Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!
Jumlah pengunjung setakat ini .
April 23, 2015
E-BOOK SULUNG ~ APA DAH JADI?
Hai hai hai!!!!!
Lamanya tak merapu kat sini. Teaser-teaser pun dah lama tak bertepek kat sini kan? Takpe, kali ni bukan teaser. Tapi saya ada baby baru. Baby yang ni spesel sikit sebab dia tak boleh dipegang tapi boleh dilihat dan dibaca.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar beberapa orang kawan dan abang Google, maka baby ebook yang pertama telah berjaya saya hasilkan. Kenapa tak keluarkan dalam versi cetak? Siapa kata tak keluar? Inshaa Allah, kalau ada rezeki merasalah kita semua peluk Abang Joe dalam versi cetak. Bila? Itu saya tak berani nak janji. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Abang Joe ya.
Kalau ada yang berminat nak memiliki Abang Joe dalam versi 'tenung ' ni, bolehlah baca semua maklumat yang tertera kat dalam gambar tu. Senang, murah dan cepat. Harap sangat korang dapat sokong usaha pertama saya ni. Masih banyak lagi cerita-cerita yang belum keluar dan saya memang sangat tak sabar nak bagi korang baca cerita-cerita tu. Cewah! Macamlah best sangat cerita-cerita tu kan?
Terima kasihlah pada yang dah beli. Mudah-mudahan Allah membalas segala budi baik korang dengan anugerah yang setimpal. Tanpa korang, makcik montel ni mungkin masih berangan sorang2 aje kat rumah sambil gunting lada kering untuk buat sambal nasi lemak. Hahahaha! Merapu sudah!
Oklah, sampai sini dulu. Jangan lupa untuk miliki Abang Joe dalam versi ebook ya. Tatataaaaaaa!!!!
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
.

.

.

.