Kipas siling yang berputar ligat tidak mampu melelapkan mata Ody. Walaupun keletihan dan hari sudah semakin lewat, matanya masih segar. Puas berkilas ke kiri dan kanan, sudahnya Ody bangun. Dia duduk di birai katil smabil membelek jemarinya yang masih merah. Buat kesekian kali, airmatanya gugur lagi.
“Abang, sebab
abanglah Ody terpaksa tinggalkan
keluarga. Ody takkan lupakan kenangan
pahit yang abang tinggalkan buat Ody
dan keluarga. Abang memang jantan
tak guna!”
Sambil meramas
kuat pehanya sendiri, Ody
menangis teresak-esak. Esakan yang semakin kuat cuba ditahan tatkala melihat
Najwa yang berada di sebelahnya
sudah terjaga. Cepat-cepat
dia berbaring semula
dan menekup muka dengan bantal. Bimbang akan dileteri lagi
oleh Najwa. Telinganya sudah
kebas mendengar bebelan sepupunya itu
sewaktu di dalam bas tadi.
“Tak lemas ke
menangis macam tu?”
Ody tersentak.
Ternyata helahnya tidak berjaya.
Terasa bantalnya ditarik, Ody
segera menekup mukanya dengan kedua belah tangan.
“Sudah-sudahlah tu. Besok
kita nak pergi temuduga. Kalau
muka sembab macam ni, takut orang
nak ambil kau bekerja nanti. Kata nak move
on. Tapi aku tengok
dari tadi asyik menangis aje. Tak penat ke? Buta mata tu
nanti, terus jadi ahli muzik pulak!”
Dalam sendu, Ody
menguntum senyum. Selimut yang menutup
tubuh dijadikan pengesat muka
yang basah dengan airmata. Najwa menepuk-nepuk perlahan peha Ody, cuba
menyalurkan kekuatan. Ody bangun dan
menyertai Najwa berlunjur di
tepi katil.
“Kalau aku dapat jantan tu memang separuh mati aku kerjakan dia.” Ody memukul bantal peluk.
“Eleh! Boleh percaya ke? Entah-entah bila dah ada
kat depan mata kau rayu
dia. Bukannya aku tak kenal
kau tu. Harap muka aje garang.
Tapi hati macam tisu.” Kepala Ody ditunjal perlahan.
Najwa bangun.
Tingkap hotel bajet itu
dibuka luas. Ody juga turut menyertainya menyedut angin malam. Melayan kesejukan di malam hari
membuatkan hati Ody semakin sayu. Dia masih tidak mengerti,
kenapa dia ditinggalkan gantung tidak
bertali. Nasir bukan suami orang. Ody
memang sangat pasti akan hal itu.
“Sepatutnya
waktu-waktu begini aku
tengah honeymoon. Tidur
berbantalkan lengan Abang Nasir. Berkongsi
selimut yang sama. Mandi bersama.
Dia berus aku, aku berus
dia...” Bibirnya menyungging
senyum, tetapi matanya bergenang
dengan airmata yang bakal melimpah bila-bila masa saja.
“Eee, kau tak
payahlah ingat lagi benda-benda tu semua. Kalau
kau nak, dengan aku pun boleh buat semua tu. Jom!” Najwa menarik tangan Ody ke
bilik air.
“Kau nak buat apa
ni?”
Najwa tersenyum
nakal. Sambil memulas kepala
paip, dipeluknya Ody lalu dibawanya ke
bawah pancuran.
“Woi! Kau jangan buat
kerja gila malam-malam buta ni Najwa. Sejuklah!”
“Sejuk? Tak apa...kejap
lagi kita kongsi satu
selimut. Aku peluk kau, kau peluk
aku. Eh, bukalah baju ni. Aku
nak berus belakang badan kau. Sorrylah tak ada bath tub. Bajet kita
tak banyak. Lain kali kita
sewa hotel yang mahal. Boleh mandi dalam bath
tub.”
Terjerit-jerit Ody cuba melepaskan diri. Tapi sudah terlambat. Mereka berdua sudah basah kuyup
di bawah pancuran. Ketika tangan Najwa cuba membuka butang pijama Ody,
dia berlari keluar. Hilang sedihnya buat
seketika.
“Nak
lari mana? Marilah sayang...” Najwa
tunjuk muka gatal. Sengaja
dia buat aksi nak mendukung Ody.
“Ya
Allah Ya
Tuhanku, hantu apakah yang telah
merasuk sepupu aku
ni?”
Najwa
tergelak kuat mendengar kata-kata
Ody. Senang hatinya melihat Ody
sudah senyum kembali. Sebenarnya hati Najwa turut pedih apabila
sepupunya diperlakukan
sebegitu rupa. Tapi apakan daya. Semuanya sudah
berlaku. Hidup perlu diteruskan.
Dan dia rasa sangat bertanggungjawab untuk membuat Ody
gembira kembali.
“Kau
jangan sebut pasal hantu
malam-malam ni Ody. Kita tak biasa lagi
dengan tempat ni. Nanti tak pasal-pasal...”
Tok!
Tok! Tok!
Lintang-pukang
mereka berdua melompat ke atas katil. Tak peduli lagi dengan baju mereka yang basah kuyup. Ketika
pintu diketuk buat kali
kedua, mereka sudah berbungkus di
dalam selimut. Menggigil badan masing-masing. Kesejukan dan ketakutan sama
banyak.
“Siapa yang ketuk pintu
malam-malam buta ni Najwa?”
“Manalah aku tahu.
Itulah kau, pergi sebut pasal hantu
tadi kenapa?”
“Weh! Mana ada hantu. Ada orang ketuk pintu tu. Pergilah
buka.”
“Hish! Tak nak aku. Kalau
bukan orang macam mana?”
Ketukan semakin kuat. Badan mereka semakin menggigil, langsung tak berani
untuk turun dari katil. Pelbagai benda negatif
yang mereka fikirkan. Najwa sudah mula
teresak-esak. Keseronokan yang baru
bermula terus hilang serta-merta.
“Jangan-jangan ada
orang nak merompak kita...” Najwa bersuara perlahan.
Bam!
Pintu ditendang. Terdengar
beberapa derap langkah masuk
ke dalam bilik. Najwa dan Ody
sudah keras mematung. Baru saja Ody
ingin mengintai, selimut
direntap kasar. Najwa sudah
meraung ketakutan. Leher Ody
dipeluk kuat. Matanya
terpejam rapat, tak berani
melihat apa yang ada di depan
mata mereka sekarang.
“Gari mereka dan
kumpulkan bersama yang lain.”
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~
“Boleh saya hantar
awak berdua balik ke
hotel?”
“Memang Encik kena hantar kami berdua ke sana. Pandai
angkut, pandailah hantar balik!”
Najwa mencuit lengan Ody. Ody hanya membalas dengan jelingan tajam. Pegawai polis
yang menahan mereka di hotel bajet
tadi membuka pintu kereta di bahagian belakang. Belum sempat Ody masuk ke perut kereta, Najwa dengan pantas
menarik Ody menjauhi kereta pegawai polis itu.
“Boleh percaya
ke dengan polis tu? Aku
takut kalau dia melencong ke tempat lain aje,” bisik Najwa. Sesekali matanya
mengawasi pergerakan pegawai polis yang masih menunggu di kereta.
“Dia nak melencong
ke mana pulak? Kau jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak Najwa. Aku
dah mengantuk ni.” Ody melepaskan
pegangan tangan Najwa. Tanpa banyak bicara dia masuk ke dalam kereta.
Najwa tidak masuk
sekali bersamanya. Tetapi gadis itu memilih untuk duduk
di bahagian hadapan.
“Tunggu sekejap
ya. Handphone saya tertinggal kat
dalam pejabat.” Pegawai polis tadi masuk semula
ke dalam balai.
“Amboi! Jadi mem nampak,” perli Ody.
“Bukan mem
besarlah. Bahayalah kalau dua-dua duduk
kat belakang. Kalau dia cuba
melencong ke tempat lain karang,
kau gigit telinga dia dari belakang. Aku pula tumbuk muka
dia dari depan.”
Bersungguh-sungguh Najwa mengatur
rancangan.
Ody sudah tidak
kuasa melayan. Badannya sangat lesu. Apa yang dia mahukan ketika ini adalah tidur. Kepalanya juga sudah mula pening-pening lalat. Malang sungguh nasibnya kebelakangan ini. Sudahlah baru ditinggalkan suami. Tak pasal-pasal hari ini
dia dan Najwa tertangkap sekali di dalam operasi membanteras pelacuran di hotel
bajet itu. Mujurlah nasib menyebelahi
mereka. Kalau tidak, pasti mereka
akan bermalam di dalam lokap.
“Apa nama pegawai
polis tu Ody?”
“Entah.”
“Kau rasa-rasa
umur dia berapa?” Najwa masih bertanya.
“Manalah aku tahu.
Bukan aku yang beranakkan dia,” jawab
Ody acuh tak acuh. Matanya sudah hampir
terlelap.
“Kalau tengok pada gaya dia kan, kau rasa-rasa dia
dah kahwin ke belum?”
“Belum.” Tiba-tiba pegawai polis tadi membuka pintu kereta dan terus menghidupkan enjin.
Najwa membetulkan duduk. Lima minit perjalanan, tak ada
seorang pun yang mahu memulakan
perbualan. Ody sudah beberapa kali
menguap. Najwa memeluk tubuh. Baju
tidur yang basah lencun
sebentar tadi sudah kering sendiri di tubuh mereka.
“Kalau awak berdua dapat
kerja kat sini, awak nak tinggal kat mana? Takkan nak terus tinggal kat hotel tu sampai
awak dapat cari rumah sewa?
Banyaknya duit. Awak
ada share ke dengan hotel tu?”
Akhirnya pegawai polis
itu bersuara.
Najwa mengerling
Ody yang duduk di belakang. Ody masih seperti tadi,malas nak melayan pegawai polis itu
berbual. Tak cukup lagi ke
sesi soal siasat di balai
polis tadi? Suka hati
dialah nak tinggal berapa lama
pun di hotel itu. Duit bukan masalah bagi
dia. Kalau tak cukup, maklumkan
saja pada abahnya. Dia mencari kerja
di sini pun semata-mata ingin melupakan Nasir. Kalau tak
berjaya dalam temuduga esok, tak menjadi
ralat langsung bagi Ody.
Melihat Ody dan Najwa
seperti tidak berminat untuk
berbual,akhirnya pegawai polis itu
turut senyap. Hanya suara radio
yang menemani kesunyian di dalam
kereta. Lima belas minit kemudian, mereka tiba
di destinasi. Tanpa ucapan terima
kasih, Ody terus keluar dari kereta.
Tidak perlu ucapan terima kasih kerana
bukan dia yang ingin menumpang. Pegawai
itu dan anak-anak buahnya yang ‘mengangkut’ mereka dengan black maria semasa serbuan
tadi.
“Ini kad saya.
Kalau ada apa-apa hal, boleh hubungi saya.” Kad dihulur
pada Najwa. Ody sudah menonong
pergi. Matanya bagai sudah tidak
mahu terbuka lagi.
“Cepatlah Najwa! Aku dah mengantuk ni.”
Najwa cuma sempat mengangguk. Bimbang ditinggalkan
berseorangan di situ. Ketika mendaki
tangga ke bilik, Ody mengambil kad
nama di tangan Najwa. Tak
semena-mena mulutnya mencebik sebaik
sahaja membaca barisan-barisan huruf
yang tertera di kad itu.
“Pangkat dah best. Tapi nama tak komersial langsung!” Selamba saja Ody mengutuk.
Najwa merampas
kembali kad nama di tangan Ody.
“Pergh!!! Ketua Detektif tu!!!”
“Huh! Nama dia tak
bestlah. Cuba kau baca,apa namanya tu?” Ody menjuih bibir sekali
lagi.
“Atan...”