Assalamualaikum...
Hi hi hi , hari baru ada mood nak merapu kat blog ni..bukannya xder masa free , tapi mcm x der feel nk merapu coz cite nye lebih kurang sama jek...Tapi hari ni nak merapu bukan sebab cite nye x sama . Tapi ada lah 2 3 story yg aku nk share ngn korang...walaupun x best , tapi aku nk tulis jugak dan tima kasih la kat korang yg sudi baca eh...
2 3 hari ni aku risau sangat dengan perkembangan perniagaan aku y mula menurun. Jualan hampir setiap hari x habis, kecuali hari Sabtu.Mungkin sebab dah makin ramai yg menjual sarapan pagi kat dalam Vista ni..
Lepas berbincang dgn hubby , kami bercadang utk berniaga pada waktu petang sempena cuti sekolah nanti . Hubby pun ada mencadangkan aku mencari mana2 gerai yang nak buat tempahan kuih...
Ya Allah bantulah hamba Mu yang lemah ini...Banyak lagi hutang piutang yang perlu aku lunaskan....Permudahkanlah urusan kami Ya Allah....
Awal Mac yang memberangsangkan....
Awal pagi Sabtu yang lepas , aku dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki Cina yang agak berusia...mencari kuih Seri Muka sebanyak RM 60.00. Disebabkan jumlah yang aku jual x mencukupi , dia x jadilah nk beli baki kuih yang ada...Tapi entah macam mana mulut aku ni gatal plak g beramah mesra ngan dia...borak2 punya borak , rupa2nya Cina tu adalah salah seorang yang berjawatan tinggi di Hotel Grand Far East , Masai, Johor.
Erm...tapi kalau sekali tengok penampilannya mmg x mcm Big Boss..maybe sebab hari Sabtu kot...he he he
Dan ......
Hasil dari keramahan itu aku telah di pertanggungjawabkan untuk menyediakan sebanyak 200 biji kuih seri muka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu...
Terima Kasih Ya Allah....
Tapi....disebabkan aku x berapa pakar buat kuih ni maka aku serahkan tanggungjawab ni pada kawan yang meletakkan kuih tu kat gerai aku....senyum lebar akak tu....Aku? xpelah...aku dapat 2 3 ringgit duit atas angin pun cukuplah...
Rabu ......tugas baru menanti...
Korang pernah dengar tak Amanah Ikhtiar Malaysia
Kalau sapa yang nak tau pasal AIM ni.....g cari kat Google yek...hi hi hi
Hmmm...aku dh join sahabat AIM ni dah hampir 5 bulan , dan Alhamdulillah persatuan ni banyak membantu peniaga2 kecil macam aku ni...
Dan hari ini macam biasa , setiap hari Rabu ada perjumpaan dan pembayaran..senang kata..Meeting lah ...hi hihi
Tak sangka pulak hari ni ada pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru...
Dalam pada aku dok riuh2 kat belakang , tiba2 nama aku disebut oleh bekas Timbalan Ketua Pusat...dari jauh aku menggeleng2 kepala...
Dan....tak semena2 cikgu yang mewakili pusat AIM kawasan aku tu panggil nama aku...sampai sekarang ni aku masih terngiang2 kata2 dia..
" Puan Siti Lailatulshima , saya lantik puan untuk jawatan Setiausaha Pusat Al-Iman"
Tergamam aku kejap , dah mula muka aku panas...TAK NAKKKKKKKKKKKKK
" Saya hairan kenapa setiap kali dilantik untuk pegang jawatan penting , ramai yang tolak . Sedar x kalau puan2 semua nak mengubah kehidupan , mungkin ini satu permulaan yang baik...kenapa nak malu pegang jawatan penting , takut diketawakan orang ?, takut dicap gila kuasa?...fikir secara positif , ingat balik salah satu ikrar kita , MENGELUARKAN KELUARGA DARI KEMISKINAN...bla bla bla bla....
Cikgu tu pandang je muka aku sambil membebel...sebenarnya aku x amik pot pun apa yang cikgu tu kata , tapi hati aku sentap bila teringat ikrar dan tujuan asal aku join AIM ni...
" Kak , saya cabar akak pegang jawatan ni !"
Membulat mata aku pandang cikgu tu...mata cikgu tu x lepas dari pandangan aku...dan akhirnya...satu anggukan dari aku telah membuahkan senyuman dari cikgu...hi hi hi....
Makanya pada hari ini secara rasminya aku telah memegang jawatan Setiausaha Pusat Al- Iman Cawangan Bandar Seri Alam , Mukim Plentong 2...
Semoga aku mampu memikul tanggung jawab baru ini dengan baik..Insya Allah...