Semalam masa Buletin Utama kat TV3 , PM kiter dh bagi larangan sambutan Valenine's Day bg umat Islam.Bagus....memang patut pun..Rasanye x payah la aku ulas panjang.Apa yang penting...x perlu nk tunggu Valentine's Day untuk meluahkan rasa kasih dan cinta kiter....hari2 lain pun boleh...kan kan kan...
Ok....
Macam2 benda yg berlaku dan akan berlaku dalam bulan Februari ni..Antara yang menarik , sempena Valentine's Day..TV3 kuarkan balik filem- filem hindustan yg lama dan pernah menjadi pujaan hatiku...
Dil To Pagal Hai
Cite ni hit mase aku sekolah menengah, masa tu memang gelombang bollywood yg gila-gila ah..Walaupun kalau ditonton kesemua filem yg hit pada masa tu seperti Kuch Kuch Hota Hai , Mujse Dosti Karoge , Har Dil Jo Pyar Karega dan banyak lagi...sumanya melibatkan cinta tiga segi. Bagi aku , jalan cerita tu aku x berapa kisah sangat, yang penting..lagu-lagu dan tarian ader dlm filem tu.Hmmmm...tetiba teringat lak kat kawan lama aku...Jom baca....
1998 , Tahun SPM dan Hindi Power..
Masa ni aku suka buat study group ngn 2 orang lagi kawan.Apa yang menarik tentang study group kitorang ialah...mesti ader radio..eh..lupalak nak kenalkan korang dgn kawan2 study group aku.Yang sorang ni jiran belakang umah je...dh kenal sejak kecil .Tapi dia x sama sekolah ngan aku.Dia kat Sek. Men. Dato' Mansor , Bahau.Dan selalunya umah dia pun jadi port tempat kitorng study.Aku panggil dia kak Ita.Nama penuh dia Noor Zunita Begum.
Yang sorang lagi aku dh kenal sejak zaman pakai pampers lagi.Dia ni mmg peminat fanatik Salman Khan.Pernah sekali tu dia beli sampai 3 buah majalah semata-mata nk amik gambar hero pujaan hatinya.Dia akan tiru suma yg ada pada Salman Khan , gaya rambut , gaya jalan bahkan sekarang pun dia masih minat lagi dgn Salman Khan.Badan dia pun tegap mcm hero bollywood tu.Sesuai la dgn kerja dia sebagai anggota polis.Aku panggil dia Abg Ngah, nama penuh dia Mohd Nor Hazreek.
Kalau korang masih ingat dulu ader sorang Dj radio THR.fm nama dia Andy Hakim.Msa tu setiap Khamis mlm Jumaat mesti ada rancangan Hindi Power.Huuuu...rancangan ni start kul 10.00 mlm.Kebiasaannye bila start je rancangan nih kitorng pun dh hilang tumpuan pada buku.Tapi yg selalu cepat hilang tumpuan aku ngn abang ngah lah.Kak ita dia sekadar layan je .Aku ngan abg ngah siap blh menari2. Pernah sekali aku tgh syok henjut2 badan aku yg "comel" ni sambil layan Hindi Power, kerusi yg aku duduk tu dh x mampu menampung "keringanan" badan aku lalu..."praaaaap".Kerusi tu patah dan aku pun tergolek macam buah nangka busuk.Malu siot!!!!!!! Aku buat muka selamba je bila diorng gelakkan aku.
Masa tu punyalah minat ngan cite- cite hindustan ni. x ckp dgn video tape ( zaman tu cd blm berapa popular lagi ), aku beli pulak kaset.Bila dh kuar dlm bentuk cd , aku beli pulak cd.Aku suka tengok ulang sampai blh hafal lagu2 dlm setiap filem tu.
Sampai ke zaman kolej pun aku masih mengikuti perkembangan dunia Bollywood. Aku x kisah sapa pelakon - pelakon nya asalkan lagu2 dia best, aku layan.Antara filem2 yg best masa tu..
Sekarang pun masih layan Bollywood lagi cuma dah x segiler dulu. Lagu2 sekarang dah x berapa best mcm dulu.Dan untuk semua blog reader yang sudi singgah kat blog merapu aku nih , khas untuk bulan Februari ni , aku kasi korang layan lagu2 Bollywood yg menjadi pujaan hatiku...Enjoy listening while reading..