Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

March 18, 2011

1 Malaysia 1001 Adat..

Bulan ni adalah bulan aku mengimbas kembali detik2 manis majlis perkahwinan kami 6 thn yang lepas.Hmmmm...besok 19 March...tarikh ni adalah tarikh aku bertandang ke rumah mertua di Kampung Pengkalan Maras , Batu Rakit , Kuala Terengganu.

Perjalanan dari Bahau , Negeri Sembilan ke sana mengambil masa kira-kira 9 jam.Tapi disebabkan pada masa tu ramai jugak sanak sedara yang ikut sama dan kitorang bergerak secara konvoi , maka perjalanan tu dah jadi 12 jam.Yelah , banyak berhenti2.Banyak pengalaman manis yang berlaku semasa majlis bertandang ke rumah mertua.Jom aku cite....

Kitorang sempat gak singgah kat Masjid Terapung nih...

Kitorang telah ditempatkan di sebuah Homestay.Jarak homestay tu dengan rumah mertua kira-kira 10 minit perjalanan.Macam nak patah pinggang aku.Yelah , lama sangat duduk dalam kereta.Petang tu kami dijamu dengan bihun grg , kuih-muih dan keropok lekor serta air teh.Malam nya pulak kitorng dijemput untuk jamuan makan malam di rumah abang ipar aku.Pada masa tu , aku masih belum nampak macam mana bentuk rumah mertua ku.Suasana malam tu sangat nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan sekali - sekala terdengar bunyi ombak.Dan selepas makan malam kejutan demi kejutan pun bermula....

Abang tinggalkan aku keseorangan..
Sekembalinya kami di Homestay selepas makan malam , hubby memanggil aku , mak dan ayah untuk berkumpul.Ala-ala mesyuarat tergempar pulak..he he ..Hubby maklumkan yang dia kena balik ke rumah dan hanya akan menunggu kami  di sana pada keesokan hari nya.Err....aku blur jap..Apa maksud dia?Rupa-rupanya bukan aku sorang saja yg blur...mak ngan ayah pun sama.Selepas diterangkan dengan panjang lebar baru lah kitorang faham.Besok hanya aku sorang saja yang akan bersanding.Dan hubby jadi tuan rumah.Macam tu lah lebih kurang penerangan hubby pada kitorang.Malas aku nak tanya panjang lebar.Malam tu sepupu2 aku yang temankan aku tidur.Hmmmmm.....

Keesokkannya..mak telah menjadi jurusolek aku secara bidan terjun.Selepas bersiap, kitorang diarahkan menunggu orang dari pihak hubby untuk jemput kitorang..Tepat pukul 12.30 orang yg ditunggu pun tiba.Orang yang ditunggu tu rupa-rupanya abang ipar ku yang sulung dengan isteri dia.Kami dibawa ke rumah ibu mertua ku..Sepanjang perjalanan , baru aku perasan rumah yang kitorang pergi malam tadi ,lokasi nya dekat dengan pantai.Ermmm..patutlah ader dengar bunyik ombak.Dan masanya telah tiba...aku nampak ada khemah dan banyak kereta sepanjang jalan nak masuk ke sebuah rumah bercat kaler hijau muda.."Ni kot umah nya"...aku ckp sorang2..Pastu aku ternampak biras2 aku tengah tersenyum sambil memegang mangkuk."Apa ada dalam mangkuk tu?"...takde sapa yang menjawab soalan aku..."Eeeeeee....ramai nya orang!!!!!" tetiba aku rasa seram sejuk...

"Hah , apa lagi.Turunlah..Takkan nak duduk dalam keta je.." suara ayah mematikan lamunan aku.."Errrrr...mak.Tak nampak pun abang..mana dia ? aku tanya mak sambil mata aku melilau mencari kelibat abang. "Kalau ye pun turun lah dulu" mak dah mula buka pintu keta.Sambil baca bismillah aku buka pintu pelan2..Gabra beb...Tiba2 aku rasa ada benda yg berterabur kat atas kepala aku..La...rupa-rupanya biras2 aku tu taburkan beras kunyit ...Kata-kata aluan lah tu...he he he ...Aku terus dibawa naik ke dalam rumah.Kat dalam umah aku tengok ibu mertua ku dah  siap duduk kat pelamin...(pelamin ni xder kerusi tau kena duduk kat bawah) ..Aku senyum sambil salam tangan dia.Kemudian dia suruh aku duduk sebelah dia.

Memang aku blur masa ni..Nape aku sorang je kena duduk kat sini..abang mana?.Pastu yang paling x best nya..aku jadi tukang tengok je mak, ayah dan sedara mara aku menjamu selera.Tak lama pastu aku nampak abang naik ke dalam umah .Dia pakai baju biasa je..Aku ingatkan nak datang kat aku, rupa-rupanya dia pun join mak ngn ayah menyuap sekali.Ceh...aku pun nak makan jugak...hu  hu hu...

10 minit kemudian...
Kaki aku dh mula kebas...yelah badan comel mcm aku ni mana boleh tahan kalau duduk bersimpuh lama2..pelan2 aku picit ibu jari kaki aku.Tak lama lepas tu tetamu2 wanita dah mula mengerumuni aku.Lepas salam , ada la 2 3 soalan yang diorang tanya kat aku.Aku jawab secara ringkas je..yang selebihnya mak mertua aku yang tolong jawabkan .Yelah ,masa tu aku belum khatam lagi belajar loghat Terengganu.Sebelum kaum2 wanita tu mengundurkan diri, kitorang bersalam lagi. Tapi kali ni disertai dengan sampul duit..."salam keruk" kata orang Johor.Oh....macam ni rupanya adat diorang..Barulah aku faham.Sejam kemudian rombongan keluarga aku pun balik.Tinggallah aku secara rasminya kat umah mertua aku.Eeeeeeeee.....takutnya...Kelibat abang melintas kat depan aku..Eeeeeee..geramnya aku nengok dia...senyum kekenyangan..Perut aku ni dah main lagu zapin dah....Grrrrrrr....bila nak makan ni...

Tengah aku duduk bersimpuh sambil menahan kebas , kakak ipar yang aku panggil 'Kak Ha' datang...

"Shima dok lapa ke? .....aku senyum je...patutkah aku jawab soalan tu....
"Nanti kak Ha potong timung (timun ) ye..." kak Ha bangun dan menuju ke dapur."Biar betul dia ni...apahal pulak dia nak bagi aku makan timun , aku nak makan nasi lah , kalau x pun bagilah aku minum air ke..."aku  mengomel dalam hati je...

Beberapa minit kemudian kak Ha datang bawa sepiring timun.Aku tersengih bila tengok timun yang dia cakap tadi..."Owhhhhhhh..kalau timun ni , bagi sebijik pun aku boleh habiskan" aku cakap dalam hati je.Korang mesti ingat timun tu yang ni kan....

Tapi rupa-rupanya timun yang kakak ipar aku maksudkan yang ni ha...

  Ha ha ha .....

Tak lama lepas tu aku pun di suruh makan nasi.Fuh leganya...!Walaupun perut tersangat lah lapar, tapi kena kontrol cun jugak...Lepas makan , aku ingat sesi "bersimpuh" dah habis.Rupa-rupanya kena sambung lagi....Hadoi yai.....Upacara berlangsung hingga ke malam.Dan malam tu hubby terpaksa sapukan minyak kat kaki aku...kui kui kui...

Itulah serba sedikit pengalaman majlis bertandang  aku .Dan apa yang paling seronok , besok nya aku dapat "upah duduk" pemberian ibu mertua....he he he ...Itulah untung nya berkahwin ngan orang yang x sama negeri ni.Macam2 kiter boleh belajar.Buat keluarga mertua terima kasih kerana sudi menerima menantu comel ini seadanya..... :)

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.