Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

May 21, 2011

Hobi baru.

 Lama pulak rasanya aku tak melawat blog sulung aku ni. Sejak dah ader hobi baru ni , kesempatan nak merapu kat sini agak terbatas . Alhamdulillah hubby menyokong penuh hobi baru aku ni . Antara sebab - sebab yang dia menyokong penuh hobi baru aku ni .

~ dia kata aku dah kurang membebel .
~ dia kata aku dah kurang tidur petang
~ dia kata dah ada orang yang temankan dia berjaga malam masa dia mengadap komputer.
~ dia kata aku dah  tak ngigau masa tidur malam....letak kepala je terus Zzzzzzzzzz.....

Anak - anak juga menyokong penuh hobi aku . Antara alasan kakak  dan  Qira...( Syahir belum pandai komen apa 2..he he he )

~ ibu dah kurang marah
~ ibu suapkan tiga - tiga sekali makan serentak ( selalunya kakak ngn Qira kena makan sendiri..bila aku suapkan jimatlah masa aku nk mengemas dapur .)
~ ibu pun join sekali buat kerja sekolah .. ( itu kakak kata sebab bila aku merapu utk Izinkan Aku Bahagia ( IAB ) aku akan join kakak ngan Qira buat homework .

 Aku harap sangat hobi baru aku ni dapat menghasilkan sesuatu . Aku tak pedulik lah teknik penulisan aku tu tunggang langgang ,  yang penting hati puas dan aku bersedia utk menerima komen membina dari kengkawan.

Masa aku tengah merapu kat en3 ni aku dah dpt beberapa order utk dapatkan full edition IAB . Terima kasih pada kengkawan yang sudi order . Pada kengkawan yang nak buat order blh lah blogwalking kat sana dan tinggalkan komen korang ye...

Babai....

No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.