Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

January 24, 2014

AKHIRNYA..... KINI PASTI ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!!!!

Adoi, lamanya tak merapu-rapu kat sini kan. Mintak hampunlah ya.. Diri dilanda kesibukan yang dibuat-buat. Heheh! Masa berblogging agak terhad sekarang sebab .... aku pun tak tahu sebab apa.. sibuk sangat ke aku ni? Okey, takyah merepek panjang-panjang.. Aku nak annouce kan satu berita penting ni.. nak pinjam mata masing-masing sat boleh naaaaa!!!

Dengar sini orang-orang kampung!!! Saya ingin mengumumkan, karya saya yang dulunya bertajuk HATI SEORANG XXXL, telah pun dilahirkan dalam versi cetak dengan tajuk DIA... AKU PUNYA di bawah naungan penerbitan OCTOBER


  Pada sesiapa yang mengikuti kisah Gee dan Fakhri ni dulu mesti ingat isi perut cerita ni macam mana kan? Kisah sorang budak montel yang membawa dirinya yang bam bam tu ke bandar sebab tak tahan duduk kampung. Malu sebab orang dok pakat ejek badan dia macam tong dram. Walaupun dia macam tong dram tapi dia pun ada hati perut tau. Apa jadi dengan dia lepas tu, korang kenalah dapatkan DIA... AKU PUNYA . Barulah tau kisah selanjutnya kan....hehehe

Macam mana cara nak dapatkan novel sulung saya ni?

Mudah saja. Korang boleh order terus dengan penulisnya , IZMA QAHIERA tu..kalau nak senang, pi like page dia kat Facebook . Kat situ saya ada cerita macam mana nak buat pembayaran. Mailah ramai-ramai pakat order cepat-cepat agar buku ni boleh dipeluk sendat-sendat! Kalau order terus dengan penulis dapat cenderahati dan tandatangan tau..

Kalau rasa rajin dan sudilah nak jumpa dengan penulis debab ni, nak bertentang mata dengan dia, bolehlah datang ke MAJLIS PERASMIAN atau dalam bahasa Jawanya  LAUNCH pada

                       HARI        : AHAD , 16 FEBRUARI 2014.
                       JAM          : 11.00 PAGI
                      TEMPAT   : C-12-GB, JALAN PRIMA SAUJANA 2/B,
                                         SEKSYEN 2, PRIMA SAUJANA,
                                         43000 KAJANG, SELANGOR.

Datanglah yeeeeee...boleh kita peluk sendat-sendat ( untuk pompuan laaaaa) . Mari-mari ... saya menunggu kedatangan korang semua di Kajang nanti!!!! 

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.