air milo yang dicampur dengan jeli gamat. Mana anak aku.?…..

7.30 malam…

Aku dah x sabar tunggu doktor2 ni me”round”. Tiba masanya….

“Doktor , mana anak saya ?” itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku sebaik sahaja doktor2 pelatih singgah ke katil aku..”Kejap lagi kita bagitau ye kak , doktor pakar belum masuk lagi.” Balas diorang dan terus beredar..

Sebaik saja aku ternampak kelibat Dr.Syaripah , aku segera melambaikan tangan , dah x sanggup nak tunggu dia check patient lain dulu. Belum pun sempat sampai kat katil aku , soalan yang sama aku tanya kat dia.Dia x menjawab tapi terus mencapai report aku dan baca…sambil dia baca report aku , 2 org doctor pelatih sedang memberi penerangan.Ada yang aku faham ..banyak sangat istilah perubatannya..Tiba – tiba aku terdengar..

Dr.Syaripah : How about her baby ?
Dr. Pelatih    : The baby is already at CCU and he’s having hypothermia.

CCU ? HYPOTHERMIA?

Aku :What’s wrong with my son? ( Aku mencelah tanpa bagi salam )

Doktor2 tu tergamam kejap….

Dr.Syaripah : Baby awak ok Shima…dia…
Aku  : Please don’t bluff. What do you mean he’s in CCU and having hypothermia?
( Aku cakap sambil nangis..aku cuba bangun tapi ditegah oleh diorng )

Dr.Syaripah : Keadaan awak masih lemah Shima , bila awak dah boleh turun dari katil nanti kita bawak awak tengok baby ye..
(Diorang cuba menenangkan aku yang dah  mula meraung..dan tiba2 aku rasakan macam ada gigitan semut api kat peha kiri dan kanan aku..Diorng enjet ubat tidur rupanya…dan aku pun belayarrrrrrrrrrrrrrrrrr……)

Kalau kau orang nak tau apa itu hypothermia...baca jap kat sini
Pukul 12.00 tgh mlm.
Aku terjaga...seisi bilik dah nyenyak tdo...aku berani kan diri untuk turun dari katil..mengikut pengalaman lepas , lagi cepat aku berjalan lagi cepat blh kuar spital...tapi kali ni aku bukan nk cepat kuar spital..tapi aku nk tengok anak aku..Sebelum bergerak , aku curik - curik minum jeli gamat keluaran Luxor yang mak bagi.Jeli gamat ni aku dah guna sejak zaman Jepun ( anak yg nombor dua tau..bukan masa perang...) ternyata memang sangat berkesan...luka cepat kering ,  darah nifas senang keluar dan xder kesan sampingan untuk menyusu baby.Ceh..macam la aku boleh dpt  diskaun kalau promote barang diorng... he he he
Sepatutnya makan 2 sudu je..tapi disebabkan naluri keibuan yang memberontak , aku teguk je dari botol tuh....Pastu aku cuba menggerakkan kaki aku...Ya Allah sakit nya ......Aku tarik nafas dalam2...."Ini  Bukan pengalaman pertama Shima , come on....nak tengok anak x ? aku bagi semangat pada diri sendiri...Tiba2...."Kakak mau pegi mana , sudah blh trn ke? " Ibu muda dari Sarawak kat sebelah katil aku menegur...aku pandang dia sambil letak jari telunjuk kat mulut aku..."Shhhhhhh...jgn bising , nnt nurse datang..." Dia pandang je...dia nk tolong aku pun x boleh sebab dia lbh kecik dari aku , dan dia pun baru lepas operate...tapi baby ada dengan dia..aku? Bila aku tgk dia menyusukan anak , semangat aku makin kuat nak turun dari katil , ditambah pulak dengan baju aku yg dah mula basah dengan air susu..." Mesti dia nak menyusu " aku cakap dalam hati...Dengan susah payah , akhirnya aku berjaya turun dari katil ..Dengan wayar drip dan tiub kencing yang masih berselirat kat badan...aku seret kaki menuju ke bilik air...Sedang aku bersusah payah menuju ke bilik air..."Dik , camno kau turun dik...?" Aku ditegur oleh oleh mak guard yang tgh meronda.Aduh...suara dia punyalah kuat..serentak dengan itu aku tengok ada sekumpulan nurse tengah menolak stretcher patient yang baru bersalin.Aku pandang diorng dengan mata yg dah mula menakung air.Salah sorang dari nurse tu menghampiri aku manakala yang lain terus bawak patient tadi  kat bilik sebelah."Awak mana boleh turun lagi , kita belum cabut tiub kencing lagi , kalau nak apa2 tekan je loceng kat tepi katil tu...bla bla bla..." membebel pulak nurse ni.Baru je aku nk menjawab , aku dengar jeritan dari bilik sebelah...."Kak tolong , patient jatuh katil!!!!"  Akak misi yg membebel tadi terus berlari meninggalkan aku yang tercegat kat tengah2 bilik.

Tanpa buang masa , aku hayun kaki ke bilik air ,aku cuba bersih kan diri , basuh muka , basahkan rambut dan..aku cuba cabutkan tiub kencing..tapi x boleh .Tiba2 pintu bilik air diketuk dengan kuat "Kak , akak buat apa? " suara nurse tadi..Ek eh..dalam bilik air..mesti lh buat apa2 patut kat dalam bilik air...takkan shopping kot..aku mengomel sorang2...aku buka pintu pelan2..Nurse tadi masih ader kat luar rupanya..Aku senyum.."Akak ni kenapa ? Dah x leh tunggu besok ke?"...nurse tu x puas hati sebab aku ni degil sangat..sambil dia duduk kan aku kat wheel chair..." Saya nak tengok anak saya , dah 2 hari saya tak tau keadaan dia mcmne.Kalau lambat sangat nak bawak , saya pergi sendiri je." aku dah teresak2...dapat aku tengo dari ekor mata geng2 sebilik ada yang terjaga...he he he ...sori guys.."Kalau akak nak tengok anak , meh saya bukak dulu tiub kencing ni..tapi akak kena baring atas katil dulu ye..." dia berjaya jugak pujuk aku naik balik kat atas katil...sebelum dia cabut tiub kencing , aku tengok dia masukkan sesuatu dalam drip aku..."Apa tu.., ubat tidur eh? aku macam dah agak..." Eh bukan , ni ubat jgn bagi akak tumpah darah " ..tapi tak lama lepas tu mata ni macam ditarik2 untuk ditutup. Ceh!!!Nurse tu tipu aku...Dan akhirnya aku pun belayar lagi..
Gambar hiasan

8.00 pagi.....

Sebaik saja aku sedar , aku dapati semua tiub yang berselirat kat badan aku dah xder...Baju dah berganti ,stokin dah bertukar , katil pun dah tukar cadar lain ...hmmmm aku senyum sorang2...Aku x sentuh langsung bekpes yg diorng bagi...aku cuba turun lagi sekali dari katil.Tapi kali ni x der sapa yang tegah.Nurse yg lalu lalang pun senyum je.Ada yang offer nak tolong..tapi aku minta diorng tolong pandang je sebab aku tengok badan masing2 cinonit je...Ada jugak yang kena hempap ngan aku nnt ( berdasarkan pengalaman pertama dulu...he he he ).Sebaik berjaya turun dari katil , aku bancuh milo sendiri dan makan biskut yang mak bekalkan..Tiba2 tempat operate aku sakit.Mungkin belum bersedia nk terima makanan yang agak keras kot. Aku teguk sikit air milo ,sakit jugak .Aku keluarkan jeli gamat.Aku suap sesudu ke dalam mulut.Masih sakit lagi , Aku tarik nafas dalam2..."bertahan Shima , jangan bagitau sapa2..kalau x nnt x leh tengok anak " macam ada suara yang bagi semangat kat aku...Perlahan - lahan aku naik semula ke katil , menunggu doktor pakar datang round. Aku cuba lelapkan mata , menahan sakit di pangkal ari-ari..." Selamat pagi Shima" suara Dr.Hayati mengejutkan aku. Sepantas kilat aku bangun , semua yang ader di sekeliling katil aku terkejut.."Bangun pelan2 kak...luka akak tu masih baru.."tegur doktor pelatih..Aku senyum je.." Doktor , saya nak pergi tengok anak saya.." aku cuba menahan sebak tapi mata aku dah mula berair..Dr.Hayati srh aku baring..tirai ditutup , kain aku diselak...


Dr.Hayati : Bila buang tiub kencing ni? Sapa buang?
Aku         : Entahla..malam tadi kot.Nurse yang buang agaknya...


Kemudian doktor2 pelatih tu bagi penerangan pada Dr.Hayati , ada jugak diorng selitkan kejadian malam tadi...Dr.Hayati pandang aku sambil menggeleng2kan kepala.


Dr.Hayati : Mentang2 la dah ader pengalaman .Saya boleh bagi awak tengok anak , tapi t/hari sikit ye sebab kiter nak observe awak sekali lagi..
Aku         : Nak observe apa lagi doc , saya dah minum milo , saya dah makan roti , saya dah kencing . dah kentut , dan x muntah...please doc , bukak la plaster ni...saya nak tengok anak saya...( Aku dah mula nangis lagi...2 statement yg terakhir tu aku tipu sunat...hehe he ..nak tengok anak punya pasal...)


Dr.Hayati : Ok ok...don't cry.Nnt saya srh doktor2 ni bukak plaster awak.


Sebelum diorng beredar , sorang nurse yang x penah aku nmpak dtg ke katil aku , sambil bercakap ngan Dr.Hayati dia menghulurkan sebijik botol


Nurse : Doktor , saya nak minta ibu ni perah air susu pertama dia.Baby dia reject susu hospital.Dari semalam kita masuk air je...


Ya Allah...teruk sangat ke keadaan hero aku ni...


Dr.Hayati : Tak payah perah la , kejap lagi kite htr dia g tengok anak dia , biar dia nyusukan..
Nurse      : X boleh doc , anak dia disterilkan...


Perbualan diorng nih buat aku makin x sabar.


Aku : Cepatlah bukak plaster kat perut ni doc.(Aku dah merengek macam budak kecik)

Sambil buka plaster dan spray perut aku ....
gambar hiasan

Dr.Hayati : Jangan berkuat sangat Shima , awak sendiri pun lemah lagi...Nanti saya srh nurse htr awak dengan wheelchair.Kalau sakit dada bagitau tau.
Aku         : Apa yang jadi semalam sebenarnya doktor ?
Dr. Hayati : Denyutan jantung awak tiba2 terhenti dan baby x dapat bekalan oksigen yang secukupnya.So baby tgh diberi bantuan oksigen kat CCU..Jangan risau , dia selamat.

Setengah jam kemudian , aku ditolak ke Wad Baby , dalam pada ku dok risaukan anak aku ..Ada beberapa perkara yang bagi aku agak lucu telah berlaku sepanjang  perjalanan aku menuju ke Wad Baby...

Situasi 1 ( Kat luar wad aku )
2 orng makcik2 duduk kt bangku sambil pandang aku atas bawah...

Makcik A : Amoi...mau pegi mana ?
Makcik B : Baru bersalin sula jalan2 ka?

Tiba2 datang lak idea nakal aku ....

Aku : Saya mau pigi tengok saya punya bibi...( Aku ngajuk orng cina ckp melayu )
Makcik A : Bibi you dekat mana?
Aku : Bibi saya sakit lor...Ate talam wad bibi sane...
Makcik B : Sakit apa?
Aku : Lokter kate lia sakit tate ( Doktor kata dia sakit dada)
Makcik A & B : Oooooooooooooooooo.....

Sambil meneruskan perjalan aku sengih sorang2 , nurse yang tolak aku tu dah terbahak2 ketawa...Saje je nak hiburkan hati sendiri yang tengah risau ...keh keh keh.Sori ye makcik...

Situasi 2.( Kat wad baby..menuju ke katil anak aku )
Nurse yang terus bawak aku menuju ke tempat anak aku..Belum pun sempat aku bangun dari wheel chair...

Nurse Lain : Moi , you x boleh jalan2 tengok anak org lain..nnt doktor marah...Apa  nama you ?
Aku    : Siti Lailatushima...ni anak saya kan? ( Muncung aku menghala ke arah baby yg kat depan aku nih )
Nurse Lain : La ila Ha illallahhhhhhhh...Maaflah , saya ingat kan Cina tadi...he he he ...

Ada 2 3 lagi kisah lucu yang terjadi tapi meh aku nk habiskan cite pasal hero aku ni dulu.

Apa perasaan korang kalau kali pertama tengok anak korang mcm nih?

Barulah aku tahu...anak aku dijangkiti kuman dalam paru2...( lung infection)Aku tak dibenarkan menyentuh , mengusap , mencium dan menyusukan dia..Keadaan dia masa nih sangat "fragile"..Aku tahan airmata dari kuar..."Bertahan ye dik , ibu tau adik kuat...adik kan anak lelaki...." aku bisikkan kata2 semangat di telinga nya. Kebetulan masa tu doktor pakar ada kat situ , so aku pun tnya dari A - Z keadaan hero aku nih..

Segalanya berlaku semasa aku x sedar di dalam OT , baby terlalu lama di dalam perut tanpa bekalan oksigen. Team OT bertungkus - lumus menyelamatkan aku  dan anak ,  rupa-rupanya  diorng dh  maklumkan pada hubby samada akan kehilangan aku atau baby , atau kedua2nya sekali.Aku terdiam mendengar penjelasan pnjng lebar dr Dr.Hasri.Buat masa tu aku cuma blh perah susu dan diorang akan bagi pada baby melalui tiub.Dan sejak dari hari itu...aku jadi penghuni di wad pediatrik selama 2 minggu.Diorng bagi aku balik , tapi aku x sampai hati nak tinggalkan baby sorang2....

Bentan dan tumpah darah 
Sejak aku berada di wad baby , aku memang kurang berehat.Setiap kali ada doktor yg mendekati katil anak aku , aku pun menyibuk sekali." Boleh saya susukan dia ? " itu lah soalan yang selalu aku tanya...dan jawapannya...hanya gelengan dan " ususnya masih belum bersedia " itulah jawapan yang diberi...

Menjelang malam..suhu di bilik CCU ....16 darjah celcius..mak oiiiii...sejuknya..sweater yg dibekalkan oleh mak tak mampu memanaskan badan aku yg banyak lemak ni...aku menuju ke pantri , bancuh air milo dan makan beberapa keping roti untuk alas perut..Nurse dah bagi jadual untuk aku perah air susu selama 3 jam berselang.Aku tengok jam , masih ada 1 1/2 jam sebelum diorng "feeding".Tapi badan aku makin menggigil , dah pakai sweater , stokin 2 pasang , track suit , kain batik...aku masih lagi kesejukkan....bibir aku dah mula kering....dan tempat operation aku rasa kebas...aku cuba berdiri tapi x rasa apa2...nape nih...Nak minta tolong ...xder sapa pulak kat dlm pantri...Nak tak nak aku cuba jugak berjalan pelan2 sambil memegang palang di tepi dinding...Sampai dibilik , aku minta 2 helai selimut , Ya Allah sejuk nya...aku cuba bagitau pada nurse tapi suara aku x kuar.Akhirnya aku tertidur dalam kesejukkan....

Ayah...tolong buatkan solat hajat dan bacaan yassin...
Aku sedar ketika wad baby tiba2 menjadi kelam kabut dengan beberapa orng doktor dan nurse yang berlari2 kesana kemari ..Aku bangun dan cuba tengok apa yg berlaku.Dalam kerabunan aku tgk diorng dok kerumun katil anak aku...Kenapa nih...pastu aku dengar bunyi mesin ECG yang x henti2 berbunyik...ada kecemasan ke...? Dada aku dah mula berdebar2, pantas aku capai henpon...

Aku : Assalmualaikum mak , ayah ader?
Mak : Wa'alaikum salam . Ayah tengah mengaji...Kenapa? Cemas je suara kau nih...
Aku : Mak , minta tolong ayah bacakan yasin mak , kalau boleh buat solat hajat sekali eh...
Mak : Nape nih...cuba cerita...Bertenang...
Aku : Ma x tau , tapi diorng tgh kerumun katil baby...mesin jantung tu asyik bunyik je...Ma risau...

Talian dimatikan...

Bila keadaan dh mula tenang , aku capai spek dan turun dr katil.Hati aku meruntun2 nk tau apa yg terjadi..Tapi........semakin aku dekat ke katil anak aku....

Aku  : Nurse..mana baby saya?
Nurse : Baby akak kat sebelah..Tu baby baru masuk tadi...Baby akak dah x pakai mesin dah...

Fuhhhhhhh.....aku dh tersalah baby la tadi....Aku segera ke katil dia...juz blh tengok je , x leh pegang...hmmm ...dah mcm nengok kuih kat bazar Ramadhan pulak....he he he
Dah tak pakai tangki oksigen
Lepas sejam "berbual-bual" dengan baby . Aku pun kembali ke katil...Terkejut beruk aku bila aku tengok katil ku penuh dengan darah...Aku x perasan masa sibuk2 nak turun katil tadi...bila aku belek diri aku , baru lah aku ternampak drh kering memenuhi peha aku.Rupa-rupanya aku tumpah darah dan bentan malam tadi.Lepas aku maklumkan pada nurse , diorng tolong bersihkan aku dan bagi aku makan panadol, aku dipaksa untuk berehat.Dan aku pun ZzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZ

Jaundice pulak....
Pagi hari ke-7 anak aku hilang lagi...dia x der kat tempat biasa.Malas nk tanya kat nurse..aku round satu wad mencari baby aku yg missing in action...Akhirnya aku jumpa dia kat dalam bilik lain dalam keadaan camni...

Demam kuning pulak...tapi aku dah lebih tenang..biarlah dia kat sini ..asalkan dia selamat..Penat ah nak taip...jom layan gambar dulu eh...
di tidurkan dalam keadaan camni supaya x tersedak

baru lepas amik darah kat kaki...
kesian anak ibu..lepas amik kat kaki..amik darah kat tangan pulak.


Petang tu doktor benarkan kan aku menyusu kan  Syahir untuk kali pertama..Yahuuuuuuuuuuuuu.....

kekenyangan lepas disusukan dan hari pertama dibenarkan pakai baju
tengah tido pun blh posing tau

Dari pakai alat bantuan tangki oksigen , ke nebulizer , kemudian jaundice ...1 satu hari sebelum nak raya ,doktor kata aku blh bawak Syahir kuar..petang raya boleh masuk balik tapi aku minta jasa baik doktor supaya "menyimpan " dulu Syahir di wad ini...sebabnya...faham2 je lah ..time raya kan . Mesti banyak tangan yang nak mendukung , menggomol , mencium ..So ..untuk mengelakkan ada yg kecik2 ati...baik Syahir x payah kuar dulu....

Akhirnya...genap 2 minggu Syahir dah dibenarkan keluar , Alhamdulillah , doktor hanya bekalkan 4 jenis antibiotik untuk Syahir makan.Let's go home son...
 
Wokeh...cite dah habis...sekarang aku sangat sangat sangat hepi dengan kehadiran anak2 yang menghuru - harakan umah .He he he he ...
.

Thanks 4 reading.....jgn lupa jenguk aku lagi eh....see ya...

January 20, 2011

Keheningan Di Pagi Jumaat

Rentetan dari rungutan oleh Cik Norita Jalil dia pun ader blog gak tau.. maka aku menggagahkan diri untuk menghabiskan en3 pasal kelahiran hero tunggal aku .Walaupun aku dilanda batuk yang teruk malam ni.

Menusuk ke tulang hitam.
Sapa yang pernah masuk ke Operation Theather (OT) , mesti rasa pelik , apsal la bilik tu sejuk bangat...Bagi aku yg dah 3 kali masuk kat OT tu ,setebal2 lemak kat badan aku ni pun masih terasa sejuk nya bilik OT tu.Tapi kali ni nasib aku kurang baik coz , sebaik sahaja aku di alihkan ke meja bedah , aku bersin x henti2...sampaikan pakar bius tu terpaksa bungkus aku dgn kain 3 lapis kain selimut.Bila dia tgk aku dah ok sikit , baru lah diorng buka selimut tu dan menyiapkan aku untuk di operasi...


Aku di bius 2 kali sebab suntikan yang pertama langsung tidak memberi kesan.Tapi sakit nya bila jarum tu masuk kat tulang belakang ni..Allah saje yang tahu..Setelah diorng pastikan yang kaki aku betul2 dah x leh gerak .Maka proses mengeluarkan "insan baru" ni pun bermula....

Aku x henti2 berselawat sambil melayan lagu2 raya yang berkumandang di corong radio...hmmmmdlm OT pun blh dgr lagu raya..Segalanya berjalan seperti biasa...hinggalah secara tiba-tiba dada aku sakit...Sakit yang amat sangat...dan serentak dengan itu tekak aku rasa loya.Tapi aku tahan kan..Sampai satu tahap aku sudah tidak mampu menarik nafas , aku cuba batuk ...batuk...dan batuk lagi...

Aku  : Doktor , dada saya sakit..uhuk uhuk...(Aku cuba batuk tapi separuh dari badan aku yang kebas membuatkan aku susah nak batuk...)

Suara sapa ntah : Sakit macam mane ( Suara tu tanya sambil membuka topeng oksigen yang aku pakai..dan dia tutup semula..kali ni aku tengok ada asap yang keluar dari topeng gas tu )

Perbuatan HA tu makin memburukkan keadaan aku...aku batuk lagi...kali ni sampai terangkat kepala aku..Doktor Hayati dan anak2 buahnya terpaksa menghentikan pembedahan

Dr.Hayati : Shima , baby you belum keluar lagi ni...Istighfar banyak2...Selawat...Mengucap...bla bla bla...

Aku dah x dengar apa - apa....adakah......?

Aku rasa pipi aku sakit ...dan ada manusia yang sedar menampar pipi aku

"Shima , Shima....kalau awak dengar , kelipkan mata awak..."

Aku kelipkan mata , tanda aku faham arahan dia dan macam nak bagitau dada aku dah x sakit , tapi pipi aku pulak yang sakit..

"Jangan tidur ye..sekejap je lagi baby keluar...dada awak sakit lagi tak ? Awak dengar suara saya tak? bla bla bla...."

Macam2 soalan dia tanya kat aku tapi aku cuma kelip2 kan mata je...setiap kali aku cuba melelapkan mata , satu tamparan halus akan singgah di pipi aku...Dalam kemamaian aku dapat dengar suara Dr. Hayati menyuruh suamiku masuk. "Nurse , tolong panggilkan husband patient ni , stanby kat luar ye..get ready for his baby "

Hampir saja aku lelap , tiba2 aku terdengar satu suara halus ...."Shima , cuba tgk anak awak ni , lelaki ke pompuan?" Aku tengok doc sedang memegang sesuatu...tapi kenapa kebiru-biruan? "Kenapa anak saya biru doc?" Sempat pulak aku tanya.."Eh , saya tanya jantina bukan kaler dia...cepat ..lelaki ke pompuan ?"  Aku dengar ada tawa kecil dari doktor tu...Aku minta dia dekatkan sikit baby tu sebab aku ni kan rabun...Sebaik saja aku dapat tengok "belalai" baby tu..Air mata ku terus berjuraian.."Alhamdulillah ,saya dapat anak lelaki ye doktor.." Sebaik sahaja aku sahkan jantina anakku , sepantas kilat baby ku dibawa pergi..." 

Tak lama lepas diorng jahit balik perut aku , diorng pun tolak aku keluar.Aku terdengar suara suami yang bertanya kepada doktor yang ada kat situ.

Hubby : Macam mana keadaan dia doktor.
Dr       : Dah ok , tapi kite x boleh bagi dia tidur dulu.Lepas 1 jam , kalau semuanya ok , then kite bagi dia tidur.
Hubby : Buatlah apa yang patut doktor , asalkan dua2 selamat.

Kenapa abang cakap macam tu..?

Kenapa dengan anak aku ?

Mana dia ?


Jawapannya..........?

January 19, 2011

Apa Salahnye GH ?

Per"chat"tingan antara 3 ibu ( aku , ummie triplet dan ibu Adam ) telah menyedarkan aku bahawa anak - anak adalah segala-galanya...oh..teringat pulak janji aku nak hapdet cite untuk en3 yg lepas

ok..sebelum aku start cite kat en3 nih ..aku nk minta maaf dulu kalau ader yang tersinggung dgn apa yang akan aku tulis nih....bukan nak memburukkan sesiapa , cuma nak berkongsi pengalaman.
Ibu Eita dan heronya..Adam Haikal
Ummie Linda dan anak , anak dan anaknya.


Inilah nasib seorang ibu yang xxxl....

Aku dimasukkan ke wad sehari sebelum pembedahan , ketika kaki melangkah ke wad , nurse yang mengiringi telah menempatkan aku di bilik first class..eh..bila pulak aku minta bilik first class? Aku pandang muka mak...Nurse tu macam faham apa yang kitorng fikirkan.." Awak duduk kat bilik ni dulu ye..katil awak belum dikemaskan lagi.." La..macam hotel pulak kan...he he..Selepas memastikan semua barang keperluan aku , emak pun balik ke Bahau dan berjanji akan datang  sebelum buka puasa.Kesian mak...Sepeninggalan mak , aku  pun baring2 atas katil...baru je mata ni nak lelap , sorang doktor lelaki bangsa India masuk."Bangun kak , saya nak pasang branula."  Branula ...apa menatang tuh...Pastu aku tengok doktor tu bawa satu bekas , ada jarum , ada air dan ada kapas...dan aku nampak benda nih..
Sebaik saja aku nampak branula tu..aku dah mula baca apa2 yang patut.."ala..prosedurnya sama jek..relaxla.." aku pujuk diri sendiri , ntah nape ntah tiba2 lak aku jadi gabra..Getah diikat di pangkal lengan aku...doktor tu duduk kat di birai katil ,dicapainya tangan aku diletak kat atas peha ...pastu dia genggam pergelangan tangan aku , dijentik2nya...mak oiiiii..kasarnya....muka aku dah mula berkerut...doktor tu perasan aku buat muka camtu.."tahan sikit ye kak , saya x jumpa la urat darah akak ni...dulu pnh masuk hospital tak ?" doktor tu bertanya sambil menyapukan kapas lembab kat tangan aku..Aku angguk je...sambil memerhatikan jarum branula yang dah mula mencecah kulit tangan aku...aku tarik nafas dan menahan lama2....jarum branula dipusing2 kat doktor tu..dan..."Alamak...x boleh la kak..kulit you tebal sangat...kite buat kat tangan yang sebelah lagi la..." doktor tu menggeleng2kan kepalanya sambil mengelap darah yang mula menitis ...

Mata aku dah mula berair...kasarnya doktor nih...dia kuar dari bilik ..."tunggu kejap ye , saya ambik branula baru"...sebaik saja pintu ditutup , aku gosok2 tgn aku yg dah mula bertampal ngan plaster...sabar Shima sabar....Doktor muda tu masuk balik...dia ulang prosedur yg sama kat tangan kiri aku pulak..baru je jarum branula nak cecah kulit aku...henpon doktor tu bunyi..."pegang jap kak"..ek eh..doktor tu srh aku pegang branula tu sambil seluk henpon dlm poket seluar dia...korang bayang kan ..sambil ckp tepon , dia cucuk branula kat tangan aku..dan dia gagal lagi masukkan branula.." Adoi!!!!!..." aku separuh menjerit...saje je buat camtu..sebenarnya xder la sakit mana pun..tapi hati yang sakit. "..Dia terperanjat dan terus matikan talian..."Janganla jerit kak..kulit akak ni tebal sangat....nnt saya panggill staff nurse la pasang branula .." x der dia nak minta maaf ..tapi terus buka pintu dan kebetulan ada cleaner yang lalu kat luar bilik tu , dia srh bersihkan darah aku yang menitis kat lantai...

Dada aku mula berombak, cepat2 aku kesat airmata yang dah nak kuar...Astaghfirullahalazimmmmm....

Beberapa minit kemudian aku dipindahkan ke wad biasa.Belum sempat nak naik atas katil doktor tadi datang balik..kali ni dia bawak lagi sorang geng dia..." Hulur tangan kak " dia duduk sambil terus tarik tangan aku...dia ulang prosedur yang sama , tapi kali ni kat bahagian lengan...tapi masih gagal...aku diam je...tapi dlm hati...@#$%^^!!!!..."Dulu pun you gemuk jugak ke kak? "doktor tu tanya aku...aku senyum sambil angguk kepala...." Susah la macam ni kak, kalau x pasang branula macam mana mau masuk drip?"..ek eh..dia tanya aku pulak..." Kite try sebelah sana pulak ye..." hati aku dah mula panas...patient lain yang ada kat dalam wad tu cuma jadi pemerhati...Dia ikat getah macam tadi...tapi kali ni lebih kuat...prosedur yang sama ...tapi kali ni memang sangat sakit , sambil cucuk jarum doktor tu tepuk - tepuk lengan aku...sampai ke satu tahap...."Dah la doktor , sakit...."suara aku dah separuh merintih....."Kita kena buat jugakkan , kalau x macam mana nak masuk drip?"....doktor tu bercakap dengan nada separuh menjerit....malunya aku...."Bagi saya rehat dulu , kejap lagi doktor buat la balik..."air mata aku dh menitis...2 org doktor tu pun pergi sambil ckp dlm bahasa yang aku x faham ( cakap tamil la...)

Tiba masa makan tengah hari...sebijik nasik pun x masuk dlm perut , aku tepon abang , mengadu kat dia..."Sabar la ibu...ibu kena makan , kesian baby...".pujuk nya...Aku paksa jugak tekak ni untuk telan makanan yang disediakan. Sedang aku menyuap , doktor2 tadi masuk dengan geng 2 dia yang lain..6 orang kesemuanya...diorng nk tngok tangan aku....cakap2 sesama sendiri dan tiba2 aku tertangkap sesuatu yang sedang dibicarakan .."let's try on her feet"...hah!!!!..nak try kat kaki...ini sudah lebih...aku diam saja..menunggu masa untuk bertindak...tapi aku tgk diorang terus beredar....aku mengetap gigi....

Pukul 2 petang...
Geng2 doktor tadi sibuk berlegar2...rupa2nya diorang ni doktor2 pelatih...diorang sedang mengerumuni sorang lagi doktor yang nmpak agak tegas..ek eh..sekali imbas aku tgk macam lecturer kesayangan aku lah Cik Marene...tapi dia ni rendah sket...diorang bergerak dari satu katil ke katil lain sambil memberi penerangan ringkas pada "cik marene" tu...sampai giliran aku.....Dia senyum sambil bagi salam...sambil mendengar penerangan dari doktor yang "mencucuk" aku tadi , sambil dia membelek kedua2 belah tangan aku.."Nape tangan akak ni banyak plaster?" "cik marene" tu tnya aku (aku lupa apa nama dia)...Aku senyum sambil pandang 2 orang anak buah dia yang telah mengerjakan tangan aku pagi tadi..." Doktor tanyalah anak buah doktor"...selamba je aku jawab sambil memuncungkan mulut aku  pada diorang...Setelah mendengar penjelasan dari diorang...dia berkata sambil menulis sesuatu kat fail aku..." give me full report toninght an make sure this mother already on her branula by today before you leave, otherwise don't blame me if something goes wrong with your results..." ha ha ha  hambik kau...aku buat2 tak faham kononnya aku ni bangang la x tau ckp omputih....sebelum beredar..tiba2 salah seorang dr doktor yg mengerjakan tangan aku tadi sempat pulak perli aku..."kak , tolong carikan urat kat tangan akak tu ye..supaya senang kitorng nk cucuk petang karang"...aku senyum jek...nantilah kau...

Pukul 4 petang...
Diorng kerjakan lagi tangan2 aku...kali ni ader 2 doktor pelatih lain yang turut serta..masih tidak berjaya...sejak dari pagi hinggalah ke petang sebanyak 7 kali percubaan mencucuk jarum branula ke tangan aku...masuk yg ke-8..aku dah hilang sabar bila salah sorang dari diorng tiba2 mengesyorkan untuk pasang dekat kaki....aku tak tau dari mana datang kekuatan aku untuk menjerit...." Hoi , don't make me like a fool , call your staff nurse now!!. Terkejut 4 orang doktor pelatih tu ..salah sorang dr diorng cuba menyabarkan aku..."Apa sabar2 , awak buat main je ngan nyawa orang ye...dah masuk kali ke-3 saya bersalin kat hospital ni tau tak , meh sini saya cucuk branula tu kat tgn awak2 suma..nak?" aku dah mcm org kena histeria..menjerit sambil airmata berjuraian...sorang staff nurse yg terdengar kekecohan yg berlaku meluru ke katil aku...aku kenal staff nurse ni..tapi lupa nama... disuruhnya 4 org doktor tu beredar dan dia suruh adik2 jururawat pelatih tuamkan tangan aku....

Pukul 6 petang...
Mak ngn ayah datang menjenguk.Banyak jugak makanan yg diorng bawak...Belum sempat lagi ayah duduk di kerusi ...." Apsal banyak sangat plaster nih?"...aku telan air liur...airmata dh mula bercucuran...selesai je cite aku...Puan Rusnah dah mula nk tunjuk taring dia..."Kau tunjuk kat mak mana satu doktor yg kuang hajar tuh..." mak mana yang boleh sabar tengok anak nya diperlakukan macam tu kan? walaupun anaknya tu dah berlaki...he he he ..."Hish Nani ni..." ayah menegur...cuba menyabarkan mak.."kalau jadi apa2 kat kau mak saman hospital ni..." uish..sampai nak main saman saman la pulak.. Untuk menyelamatkan keadaan aku ubah topik perbualan , aku tanyakan tentang anak2 dara aku....Lagi 1/2 jam nak berbuka..ayah ngn mak pun balik...sebelum beredar mak sempat berpesan.."kalau ada apa2 hal nnt call mak"..kukucup pipi mak ngan ayah dan sampaikan salam peluk cium untuk puteri2 ku di rumah..

Pukul 8 malam.....
Doktor2 pelatih tu round sekali lagi. Tapi kali ni "Cik Marene" tu ditemani oleh 2 orang doktor yang sangat sangat sangat aku kenal...Dr. Hayati dan Dr. Syaripah Aini...Sampai aje kat katil aku...

Aku : Assalamualaikum doktor. - aku senyum kat semua doktor2 kat depan aku.
Dr.Hayati : Waalaikumsalam.Eh !Macam kenal la.Anak buah Dr.Rozanna kan.?
Aku : Ye.Jumpa lagi doktor kat sini.
Dr.Hayati : Ni kenapa tangan bertampal2 plaster ni?

Jeng jeng jengggggggggggggggg...aku suka soalan tu...ha ha ha

Aku : Entahla.Lemak kat tangan ni tepu sangat kot..7 kali nk on branula, tak lepas lepas...
Dr.Hayati & Dr. Syaripah : 7 KALI ?????

Masa tu aku tengok muka doktor2 pelatih tu dah pucat lesi...bukan aku nk mengenakan diorang...salah ke orang gemuk mengandung ?

Dr.Hayati:Panggil semua kawan2 you ke sini.- semua sekali ada 8 orang doktor pelatih kat depan aku.
Dr.Hayati : Kalau xder sorang pun yg boleh on kan branula kat patient ni, you all semua x blh balik.

Serentak dengan itu Dr.Hayati dan Dr.Syaripah pun beredar ke bilik lain.

Pukul 10 malam....
Setelah beberapa percubaan akhirnya branula berjaya dipasang kat pangkal lengan aku.Sebelum tido aku sempat mengira jumlah plaster yang ada kat kedua2 belah tangan aku...12.....hmmmm...demi anak....

Pukul 3 pagi....
Aku x boleh menggerakkan tangan kanan. Hilang ngantuk aku bila aku tengok lengan aku dah jadi macam lengan popeye...(boleh bayangkan tak?)..."Nurse...nurse...tolongggggggg!!!!" Sorilah, aku terpaksa mengejutkan semua orang yg tengah lena tido. "Kenapa dengan lengan saya nih?"...Aku tengok air dalam botol drip dah habis...nurse tu cepat2 cabutkan branula kat lengan aku..tapi air masih x keluar..aku panik...."Kenapa buat saya macam ni" aku tanya kat staff nurse tu..."Maafla kak, diorng dh tersalah pasang. drip tu x masuk kat dalam...."  "Ya Allah !!!!!Habis tu , tangan saya ni macam mana?" nurse tu urut2 tangan aku dgn harapan  bengkaknya akan surut.Menjelang pukul 6 pagi barulah tangan aku kembali ke bentuk asal...Alhamdulillah...

Pukul 6 pagi..
Aku dah siap-siap mandi , pakai bedak..cewah macam nak g jalan2 pulak...staff nurse bawa aku ke bilik ECG..semasa kat dalam bilik tu..doktor yg mula2 cucuk branula kat tangan aku tu muncul...aku ingatkan dia nak perli aku lagi , rupa-rupanya. " Kak , saya minta maaf .Saya tau saya buat silap.Kiter cuba sekali lagi ye kak.Kalau saya gagal kali ni , confirm saya kena extend lagi setahun. "Baru je doktor tu nak ikat getah kat lengan aku ..aku pegang tangan dia.."Kalau you buat kerja atas dasar nak dapat markah , you takkan berjaya on kan branula tu .Tapi kalau you buat kerja atas dasar sense of human being ..nothing is impossible.." ceh..sempat pulak aku bagi kaunseling free kat dia..Tak jadi pulak dia ikat lengan aku...Dia terus bangun menuju ke sinki dan basuh muka .." Akak tunggu kejap ye , saya nak g amik fresh air kejap " aku angguk je...Akhirnya doktor tu berjaya on kan branula..Dan doktor tu jugaklah yang menemani aku semasa didalam OT..

Pukul 7 pagi....
Setelah semuanya siap sedia , aku cuba menenangkan diri sementara menunggu waktu melawat...Aku akan ditolak ke OT pada bila2 masa sahaja.15 minit kemudian orang yang ditunggu2 muncul jua.Suamiku....Dari jauh dia dah senyum...kesian dia ...mesti dia penat sebab baru sampai dari Johor.Wajah nya nampak marah bila dia tengok keadaan tangan aku.Aku senyum je..Pastu mulut ni tiba2 je gatal nak tanya..."Dah tengok keadaan ibu macam ni tahun depan nak kena ngandung lagi?"...Ouch!!!!Dia cubit pipi aku.."Ibu ni..kite risau, dia blh buat  lawak pulak"....

Pukul 7.45 pagi.....
"Kak , kiter dah nak htr akak nih...blh la bagi suami beg tangan dan barang2 yang berharga."
Suara staff nurse mengejutkan aku . Aku pegang tangan suami.Aku x tahu kenapa kali ni aku rasa lain ...."Kalau jadi apa2 kat ibu , abah janji ye..carik ibu yang lebih baik dari ibu untuk anak2 abah..." tenang je aku ungkapkan kata2 tu...apsal aku ni...Pantas abang memeluk aku , kami nangis sama2...."Jangan fikir yg bukan2 ibu, abah sayang ibu..banyak2 beristigfar ye..." abang cuba memujuk.

Hanya dengan satu tegukkan
Sebelum aku ditolak menuju ke OT , sorang staff nurse bagi aku minum sesuatu dalam bekas kecik...kecik sangat bekas nya ,macam bekas untuk minum ubat batuk.Alamak...ni yang den lomah ni...."Er...wajib ke minum air ni kak , bau nye je dah macam kencing kuda." senyum lebar nurse dan orang 2 sekeliling yang dengar aku cakap."Wajib kak , air ni untuk mengelakkan akak kena sawan masa pembedahan" terang nurse tu.Demi anak , aku telan la jugak air tu...perghhhhhhhhhhh...dah la x leh minum air lain lepas minum tu...hampir je aku muntah.Tapi aku tahan kan.Semasa diorang dah mula menolak aku ke Ot , aku dpt rasakan yang jantung aku berdebar kencang , tekak rasa loya dan pandangan aku berpinar2.Tapi aku x bagitau sesapa , mungkin sebab aku x makan sejak malam tadi...Selepas bersalaman dengan abang pintu Ot pun ditutup....

Apa cerita pulak kat dalam OT......he he he ...x reti2 ke....TUNGGUUUUUUU

January 14, 2011

Bulat ke Bujur

Sudah hampir 2 minggu aku tidak mengajar...gara2 bertukar profession..teringat aku pada tahun 2009 ...saat yang tidak  diduga telah berlaku dalam hidup kami sekeluarga...berminat nak tau?..meh baca...enjoy reading..

Anak sendiri vs Anak murid
Aku telah mengubah suai  satu daripada 3 bilik tidur di apartment ku menjadi ala-ala bilik darjah , sebagai persediaan untuk mengadakan kelas tusyen.Dibantu oleh ibuku Puan Rusnah sebagai jurulukis , aku sebagai juruwarna dan ayah serta suamiku sebagai "juru komplen" he he ..Secara tak langsung aku telah "mendera" ibuku yang datang dari Negeri Sembilan untuk melukis  watak -watak kartun di dinding bilik. Dia memang pandai melukis , malah idea untuk "menyonteng" dinding bilik itu pun datang dari dia.Proses menyiapkan bilik berlangsung selama 1 minggu.Aku terpaksa menggunakan khidmat adik bongsu ku Qurratul Aini untuk  menjaga 2 orang puteri ku sementara aku menyiapkan bilik tusyen.Setelah semuanya selesai , maka secara rasminya kelas tusyen ku mula beroperasi pada 12/1/2009.

Hari berganti hari , dari hanya mengajar anak2 sendiri , jumlah anak2 muridku meningkat kepada 26 orang..Alhamdulillah..hinggalah pada suatu hari....jeng jeng jeng....

Aku sedang bersiap-siap memakai tudung di kamar ku apabila tiba - tiba ditegur oleh " Mr. Awang " yang baru keluar dari bilik mandi.

" Apsal perut ibu ni...nampak bujur..."
"Ala...ibu tau la ibu ni gemuk...tak payah la nak perli-perli "
"Eh! Abah bukan perli la..betul..perut ibu ni nampak lain macam"
"Ada - ada je la abah ni"...aku senyum dan  terus keluar...

Pandangannya yang nampak kehairanan tidak aku endahkan...

 Beberapa minggu selepas perbualan itu , aku rasakan ada pergerakan di dalam perutku..siap dengan bunyi "kruk kruk kruk.."..."cacing lapar"...he he he ..oops....untuk makluman pada tahun 2009 tu aku sudah hampir 2 tahun tidak "datang bulan". Menurut doktor ianya normal coz aku "full time breast feeding"..tapi masa tu baru aku perasan perut aku ni lebih buncit dari biasa...Maka aku menelefon suami untuk membelikan aku "Pregnancy Test Kit "..Sampai sahaj di rumah...hubby menghulurkan beg plastik berisi "barang" yang aku pesan...bukan 1 tapi 3 dia belikan untuk aku...semuanya lain- lain jenama.." Amboi..mcm marah je..." tegur aku..."Mr.Awang " cuma senyum.....

Selesai saja aku mengajar pada malam itu , kira- kira pukul 10.30 malam.Aku melakukan ujian pertama...dalam hati aku berdetik ...." tak mungkin mengandunglah..." Setelah melakukan apa2 yang patut..aku pun terus letakkam Test Kit tu kat atas sinki , dan terus mandi...Masa tengah lap - lap badan , aku sempat menjeling " benda alah " yang aku letak kat atas sinki tadi..."Eh...biar betul..." jantung aku mcm nk terkeluar ....pantas aku keluar bilik air dan mencari "teropong ajaib" ...cermin mata akulah...Sebaik sahaja aku dpt melihat dengan jelas...ini lah yang aku nampak .....
"hah...biar betul"

Aku tak puas hati , aku ambik lagi satu "benda alah" tu....tangan aku dah mula menggeletar...x sampai lima minit..keputusan nya tetap sama....Aku cubit pipi sendiri "ouch..." Nyata aku tak bermimpi...tapi hati aku masih menidakkannya...Aku ambik "benda alah " tu lagi satu dan yang terakhir..Ceh laki aku ni mcm tau2 je...
aaaaaaarrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Sungguh aku x percaya...aku berlari ke ruang tamu mencari "suspek utama"......

"Abah....g tengok kat dalam bilik air.." aku bercakap dalam keadaan separuh menjerit...
"Apsal , macam baru nampak hantu je..? balas Mr.Suami lalu bingkas ke bilik air.

Aku tak menjawab tapi terduduk kat atas sofa .Perasaan aku bercampur - baur ketika itu.Tiba - tiba , aku dengar suara orang ketawa macam baru menang peraduan Gores dan Menang. Anak -anak dara aku terpinga-pinga tengok abah diorang ketawa macam jin....huargggggghhhhhhh......

"Abah dah agak , mesti dalam perut ibu tu ader baby...ki ki ki..." dia cakap sambil memeluk Si Jepun , anak dara ku yg nombor 2...
"Kiter nak dapat adik kakak..." dia menarik Nurul ke dalam pelukannya dan mencium kedua-dua anak dara tu..
"Nape ibu , macam x suka je..." baru dia perasan riak wajah aku.
"Bukan x suka , tapi ibu pelik , ibu makan ubat , macamne leh lekat pulak?"..aku tersandar sambil mengusap perutku...

Untuk pengesahan kami buat scan di klinik. Sah aku mengandung , tapi usia kandungan tidak dapat dipastikan sebab x berapa clear.Doktor anggarkan mungkin baru berusia 2-3 minggu.Doktor minta aku datang lagi ke klinik dalam masa sebulan untuk  scan lagi.

.
Berita mengejut untuk Wan Cikgu...
Pulang saja dari klinik , aku terus capai henpon...mendail nombor bonda.Ternyata dia sangat terkejut dengan berita yang aku sampaikan.."Bak sini mak nak cakap ngan Rohaizam..."pinta mak sambil ketawa..."Nah , mak nak cakap" aku hulur henpon pada abang...Aku tengok abang tak henti - henti ketawa diselangi dengan.."yelah...yelah...mana zam tau...yelah..yelah...terima kasih mak..." pastu dia pas balik henpon tu pada aku.."Apa mak cakap?" aku pun mula mengkepohkan diri..."Hmmm..mak kata jaga anak dia baik2...jangan lasak-lasak..

Selang beberapa hari..emak menelefon ku...dia maklumkan pada aku yg dia bakal dapat cucu kembar tahun ni....Rupa-rupanya kakak aku pun mengandung...Alhamdulillah..setelah sekian lama , akhirnya dia mengandung untuk kali ke-2...dia bakal bersalin pada bulan 11..aku...hmmmm..belum tau lagi...menurut anggaran doktor maybe dalam bulan 10....tapi tunggulah lagi sebulan.

Masa terus berlalu....
Aku alami alahan batuk yang sangat teruk...semua ubat yg diberikan oleh klinik tidak memberi kesan.Pada masa yang anak aku yg ke -2 ..telah menunjukkan "kecemburuan"...yang peliknya..setiap malam tepat jam 3 pagi , dia akan menangis dan memeluk perut aku...kedua-dua perkara ni berlarutan hinggalah ke saat aku nak bersalin..

.
Sorrylah kalau en3 kali ni agak panjang...he he he ...

Seperti yang dijanjikan , aku ke klinik untuk scan perut ni...pusing punya pusing...doktor bagi tarikh aku dijangka bersalin pada 3/10/2009. Menurut kata doktor , aku akan bersalin secara pembedahan sebab dah dua kali aku dibedah , peluang untuk bersalin normal sangat tipis..Tapi doktor masih belum puas hati , dia minta aku datang lagi ke klinik untuk scan...dalam masa 2 bulan akan datang...

Diam tak diam sudah  bulan Mei...Aku pulang ke kampung halaman untuk meraikan majlis pertunangan adik lelaki tunggal ku...semasa majlis berlangsung..ramai yg menegur perut aku ni x macam pompuan mengandung 3 bulan...hmmmm...aku diam je...ader juga sedara - mara yang terperanjat...mau tak nye...diorang fikir aku mengandung anak sulung...rupa-rupanya ....yang no-3...he he he ...salah aku jugak...jarang - jarang balik kampung...alah..kalau aku balik kampung pun , xkan aku nak war- war kan pada seluruh rakyat jelata yang aku ni dah beranak - pinak...Gilo ko?...Orang yang paling happy sekali adalah ibuku...yelah...aku ngan along masing - masing membawa perut yang memboyot....dah macam pertandingan perut sapa besar..

Kembali ke Johor...

Beberapa hari selepas pulang dari kampung , aku ke klinik untuk buat scan kali yang ke-3.Kali ni ditemani oleh my Hubby dan anak-anak dara , semuanya masuk ke bilik doktor.Sebaik saja dr. Aida meletakkan scanner kat atas perut...

"Ya Allah.....Shima...cuba tengok nih..." cemas je suara doktor ni...apsal?
"Cuba tengok kat monitor ni , ni bukan 3 minggu ni....tapi...." suara doktor terhenti kat situ..Abang mendekati skrin pastu aku tengok dia senyum..."Eeeeeee , dia tengah nyonyot tangan dia lah ibu.."

Aku x puas hati , aku suruh doktor dekatkan monitor ,hah!!!!biar betul...takkan dalam masa dua bulan dah jadi macam ni....
gambar hiasan ...tapi keadaan masa tu lebih kurang mcm ni la...

Setelah diukur...kandungan sudah masuk minggu ke 23...maknanya sudah hampir 6 bulan..Fuh!!!Sungguh aku x sangka..Lain betul  pengalaman aku mengandung kali ni..memang aku ader rasa pergerakan , tapi kurang aktif , mungkin kerana kulit perut aku ni tebal kot...dan apa yang peliknya aku tidak mengalami "morning  sickness" , tapi "night sickness"...he he he ..istilah tu aku yang reka sendiri...sebab nya hampir setiap malam aku akan rasa loya dan muntah2...kadang2..aku tengah tidur pun , boleh bangun muntah...uwekkkk...

Pada bulan Ogos , aku terpaksa "mencutikan" kelas tusyen.Bukan setakat kelas tusyen , anak2 dara aku pun telah "bercuti" kat rumah atuk ngan wan.Atas nasihat doktor , aku diarahkan untuk berehat secara total kerana tekanan darah aku tidak menentu...kejap tinggi....kejap rendah....Lagi 3 hari umat Islam seluruh dunia nak berpuasa , abang hantar aku balik kampung....macam biasalah...Hospital Kuala Pilah..ermmmm...harap-harap x jumpa lagi dgn Dr. Ida Lilywati....masak aku kena bebel dengan dia nanti...ha ha ha ....

Aku sempat berpuasa selama 7 hari jer...atas nasihat doktor , aku tidak dibenarkan berpuasa kerana tekanan darah aku sangat rendah dan berat badan turun mendadak...Pelik...masa ngandung 2 org anak dara tu , tekanan darah tinggi....yang ni tekanan darah rendah pulak...Genap 36 minggu usia kandungan , aku dimasukkan ke hospital .Doktor beri tarikh pembedahan 11/9/2009.Maknanya ada lagi seminggu sebelum hari pembedahan , aku balik pulang semula ke rumah mak...Kali ni abang tiada disisi kerana dia bertugas di Johor...tapi aku tahu dia sentiasa mendoakan semuanya selamat.

Aku kembali ke hospital pada 10/9/2009.Aku sudah berada di labor room seawal jam 6.30 pagi..ditemani mak dan adik bongsu ku...semasa berada di dalam kereta , aku tengok anak2 dara aku  tu pandang aku sayu je....sedih lak aku.....aku peluk keduanya dan cakap.." nanti ibu keluar bawa baby untuk kakak ngan Qira ye...tak lama...lusa ibu keluar..." ceh konfiden je aku cakap...mentang2 lah dah ader pengalaman...

Ok...kiter sambung citer kat hospital....
Aku dimasukkan ke wad...Dr.Hayati , Dr. Syaripah Aini ..aku jumpa lagi dengan diorang...tapi diorang dah jadi Doktor Pakar...juz memantau kerja2 doktor pelatih...maka bermulalah pengalaman yang takkan aku lupa sampai mati...apa kes....he he he ...next en3  ye.....thanks for reading......

January 11, 2011

Tuition Centre To Nursery....

Sudah 11 hari  dalam 2011 . Baru 11 hari tapi sudah macam - macam perkara yang lama dan baru berlaku di persekitaran aku...Jom aku cite satu - satu...

Projek The Biggest Loser...Ceh! Macam bagus je...
Kononnya azam aku thn  ni nak cuba " mengecikkan" badan aku yg memang dah sedia kembang nih..Maka pada pagi Sabtu , 1/1/11...aku telah bangun seawal 5 pagi untuk memulakan langkah membakar kalori dalam badan nih...Cewah..punyalah semangat...aku pandang kiri kanan...sunyi sepi...seram pun ader gak...eeeeee....aku sarung kasut ....tarik nafas dalam2....dan memulakan langkah...kemana?he he he ...

Mula2 aku turun tangga...sampai je kat bawah...aku toleh kiri kanan..okeh..line clear...aku pun jalan pelan2.....1st round ..aku berjaya mengelilingi apartment aku...2nd round..dah mula jalan laju sikit....heart beat aku dah mula laju...peluh jgn cakaplah...dah macam mandi!!!...3rd round..."cikgu....exercise ka"...mak guard naik motor menegur aku..." ni yang den lomah ni.."...aku angguk sambil senyum....sampai kat depan tangga apartment aku....relax jap...amik nafas....fuh...baru nak buka langkah untuk round yg ke-4...tiba - tiba ..."eh, awal keluar Ma , nak kemana ?..jiran tingkat bawah umah aku pulak tegur....tengah sibuk memunggah beg2 sekolah anak2nya ke dalam keta..." nak pergi beli kuih jap , terlupa bawa beg duit lak..." balas aku sambil terus naik tangga...kacau betullah..aku jeling jam di tangan..baru kul 6...awal lagi..."kalau aku pusing seround lagi nih mesti ader yg tegur lagi..." bebel aku sorang2..sudahnya aku turun naik tangga umah aku je...berpeluh gak....

Itulah rutin pertama aku pd hari pertama Tahun Baru...malamnya seluruh badan aku sakit2...dan yang paling aku tak tahan...aku diserang batuk dan sakit pinggang...tapi semangat aku masih belum luntur.....Keesokan paginya...aku buat rutin yang sama...dan malamnya..batuk aku makin menjadi2...sampai aku x boleh bercakap...baru nak bercakap je ..aku batuk..aduh...dada aku rasa terbakar...tapi menjelang pagi...barulah reda....begitulah yang terjadi sehingga 8/1/11...malam tu aku batuk sampai seluruh tempat c'zer aku rasa kebas...dan yang paling teruknya..sampai nk terkucil....pinggang aku sakit sampai aku nak berjalan pun terpaksa membongkok .Akhirnya "Mr.Awang " bawa aku ke klinik...itu pun selepas dia paksa aku...Doktor juz bagi ubat batuk dan pil tahan sakit...Ermmm...aku dah agak...memang itu lah ubat yang dia akan beri...tapi masa di klinik..aku sempat naik kat atas penimbang yang ader kat klinik tu....turun 2kg...he he he ...mampukah aku meneruskan perjuangan yang sering tertunda ni?..


Teacher Shima ~~~~ Ibu Shima 
Tahun ni secara rasminya kelas tusyen aku diisytiharkan  berehat untuk sementara waktu.Oleh sebab anak teruna aku si Bulat tu dah makin aktif ....bukan aktif...hyperactive...menyukarkan aku untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Kebetulan pulak , "mr.awang" sudah bertukar shift kerja...maka segala2 makin sukar...jiran sebelah umah pun telah ditukarkan ke KL...x dapatlah aku tumpangkan anak2 sementara aku mengajar...Maka dengan paksa rela...aku tutup sementara  kelas tusyen. Ramai jugak yg memujuk , tapi aku x nak menanggung risiko...dulu pun ada yg mempertikaikan ..macamana aku boleh mengajar sambil menyusukan Syahir...tapi akhirnya...keputusan peperiksaan yang membuktikan segala-galanya...Alhamdulillah.

Rezeki Allah Taala yang beri....
Mungkin ada hikmahnya jiran aku ditukarkan ke KL , dia ni seorang guru mengaji dan dalam masa yang sama mengasuh kanak2..babysitter lah...maka dia telah menyerahkan semua anak2 asuhannya di bawah jagaan aku...3 org kesemuanya..Agak memenatkan tapi aku seronok. Dari 3 orang anak , kini aku dah ader 6 orang anak...hmmmm...dari gelaran "Teacher Shima" kini "Ibu Shima"



January 07, 2011

Bila 2 Mak Siti Bertemu....

Tengah malam Sabtu yang lepas...

Sedang aku sibuk ber"chatting" dengan bonda tercinta , tetiba tangan ni teringin pulak nk klik kat laki ex-housemate aku nih...saje nak tnya khabar....bila aku tau je dia berada di JB , aku pelawa dia sekeluarga datang umah...x sangka pulak dia setuju...sukanye...dah lama plan nak jumpa diorang ni , tapi suami kawan aku nih selalu outstation...

Besoknye....

Dapat panggilan dari kawan aku , katanya dah OTW ...aku tunggu punya tunggu hampir 2 jam..."diorng ni pergi Singapore ke" aku bebel dalam hati...Tak lama lepas tu hp aku berbunyi....diorng dah sampai area Bandar Seri Alam tapi masih x jumpa lokasi rumah aku....lepas bagi direction ,sampai juga akhirnya diorang ke teratak aku yg usang ni..

Kali terakhir aku jumpa dia , 5 tahun lepas...masa tu masing2 baru ader sorang anak....tapi kali ni hmmmm....Siti Tuzirah bawah "ahli - ahli tunas puteri" seramai 3 orang....he he he ....aku.....seorang putera"Bulat" bersama 2 orang dayang....
anak - anak Siti Tuzirah. (Insyirah , Shakirah , Shahirah )
anak-anak Siti Lailatulshima...akulah tu..(Syaqira , Syahir ,Syafiqa )

Perbualan sangat rancak sampai x sedar dah 3 jam kitorang berborak...anak2 kitorang pun mula2 malu- malu ....pastu semuanya hilang kat dalam bilik tv.....dan malam nya aku sefamily pulak ke rumah Siti..Sambung berborak lagi....sambil berbarbeku....punyalah seronok bersembang ..mengimbas kembali zaman2 belajar.Si Siti dan suaminya Si Nizam tu memang dah kenal sangat ngan aku coz kitorng dah kenal sejak zaman belajar lagi...Hmmmm bila pulak aku boleh jumpa dengan kengkawan yg lain...Miss u all...

January 03, 2011

Dia yang aku kenal


2 3 hari  ni aku asyik tulis cite pasal anak2 je kan..He he ..maybe sebab teruja dgn kawan aku yang sorang ni.Aku tumpang gembira bila akhirnya dia mendapat " Hadiah Dari Kesabaran " pada Ramadhan yang lepas..
Aku pasti tahun 2010 telah meninggalkan banyak kenangan pada nya.Aku nk cite sikit macamne aku kenal minah sorang nih...


1999....
Sesi perkenalan dalam kelas Diploma Pra Sekolah..

Lepas sorang... sorang memperkenalkan diri masing2...Masa tu aku duduk kat belakang...masih shy shy girl...yelah dalam kelas ni aku je yg "terlebih"...aku takut kalau aku duduk depan , member belakang x nampak pulak...Dalam hati tengah gabra....apa aku nak cakap karang nih...dalam pada tengah dok pikir tu...tiba -tiba..."Assalamualaikum kawan-kawan semua , nama saya Norlinda Bte Johari , saya adalah anak jati Johor...bla bla bla......".....mata aku x lepas dari memerhatikan dia..." Minah ni mesti selalu masuk pertandingan debat...tangan dia x reti dok diam..melayang ke sana ke mari...suara pun skema jek...." bebel aku dalam hati...Sesi perkenalan selesai , rasa macam nak g tegur dia , tapi x tau camne...coz aku tengok ramai pulak geng dia...Akhirnya aku cuma mampu senyum je dari jauh....eh!!!..dia balas la...ceh macam nak ngorat awek lak....

Pada suatu hari...
Seorang Ustad ni telah membuka peluang untuk aku lebih mengenali minah ni...Aku dan minah ni telah digandingkan untuk menjadi AJK untuk program "Khemah Ibadah "...AJK  bahagian apa...hi hi hi...bahagian makanan..sangat sesuai...Masih segar lagi dalam kepala otak aku nih macam mana huru - hara nya kami berdua mengerjakan ustad ni...Sampai jahanan pintu kereta wira aeroback nye aku kerjakan. Dan macam - macam peristiwa yg berlaku semasa menguruskan Program , tanpa sedar telah merapatkan lagi hubungan kami. Minah ni jenis yang sangat selamba...aku ingat lagi..pada mlm kami berada di Gunung Pulai...dek kerana terlampau lapar..dia telah menghabiskan 1/2 biji tembikai yg telah disediakan untuk peserta khemah ibadah...pagi besoknya bila geng2 yg lain tanya...dengan muka selamba dia jawab..."beruk dah makan..."...

3 Tahun Yang.....

Walaupun dia ni anak bongsu tapi dia ni kuat semangat...macam2 peristiwa suka duka yang terjadi dalam hidup dia...tapi dia tetap tabah dan mengukir senyuman walaupun dalam hati Allah saja yang mengetahui..Sepanjang aku mengenali Norlinda...memang ramai "mamat-mamat kolej" yang nak cuba memancing hatinya ...Tapi akhirnya Syed Muhamad Redha adalah  pemenangnya...

Masa zaman belajar tu kitorang pernah berangan-angan , apa gelaran bila sudah ada anak nanti...Hmm...dia "ummi"..aku  "ibu"...maka sejak hari kitorng berangan-angan tu kami pun memanggil satu sama lain dengan gelaran itu...Cuma kadang- kadang minah ni selalu menyakat aku...dia panggil aku "Labu"..

Hmmmm..banyak sangat kenangan aku dengan minah ni....lain kalilah aku cite ye..kalau nak tau lebih banyak pasal minah ni...g lah jenguk blog dia...buat ummi...you'll always in my heart.....




.

.
.

.

.

.

.

.

.
.