Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

April 20, 2011

Kenapa , Mengapa ?....

 Sejak dh buat kerja part time kat umah ni..masa sgt lah terhad utk buat / fikir benda2 yang lain..Badan mmg penat tapi aku rasa mcm aku suka pulak keadaan sekarang sebab aku dh x sempat dh nk fikir benda2 yg mengusutkan kepala otak sebelum tidur..Sekarang ni , letak je kepala kat bantal..terus je ZzzzzzzzZzzzzz.......

En3 kali ni aku nk story sikit pasal anak dara aku yg no.2 , Izma Nurul Syaqira . Dia ni sejak dua menjak ni dah jadi sangat becok pulak .Dia dh join venture ngan si Kakak. Hmmmm..budak berdua ni mmg sibuklah nak menolong sekali aku mengira envelope . Tapi aku x bagi sebab kalau dia be2 dah campur tgn .. gerenti si Syahir pun nak menyibuk sekali..Ok back to Syaqira..

Banyak benda yang dia soal kat aku dalam beberapa hari kebelakangan ni.Syok jugak melayan pertanyaan2 dia ..Tapi ada jugak antara soalan2 dia tu yg buat aku  jatuh dari kerusi dek gelak..Jom layan cite dia..

Masa tengah nengok cite "Waris Jari Hantu"...

Jepun tanya....
" Ibu , harimau tu orang ke harimau?"

Aku jawab...
"Harimau tu haiwan la..

Beberapa minit kemudian...

Jepun tanya..
"Ibu , tadi ibu kata harimau tu haiwan..apsal tetiba harimau tu pakai kain?"

Aku ....x mampu nk jawab sebab aku dh terkekek-kekek gelak sampai jatuh dari kerusi...wakaka...

Satu malam masa tengah nengok Akademi Fantasia 9 ( Konsert Pertama )

Masa Miza tengah nyanyi...Qira tanya..

" Ibu , kakak yang badan macam ibu tu nyanyi ke jerit?"

Abah tolong jawab bagi pihak aku ...
" Dia tengah bernasyid...

Masa Raqib tengah nyanyi....dia jadi pengkritik bebas..

"Laaaaa.....dia nyanyi pakai henpon lak ibu ..."

Aku senyum je sambil tangan ligat buat kerja..tiba2 satu umah gelak bila nengok Enot naik pentas...dan gelak aku jadi makin kuat bila Qira cakap...

"Tadi nyanyi pakai henpon , ni dia bawak mak dia sekali nyanyi ngan dia !!!! ha ha ha ..Mak dia pun macam ibu ...ha ha ha "

Petang hari minggu lepas saja2 lah bawak diorng ni lepak2 kat bawah . Then jiran cina yg kat tingkat atas umah aku tu turun dgn boyfren dia ..Aku juz angkat tgn je kat dia sebagai tanda ramah ..Aku x perasan lak yang si Qira ni merenung couple tu sampai keta diorng hilang dr pandangan . Dan x disangka - sangka ....

"Ibu , semalam Qira tengok anak Aunty May tu kan kecik je..hari ni camne dah sama besar ngan dia pulak?" huargh hahahaha ....aku gelak je tanpa menjawab soalan dia..takut lagi banyak pulak soalan dia...

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.