Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

November 03, 2013

GURAUAN ASMARA BAB 2



            Aku pandang senarai pesanan yang tertampal di pintu peti sejuk. Panjangnya! Memang pudarlah harapan aku nak layan Hindustan hari ni. Bertapa kat dapur  ajelah jawabnya hari ni. Aku tenung kabinet dapur. Bahan-bahan buat kek pun dah tak banyak lagi. Cukup ke nak siapkan semua tempahan? Aku pergi ke depan. Kenapa senyap aje rumah ni?
            “Assalamualaikum.” abang Burn bagi salam dari luar.
            Patutlah rumah senyap. Diorang keluar beli lauk dan bahan-bahan untuk kek rupanya. Aku buka pintu gelangsar luas-luas. Tolong Kak Maziah keluarkan barang-barang dalam kereta.
            “Dah siap buat kek ke?” tanya Kak Maziah.
            “Belum, Dayang baru bangun.”
            “Baru bangun? Pukul berapa nak siap kalau macam ni? Banyak tempat nak kena hantar hari ni tau.”
            Kak Maziah buat muka tak puas hati. Eleh, macam dia yang buat kek tu. Aku mogok nanti baru dia tahu. Siapa suruh terima order  banyak-banyak?  Mula-mula dulu kata nak buat kecil-kecilan aje. Nak isi masa lapang  konon! Sekarang ni asal balik kerja aje kena sambung buat overtime  dapur.
            “Dayang, akak masak dulu ya. Lepas tu baru akak tolong.”
            Aku angguk aje. Malas nak jawab. Macam tak ada mood nak duduk kat dapur hari ni. Tapi tak sampai hati pulak nak aniaya Kak Maziah. Aku duduk sini pun percuma aje. Buat ajelah Dayang. Kau pun dapat bahagian kau juga nanti. Aku basuh tangan, keringkan tangan dan ambil apron. Kebersihan mesti diutamakan. Biarlah orang  tak nampak pun. Tapi yang kat atas tu nampak. Aku sanggul rambut tinggi-tinggi lepas tu tutup  dengan bath cap. Ok, Chef Dayang sudah bersedia untuk bersilat di dapur!
"Dayang, akak tanya sikit kau jangan marah eh."
            Aku pandang Kak Maziah. Sejak bila pulak dia jadi sopan ni? Setahu aku dia ni jenis lepas cakap. Mulut orang Melaka katanya. Dia sambung siang ikan sambil tunggu aku menjawab.
           "Tanyalah," jawab aku sambil sukat tepung kek kat atas penimbang.
           "Dayang ada boyfriend tak?"
           "Hah?"
           Habis terlambak tepung kek kat atas meja. Soalan apa ni? Kak Maziah ni memang dah tak ada modal nak bersembang dengan aku ke atau memang dia betul-betul nak tahu? Dia senyum pulak tengok aku terkial-kial bersihkan tepung yang dah terlambak.
“Takkan baru tanya macam tu pun dah terperanjat? Dah ada eh?” dia tanya lagi.
           "Siapalah yang nak kat Dayang ni kak? Bukannya pandai melawa pun. Kalau ada yang berkenan pun mesti orang tu dah tak ada pilihan lain lagi, atau dia kena paksa kahwin."
         Selamba aje aku jawab. Macam orang tak ada perasaan. Bukannya dia sorang yang tanya soalan tu. Mak, abah, abang Burn, abang Black, semua sibuk tanya. Risau sangatlah konon adik bongsu diorang ni tak laku-laku lagi.
“Kenapa akak tanya?” aku tanya dia balik. Tangan yang penuh dengan tepung aku basuh dicucuran air yang sudah dibukakan oleh Kak Maziah.
"Kawan akak kat ofis, minta akak carikan kawan untuk adik dia. Dayang nak tengok gambar dia tak?"
           Aku tutup paip air. Muka dia  aku pandang. Sejak bila pulak dia jadi ejen pencari jodoh ni? Belum sempat aku jawab, dia dah seluk beg tangan yang memang dia bawa ke hulu ke hilir sepanjang masa. Dia hulur sampul surat warna putih kat aku. Aku tak terus ambil sampul tu sebab tengah keringkan tangan yang basah.
"Akak dah tengok ke belum gambar ni?"
"Belum, takut akak pulak yang tangkap cintan nanti." 
Kak Maziah menyeringai. Amboi, gatal jugak kakak ipar aku ni. Aku ambil sampul  yang dia hulur. Tapi belum ada hati lagi nak tengok. Aku letak sampul putih tu kat atas peti sejuk.
"La, apsal tak buka? Cepatlah tengok gambar tu. Kalau berkenan akak boleh cakap terus kat kawan akak."
"Nanti dululah. Dayang belum bersedia nak kawan dengan siapa-siapa lagilah kak. Nak kumpul duit dulu."
Kak Maziah tak puas hati. Tapi dia tak boleh paksa aku. Aku mogok tak nak buat cupcake ni kang, baru dia tahu. Heheh! Aku sambung buat kerja. Dia pun dah mula menumis. Tapi aku tengok dia senyum sinis sambil geleng-geleng kepala. Apahal pulak Kak Maziah ni?

           "Belum bersedia ke, atau tengah tunggu seseorang?" 
Nada suara tu macam perli aku aje. Siap dengan pakej senyum senget pulak tu.
           "Tunggu seseorang? Siapa?" 
           "Bos yang selalu kacau Dayang tu, siapa nama dia?"
“Eee! Wayar Putus tu? Tolonglah kak. Jangan sebut  nama dia. Mahu bantat  cupcake  cake ni karang!”
          Entah apa-apalah Kak Maziah ni. Sampai ke situ pulak dia fikir. Tengku Haizal? Choi! Daripada aku tunggu dia baik aku tunggu Mr. Dinesh. Mana tahu kan, kot-kot tergerak hati  dia nak peluk Islam. Akulah orang pertama yang buat lompat bintang.  Kalau dapat kahwin dengan dia, mesti hidung anak-anak aku mancung macam hidung dia juga. Heheh! Apa yang kau merepek ni Dayang? Fokus okay. Sebiji kek pun belum siap lagi ni. Nanti nak kena hantar pulak.
Setengah jam kemudian bancuhan untuk dua ratus biji cupcake pun siap. Nak membakar pula lepas ni. Kak Maziah pun dah siap masak. Aku suruh dia layan Abang Burn dan anak-anak dia makan tengahari dulu. Rimas pula aku buat kerja dengan dia kat dapur ni. Mulut dia tak berhenti bercakap. Ada ajelah modal dia nak bersembang dengan aku.
"Dayang, telefon bunyi," panggil Kak Maziah dari ruang makan.
"Akak tolong jawabkan. Dayang nak basuh tangan jap,” laung aku dari dapur.
Aku jilat baki krim yang ada dalam bekas. Sedapnya! Kejap lagi boleh ikut Kak Maziah hantar cupcake kat rumah pelanggan-pelanggan online yang dah tempah cupcake tu. Bila aku fikir balik, rajin jugak akak ipar aku ni. Walaupun dah ada kerja tetap, dia nak juga cari pendapatan sampingan. Tapi yang paling best, aku pun dapat upah jugak sebab aku yang membuatnya. Dia tukang jual aje. Heheh!
"Dayang, Natrah suruh call balik. Akak tak boleh nak bawak telefon tu ke dapur, tengah cas."
"Takpe kak, Dayang call dia nanti. "
Aku sambung kerja. Masukkan susunan cupcake  ke dalam pembakar. Aku jeling jam. Dah pukul dua. Patutlah perut aku pedih. Sambil tunggu cupcake  siap, aku bancuh Milo panas. Perut aku ni memang mengada-ngada sikit. Tak boleh terus masuk nasi, nanti keluar balik. Tengok tin Milo ni, aku terbayangkan Tengku Haizal. Dia memang suka minum Milo. Mengingatkan insiden beberapa hari lepas buat aku senyum lagi sorang-sorang. Kenapalah dia suka sangat menyakat aku? Patutnya aku simbah aje dia dengan Milo masa dia cucuk pinggang aku tu. Tapi macam tak sampai hati pulak.
Aku ambil sampul yang Kak Maziah bagi tadi. Berkira-kira nak tengok ke tidak isi dalam sampul tu. Ting! Oven berbunyi. Satu dulang cupcake  dah siap. Aku letak balik sampul kat atas peti  sejuk. Masukkan dulang yang terakhir dalam pembakar. Aku teguk sikit Milo yang masih panas, kemudian sambung mengerjakan cupcake. Letak icing cream  untuk topping. Dalam pada nak menghabiskan satu dulang, yang lagi satu pun siap. Bagus, lepas ni dah boleh packing.
“Kak!”
Aku laung Kak Maziah. Ewah-ewah! Senangnya hidup dia. Aku berpanas kat dapur ni dia sedap-sedap berKuch Kuch Hota Hai  kat depan. Tadi kata dah lambat. Tapi kalau aku sorang-sorang nak buat semua kerja, mana boleh nak siap cepat. Ini sudah lebih!
“Ada apa?”
“Ni, tolong susun kek dalam kotak. Tadi kata dah lambat!”
Sengaja aku keraskan suara sikit. Bukan kurang ajar tapi saja nak dia tahu yang aku
dah penat. Nasib baik dia faham. Tanpa banyak songeh dia ambil kotak dan senarai pesanan. Tak sampai sejam semua kerja pun selesai. Semua cupcake  dah siap bersusun dalam kotak. Ada tiga tempat nak kena hantar hari ni. Macam biasa, akulah drivernya. Kak Maziah tukang tengok alamat.
"Nak bawak budak-budak tak kak?" 
"Tak payahlah, abang Burn nak bawak diorang balik jumpa mak," jawab Kak Maziah. Memang macam itulah hujung minggu. Aku dengan dia sibuk dengan cupcake, abang yang aku panggil Burn tu bawak anak-anak balik kampung. Lepas habis kerja-kerja menghantar cupcake, kitorang pulak menyusul balik rumah mak dan abah. Bukannya jauh pun. Tak sampai sejam.

           Nak menghantar cupcake  ke tiga tempat yang berlainan arah memang memenatkan. Kak Maziah ni pun satu. Kenapalah dia tak letakkan had kawasan penghantaran  dalam laman sesawang dia tu? Memanglah ada bayaran tambahan. Tapi kalau yang buat tempahan tu luar dari kawasan Kuala Lumpur, tak ke naya? Pernah sekali tu sampai ke Ipoh kitorang menghantar tempahan. Dan besoknya aku MC. Macam nak patah pinggang aku memandu lama-lama ni. Walaupun MC tapi tetap kena kerja juga. Tengku Haizal bagi aku cuti setengah hari aje. Masa tu dia ugut nak potong gaji aku dua hari. Jadi, tak nak memanjangkan cerita aku pergi jugalah kerja hari tu.
"Mana satu rumah dia kak, ni kawasan rumah orang kaya-kaya tau. Betul ke dia order cupcake dengan akak?" Was- was aku kejap dengan kakak ipar aku ni. Macam tak percaya aje ada orang kaya nak makan cupcake dia.
"Betullah alamat yang dia bagi ni. Dia ni officemate akak. Mak dia yang nak merasa, dia suruh akak hantar terus kat rumah mak dia," jawab Kak Maziah.
Aku mengangguk. Ikutkan ajelah. Jangkakan kalau tersalah rumah kang, aku telan aje cupcake tu.Hehe!.
         "Ha, tu rumah dia." 
        Adoi, bingit jap telinga aku. Dia punya menjerit macam nampak mamat handsome.  Aku gosok-gosok telinga yang berdesing. Sambil tunggu Kak Maziah buka tali keledar, aku tengok kawasan rumah kawan dia yang penuh dengan deretan pokok bunga matahari. Tapi bunganya semua tertunduk. Mungkin sebab dah petang kot. Sebab tu semua bunga-bunga tu tunduk.
"Eh kak, Dayang macam kenal aje kereta kat luar rumah tu." 
"Ah, kau tu semua kau kenal. Jomlah masuk sekali, mana tahu kot-kot kau kenal juga orang kat dalam rumah tu." 
Laju aku menggeleng. Macamlah aku tak tahu dia perli aku. Kurang asam! Aku tinggalkan kat sini kang, baru dia tahu. Tapi memang aku macam kenal kereta ni. Dalam pada tengah berfikir, telefon berbunyi pulak. Natrah. Eh, aku lupa nak call dia baliklah tadi!
"Assalamualaikum Nat. Weh, sorrylah. Aku lupa nak call balik tadi. Apa hal? Dah lama tenggelam, tiba-tiba timbul ni?" Sementara nak tunggu kawan sekampung aku ni habis gelak aku cucuk dulu wayar handsfree sebab Kak Maziah dah masuk balik dalam kereta.
"Kau nak cari kerja? Hmm.." Aku fikir kejap. Aku jeling juga akak ipar aku kat sebelah. Ni kalau aku cakap gerenti dia tembak aku dengan macam-macam soalan.
"Bila kau dah turun KL nanti kau cari aku. Nanti aku SMS alamat tempat kerja. Kat situ ada kosong. Mungkin ganti tempat aku nanti.
Kak Maziah pandang aku. Kan aku dah cakap. Nampak sangat dia tak sabar nak tunggu aku habis cakap telefon. Elok aje aku cakap 'bye' kat Natrah dia terus jadi pegawai penyiasat.
"Kau nak berhenti kerja ke Dayang?"
"Dalam perancangan aje kak, belum confirm lagi." Aku senyum kelat kat dia. Senyum kelat tu camne eh? Ala, senyum yang macam tak nak senyum tu.
"Kenapa pulak nak berhenti?"  dia tanya lagi.
 Aku diam kejap. Nak cakap yang betul ke nak cakap bohong? Betul ke bohong?
"Oi, akak tanya ni. Kenapa Dayang nak berhenti kerja?"
"Bos Dayang tu suka menggatallah kak! Dayang tak suka!"
“Siapa nama bos Dayang tu?”
“Si Wayar Putus!”


.

.
.

.

.

.

.

.

.
.