Assalamualaikum semua ! Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ibu montel ini .. :) Dan terima kasih juga pada kalian kerana masih setia mengikuti perkembangan IZMA QAHIERA
Ok , sementara kita menunggu sambungan kisah Fatin Syuhada dan Kamal Akasyah di sana , jom kita layan dulu Gee dan kengkawan dia kat sini eh ..
Selamat datang juga pada blogwalkers yang baru ! Enjoy your reading okay ... Ummmmmmuah ... caaaaayang korang ..!
Hati Seorang XXXL
Bab 5
"Weeda dapat orang mana mak ?” tanya Gee ketika
mereka sedang bersarapan pagi itu . Lin hanya menjadi pendengar dan pemerhati .
Berselera betul dia menjamah pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis pagi
itu . “ Budak sini juga . Mak Uda kau cakap sama sekolah dulu .” terang ibunya.
Dia menyisip sedikit air kopi yang masih
panas. Kerutan kening Gee kelihatan ,”Sama sekolah ? Orang kenal ke ?” tanya
Gee lagi . Dia menyuapkan sesudu pulut ke dalam mulut . Puan Fera memandang Gee
. Mata mereka bersabung sebentar .
“
Entah … tapi kalau tengok muka mak rasa kau kenal kot.” Puan Fera menjawab acuh
tak acuh . Dia beredar dari meja makan dan menuju ke belakang rumah . “Kau berdua sarapanlah dulu . Mak nak bagi
ayam makan .” kata Puan Fera . Gee meneruskan suapan . Namun di dalam kepalanya
terbayang – bayang wajah bakal suami Weeda .Lama dia merenung alas meja
bercorak bunga di hadapannya . Beberapa wajah kawan – kawab lelaki di zaman
sekolah dahulu melintas di hadapannya .
“
Woi , jauhnya menung ! Dah sampai mana?” Lin menyinggung lengan Gee . Gee memandang Lin yang tersengih . “ Kau
suka buat aku terkejut kan.” Gee menepuk perlahan tangan Lin . “ Habis tu , aku
tanya banyak kali hang buat tak tau je ..” Lin menyudahkan suapan. Kemudian dia
bangun membawa pinggan dan cawannya ke
sinki . “ Kau tanya apa ?” Gee memandang
Lin yang membelakangkannya . “ Aku tanya , hang kenai ka marka sepupu
hang tu. Dari tadi aku tengok hang ralit je.” Lin bertanya tanpa memandang
wajah Gee .
Gee
diam seketika . “Aku tak perasanlah .. kalau dia ada waktu majlis tu petang ni
mungkin boleh cam kot .” Jawab Gee . Tiba – tiba dia teringatkan seseorang .
Degupan jantungnya juga tiba – tiba berdetak lebih pantas dari biasa. “ Takkan
dia kot ?” Ujar Gee perlahan .
“ Siapa ?” tanya Lin . Gee
kelihatan kalut. Sangkanya Lin tidak dengar apa yang dia katakan sebentar tadi
. “ Errrr… tak adalah .” Gee cuba berlagak selamba . Lin tidak puas hati . Dia
menarik kembali kerusi di meja makan dan duduk di hadapan Gee . “ Aku dengaq
hang cakap apa tadi Gee. Jangan nak sembunyi dari aku ..dia tu siapa?” Lin
menyoal bagai polis pencen . Dia mengeringkan tangannya yang basah . Namun
pandangannya masih tidak berganjak dari wajah Gee. “ Kawan sekolah kitorang
dulu . Weeda memang couple dengan dia .
Tapi tak tahulah kot bukan dia .” Gee bersuara perlahan . Tekaknya terasa kesat
. Dia mengalihkan pandangannya dari tenungan Lin .
"
Hang pun suka kat dia ?” tanya Lin pantas . “ Mana ada …kawan sekolah je lah.”
Gee menjawab. Namun dia tidak berani untuk menentang mata Lin . Terdengar
hembusan nafas yang agak kasar dari rongga hidung Lin . “ Hang tok sah nak tipu
aku Gee. Kita bukan baru kawan semalam ..” Kata – kata Lin menyebabkan hati Gee
berubah walang . “ Itu cerita lamalah Lin . Tak baik disebut lagi. Weeda pun
dah nak bertunang. Lagipun aku sendiri pun tak tahu samada betul ke tidak budak
tu jadi bakal suami Weeda.” Gee cuba membuang kesebalan hatinya. Lin mengangguk
tanda faham .
“
Gee …. Lin …nanti kau berdua pergi awal sikit rumah Mak Uda ya. Tolong apa – apa yang patut .” Ibu Gee muncul kembali di dapur sambil
membawa besen bekas makanan ayam yang sudah kosong . “ Kita pergi sekalilah mak.
Malaslah nak pergi dulu .” Kata Gee . Puan Fera memandang Gee dengan pandangan
tajam . “ Takkan nak pergi makan je… mestilah tolong buat kerja sikit . Awak tu
anak dara ..” Bebel ibunya. Gee menarik muka . Dia memang tidak suka pergi
sendirian tanpa ibunya . Kalau tidak disebabkan Weeda merupakan sepupu yang
agak rapat dengannya , pasti dia tidak akan menghadiri majlis pertunangan itu .
“ Angah , Mak Uda panggil . Dia
minta tolong hantar Kak Weeda pergi kedai buat rambut !” Basyitah menjerit dari luar rumah . Gee memandang Lin
sebagai tanda supaya rakan serumahnya menyertainya sekali . Lin mengangguk
faham . Mereka bangun serentak dan masuk ke dalam bilik untuk menyarung hijab.
“ Kalau ikutkan hati aku , malas nak layan semua ni tau . Kau tengoklah nanti
mulut Mak Uda aku tu . Mesti dia nak perli – perli aku nanti .” Gee menepek
bedak kompak di wajah . Lin mencapai beg duit dan menuju ke pintu bilik .” Hang
buat pekak je . Kalau tak tahan kita baliklah rumah … apa susah .” kata Lin .
Dia tahu serba sedikit kisah saudara –
mara Gee . Dia juga pernah bertemu dengan Weeda beberapa tahun dahulu .
“ Gee ! Apa yang lama sangat mekap
tu ? Weeda dah tunggu tu …kang tak
sempat pulak nak bersiap !” Terdengar jeritan ibu Gee dari luar rumah . Gee
menjenguk ke luar jendela . “ Dah nak turunlah ni mak oiiiiii …!” Balas Gee .
Lin ketawa melihat telatah dua beranak itu . “ Biar aku bawa kereta , hang pi
panggil Weeda.” Lin terlebih dahulu mencapai kunci kereta . Dia menyarung
sandal dan menuju ke garaj kereta . Gee pula ke arah sebelah kanan rumah.
Beberapa ela sebelum dia sampai di
pintu utama rumah Weeda , Gee sudah mendengar suara Mak Udanya dari dalam rumah
. “ Weeda , Gee dah sampai tu .Cepat sikit !” laung ibu Weeda.
“ Assalamualaikum …” Gee memberi
salam . Dia hanya berdiri di luar rumah . Matanya terarah pada keretanya yang
dipandu masuk oleh Lin ke halaman rumah Weeda . “ Waalaikumsalam … Amboi ! Makin
sihat anak buah aku sorang ni . Kau makan apa ni Gee ? Makin kembang Mak uda
tengok ?” Ibu Weeda mencium kedua belah pipi Gee sambil mulutnya tak berhenti
menceceh . Gee hanya tersenyum menahan
malu . Inilah penyebab utama dia tidak
suka berjumpa dengan saudara –mara. Pasti topik kecomelan badannya menjadi
bualan .
“ Weeda mana Mak Uda ? Tadi kata
nak suruh hantar buat rambut ?” Gee memotong percakapan ibu saudaranya . Wajahnya
masih merona merah . “ Ada kat dalam tu .. nanti lepas buat rambut , kau tolong
hantar dia kat kedai Kak Yus ye …dia mekap kat situ .. balik nanti tukar baju je .” Arahan ibu
saudaranya dibalas dengan anggukan tanda faham. Tidak lama kemudian Weeda
muncul . Wajahnya kelihatan berseri – seri . Tangan kanannya memegang telefon bimbit dan beg duit .
“ Gee! Balik jugak kau .” Weeda dan
Gee berpelukan . “ Sepupu aku bertunang …mestilah aku balik .” Gee menjawab . “
Dah tu ! Cepat pergi kedai …dalam kereta nanti boleh sembang .” Ibu Weeda
memintas perbualan mereka . Dengan pantas mereka berdua masuk ke dalam perut
kereta . Lin tersenyum melihat Weeda
yang mengambil tempat di belakang . Dia hanya menjadi pendengar perbualan
antara Gee dan Weeda. Sesekali dia bertanya arah pada Weeda dan Gee .
“ Kau bertunang dengan siapa Weeda
?” tanya Gee selepas bertanya khabar . Lin mengerling Weeda melalui cermin
pandang belakang . Dia dapat menangkap perubahan pada air muka Weeda . “ Tunggulah petang ni … dia datang sekali nanti .” jawab
Weeda ringkas . Dia tersenyum simpul .“ Aku kenal ke ?” Gee menyoal lagi . Dia
menoleh ke belakang melihat wajah sepupunya . “ Emmmm ….kenal sangat – sangat
.” Jawab Weeda penuh yakin . Gee menoleh lagi . Kali ni Weeda menghadiahkan
senyum sinis pada Gee . Lin juga dapat melihat senyuman itu melalui cermin
pandang belakang .
Lagu One In A Million dendangan
Neyo berkumandang di dalam kereta Gee . Weeda tersengih melihat skrin telefon
bimbitnya . “ Hello Bee ..” Manja suara Weeda memulakan perbualan. Gee
berpaling semula ke depan . Sempat dia mengerling ke arah Lin yang tenang memandu . “ Honey ada dalam
kereta ni ... nak pergi buat rambut ..lepas tu pergi mekap .” Suara Weeda yang
manja hampir menyebabkan Lin memburaikan tawanya . Namun Gee sempat memberi
isyarat amaran pada Lin .
“ Honey pergi dengan Gee ..Bee
ingat dia lagi tak ?” Soal Weeda pada bakal suaminya . “ Boleh ..kejap ya ..”
Weeda menghulurkan telefonnya pada Gee . “ Gee … ada orang nak cakap dengan kau
.” Gee menyambut huluran Weeda lalu
menekapkan gajet comel itu di telinganya.
“ Assalamualaikum ..” Gee memberi
salam .
“ Perghhhh!!!! Suara masih sama
macam dulu seh . Mesti kau makin comel kan ?” Suara di hujung sana kedengaran
ceria . Gee tersentak . “ Siapa ni ?” Soal Gee . Dia memandang Lin dan Weeda
silih berganti . Weeda hanya tersenyum lebar . “ Kau tak kenal aku ke ?” Soal
suara di dalam talian . “ Tak perasanlah ..cakaplah siapa ni ?” Soal Gee masih tidak puas hati .
“ Kita jumpa petang nantilah..kalau bagitau sekarang tak bestlah ..he he . Eh ,
kau bagi balik handphone ni kat Weeda ..” Arah suara di dalam talian . Gee
memulangkan kembali medium komunikasi itu pada Weeda .
“ Kau cakap kat BEE kau tu ..kot ye
pun nak berahsia ..jawablah salam orang dulu . Awak tu nak jadi ketua keluarga …
kalau salam orang pun tak pandai nak jawab , yang lain-lain tu tak tahulah
nanti..” Gee membetulkan kembali duduknya . “ Dia excited dengar suara kau kot
.” Weeda cuba membela bakal tunangnya itu . “ Baru dengar suara Gee dah lupa
bagi salam ? Kalau dah jumpa , silap – silap hari bulan lupa kat hang Weeda !”
Lin ketawa mengekek kerana berjaya
menyakitkan hati sepupu Gee itu .
“ Woi , mulut tu tapis sikit ye cik
kak ! Aku cili nanti .” Weeda menolak kerusi pemandu dengan kasar . “ Eh ! Hang
kira cili hang je ? Hang tak nak rasa cabai aku ? Kalau hang kena bukan setakat
bagi salam , mengucap terus hang tau tak ?” Tawa Lin semakin kuat . “ Dah lah
tu ! Aku cakap sikit je . Korang pulak yang lebih – lebih !” Gee meninggikan
suaranya sekaligus membantutkan niat
Weeda untuk membalas kata –kata Gee .
Lin tersengih memandang Gee yang
masam mencuka .