Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

May 09, 2011

Salah Dengar ke Salah Cakap?

 2 3 hari ni , kesabaran aku sering diuji oleh Si Puteri Jepun aku ni.Aku faham dia nak kan lebih perhatian dari aku.Cuma kadang2 perangai dia buat meter kesabaran aku asyik nak melambung je...huh!

Istighfar?  Dah lebih dari tu aku buat.Pernah sekali..punyalah nak menahan marah kat dia , dekat 1 jam aku menyejukkan badan kat dalam bilik air...duhai anak...

Satu hari ...
"Ibu , mana cawan Qira? Apsal x letak atas meja? Kan Qira dh pesan jangan bagi sapa2 pakai cawan tu!"

Celik je biji mata , dia dh tembak aku dengan bebelan.  Suaranya sengaja disengaukan..konon-kononya sedih sangat lah...Aku layan kan je..walaupun telinga aku dh mula nak membahang..

"Roti mana?" lah..... x habis lagi rupanya.."Qira , boleh x cakap elok2?" aku dh mula naik angin .Mujur dia diam je.Aku jenguk jam..Dah nak dekat pukul 10.30 pagi.Kejap lagi aku kena siapkan kakak untuk pergi sekolah.Dalam kepala aku dah terbayang..mesti jap lagi Qira akan buat hal lagi.Otak aku dah ligat mencari idea macam mana nak ngelakkan dia buat hal jap lagi.

"Qira , nak tolong ibu x?" aku cuba pancing dia...
"Tolong apa?" dia tanya balik sambil tangan dia sibuk sapu kaya kat roti..
"Tolong ibu g kedai makcik Nor" aku pandang dia dengan harapan dia terpancing...
"Nak beli apa?" dia tanya lagi.Kali ni dia dah melompat turun dari kerusi dan menuju ke dapur..Yes! Umpan dah mengena.
"Tolong ibu beli telur 10 biji pastu kalau ader duit lebih Qira beli jajan" aku hulurkan 5 helai duit kertas seringgit kat dia .Dalam hati sangat lega....tapi....
"Qira nak pergi kedai sorang2 je...sapa pun xleh ikut..." ek eh...dia bagi syarat lak kat aku..
"Ok..tapi jgn lari-lari tau..." pesan aku.

Sementelah pemergian Jepun ke kedai..aku siapkan kakak.15 minit kemudian , aku terdengar suara kecil memberi salam...Belum sempat aku bukak pintu...dah terjongol si Qira dengan muka merah padam.Aku pelik..apsal lak nih...

"Ibu ni jahatlah..lain kali Qira x nak g kedai lagi!" dia tutup pintu umah sekuat hati , letak barang yang aku pesan kat dapur pastu menghenyakkan badannya yang kenit tu kat sofa.

"Apsal?" aku tanya Qira sambil tangan sibuk melipatkan kain..
"Suruh orang g kedai , tapi bagi duit x cukup" dia dah mula nangis...Aku pelik..selalunya mesti ada baki..Kali ni apsal leh x cukup lak...

" Xpe la..petang karang g lagi ye.."Aku pujuk dia sambil bagi dia makan aiskrim yang aku buat sendiri..Diam la mulut dia kejap...

Petang tu...
Aku tengah sibuk2 kat dapur nak sediakan minum petang...roti celup ngan telur...roti telur la tu...Aku bukak plastik telur yg Qira beli tadi.Tida-tiba aku ternampak benda lain kat dlm beg plastik tu...Pelik...x puas hati aku...aku panggil si Jepun tu..

"Qira , sapa bagi benda nih?" aku tanya sambil tunjukkan "benda" empat segi sama kat  dalam beg plastik tadi.
"Kan ibu yang pesan...tu pasallah x cukup duit...suruh beli barang banyak2..kan dah x cukup nak beli jajan.."omelan dia membuat aku tersedak....muka Qira nampak x puas hati..merenung aku dengan mata bundarnya.

Sambil tersenyum..."Sapa pulak yang pesan?.meh sini ibu tunjuk...kat dalam balang ni dah penuh dengan "benda" nih..x kan lah ibu nak suruh Qira beli lagi..."aku explain kat dia sambil tunjukkan balang berisi "benda" tu.

"Ye..Qira dengar ibu sebut camtu" dia x nak mengalah lagi....

"Oklah ..x pe..kalau x nak ngaku x per..."aku surrender...

Beberapa minit kemudian...

"Ibu , cuba ibu cakap balik ..sama macam ibu cakap masa ibu suruh Qira g kedai tadi" dia bagi arahan kat aku pulak..

"Qira , dalam beg plastik ni ader 5 ringgit.Nanti beli telur 10 biji dengan beli jajan .Hah!Puas hati?" aku tanya dia balik...

"La ilahaillallahhhhhh...Qira salah dengar la bu..Qira ingatkan ibu suruh beli belacan...patutlah duit x cukup...ha ha ha ..."dia gelak sambil tepuk dahi...  "Sori ye bu.Qira silaplah"....aku tenung dia...konon-kononya nak marah..Tapi sudahnye kitorang gelak melambak2 kat dapur tu dua beranak...

BELI JAJAN.....BELACAN....aku salah cakap ke dia yang salah dengar?wakaka...

No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.