Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

July 05, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 20 dan 21


 Hati Seorang XXXL

Bab 20

       3 biji telur separuh masak , 1 set roti bakar dan teh tarik . Itu menu sarapan yang dipesan Fakhri . Sekeping roti canai , sekeping roti sardin , sepinggan kari kambing dan milo ais gelas besar . Menu itu pula kepunyaan Gee . " Ni sarapan pagi ke makan tengahari ?" Tanya Fakhri . Gee tidak menghiraukan pertanyaan Fakhri . Dia  memulakan suapan . Mukanya masam mencuka . " Tak baik mengadap makanan dengan muka macam tu . Cuba senyum sikit . Teduh sangat muka tu ." Fakhri menyisip teh tarik yang masih berasap .
     " Tak baik bercakap waktu makan . Nanti tersembur ." Akhirnya Gee bersuara . Dia bengang dengan Lin yang mungkir janji . Lin dan Shauki bersarapan di tempat lain . Dia tahu Lin dan Shauki sengaja memadankan dia dengan Fakhri . Gee sangat yakin Fakhri juga dalang dalam perancangan ini . " You tak suka keluar dengan I ya ?" Tanya Fakhri . Tiba – tiba timbul rasa bersalah dalam dirinya . Gee langsung tidak bermanis muka sejak menerima mesej dari Lin tadi .
    
         "Kalau I tak suka , I dah balik . Rumah I bukannya jauh pun . Depan ni je." Gee memuncungkan mulutnya ke arah pangsapuri berhadapan  kedai mamak . Fakhri tersenyum nipis . " Maknanya You suka keluar dengan I ? Lepas ni bolehlah kita keluar lagi ." Fakhri membetulkan duduknya . " Encik Fakhri , I ni tak nak menjatuhkan air muka You . Lagipun I nak balas jasa You . Dah dekat sebulan you belikan breakfast I . So , hari ni I belanja you . You orderlah lagi . Lepas ni tak payah belikan sarapan lagi ." Gee menyambung suapan . Habis semua kuah kari dituangkan ke atas roti .Dia makan penuh berselera . Mereka berdua diam buat seketika . Menikmati hidangan masing – masing .

Srroooooootttttt!!!
    
     Habis milo ais di dalam gelas besar itu disedut Gee. " Errrkkkk…! Alhamdulilah…" Gee tersengih . Lesung pipitnya terserlah . Terangkat kening Fakhri mendengar Gee sendawa kuat. " He he .. sorry." Gee mohon maaf atas lepas lakunya . " Kalau macam tu punya kenyang , sia – sia pergi senamrobik tadi . Semua kalori yang terbakar you dah top – up . Berganda – ganda pula tu ." Ujar Fakhri . " Perut besar macam I ni mana kenyang kalau setakat makan roti bakar dengan telur separuh masak tu . I ni perut orang melayu . Bukan perut mat saleh macam you ." Gee menolak pinggan – pinggan yang sudah kosong ke tengah meja .
      "Minggu depan kita pergi gym tau." Fakhri mengutarakan semula topik yang merimaskan Gee . " You ni sibuk sangat nak bawa I pergi gym kenapa ? I lebih suka aktiviti macam senamrobik tadi . Tak memenatkan sangat . Kalau masuk gym kena pakai baju sendat . I tak suka ." Gee meluahkan pendapatnya . " Kalau you tak suka , kita boleh ajak Lin dan Shauki sekali ." Fakhri memberi cadangan ." Ah! You , Shauki dan Lin … semua tak boleh harap! Tengok hari ni cukuplah. Tadi janji nak sarapan sama – sama kan ? Sekarang diorang kat mana ? I tahu you all sengaja nak kenakan I." Gee bersuara tenang . Dia mengerling Fakhri yang menggamit pelayan . Dia meminta bil pada pelayan tersebut .

      " Salah ke kalau I nak kawan dengan you?" Tanya Fakhri . Mukanya kelihatan serius . Gee menyilang kedua – dua tangannya ke dada . Dia mengetap bibir . " Ada I cakap salah ke ?" Tanya Gee pula . Fakhri membuka mulut untuk menjawab . " Shhhh … biar I cakap dulu ." Gee membantutkan niat Fakhri untuk bersuara .
     " Encik Fakhri … kita ni bukan di zaman budak – budak lagi tau. Trend menggunakan orang tengah ni dah lapuk . Kalau betul you nak kawan dengan I , cakap terus dengan I . I akan lebih menghormati orang yang gentleman macam tu . So , sekarang I nak balik . I dah penat . I nak balik mandi ." Gee bangun dan menuju ke kaunter . Fakhri juga mengikut Gee ke kaunter . Dia tergesa – gesa mengeluarkan dompet . Tapi Gee lebih pantas membayar harga makanan .
   
         " You nak I hantar balik ke ?" Tanya Gee . Mereka berdua keluar dari kedai . Fakhri menghantar Gee sampai ke kereta . " It’s ok . I balik jalan kaki . Rumah I dekat- dekat sini aje." Ujar Fakhri . Gee memandang sekeliling . Mencari bangunan kediaman lain yang terdapat di kawasan itu . " Oh , You di tinggal di Sri Penara ya ?" Tanya Gee . Fakhri tidak menjawab . Gee juga tidak menunggu jawapan dari Fakhri . Dia masuk ke dalam kereta . Beberapa minit saja dia sudah berada di kawasan letak kereta Pangsapuri Sri Cendana .
    Ketika pintu lif hampir tertutup , ada seseorang yang menahan pintu menyebabkan pintu besi itu terbuka semula . Gee terpana . Dia kenal lelaki yang menahan pintu lif  . Lelaki itu tersenyum lebar melihat reaksi Gee . " Terkejut ? Tak sangka kita berjiran kan ?" Fakhri menyandar badan ke dinding lif . " Kenapa you tak cakap yang you pun tinggal di sini ?" Tanya Gee . " Sebab you tak tanya." Fakhri menjawab dengan selamba . Gee melihat Fakhri menekan butang nombor 10 . Tahulah Gee bahawa majikannya tinggal di tingkat itu . Lif mendaki dari setingkat demi setingkat . Ketika hampir tiba di tingkat 10….

" Errrr… Gee. Tadi you makan banyak , tak sakit perut ke ?"

       Gee hairan dengan pertanyaan Fakhri . " Tak , kenapa ?" Tanya Gee pula . " Tak ada apa – apa . I takut kalau – kalau I kena semburan gas beracun lagi ." Fakhri tersenyum nipis. Dia memandang Gee dengan pandangan nakal . Gee merenung Fakhri agak lama . Melopong mulutnya apabila dia mula teringatkan sesuatu .
   " Ooooooo, sebab tu you bagi I minyak wangi dan minyak angin masa majlis makan malam tu! Eeeeeeeee…… malunya!" Gee menutup muka .Fakhri ketawa mengekek . Lif tiba di tingkat sepuluh .

Sebelum Fakhri keluar …

      " Fakhri , I’m sorry okay." Gee tersenyum kelat . " No , it’s okay . Disebabkan gas beracun tu lah yang buat I asyik teringat kat you ." Fakhri mengenyitkan mata . Pintu lif tertutup . Gee mencekak pinggang . Kemudian dia ketawa sendiri.

 " Dia angau dengan kentut aku? Bongok betullah mamat tu ! Ha ha ha !"

Hati Seorang XXXL

Bab 21
       Fakhri leka melihat deretan cincin bersalut emas yang tersusun di atas dulang . Rambang matanya untuk membuat pilihan .Semua nampak cantik di matanya . Diambil satu demi satu cincin tersebut.Dibelek sebentar kemudian diletakkan semula di atas dulang .

" Encik nak pilih yang mana satu ?" Tanya jurujual .

      Fakhri tersenyum kelat . Dia menoleh mencari seseorang yang bersamanya tadi . " Shima , mari sini sekejap ." Dia memanggil seorang gadis yang sedang mencuba beberapa utas gelang emas . Gadis itu tersenyum lebar sambil membawa seutas gelang yang sudah pun dipakai di pergelangan tangannya ." Abang , cuba tengok gelang yang Shima pakai ni . Cantik tak ?" Dia mengunjukkan tangannya di hadapan Fakhri .
     " Cantik . Tapi abang tak nak beli gelang . Abang nak beli cincin . Cuba Shima tengok , mana satu yang cantik . Abang tak pandai pilih ." Fakhri memegang bahu gadis itu . Mereka nampak mesra. " Emmmm…. Shima tak suka emas kuning . Kita tengok emas putih boleh ?" Rengek gadis itu . Fakhri menampar lembut pipi Shima . Dia menarik tangan gadis itu ke ruang pameran emas putih pula .Lepas satu persatu cincin dicuba . Akhirnya selepas hampir setengah jam memilih , Shima mengunjukkan pada Fakhri sebentuk cincin emas putih yang boleh dilaraskan mengikut saiz jari pemakai .
      " Pandai Shima pilih . Sekarang Shima pilihlah gelang yang mana Shima suka tadi . Abang hadiahkan pada Shima ." Ujar Fakhri . " Betul ke ? Wow! Bestnya! Terima kasih abang …. Saaaaaaayang dia !" Gadis itu melompat kegembiraan . Satu ciuman singgah di pipi Fakhri . Lelaki itu tersenyum lebar . " Kalau untuk pengarang jantung abang ni , cakap je nak apa . Gunung emas pun abang akan adakan." Fakhri menarik lembut hidung gadis itu . Selepas Shima mendapat apa yang dihajati , mereka berdua keluar dari kedai emas .

" Cincin yang abang beli tadi tu untuk siapa?" Tanya Shima .

     Fakhri tidak terus menjawab . Dia tersenyum lebar memandang Shima . " Eeeeeeee…. Tolong jangan pandang Shima macam tu boleh tak ? Macam perogol bersiri Shima tengok!" Shima menolak pipi Fakhri . Lelaki itu ketawa senang hati . " Shima ni buat abang teringatkan seseorang tau?" Fakhri kembali memandang ke jalanraya . Kenderaan dipandu dengan kelajuan sederhana .
    " Abang ! Jawablah soalan Shima tadi. Cincin tu untuk siapa ?" Gadis itu menepuk peha Fakhri dengan kuat . Fakhri mengaduh manja . Dia tertawa lagi . " Adalah . Nanti tahulah." Fakhri masih berahsia . " Huh ! Siapalah perempuan malang yang jadi pilihan abang tu . Memang buta mata perempuan tu ." Shima menjeling Fakhri yang masih tersenyum . " Mungkin dia rasa malang kalau dapat abang . Tapi abang rasa bertuah kalau dapat jadi teman hidup dia ." Ujar Fakhri tenang . Dia mengenyitkan mata pada Shima . " Apa nama dia ? " Shima masih tak putus asa . Fakhri tidak menjawab .

      Shima mula hilang sabar . Dia menyelongkar dashboard . Mencari kotak cincin yang dibeli oleh Fakhri tadi . " Buat apa tu?" Tanya Fakhri . Shima cuma diam . Kotak baldu berwarna merah yang dicari tiada disitu . Dia menginjakkan kedua – dua lututnya di atas kerusi . Panjang tangannya mencari barang bernilai itu di tempat duduk belakang . " Hei , duduk betul- betullah ! Apa kerja menonggeng ni? Shima cari apa ?" Fakhri terperanjat melihat gadis itu hampir memboloskan dirinya ke tempat duduk belakang . Shima duduk semula . Rambutnya sudah kusut – masai . Nafasnya juga termengah – mengah. Namun dia masih belum mengaku kalah . Dia merapatkan bibirnya ke telinga Fakhri .
      " Nak bagi tahu ke tidak nama dia ?" Tanya Shima . Fakhri gelak terbahak – bahak . " No!" Fakhri menggeleng laju . " Betul ?" Shima menyoal lagi . Matanya mengecil . Bibirnya digigit kuat . " Ehem …" Fakhri masih menggeleng . Shima tersandar di pintu kereta . Dia memandang Fakhri yang sedang memandu . Dia menoleh sebentar melihat jalanraya .Beberapa meter saja lagi sebelum sampai lampu isyarat . Dia melihat Fakhri sekilas . Lelaki itu masih seperti tadi . Senyumannya menyakitkan hati Shima .

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar merah dan Fakhri menarik brek tangan ….
     
             " Hey hey ! Apa ni Shima ? Shima cari apa ni ? Adoi ! Apa raba – raba ni ? " Fakhri cuba menepis tangan Shima yang cuba menyeluk poket seluarnya . Tiba – tiba saja gadis itu bertindak agresif . Habis semua poket di baju dan seluar Fakhri diperiksa . Cuma poket seluar di sebelah kanan tidak berjaya di periksa . Fakhri menepis kasar tangan gadis itu . Kurang senang dengan perangai Shima yang lepas laku .

" Please behave okay!" Suara Fakhri agak kasar .

        Shima melawan pandangan mata Fakhri . Nafasnya turun naik . Dia membetulkan duduknya . Keadaan kembali tenang . Mereka membisu buat seketika . " Nak balik hostel terus ke atau nak singgah rumah abang dulu ." Tanya Fakhri . Dia menoleh apabila tiada jawapan yang kedengaran dari Shima . " Shima sayang … dengar tak abang cakap ni?" Fakhri melunakkan suaranya . Tangannya kirinya memegang jemari kanan Shima . " Shima marah abang ya?" Fakhri memujuk lagi . Shima menarik kasar tangannya . Wajahnya mencuka . " Ish! Ish ! Ish! Muncung mulut tu boleh buat gantung penyangkut baju tau ." Usik Fakhri
Shima berpeluk tubuh . " Hantar Shima baliklah! Dah tak ada mood nak jalan – jalan." Akhirnya gadis itu bersuara . Fakhri ketawa mengekek . " Buruknya kalau orang tu merajuk. Oklah , abang bagitau siapa nama perempuan tu ." Fakhri mengerling Shima . Pantas gadis itu berpaling . Wajahnya bertukar menjadi ceria . Dia menunggu Fakhri membuka mulut . Tapi Fakhri hanya tersenyum.

       " Apa yang susah sangat nak bagi tahu nama perempuan tu ? Bagus sangat ke perempuan tu ? Eeeeeee….menyampahlah dengan abang ni !" Shima mencubit lengan Fakhri . Terjerit lelaki itu menahan perit . Shima tidak melebaskan ‘sepit ketam’ nya. " Bagitau cepat apa nama dia!" Shima mengetap bibir menahan geram . " Ok , ok ! Abang bagitau. Lepas dulu ..sakitlah !" Fakhri menyeringai kesakitan . " No ! Nama dia dulu !" Shima menguatkan lagi cubitannya . " Cepat cakap! Koyak kulit tangan abang ni nanti!" Shima mengugut .Dia menahan kelucuan .

" Argggggghhhhhhh! Aduh!!! Nama dia Gee…"

    Fakhri menggosok – gosok lengannya yang perit sebaik sahaja Shima melepaskan sepitannya . Dia memandang Shima yang tersenyum lebar tanda kemenangan . " Puas hati ?" Fakhri mengetuk lembut kepala gadis itu .

     " Bawa Shima jumpa dia …"

July 03, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 18 dan 19


Hati Seorang XXXL

Bab 18

        Gee duduk di sofa yang disediakan untuk tetamu di dalam pejabatnya yang agak luas itu . Dia menyelak diari kepunyaan Alexandra satu – persatu . Jadual kerjanya pada hari itu dibaca dengan teliti . Dia perlu menyusun sendiri temujanjinya hari ini sementelah Alexandra masih lagi bercuti . Gee menguap panjang . Hampir seminggu dia terpaksa menyusun jadual kerjanya sendiri . Walaupun Charlotte , setiausaha Shauki mahu membantu , Gee lebih suka menguruskannya sendiri.
      Gee menanggalkan cermin mata . Diletakkan alat bantuan penglihatan itu di atas meja kopi . Kepalanya direbahkan ke sofa . Matanya dipejam. Dia mahu berehat sebentar kerana masa untuk memulakan kerja masih awal lagi . Tiba – tiba Gee terdengar pintu biliknya yang tidak berkunci dibuka perlahan. Gee bangun dengan berhati – hati dan mengambil semula cermin mata di atas meja .
Gee membatukan diri . Matanya difokuskan pada lembaga manusia yang terhendap – hendap di meja kerjanya . Susuk badan itu menunjukkan dia seorang lelaki.Manusia itu meletakkan sebungkus bekas makanan di atas meja Gee . Gadis itu tersenyum lebar . Dia sangat pasti yang dia sudah berjaya menangkap manusia misteri yang membelikan sarapan untuknya kebelakangan ini . Gee bingkas bangun . Dia berjalan menuju ke arah meja kerjanya .

" Jangan bergerak ! Anda sudah dikepung ! Hands up !"

       Lelaki itu berdiri kaku . Dia mengangkat kedua – dua tangannya dan diletakkan di belakang kepala . Lagaknya seperti pencuri yang ditangkap polis . Lelaki itu tidak bergerak . Dia menunggu arahan selanjutnya dari Gee . " Pusing sini!" Herdik Gee . Sambil memejamkan kedua – dua matanya , lelaki itu memusingkan badan mengadap Gee. Kemudian dengan perlahan dia membuka sebelah matanya . Dia tersengih nakal melihat mulut Gee yang ternganga luas.

" Fakhri ?!!!"

       " Yes , it’s me. Surprised!!!" Fakhri tersenyum .Dia memasukkan kedua –dua tangannya ke dalam poket seluar . Dia nampak seperti model dengan gayanya seperti itu .Gee mencekak pinggang .
" I rasa majlis makan malam tu dah selesaikan ? Kenapa ada sequal pengirim misteri pulak ni ?" Tanya Gee . Dia masih tegak memandang Fakhri . Lelaki itu mengangkat kening . " Saja … I nak ambil alih tempat Alexandra . Boleh kan ? You tak suka ke ?" Fakhri menghampiri Gee .

        " Stop ! Don’t move ! Yes … memang I tak suka . You ni nak bagi I mati cepat ke ?" Gee meninggikan suaranya. Fakhri tersentak . Dia tidak menyangka Gee tidak boleh menerima gurauannya . Air mukanya berubah .Terasa malu dengan tindakannya sendiri . " Sorry . Kalau you tak suka , lain kali I tak buat lagi ." Suara Fakhri bertukar mencari serius . Dia berjalan menuju ke pintu .

      " Hello Mr.Fakhri … You duduk situ." Gee memanggil . Fakhri berpaling . Dia melihat Gee. Sebelah tangannya sudah memegang tombol pintu . " Duduk!" Gee mengeraskan suaranya . Fakhri menarik kerusi dan duduk bersandar . Kakinya disilangkan . Tajam matanya melihat Gee yang tersenyum sinis . Gadis itu mengambil tempat di kerusinya sendiri .
    " You tengok apa yang you belikan untuk I ni…" Gee menolak plastik berwarna merah ke arah Fakhri . Berkerut dahi Fakhri melihat plastik yang berisi kotak polisterin itu . " You memang nak I mati tercekik kan ? Lain kali , beli air sekali . Barulah lengkap satu set sarapan pagi . Mengerti ?!" Gee menyeringai. Membulat mata Fakhri memandang Gee. Dia mendekatkan badannya ke meja .

     " Gee !!!!" Fakhri mengeraskan suara . Dia tak menyangka langsung Gee berani mempermainkannya . Perlahan dia menarik nafas lega apabila gadis XXXL itu ketawa . Fakhri menahan gelora hati apabila melihat pipi gebu Gee yang kemerah – merahan . " Ha … takut!" Ketawa Gee masih belum reda . Fakhri menggeleng- gelengkan kepala . " You ni gila tau. I mati –mati ingat you tak suka . Jadi lepas ni I masih boleh belikan you breakfast kan ?" Fakhri memandang Gee dengan penuh harapan.
     Tawa gadis montel itu tiba – tiba terhenti . " Tak payahlah . Buat susah – susah you aje." Gee berbasa – basi. " Tak susah mana pun . I beli je … bukannya I masak ." Ujar Fakhri . " Boleh ya ?" Tanya Fakhri lagi .Gee memandang Fakhri . Pandangannya agak tajam . " You takut nanti ada gosip liar ya ? Alah …. Pekakkan telinga aje . Boleh ya?" Fakhri masih berusaha .
       " I tak pedulilah dengan gosip – gosip liar ni . Lantak dioranglah nak cakap apa pun . Penat mulut nanti berhentilah.." Tenang Gee menuturkan kata ." Kalau macam tu tak ada masalah kalau I belikan you breakfast kan ?" Fakhri tersenyum lebar . Dia tahu Gee tidak mampu menolak lagi .
        " Hei ! I pun tak hadaplah dengan breakfast you ni." Gee menolak sedikit bungkusan makanan yang berada di atas meja ke arah Fakhri . Fakhri terdiam . Rasa rajuk hampir bertandang semula . Bergerak –gerak rahangnya menahan rasa .
 

    " Hmmmm … apa barang bagi breakfast aje . Kalau berani bagilah makan tengahari , minum petang dan pencuci mulut sekali! Ha ha ha !" Gee menepuk meja . Terhenjut – henjut badannya mentertawakan Fakhri . 

    " Razita Raziff !!!!!" Fakhri mengepal kekuda tangannya . Kali kedua dia terkena dengan gadis itu . " I serius , you main – main ya ." Fakhri mengetap bibirnya . Perasaan geram dan gembira bersatu di dalam hati . Gadis berkaca mata itu benar – benar membuat dia rasa bahagia .

       " You betul – betul ke nak sponsor makan dan minum I ? Jangan menyesal … I ni kuat makan tau." Gee mengingatkan Dia membuka kotak makanan yang dibawakan oleh Fakhri . Fakhri hanya menggeleng apabila dipelawa untuk makan bersama .
      " Kalau setakat makan you sorang , I masih mampu lagi tau . You bagitau aje nak makan apa . Tak luak pun duit I kalau dibelanjakan sikit untuk you ." Ujar Fakhri dengan yakin .
  
     Gee tersentak tatkala mendengar kata –kata Fakhri . Tapi dengan pantas dia membuang jauh – jauh fikiran negatif yang cuba singgah . Wajah Reyhan yang cuba menjengah juga diusir sejauh mungkin . Dia menyuap nasi goreng dan telur mata kerbau ke dalam mulutnya . Gee makan secepat mungkin . Dia cuba menyembunyikan rasa traumanya .

   " Gee …" Panggil Fakhri perlahan . Gee mengangkat kepala . " Ye." Dia menjawab pendek . " Buruknya anak dara makan macam tu . Perlahanlah sikit . You nampak gelisah . Kenapa ?" Lembut suara Fakhri menuturkan kata . Gee hanya menggeleng . Dia membuang bekas makanan yang sudah kosong ke dalam tong sampah . " I ok je . I nak cepat ni . Ada appointment kat luar ." Ujar Gee . Dia mengesat mulutnya yang berminyak dan mengambil beberapa fail yang bersusun di atas mejanya . Dia menyilang beg tangan yang bertali panjang di bahunya .
     " Thanks for the breakfast . I keluar dulu ya .Nanti tolong tutup pintu ni dan kunci sekali . Jumpa lagi petang ni . Bye bos ." Gee keluar dari bilik tanpa sempat Fakhri berkata apa –apa . Dia melangkah laju ke pintu lif . Pintu lif terbuka beberapa minit kemudian dan Gee menempatkan dirinya di dalam lif . Tidak ada yang bersamanya ketika itu . Dia teringat dengan kata – kata Fakhri sebentar tadi . Ayat itu berselang – seli dengan cemuhan Reyhan satu ketika dulu .Gee menekup telinga.

"Reyhaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!"
" Kau memang tak guna ! Aku benci kau! Aku benci ! Aku benci ! Aku benciiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!



Hati Seorang XXXL

Bab 19

        Usai mengaminkan doa , telefon bimbit Gee mendendangkan lagu Sayang dari Shae . Dalam keadaan masih bertelekung , Gee mencapai telefon . " Apa hal pulak Fakhri call pagi –pagi buta ni?" Gee menyoal diri sendiri apabila membaca nama Fakhri di skrin komputer.Dia merenung skrin telefon hingga nada dering terhenti . Tidak terniat pula di benak Gee untuk menghubungi Fakhri semula . Dia meletakkan telefon bimbit itu di atas katil lalu menanggalkan pakaian solatnya .
      Bunyi pesanan masuk di telefon kedengaran pula . Gee duduk di birai katil . Dia mengeluh kecil apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Fakhri.

Jangan lupa senamrobik hari ini.

 
      Gee tersenyum . Dia menanggalkan telekung dan menyarung pakaian sukan . Usai bersiap Gee keluar dari bilik . Dia mengetuk pintu bilik Lin . " Amboi ! Awalnya bersiap . Bersemangat betul kawan kita ni ." Usik Lin . Dia sedang mengenakan tudung . " Aku tunggu kat bawah . Nak panaskan enjin kereta ." Ujar Gee . Dia duduk di sofa untuk memakai stokin .
     " Kita turun sekalilah . Awat yang hang tak menyabaq ni . Rindu kat Fakhri ka ?" Lin mengusik . Gee menjelir lidah ." Banyaklah kau punya rindu . Aku kawan je lah dengan dia ." Gee ketawa kecil . " Hmmm … yelah tu ! Kalau jadi marka pun takdak sapa marah . Dia bujang , hang pun bujang . Bolehlah tu !" Lin masih mengusik Gee . Gee buat – buat tidak dengar . Dia keluar menyarung kasut sukan dan membuka pintu rumah .
    Tasek Permaisuri masih sunyi ketika mereka tiba . Tidak ada lagi kelibat rakan – rakan sekerja mereka di situ. " Gee , jom kita pusing – pusing dulu nak ?" Ajak Lin . Gee mengerutkan mukanya . " Tak naklah . Kau pergilah . Aku nak duduk kat sini je ." Gee mengambil tempat di kerusi batu yang berbentuk ukiran kayu . Lin meninggalkan Gee kesorangan di situ . Gee memerhatikan Lin hingga gadis itu hilang dari pandangan . Dia menguap panjang . Kemudian dia mendepangkan kedua – dua tangannya dan diregangkan ke atas . Gee menahan nafas untuk beberapa ketika dan melepaskannya dengan kuat . Dia menguap lagi . Caranya ternyata tidak berkesan untuk menghalau rasa mengantuk .

" Masih mengantuk ?"

      Gee terperanjat . Fakhri mengambil tempat di sebelah Gee . Dia nampak tampan dalam persalinan sukan . Gee melingas ke kiri dan kanan . " You cari apa ?" Tanya Fakhri . Gee melihat Fakhri . " You datang dengan apa ? I tak nampak pun kereta you ." Tanya Gee . Soalan Fakhri dibairkan tidak berjawab . Fakhri bangun . Dia membuat senaman regangan badan . " I jalan kaki . Rumah I dekat – dekat sini je ." Jawab Fakhri . Gee mengangguk saja . " Takkan duduk je . Jom jogging dengan I ." Fakhri mengajak . Laju Gee menggeleng kepala . " I tak suka jogging ." Gee berkata dengan nada keras .
     " Kalau tak nak jogging , You jalan je . Mana boleh tak buat senaman ringan dulu . Nanti badan You kejang . Jom .." Fakhri masih menunggu Gee bangun . Mahu atau tidak , Gee terpaksa bangun juga . Fakhri tersenyum lebar . " Macam tu lah ! Barulah I semangat nak jogging sikit . Ada orang temankan ." Fakhri mengusik . Gee berjalan mendahului Fakhri . Beberapa orang pengunjung taman rekreasi yang berselisih dengan mereka pasti akan berpaling untuk kali kedua . Ada juga yang tersenyum sinis . Gee mempercepatkan langkahnya . Sesekali dia ketinggalan di belakang . Fakhri akan menunggu untuk beriringan dengan Gee .
     " You kata nak jogging kan ? You pergilah jogging , I nak jalan je." Suruh Gee . Dia rimas dilayan oleh Fakhri begitu . Fakhri menghentikan langkahnya . " Kalau macam tu I pun jalanlah . I temankan you ." Fakhri berjalan pula . Dia mengesat peluh yang membasahi mukanya . Gee cuma diam sambil melingas matanya mencari kelibat Lin . Namun rakannya itu masih tidak kelihatan sedari tadi .
     " Gee , next week you ikut I pergi gym ya." Fakhri cuba mengajak Gee berbual. Gee mengeluh berat . " Kenapa you ni suka paksa orang hah ? I tak sukalah orang paksa- paksa I ni tau . Suka hati I lah nak pergi mana pun !" Gee memuntahkan luapan amarahnya . " Okey … okey … I tak paksa . Tapi satu hari nanti you kena cuba masuk ke gym . Bukan untuk kuruskan badan . You kena buang stigma dalam otak you tu .Masuk gym ni untuk membina otot – otot badan . You akan diajar menggunakan peralatan gym oleh jurulatih yang bertauliah." Panjang lebar ulasan Fakhri .
     " Tengoklah nanti . I nak pergi padang . Senamrobik dah nak mula ." Gee meninggalkan Fakhri . Dia pergi mendapatkan Lin yang sudah berada di tengah padang bersama Shauki . Shauki meninggalkan mereka berdua dan pergi mendapatkan Fakhri . " Wah ! Pagi – pagi lagi dah dating bos!" Shauki berjabat tangan dengan Fakhri . Mereka berdua ketawa. " Belum dating lagi Shauki . Baru nak ayat . Ha ha ha ." Fakhri menepuk bahu Shauki . Sejak dia mula bertugas , dia agak rapat dengan Shauki .
" Perlahan –lahan bos . Ni bukan spesies biasa . Dia ni spesies ikan lumba –lumba . Nampak jinak , tapi kalau sekali dia lari , susah nak kejar!" Berderai ketawa mereka berdua .

       " Kalau macam tu , I kena kejar guna speedboat !" Tambah Fakhri pula . Mereka menumpukan perhatian sebentar pada senamrobik yang sudah bermula . Mata Fakhri tidak lepas dari Gee . Gadis montel itu agak malu – malu pada mulanya. Apabila muzik bertambah rancak , dia dilihat semakin ke depan . Lin juga menyertai Gee . Fakhri tersenyum senang .
      " Shauki , lepas ni kita pergi minum – minum ya . Kalau I ajak Gee sorang mesti dia tak nak." Fakhri memandang Shauki dengan seribu harapan . Dia membutuhkan pertolongan Shauki dan Lin untuk mengenali Gee lebih rapat . " I on je . Nanti I cakap dengan Lin ." Shauki menggamit Lin datang padanya. Aktiviti senaman beramai – ramai itu baru saja selesai . Lin berlari – lari anak mendapatkan buah hatinya . Gee berjalan perlahan ke tepi padang . Tak sangka senamrobik yang dia sertai hari itu adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dia mengipas – ngipas mukanya yang dibasahi peluh dengan hujung tudung .
      " Seronok bersenam tadi ?" Fakhri pantas menyaingi Gee . Gee cuma tersenyum . Dia membatalkan niatnya untuk duduk sebentar di bangku yang tersedia ada di taman rekreasi itu . Langkahnya diteruskan menuju ke kereta . " Kita pergi breakfast nak ? You belanja ." Fakhri menahan Gee dari meneruskan langkah . Dia berdiri tegak di hadapan Gee ." Eh , you yang ajak tapi I yang kena belanja ?" Tanya Gee . Dia berundur sedikit menjauhkan mukanya yang berada agak dekat dengan Fakhri . " Ala … sepanjang minggu I belikan sarapan untuk You . Seminggu sekali You pulak belanja I ….adil kan ?" Fakhri melihat ada cebikan di bibir Gee .

       " Nampak sangat You tak ikhlas . I tak suruh pun you jadi balaci I . You sendiri yang sukarela menyusahkan diri sendiri ." Gee meneruskan langkah menuju ke kereta . Dia menoleh ke belakang sebentar untuk mencari kelibat Lin . Fakhri masih mengekorinya . " Amboi , kasarnya bahasa . Ok ,kalau you tak nak belanja pun takpe. Biar I belanja . Kita pergi breakfast kat restoran mamak depan Apartment Cendana ya. Roti canai kat situ sedap tau ." Fakhri memberi cadangan . Gee memandang Fakhri . " Habis tu you balik nanti macam mana? Tadi you datang jalan kaki kan?" Gee bertanya . Dia sudah tidak nampak bayang Lin dan Shauki di tengah padang . Segera diseluk telefon bimbit di dalam poket seluar .Belum sempat dia mendail , telefonnya berbunyi . Shauki menghubunginya . Tapi suara Lin yang kedengaran di dalam talian .
        " Gee , hang bawa Fakhri gi kedai dulu . Sat lagi kitorang sampai . Aku nak pi cari lauk untuk tengahari ni." Tanpa pengetahuan Gee , Lin sedang menahan tawa . Dia sudah tahu rancangan yang diatur oleh Shauki . " Kau ni ada – ada aje kan ? Macamlah tak boleh beli kemudian . Cepat sikit . Kalau kau orang lambat , aku tinggalkan aje Fakhri kat situ ." Gee mematikan talian tanpa menunggu maklum balas dari Lin.
Gee menoleh ke belakang . Fakhri sudah tidak kelihatan. Gee tersenyum. Dia pasti majikannya itu terasa hati dengan kata –katanya tadi . Gee masuk ke dalam perut kereta .

" Woi mak kau rimau !"

     " Sampai hati you panggil mak I rimau . Tadi you panggil I balaci , sekarang rimau pula." Fakhri menyeringai . Dia menggerak- gerakkan keningnya . " Bila you masuk dalam kereta ni? Aduuuuhhhh! Terperanjat I tau!" Gee membaling botol air mineral yang dipegang ke muka Fakhri . Pantas tangan Fakhri menyambut botol yang dibaling . " I takut you tinggalkan I , jadi I masuk kereta dulu . Jom cepat . Perut I dah bernyanyi – nyanyi ni ." Fakhri menggosok- gosok perutnya . Gee kehilangan kata . Enjin kereta dihidupkan dan terus menuju ke kedai makan .



July 01, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 16 dan 17



Hati Seorang XXXL

Bab 16 
            Lepas seorang  demi seorang menerima kejutan dari pengirim misteri . Ada yang sudah mengetahui pengirim misteri yang mengirimkan nota  sepanjang dua minggu ini . Ada juga yang tidak menyangka gerangan pengirim nota sehinggalah pengirim itu memperkenalkan diri mereka .  Alexandra menerima sorakan kuat apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai pengirim misteri untuk Fakhri .Kini tiba giliran Fakhri pula membacakan semula nota – nota yang telah dikirimkan pada penerimanya . Ramai juga berharap diri mereka menjadi pilihan Fakhri . Masing – masing  menumpukan perhatian pada Fakhri yang berada di atas pentas . Dewan sunyi seketika .
            “ Nota saya berbunyi begini .” Dia memandang sekilas semua yang berada di depannya . Ketika matanya berhenti di meja VIP , dia melihat Gee sedang sibuk dengan telefon bimbit . Fakhri menarik nafas dan membaca nota yang pertama .
“ Mulakan  pagi anda dengan sarapan yang sihat .”
      Mereka yang mendengar berpandangan sesama sendiri . Fakhri  membaca nota yang kedua hinggalah nota yang keempat. Dia melihat Gee masih sibuk dengan telefon . Dia mengetap bibir. Dibacanya pula nota yang seterusnya . Masih tidak ada yang mengaku menerima nota dari  Fakhri .
Sebaik sahaja Fakhri melihat Gee meletakkan telefon di atas meja ….
“ Segebu – gebu roti pau , gebu lagi pipi awak … Butterfly Brooch .” Kali ini Fakhri membacakan sekali nama gelarannya .
            “ Butterfly Brooch ?  Biar betul !” Gee mengeluarkan nota –nota yang diterima  . Terbeliak matanya melihat nama pengirim misteri itu . Dia memandang ke pentas . Fakhri sudah tersenyum lebar . Gee menelan liur . Berat  punggungnya untuk bangun . Dia memandang ke belakang . Mencari Lin . Dia menggamit Lin datang ke tempatnya .
Belum sempat Lin menghampiri  Gee ….
 “ Razita Raziff …. Siapa nama pengirim  nota misteri aw    ak ?” Fakhri memancing perhatian Gee .
Dewan tiba – tiba senyap . Gee bangun dalam keterpaksaan . Dia cuba memaniskan muka . Kemudian dia menarik sekeping nota yang berada di tangan kirinya . Pengacara majlis berlari mendapatkan Gee .
     “ Kita dah ada penerimanya!” Jerit pengacara majlis  . Hadirin semua bertepuk tangan . Gee memaksa kaki naik ke atas pentas .  Fakhri sudah pun menunggu dengan hadiah di tangan . Fakhri menyerahkan kotak kecil berbalut kertas hadiah yang bertemakan watak – watak kartun Disney pada Gee . “ Hadiah kecil untuk seseorang yang besar .” Ujar Fakhri . Gee senyum dalam keterpaksaan dan hanya e  menganggukkkan kepala . Fakhri turun ke pentas dan memberi ruang pada Gee meneruskan acara .
       “ Maaf semua , saya fikir Butterfly Brooch tu perempuan . Macam tak ada kena – mengena kan ? ”  Mereka ketawa mendengar kata –kata Gee .  Fakhri juga menyertai mereka . “ Ok , tak payahlah saya baca nota –nota tu . Saya terus beritahu nama misteri saya  ya . Nama misteri saya ….. Teletubbies !!!”
“ Aaaaaaa……. saya punya ! Saya punya!”  Dewan riuh dengan jeritan gembira Lin . Dia berlari ke pentas . Kedua – dua gadis itu berpelukan . Lin mencium kedua – dua belah pipi Gee . “ Kalau you all semua nak tahu , Gee ni kawan baik  sejak kami belajar dulu sampailah kami duduk serumah sekarang . She’s my best friend forever!” Lin meluahkan rasa terharu . Dia memeluk Gee lebih erat .Setelah hadiah diserahkan Lin pula mengambil tempat Gee . Suasana semakin gamat apabila Lin terus memanggil Shauki naik ke pentas .Fakhri menepuk bahu Shauki .
       “ Pasangan  merpati sejoli !” Usik pengacara majlis yang juga merupakan rakan sekerja mereka . Mereka sangat pasti Shauki juga  merupakan pengirim nota misteri  untuk Lin . Dewan senyap kembali . Tumpuan diberikan pada Shauki .
       “ Nota saya berbunyi begini , ‘Cukup – cukuplah cuti bersalin … kasi can pada orang lain pula … Single but unavailable.’” Shauki tersenyum . Dia menanti orang yang dimaksudkan naik ke atas pentas . Ada juga yang memandang Lin . Lin hanya menggelengkan kepala. Dia juga memandang Shauki penuh kehairanan . Tidak lama kemudian muncul seorang wanita dari meja belakang . Wanita itu merupakan penyambut tetamu syarikat mereka .  Puan Rahmah namanya .Tawa hadirin pecah kembali .
“ Mana boleh bagi pada yang single , nanti buah hati saya marah …” Shauki melirik Lin yang tersenyum lebar . Acara diteruskan lagi .Shauki turun ke pentas dan mengambil tempat di sebelah Fakhri.
Gee menggamit Lin menyertai mereka  dan memenuhkan kerusi di sebelahnya.  Tetamu – tetamu  VIP sudah pulang selepas  Fakhri berucap kerana ada urusan di tempat lain . “ Lin , Reyhan asyik call aku dari tadi.” Gee merendahkan suaranya . “ Dia nak apa?” Tanya Lin . Dia mendekatkan telinganya pada wajah Gee. “ Dia cakap dia nak minta maaf . Lepas tu dia kata nak datang KL . Dia nak jumpa aku .” Jawab Gee . “ Buat apa dia nak jumpa hang ? Dia kan dah nak kahwin dengan Weeda .” Lin memandang muka Gee . Gadis itu hanya mengangkat bahu .

      “ Eh ! Ni apa bisik – bisik ni ? Tak baik tau berbisik depan orang.” Fakhri menegur. Gee dan Lin tersentak .    Mana ada bisik – bisik . Gee , jom kita pi ambil makanan . Lapaq perutlah !” Lin menarik tangan Gee untuk bangun  . Mereka berdua pergi ke meja besar berbentuk bulat yang menyediakan pelbagai jenis makanan secara buffet .
“ Boyfriend Gee orang mana ya Shauki ?”  Tiba – tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Fakhri . Shauki tidak terus menjawab . Dia ketawa kecil . “ Kenapa you tak cakap terus – terang  yang  you nak  berkawan dengan dia ?” Shauki menebak Fakhri dengan soalan . Giliran Fakhri pula ketawa . “ Well , I rasa lepas ni I perlukan lebih info mengenai dia dari you dan Lin .” Fakhri menguntum senyum . “ Anytime Fakhri … anytime .” Shauki menepuk bahu Fakhri .
       Fakhri memandang Gee yang sedang mengambil makanan. Apabila Gee berjalan kembali  menuju ke meja , Fakhri terpandang sesuatu . Pantas dia bangun dan mendapatkan Gee . Dia mengambil pinggan yang penuh berisi makanan  di tangan gadis itu . Lin dan Gee kehairanan melihat tingkah Fakhri. “ Lin , you tolong bawa pinggan Gee ke meja . I nak jumpa Gee kat luar sekejap.”  Pinggan yang dipegang bertukar tangan . Fakhri menolak lembut belakang badan Gee . Mereka keluar dari dewan dalam keadaan tergesa – gesa.

    “ You nak bawa I pergi mana ni?” Tanya Gee apabila mereka masih berjalan walaupun sudah berada di luar dewan . Fakhri diam . Wajahnya kelihatan serius . Gee kepenatan . Langkah Fakhri yang agak laju menyebabkan dia mengah . “ Ok stop! You cakap dulu kita nak pergi mana ni ? You nak culik I ya ?” Gee mencekak pinggang . Fakhri memandang kiri dan kanan . Dia menyandarkan badannya ke dinding. Matanya menyorot tubuh Gee dari kepala dan terhenti di bahagian dada . Lama matanya terhenti di situ .

“ Butang baju you tercabut.” Ujar Fakhri tenang . 

       “ Hah !” Gee tunduk dan melihat bahagian dadanya . Memang ada satu butang yang hilang .Namun dia  bernasib baik kerana  hijab yang dikenakan malam itu agak labuh. Dia memusingkan badannya membelakangkan Fakhri. “ Macam mana you boleh nampak sedangkan tudung I menutup dada ?” Tanya Gee . Dia cuba menanggalkan kerongsang yang tersemat di sebelah kiri bahunya. .
“ I ternampak , bukannya sengaja . Masa you ambil makanan tadi , tudung you terselak .” Fakhri menerangkan kedudukan sebenar . Dia menyeluk poket seluar . Dia memegang sesuatu dan terus dihulurkan benda yang dipegang kepada Gee . “ Nah.Tak payah tanggal kerongsang di tudung tu . Guna yang ini .” Fakhri mencuit bahu Gee yang masih membelakangkannya .
       Lama Gee merenung kerongsang berbentuk rama – rama yang baru  diberikan oleh Fakhri . “ Ini macam kerongsang I yang hilang tu . Mana you dapat kerongsang ni ?” Gee berpaling usai mengenakan kerongsang itu di  dada. Tapi Fakhri sudah jauh meninggalkannya . Gee memerhatikan Fakhri yang berjalan perlahan  masuk ke dalam dewan .

“ Oh!!!! Dia yang langgar bahu aku hari tu!!!”

Hati Seorang XXXL

Bab 17 
            Gee tiba awal di pejabat pada hari pertama permulaan minggu itu .Dia perlu menyiapkan beberapa dokumen penting sebelum keluar berjumpa dengan pelanggan pada waktu tengah hari nanti . Sebaik sahaja masuk ke pejabat , dia dapati ada sebungkus nasi lemak di atas meja . “ Awalnya Alex belikan sarapan . Tapi mana dia ?” Gee keluar untuk menjenguk Alexandra . Meja setiausahanya itu kelihatan rapi . Dia melihat jam di tangan . Masih ada satu jam lagi sebelum waktu kerja bermula . “ Mungkin hari ni dia pergi bersarapan dengan kawan – kawan dia kot.” Gee membuat telahan sendiri . Dia masuk semula ke bilik untuk menyambung kerja .
            Setengah jam kemudian  , Gee selesai melakukan  kerjanya . Dia menekan interkom untuk memanggil Alexandra . Tapi panggilannya tidak berjawab . Gee kehairanan . Dia bangun dan menjenguk  ruang kerja Alexandra untuk kesekian kalinya . Masih tidak ada tanda – tanda gadis itu sudah berada di dalam pejabat.
            Dia menuju ke pantri untuk membancuh minuman . Langkahnya terhenti di pintu masuk pantri apabila terdengar suara orang berbual – bual . Gee memasang telinga . Dia kenal dengan suara – suara itu . Mereka adalah Suria dan Mahani , pekerja – pekerja bawahannya . Mereka berdua adalah antara yang suka bergosip di pejabat itu . Kedua – dua mereka merupakan siswi lepasan universiti beberapa tahun yang lalu . Usia mereka lebih muda dari Gee . Walaupun suka bergosip , kedua –dua mereka mempunyai  perwatakan yang berbeza . Tercuit hati Lin mendengar ulasan mereka mengenai majlis makan malam yang baru lepas . Tak disangka Mahani makan hati kerana mengharapkan  Fakhri  menjadi pengirim nota misteri untuknya .
“ Kau rasakan , apa agaknya hadiah yang Cik Razita dapat ? Tanya Suria. “ Emmmm … Dia bagi krim pecahkan lemak kot !” Mahani ketawa . “ Hish! Tak baiklah kau ni . Tak mungkin Encik Fakhri nak bagi hadiah macam tu . Tengok pada gaya , dia tu  boleh berkawan dengan sesiapa pun. “ Suria membidas . “Manalah aku tahu . Tapi mesti hadiah tu mahal . Almaklumlah , bos besar yang bagi tu! Bestnyaaaa!!!!”  Mahani menepuk meja .  Gee menekup mulut menahan geli hati .“ Untunglah Cik Razita. Aku tengok Encik Fakhri tu ikut dia dari start majlis lagi tau . Siap tarikkan kerusi untuk dia , ambilkan makanan .. aduh mak!  Gentleman sungguh! Kenapalah bukan aku yang dapat hadiah tu ! Mahani menyambung lagi .
“ Hmmmmm…. Encik Fakhri tu nama saja berpangkat besar. Tapi dia cuma bagi minyak wangi dan minyak angin .” Gee masuk ke dalam pantri. Mereka berdua terkejut . Jelas rasa bersalah di muka masing – masing . Mereka memberi salam hormat pada Gee . Gee tersenyum dan mengangguk perlahan . Dia menuang air panas ke dalam mug dan membancuh minuman kegemarannya . Mahani dan Suria perlahan – lahan keluar dari pantri . Gee menoleh sekilas .
“ Apa , kau ingat orang debab macam aku ni tak ada orang minat ke ? Tengok kakilah wei !!!” . Gee mengomel sendirian . Gee masuk semula ke pejabatnya bersama minuman yang sudah siap dibancuh . Sempat juga dia melihat meja Alexandra yang masih kosong .  Sementara menunggu minumannya suam , Gee membelek  fail – fail yang tersusun kemas di atas meja . Dia menurunkan tandatangan di atas dokumen – dokumen yang memerlukan autoritinya. Dia mengerling jam dinding . Waktu kerja akan bermula sebentar lagi .
Dia membuka kotak makanan yang berisi nasi lemak . “ Wah ! Bestnya lauk hari ni . Ada tempe goreng.” Gee memulakan suapan usai melafazkan basmallah . Gee menghantar semula bekas minumannya ke pantri  sebaik sahaja dia selesai menghabiskan sarapannya . Meja Alexandra masih kosong ketika dia kembali semula dari pantri . “ Mana dia pergi ni ?” Gee cuba menghubungi telefon bimbit Alexandra . Tapi talian tidak diaktifkan . Gee kehairanan. Dimana menghilangnya Alexandra . Dalam pada Gee kebuntuan , bunyi pesanan masuk kedengaran di telefon bimbitnya .
Gee , I ambil EL hari ni. Bapa saudara I meninggal .
            Terbeliak Gee tatkala membaca pesanan pendek itu . Dia mendail nombor Alexandra . 2 kali Gee mendail , barulah Alexandra menjawab .
“ Alex , maaf mengganggu you . Salam takziah ya . You kat mana ni ?” Gee tahu tidak sepatutnya dia mengganggu Alexandra . Tapi dia tidak boleh menahan hatinya dari menghubungi gadis itu . “ I on the way balik Melaka . Gee , jadual kerja you semua I dah tulis dalam diari . You ambil dalam laci sebelah kiri di meja fail ya .” Suara Alexandra kedengaran lesu . Pastinya dia sedang bersedih ketika ini . “ You jangan risau pasal tu . Nanti Charlotte akan gantikan tempat you sementara waktu . Errrr …. Tadi you dah datang office ke ?” Gee teragak –agak untuk menanyakan soalan .
“ Tak , I tak pergi office pun . Kenapa Gee ?” Jawapan Alexandra membuat Gee bertambah hairan . “ Errr…. tak ada apa- apa. Ok Alex , you take care ok …bye.” Gee mematikan talian. “ Siapa pulak yang murah hati belikan aku sarapan ni ? Eeeeeee…. Buatnya orang tu bubuh apa-apa dalam makanan tu , matilah aku!” Gee bangun dan pergi ke tong sampah , tempat dia membuang bungkusan nasi lemak yang dimakan tadi . Tidak ada sebarang petunjuk di situ . Gee kembali menghenyak punggung di kerusi empuk  . Dia kebuntuan .
Bismilla hi Tawakkaltu Allallah , La Hau la wala ku wata illa billah ..
Gee memanjatkan doa agar tidak ada perkara buruk yang berlaku . Dia pasti satu hari nanti dia akan dapat tahu juga pengirim misteri sarapan paginya .

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.