Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

December 31, 2010

Datang Dan Pergi...

Besok 2011 tiba . meninggalkan 2010 yang penuh dengan macam2 cerita....aku pasti bila masuk tahun baru je...mesti ader la azam baru yang kita pasang...hmmmm...soalannya dah tercapai ke azam thn 2010?...aku x nak tanya orang lain , aku tanya pada diri aku sendiri...apa yang dah aku capai thn 2010 ni...

Seingat aku la...azam aku thn 2010 yg lepas....

1 ) Aku nak ajar 2 orang anak dara aku membaca dan pastikan kakak ( Izma Nurul Syafiqa ) boleh membaca sebelum umurnya 5 tahun.

Alhamdulillah , aku berjaya menunaikan azam aku yang pertama.Walau pun pada peringkat awal macam nak tertanggal jugak anak tekak aku mengajar puteri - puteri aku yang 1001 perangai nih..Lebih - lebih lagi si Jepun.Dalam masa 3 bulan kakak sudah boleh menguasai kemahiran 3M ( membaca , mengira  dan menulis ) .Syaqira pun sudah menguasai kemahiran 3M jugak, tapi dengan definisi yg berbeza ( membebel , menyepah , mengacau ) hi hihi...Apalah yang budak umur 2 thn tu tahu?.

.2) Buat kelas tusyen untuk anak - anak Vista Seri Alam.

Berbekalkan Diploma yang aku ada , aku telah berjaya memperolehi seramai 36 orang murid . Mereka terdiri dari pelajar2 sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan .Dalam ramai2 tu ada seorang murid istimewa , sorang pelajar yang berasal dari India dan sorang kanak2 genius.Aku cerita sikit pasal kanak2 genius ni...Umurnya  6 tahun , tapi dia boleh menyelesaikan masalah Matematik murid tahun 3 . Apa yang menarinya..Bila aku buat ujian EJAAN / SPELLING , anak ini sering menaglahkan pelajar2 tahun 4,5 dan 6.Alhamdulillah dia berjaya mendapat kelas pertama untuk tahun Satu.
Aku juga x lepas dari umpatan masyarakat sekeliling yang mempertikaikan kebolehan aku mengajar . Ada jugak yg inginkan bahan bukti yg menunjukkan aku ada kemahiran mengajar..Hm..aku x salahkan diorng...yelah masa depan ank2 diorng di tangan aku. Tapi aku mampu tersenyum bila pelajar2 yang mengambil UPSR te;ah berjaya dengan cemerlang . Dan apa yang paling aku puas hati , anakku Si Jepun boleh membaca sifir 2 - 6....Bukan nak berlagak...tapi aku jugak berhak untuk itu kan...

WELCOME 2011

ada azam yang telah aku buat untuk tahun 2011...nak tahu apa...hmmmmmm...aku ingin lakukan dulu...bagi aku masa 3 bulan...tiba waktunya nanti aku cite kat korang ye.....apa - apa pun semoga hidup kita semua lebih berkat dan dirahmati oleh Allah S.W.T.....Selamat datang 2011

December 30, 2010

Nasihat dari seorang sahabat.......

Beliau bukan lah orang yang rapat ngan aku , tapi kami pernah serumah masa belajar dulu. Tapi ntah kenapa pagi nih aku terpanggil untuk meluahkan rasa hati pada dia....Maybe sebab aku terbaca sesuatu yang amat berinfomasi kat dlm blog dia hari tu..kat bawah ni adalah info yang sangat berguna bagi org 2 yg cepat naik angin macam aku.Pada tuan punya info ..aku mintak maaf coz telah meng"copy n paste" en3 awak..juz wanna share it with other readers...

"Hari ini, ana ingin membawakan 1 hadis yang masyhur kepada semua, sebagai muhasabah diri kita. Satu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata : Wahai Rasulullah, berikan aku nasihat."

"Rasulullah SAW menjawab : Jangan kamu marah."

"Lelaki itu bertanya lagi, apakah ada lagi nasihat yang lain?"

"Rasulullah menjawab : Jangan kamu marah."

"Sekali lagi lelaki itu bertanya."

"Rasulullah SAW tetap menjawab : Jangan kamu marah."

"Maka, wahai keluarga saya yang saya cintai. Saya hari ini hendak memperingatkan kalian perkara yang sama yang telah Rasulullah wasiatkan kepada lelaki itu. Janganlah kamu marah."

"Apakah kemuliaan yang lebih besar? Apakah kesenangan yang lebih besar, selain Allah SWT bersama kita? Dan Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Allah bersama kita wahai sahabat-sahabatku. Maka, apakah besar dugaan yang datang, berbanding dengan besarnya Allah bersama kita?"

Kata itu terus-terusan mengetuk pintu hati-hati yang hadir.

 Memang betullah , bila kita  dlm keadaan marah , akal kita x dpt berfikir secara rasional . Masa tu apa saja yg kita lakukan , kalau x kena tempat , boleh memalukan diri kita sendiri. So pada kengkawan , marilah kita banyak2 bersabar...Oh ye...meh baca cite aku pasal kaunselor terjun aku di pagi hari ni...


Masa aku mula2 kenal dia nih , aku pikir dia ni kasar orang nye..yelah..gaya dia berjalan ada ala-ala tomboy sikit , tapi rupa-rupanya dia ni lembut gak orangnya. Dan dia punya semangat setiakawan mmg sangat tinggi.Tang tu aku memang respect giler ah kat dia...Nak tau lebih banyak cite pasal tuan punya artikel kat atas tu....sila layari


http://eita81.blogspot.com 






December 29, 2010

Surprised On Chinese New Year....






Jom layan gambar dulu...aku akan ceritakan pasal budak kecik ni dlm en3 yg akn dtg....TUNGGUUUUU....:)






mY bOOLat......

December 27, 2010

Rezeki Bulan Ramadhan

9 Ramadhan .( 2006 ) Sahur time....
Teringatkan alat ujian kehamilan yang baru abang beli malam tadi.Aku memang akan check tiap2 bulan coz sejak kelahiran " kakak " period circulation aku mmg x tentu arah.Sebaik sahaja selesai buang air, aku biarkan saja alat tu kat atas sinki..tak lah mengharapkan apa2 pun..tepat jam 5 pagi aku kejutkan abah ( panggilan buat Mr.Awang ).Dalam keadaan mamai dia masuk ke bilik air..aku meneruskan kerja2 di dapur...Tiba- tiba tubuhku dipeluk dari belakang...terkojut den....

Aku : Apa abah ni...pagi2 buta nak main peluk- peluk lah...
Abah : He he ...ibu saja nak surprisekan abah ye...
(dia tersengih -sengih sampai nampak gusi...aku masih x faham...)

Aku: Surprise apa ?.( Aku dah mula nak hangin, cara dia tersengih dah macam perogol bersiri je aku tengok...hi hi)

Abah : Ni...( Dia menunjukkan Test Kid yang aku tinggalkan kat dalam bilik air tadi...)

Nyaris terlepas mangkuk nasi yang aku pegang.Sungguh aku tak percaya ..." tapi aku makan ubat , macamne pulak...." aku cakap dalam hati je..

Besok nya kami ke Klinik Hasbah untuk pengesahan. Sah aku mengandung 3 minggu.Perasaan ku bercampur - baur..Antara gembira dan risau. Usia kakak baru je 9 bulan , menurut kata doktor keadaan aku agak merbahaya kerana aku pernah menjalani pembedahan . Doktor mengesyorkan agar aku tidak menyimpan kandungan ini...Oh tidak !..Anak ini tidak bersalah...Biar nyawa bercerai dari badan , bayi ini anak aku.Andai sakit yang aku hadapi boleh menghapus dosa- dosa kecil yang telah aku lakukan..biarlah aku menanggungnya.

Kami melakukan pemeriksaan ke beberapa buah klinik..semua doktor  mengesyorkan benda yang sama. Lantas atas nasihat mak, aku menghubungi ibu saudara ku yang juga seorang doktor.Nama nya Dr. Ruzanna Zamzam. Kata - katanya telah memberi suntikan semangat dalam diri aku..Dia menasihatkan agar aku menyimpan kandungan ini dan menjaga diri dan kesihatan lebih dari biasa.
Dr. Ruzanna Zamzam

Apa yang menarik sepanjang kehamilan kedua ini , aku tidak mengalami sebarang alahan  dan tidak mengidam benda yang pelik2 seperti kandungan pertama dahulu...


Hadiah Hari Ibu.

 Tiba saat untuk melahirkan , aku dapat ucapan "Selamat Hari Ibu " oleh classmate aku yang merangkap doktor yang mengawasi aku sepanjang aku berada di hospital .Dr.Emma..Suasana pada ketika itu sungguh berlainan . Sangat tenang dan semua nya berjalan lancar .Tidak seperti kali pertama dahulu. Aku dibedah oleh doktor yang sama Dr. Ida Lilywaty. Apa yang lucunya , sebaik sahaja selesai pembedahan Dr. Ida telah 
me"warning aku...
Dr. Emma Yaacob

 " Saya tak nak tengok awak lagi kat sini tahun depan eh...."

He he ...aku yg beranak, dia pulak yang susah hati..anyway thank you so much...Dan akhirnya , aku peroleh hadiah Hari Ibu yang paling mahal dalam hidup aku...IZMA NURUL SYAQIRA....








Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu

Musykil dengan tajuk entry kali ni?...jom baca cite aku....hi hi...enjoy reading!!!!

Genap seminggu umat Islam menyambut Aidilfitri...
Abang amanahkan mak dan ayah menjaga aku hingga aku selamat melahirkan anak sulung kami.Dia terpaksa menyambung tugasnya di Johor .Hati berat untuk melepaskan dia pergi.Oleh kerana nak memujuk aku , dia ajak aku ke klinik untuk last check up.Aku tau, abang pun risau juga tengok keadaan aku waktu tu.Badan mmg dah kembang , kaki bengkak dan dah bertukar kaler jadi kaler pink...mak kata maybe BP aku naik.Yelah..hari raya lah katakan..orang makan rendang, lemang, ketupat, tapai... aku  pun bedal jugak.Sampai di klinik , ditemani mak dan abang, doktor periksa keadaan aku.Aku tengok dahi doktor tu berkerut-kerut.."What's wrong?"tanya mak. Untuk pengetahuan kengkawan sekelian Dr.Tong ni adalah doktor yg sama yg memantau kesihatan mak semasa dia mengandungkan kitorng 5 beradik.So cara doktor ni ckp  dgn mak pun mcm kawan2 je...

"Baring atas katil, I nak check baby"....aku pun bangun. payah jugak nak baring atas katil tu...dah la kecik...tinggi pulak tu...tak sesuai.....he he he
Sebaik saja scanner diletakkan kat atas perut aku..." Send her to the hospital now"..doktor bersuara sambil terus memusing-musingkan scanner.."You jangan balik rumah tau...terus pergi hospital , BP you sangat tinggi. I takut something would be happen to you and your baby.Nak I panggilkan ambulan?''..kata- kata doktor membuatkan aku makin cemas...teruk sangat ke?

"Berapa BP saya doc?"tanya aku..." It's 180/160 "....balas doktor....Gulp...aku menelan air liur....semua yg ader dlm bilik tu terdiam..Maka petang itu aku secara rasminya aku telah menjadi penghuni Hospital Kuala Pilah. Dan sejak petang itulah, suamiku telah membatalkan hasratnya untuk kembali ke Johor.Ada cerita lucu yang berlaku di dalam labor room.....kita relax jap eh...layan gambar dulu....
semasa mengandung 3 bulan ,mak hadiahkan set bersalin salindah...harganya masa tu RM240.00.
gambar hiasan
waktu aku mengandung , jiran sebelah umah pun x perasan...almaklumlah...perut aku kan dh mmg mcm org ngandung.!!!

Ooops..sori doc..!
Setiap kali aku menonton drama bersiri ER , aku akan selalu ingat kat doktor yang pertama kali jadi mangsa aku. Mangsa apa...? mangsa Bom..ha ha ...citenya camni...

Dalam banyak2 prosedur yg diorng buat untuk check ibu2 yg nak bersalin nih , satu prosedur ni yg aku kurang berkenan sikit..."check jalan ".Perut aku ni kejap mengeras..kejap ok...aku kompius..aku nih sakit nak beranak ke sakit nak buang air...?

Dr. Faiz : Maaf kak ye..saya nak check jalan , nnt kalau sakit, tarik nafas ye...
Aku angguk je..masih x faham...tiba2 aku rasa ada sesuatu yg agak sejuk tapi sakit dibahagian bawah..aku cuba bertenang...menahan nafas....tiba-tiba...puuuuuuuuuuuuuuuuuut.....aku tgk nurse tu senyum je kat aku...

Aku : Sori doc...tak sengaja....
Dr. Faiz : It's ok kak...( balas dia sambil senyum dan menerangkan aku kena masuk wad dulu)


Sepanjang berada di hospital, insan yang sering berulang-alik menjenguk aku selain dari suamiku adalah mak.Saat itu , aku rasakan aku telah banyak menyusahkan mak . Aku mula sedar banyak betul dosa yang aku buat terhadap mak...bukan sedikit air mata mak gugur kerana aku...Hampir setiap malam aku akan menelefon mak, mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan yang aku buat padanya dulu. Bila dalam keadaan mcm nih...baru aku tahu betapa susahnya seorang ibu ingin melahirkan.Nyawa sendiri jadi taruhan.Sebelum aku di tolak ke OT, aku sempat mengucup tangan mak memohon ampun ,sebaik melihat mak tersenyum , hati aku lega...Terima kasih mak.Alhamdulillah semasa dalam OT..semuanya berjalan lancar, mungkin berkat doa dan restu mak...
ibu ku..Rusnah Zamzam
tiga kali bersalin , mak menjaga aku dan cucu-cucunya semasa dalam pantang.


Thanks For Everything Mom...

December 23, 2010

Diejek Lebih Baik Dari Mengejek

Dari kecik sampailah sekarang telinga aku x pernah lekang dari mendengar sindiran dan gurauan sinis. Salahkah jadi orang gemuk ni ?Orang gemuk ni x der perasaan ke? Orang gemuk ni xder keinginan ke?Kalau masa aku kecik dulu mungkin aku akan rasa sedih dan marah bila orang sekeliling mengejek aku , tapi sekarang ..walaupun pedih dalam hati...aku persetan saja.Pendirian aku satu saja..diorang ejek aku samalah seperti diorang mengejek ciptaan Allah.Bukannya aku x usaha untuk mengurangkan berat badan..tapi mungkin belum rezeki...

Entry kali ni bukan untuk minta simpati sesapa dan bukan untuk memadankan muka sesapa .Cuma tiba-tiba terlintas apa yang pernah berlaku masa zaman aku anak dara dulu.Aku boleh terima kalau aku sahaja yang diejek, tapi aku sangat sedih bila mak dan ayah pun kena tempias nya. Aku tahu..ramai jugak kawan2 diorang, tak kurang juga sedara- mara yang mengesyorkan macam-macam cara pada mak ngan ayah untuk bagi aku kurus.Tak kurang juga yang sengaja nak bagi panas telinga..Antara kata-kata yang masih aku ingat sampai sekarang...(aku dah memaafkan semua tapi aku x pernah lupa)

" Kau bawa anak kau berurut , takut nanti tak merasa nak bercucu"
" Orang gemuk ni payah nak beranak , bawaklah g jumpa doktor sedut lemak tu "
" Kau cari lah sapa2 yang nak kat anak kau tu...kalau nak tunggu orang tanya kot jadi andartu..."

Cukuplah 3 tu je aku tulis kat en3 nih...maaf kalau ader yg  terasa bila baca en3 kali ni ye...bukan aku nak "pulang paku buah keras" , tapi dah aku tulis kat blog aku..suka hati lah kan.. he he he ...


Bunting Pelamin.

8/4/2005
Aku menelefon mak untuk wish "Happy Anniversary"...dan secara rasminya aku umumkan pada mak yang aku telah disahkan hamil 2 minggu..dari jauh kedengaran suara mak mengucapkan syukur padaNYA.Aku tahu mak sangat gembira dengan berita ini..dan sekaligus menutup mulut - mulut jahat yang mengatakan orang gemuk tak boleh mengandung...Alhamdulillah..

 
Tanda Cinta yang pertama - Izma Nurul Syafiqa Binti Rohaizam
 Semasa mengandung , masih terdengar lagi kata - kata sinis dari mulut yang  takder insuran..lantaklah diorang..mungkin kerana terlalu memendam perasaan menyebabkan aku disahkan menghidap darah tinggi..ok..yang sedih2 dah x nak cerita..aku nak share ngan korang saat aku ingin melahirkan anak dara aku yang pertama ni.

Kakak telah berjaya dikeluarkan oleh Dr.Ida Lilywaty pada 24 / 11 / 2005 jam 10.22 mlm di Hospital Kuala Pilah.Setelah aku menahan sakit hampir 16 jam..darah tinggi aku makin naik..maka aku pun ditolak ke dewan bedah..selesai kerja-kerja membelah perut aku...maka aku pun ditolak keluar...Sekarang tiba masa untuk mengalihkan aku dari meja bedah ke stretcher...oleh kerana masa tu dah malam, x ramailah staff lelaki yg ader kat dalam OT.Tiba- tiba bahu aku ditepuk..."Dik , suami ada tak tunggu kat luar" tanya orang tu..."Ada , abang panggil je ,nama dia Rohaizam "..balas aku dalam keadan mamai..." Encik Rohaizam ada ? "...laung abang tu..."Ada..ada..." aku dengar suara suamiku. "Errrr...boleh tolong kitorang alihkan dia?"....tanya abang tu lagi...pastu aku terdengar..." Boleh ke dia angkat bini dia nih..?"...aku diam sambil mendengar bunyi tapak kasut yang semakin hampir...dengar macam ramai je...." Saya Rohaizam, ni ayah ngan adik dia..."..aku dengar suara suamiku...Oooooo...dia bawak geng lah!!!!...

Maka kerja-kerja mengalihkan aku pun dijalankan...aku blh dengar dengan jelas bunyi nafas masing -masing..dah macam bunyi "kerbau kena sembelih"...Dalam keadaan bius yg masih ader..sempat gak aku senyum-senyum kat diorng..."ki ki ki ki"

December 22, 2010

Antara Ninja Turtle dan Doraemon

Semalam besday abah (panggilan aku untuk my hubby)..diam x diam dah nak tahun ke-6 usia perkahwinan aku
Bila di ingat- ingat balik....macam2 pengalaman yang kami lalui bersama..aku rasa mcm nak share sikit ngn korang....

Masa bertunang....
Abang di Johor aku di N9..jarak yang jauh telah menyebabkan kami jarang berjumpa...dating...lagi lah susah...kalau dulu masa belajar , aku x penah kuar ngan dating ngan dia...kalau kuar pun aku mesti bawa geng...

Bila dah bertunang, abang akan datang ke N9 untuk jumpa aku..tapi kami masih belum dpt kuar ber2...ayah akan suruh adik2 aku jadi hulubalang....ikut je kitorg kemana2....mula2 aku marah jugak...tapi bila fikir cara positif..bagus jugak..selain dari mengelakkan maksiat...dapat mengeratkan hubungan adik2 dgn bakal abg ipar...

Ke jinjang pelamin...
120305..aku diijabkabulkan oleh ayahanda tercinta...erm..ada cite best yg terjadi semasa majlis perkahwinan aku...nak tau apa...jom baca...


130305 ( Beberapa jam sebelum akad nikah )
Aku dah menggelabah kat dlm bilik pengantin...mana x nye..imam dah nak datang lepas isyak tapi muka aku ni belum bermekap lagi...tunggu punya tunggu lagi 10 minit nk pukul 8 baru mak andam muncul...peh..lega!
Selesai akad nikah....selamat satu perkara...rombongan pengantin lelaki balik ke Jelebu untuk berehat..

Pukul 1.00 pagi...
Aku baru je tutup lampu bilik bila tiba-tiba hp aku berbunyi...

Abang : Assalamualaikum...
Aku    : Waalaikumsalam...abang..nape?
Abang: Ma..sampai hati ma buat abang camni...abang tak nak bersanding besok...(marah betul nada suara dia)
Aku   : Kenapa...janganlah macam nih..cuba cerita elok-elok..( aku cuba pujuk)
Abang : Tau tak baju songket untuk pakai besok tu terlalu besar...malu abang kena gelakkan kat adik-beradik tau...abang  tak nak sanding besok...

Hah!!!Ah sudah...macam mana nih...salah aku jugak tak tengok dulu saiz baju dia masa mak andam bagi...lagi pun masa fitting , aku je yg try baju tu...mesti tukang jahit tu buat baju pengantin lelaki sama saiz ngan aku...

Aku : Abang rehat dulu jap lagi Ma tepon balik ye...

Lepas mengadakan perbincangan tergempar dengan mak...maka ...aku mendail no.tpn kakak ipar ku...
Dia ni tukang jahit...aku minta dia tolong apa yang patut..rupa-rupanya memang dia tengah cuba mengecilkan baju tu...cuma tadi dia cakap...semua yang ada dalam umah tu x leh tahan nak gelakkan abang...yelah...kalau dah baju tu blh lipat dua, seluar sampai leher...sapa yang x ketawa....kesian abang...selesai satu masalah...aku pun tidur...

13/3/05 Hari persandingan...
Kali ni mak andam datang awal.. aku   menceritakan peristiwa yang terjadi malam tadi...aku harap tak ada perkara yang tidak diingini berlaku lagi...tapi sangkaan aku meleset...selesai je mekap...tibalah masa aku menyarungkan baju songket ...pakai kain...erm...cantik...aku puji dalam hati...
sekarang baju pulak....masuk kepala....masuk tangan....alamak...apsal nih....

Mak Andam:Jap akak tengok...zip tak buka kot....

Aku dah mula cuak....tolonglah...

Mak Andam:Buka dulu baju ni Ma..kena tetas sikit la....

Dari tetas sikit..sudah nye buang span...sampai baju tu dh xder cutting dah....aku sarung balik...mak ai...sesak nafas aku....:Macamne nak duduk ni?"

Mak Andam garu kepala..." Macamne boleh ketat lak..akak ikut ukuran yg kau bagi tu..."

Dalam keadaan yang amat kalut tu..pintu bilik diketuk.."kak, pengantin lelaki dah sampai , diorang minta tlg siapkan pengantin lelaki..."

Ala...cepatnye diorang datang..tapi bila aku jeling jam memang betul lah masanya diorang sampai...aku dah mula nak nangis ...camne nih...aku tengok mak andam dah x tentu arah...akhirnya dia bersuara..."camni...kita sapu losyen kat badan , lagipun kau pakai kejap je baju nih..pastu kan nak salin baju  lain kan.."dia cuba pujuk aku...aku ikut aje cadangan dia, tapi dalam hati punyalah bengang...siap...pintu bilik dibuka...mak andam berlari pula menuju ke tempat pengantin lelaki...ikutkan hati nak aje aku tutup pintu , taknak bagi orang tengok aku pakai  baju yang macam sarung nangka tu..tapi apakan daya...

Masanya telah tiba...
Aku pun diarak keluar dari bilik...semua mata tertumpu pada aku..mujur mak andam tu pandai cover sikit bahagian yang agak sendat...kalau aku berdiri,,,tak lah nampak sangat baju tu sendat...

Makan beradap..
Time ni lah yang paling aku hangin sekali...sebaik saja punggung aku mencecah kerusi ..."frakkkkkk"..pantas tangan aku menarik mak andam yang berdiri kat sebelah aku...

Aku : Baju koyak ke kak?
Mak Andam : Taklah...tapi kau kena duduk sopan2 Ma...
Aku : Macam mana nak makan nih..lengan baju nih ketat...
Mak Andam : Nanti akak amikkan.

Sengsara sungguh...aku tgk abang laju je menyuap...tapi aku..nak menyuap pun susah...memang sangat tidak selesa...bila la nak selesai nih....
Selesai makan , sesi bergambar pulak...hadoi...aku senyum dalam paksa...nyaris2 aku sesak nafas...sebaik sahaja aku mengiringi rombongan keluarga mertua ke kereta...aku cepat 2 masuk bilik...ha..bab buka baju ni pun satu hal....korang bayang kan..tadi nak pakai baju...kena pakai losyen...sekarang ni baju tu dah x boleh tanggal pulak...terpaksa lah mak andam minta pertolongan abang...apa yang jadi lepas tu.....erm..aku cite kat en3 yang akan datang ye....tunggu....

.

December 17, 2010

My Awang....

2 hari lagi besday my hubby...en3 kali ni rasa mcm nak cite sikit pasal buah hati aku yg sorang nih..

.

Nama penuh dia Rohaizam Ismail...aku knl dia masa aku blaja kat KIJ..perkenalan yg x disengajakan telah membawa kami ke jinjang pelamin...cite nye camni...

Satu hari aku nk tepon kawan aku...ntah mcmne aku tersalah dail...terdengar suara halus kat hujung sane...aku letak tepon...pastu tepon aku berbunyik...alamak..." Awak nk tepon saper?' suara tu tanya aku..."Errrrr...saya tersalah dail lah...sori..." aku ckp sambil tepuk dahi sendiri...Dan perbualan terhenti setakat tu...Seminggu kemudian ...." Kite nak kawan ngan awak boleh "....dan sejak dari hari tu kami pun berkawan..tapi masih belum jumpa...Sebulan kemudian...aku ajak kawan2 aku temankan aku jumpa dia....pertama kali jumpa...kawan2 aku termasuklah aku menggelarkan dia "Ninja Turtle" sebabnya dia tersangatlah...."comel".

Lima tahun berlalu...sampai masa dia jumpa mak ngan ayah...soalan cepu emas yg ayah tnya kat aku lepas dia jumpa ...." betul ke kau kawan ngan dia ma ". tanya ayah..."apsal" aku tanya balik... " kalau kau peluk dia..hilang dia kat celah ketiak kau "...balas ayah sambil garu kepala....aku diam je....pastu aku balas..."dulu ayah pesan carik org yang sayang kita kerana diri kita , ma dh jumpa orang nya"...


Akhirnya....12 / 3 / 2004
Secara rasminya aku menjadi tunangan Rohaizam Ismail...dan tarikh ini lah pertama kali nya aku bertentang mata dengan bakal mertua , bakal2 ipar , bakal2 biras dan bakal2 anak sedara...aku nak share n gan korang incident semasa hari pertunangan...

Beberapa jam sebelum rombongan dari Terengganu sampai...tepon aku berbunyik...perbualan nye lebih kurang macam nih..

Abang : Ma...family abang dah sampai lum?
Aku    : Belum ....nape?
Abang : Abang nak bagitau nih...abang rasa cincin yang mak beli tu x muatlah..
Aku    : Nape...?
Abang : Tadi kakak abang bagitau...diorng cari cincin yg sama saiz ngan contoh cincin yg Ma bagi tu...tapi xder...yg kecik sikit dari tu ader lah... so diorng beli yg tu...macam ne nih...
Aku    : Takpelah..nanti Ma fikirkan...

alamak....camne nih...otak aku dah ligat pikir...kalau x muat karang..gerenti diorang gelakkan aku...sku terpandang losyen kat atas almari..dengan bantuan kengkawan yg temankan aku kat dalam bilik..aku pun melumurkan losyen tu kat tangan aku...

Masanya sudah tiba...sebaik sahaja aku keluar dari bilik...semua mata pandang ke arah aku...ada yg terkejut...ada yg tersenyum....hiiiiiiii....malunye....
dan itulah kali pertama aku bertemu mata ngan bakal mak mertua...baru lah aku tau kenapa bakal suami aku tu "comel"....di saat cincin disarungkan ke jari manis.....aku senyum sambil menahan jari yang menggigil...tiba2..."Ah sudah, dok muak nih...guane?"tiba2 mak terdengar suara ibu mertua ku..."Muak...buleh...buat gini...."selamba je aku tarik tangan aku dan aku tolak sendiri cincin sampai muat kat jari aku....semua mata  memerhatikan...pastu tengok masing2 menahan senyum....

Bila bertunang, aku amik peluang untuk kenal lebih dekat abang n family..ternyata mereka dapat menerima aku seadanya....kalau korang nak tau..dalam family dia...abang merupakan anak yg bersaiz paling kecik...dan aku pulak merupakan menantu yg paling "besar"...tapi mereka tidak pernah mempersendakan saiz aku...aku rasa sangat dihargai walaupun pada mulanya bahasa pertuturan kami macam ayam ngan itik...aku akan cite pulak beberapa cite menarik semasa perkahwinan kami di en3 yg akan datang...tungguuuuuuu

Buat my hubby...Happy Birthday Sayang..... 

December 15, 2010

xder idea

Dah lama aku x tulis apa2 kat blog ni...entry kali ni pun aku tulis juz untuk mengelakkan blog aku ni x nmpk kosong sgt....
Actually idea nk merapu blm sampai lagi nih...apa aku nk tulis nih....ok aku cite skit pasal aku futher study kat johor lah...( sorilah gambarnye blm dpt di upload lagi )


Aku sambung study kat Kolej Islam Johor...kat kolej ni lah aku kenal mcm2 orng dan bermacam2 saiz...
masa mak ngan ayah htr aku ke Johor ni...benda pertama yg merisaukan aku...ada x org yg nak kawan ngan aku...yg kedua...senang ke nk dapatkan makanan....ha...sebenarnya yg no.2 tu yg jadi no.1..tapi x nak lah nmpak mcm buruk perangai sangat...

Perkara pertama yg paling aku benci masa first time kat Johor...minggu orientasi...mulanya aku fikir mesti aku akan jadi mangsa buli senior2 kat cni...tapi sangkaan meleset sebab..masa orientasi ..aku tgk ramai gak freshie2 yg sesaiz ngan aku...yg lebih besar pun ader...so...x lah segan sangat..kat  sini jugak lah aku dapat nama glamer....disebabkan kat dalam kelas aku ader 3 org nama yg sama...( shima )...maka masing2 ader nickname msg2.....cite 2 yg lain...aku update lain kali ye...


December 10, 2010

Driving License 4 Miss Chubby !!!!

Aku tengok orang lain bawak keta...aku pun teringin gak nak bawak keta..
Sebelum amik lesen memandu..ayah dah ajar aku bawak keta sikit2...tapi cara ayah ajar....emmm..mengalahkan guru besar pencen...( jgn marah ha...) First time aku amik lesen keta masa aku 18 thn..tapi terhenti kat tengah jalan coz aku sambung blaja...Masa umur aku 22..aku g amik kelas memandu sekali lagi...berhempas - pulas la aku  belajar bawak keta...hinggalah sampai hari kemahiran memandu aku diuji oleh "pakcik" JPJ...

Side Parking...Lulus...Naik Bukit ....Lulus..Kini tiba masa Ujian Jalan Raya...sementara tunggu giliran ,sempat jugaklah telinga aku ni mendengar komen2 dr kengkawan yg dh buat ujian j/raya tuh...

Suara A : pegawai JPJ tu garang kau....
Suara B : pegawai yang test aku tu ok je...siap suruh berenti kat kedai beli air.. he he ..
Suara C : pakcik JPJ tu siap suruh aku pilih sendiri mana satu jalan nak pegi...
Suara A : Untunglah korang...orang JPJ yg duk dalam keto ngan den tu sonyap jo....takut den...

Begitulah lebih kurang perbualan mereka....x lama lepas tuh..sampai la giliran aku...Bismillahirahmanirrahiiiimm...aku hayun kaki menuju ke kereta yg dah sedia menunggu..." Copek sikit daro..!...jerit pakcik JPJ tuh....aku dh mula menggigil...masuk je dalam keta..aku pun buat la apa yang patut...keadaan mmg sangat x selesa...sebabnya...situasi masa tu ibarat..."dua ekor anak gajah tengah menunggang kancil..."..." tak meletup ke tayar keta nih?"...bisik aku dalam hati...

Sambil menyelak - nyelak fail yang ada kat peha ..( sebenarnya bukan peha...tapi perut..)..Pakcik JPJ tu ckp..." kau pilih la sendiri mano kau nak poie...jgn balik umah dah la..."haish...sempat lak dia buat lawak...aku pun bawak la keta mcm biasa...antara perbualan yang aku ingat - ingat lupa....


Pakcik JPJ  : Sihat botul kau ni daro...
Aku            : Alhamdulillah...
Pakcik JPJ : Kau kono kuruih ( kurus ) badan kau nih..sok kot  takdo orang ndak kek kau...
Aku           : ( Senyum je....hati sudah mula panas...grrrrrrrrrr)
Pakcik JPJ : Tak pun kau kawin yolah ngan den ha ha ha ha ...(gelak sampai bergoyang - goyang perut...)
Aku           : Boleh...peh ni jom ikut balik umah..jumpa ayah...
                    ( aku dah geram..rasa mcm nak henyak je perut dia.....)
Pakcik JPJ : Abah kau orang mano ?
Aku           : Orang sini je ( Bahau ) tapi keje kat Jelebu
Pakcik JPJ : Jelebu kojo apo ? 
Aku            : Balai Kuala Klawang
Pakcik JPJ : Balai apo ? Balai Bomba ko?
Aku           : Balai Polis
Pakcik JPJ : Abah kau polis biaso ko mato - mato? ( Dia dah mula pandang aku...cuak la tu...)
Aku           : Dia OCS kat balai tu...
Pakcik JPJ: Sapo namo abah kau ?
Aku           : Kan ada dalam borang tu...( aku muncungkan mulut ke arah borang yang terletak atas perut dia )
Pakcik JPJ : Laaaaaaaaaaaaaaaaaa..( sambil menepuk dahi..)
Aku           : Apsal? salah jalan ke ...?
Pakcik JPJ : Kau ni anak abang Din ke? Pakcik kona abah kau ni....( tetiba je suara dah jadi lembut )
Aku           : Aku diam je....( dia terus mengomel ..citelah camne dia kenal ayah aku....aku pun dah lupa apa dia ckp...)

Akhirnya aku berjaya jugak dapat lesen keta...kat sini  kan ...aku nak bagi cadangan la kat JPJ..pasni tolong la bagi keta yang lebih selesa untuk pelajar2 yang sesaiz aku ni...bukan kesian kat aku...tapi kesian keta Kancil tu......kenapa...? LU PIKIR LA SENDIRI.....ha ha ha

December 06, 2010

Makan.. Makan...Makan...dan Makan...



Banyak orang mengaitkan orang yang dalam kategori " comel" ni kuat makan...betul x?Ermmmm...aku x menafikan..TAPI..aku nak tukar sikit ayat kat atas nih..bukan KUAT makan tapi SUKA makan .Banyak faktor yang mempengaruhi tabiat pemakanan orng yg sama saiz mcm aku nih...( ni ikut pengalaman sendirilah..orang lain aku x tau...)aku akan kerap makan kalau SEDANG...
  • susah hati
  • marah
  • sedih
  • bengang
  • tunjuk tanda protes
  • dah x tau nak buat apa lagi..( dalam erti kata lain ...BORING )
Cerita bab makan ni..ada satu cerita yg aku nak share ngan korang...cerita ni masa aku umur brape tahun ...aku pun dah lupa..tapi yg aku ingat ayah aku selalu cerita kat aku pasal cerita ni...

Oleh kerana badan aku dah hampir mengalahkan tong drum...maka ayah ngan mak cuba mengawal cara pemakanan aku...diorng akan memantau segala apa yang aku makan pada waktu pagi , t/hari  , petang dan malam..pendek kata ..mereka mula menyukat semua benda yg aku makan...kalau sebelum tu aku blh  makan nasi lemak masa breakfast...dah kena makan roti..itu pun dua keping je...kalau masa mkn t/hari blh tmbh nasi..dh x blh...nasi pun ambik satu senduk je..makan malam pun camtu gak..semua nya bersukat...kena 3 hari "Program Sukat - Menyukat "..aku still bertahan...masuk seminggu...jeng jeng jeng....

Satu Malam..
Mak masak lauk fevret aku..asam pedas ikan pari!!!!..peh..siap ada tomato ngan bendi...dalam kepala dah terbayang ..betapa sedapnya aku menghirup kuah asam pedas tu nanti...

Di meja makan....
Ayah mula menyendukkan nasi untuk aku...satu senduk je...aku telan air liur...x pelah..janji dapat makan...tapi...perut aku cakap.."Nak lagi...nak lagi..nak lagi...!!!!" maka dengan selamba aku pun mencapai senduk nasi...

Ayah : Hah!Cukup tu...
Aku  : Ala....boleh la ayah....sikit je...mak masak sedap  hari ni..( sambil buat muka kesian...)
Ayah : Tak boleh...g angkat pinggan tu ..bawak g dapur...
          ( ayah dah mula membuntangkan matanya..hiiiii...takut....)
Aku : Bolehla ayah..malam ni je...(mata aku dah mula berair....)
Ayah : Kau nak ni...( Ayah menayangkan tali pinggang yg terlilit kat perut ...)

aku surrender...aku angkat pinggan menuju je dapur sambil menghentak2 kaki..(tanda protes la tu...) pastu terus masuk dalam bilik..NANGIS.....itulah modal aku....sampai la aku tertidur...

Tengah - tengah malam...
Aku terjaga...rupa-rupanya aku nangis sampai tertidur...mamai aku kejap...cuba recall balik apa yg berlaku...ASAM PEDAS!!!!...."hu.....hu.... hu....hu....lapar..."aku sambung nangis...aku tengok kiri kanan semua org tgh sedap membuta..nak kuar takut....sambung nangis lagi.."hu .... hu....hu...nak makan..."
Tiba -tiba...

Ayah : Apa kena kau ni Shima ? 
           (suara ayah dari bilik sebelah...terdiam aku kejap....pastu sambung nangis balik...)
Ayah : Kau nak apa ?
          ( Volume ayah dah lebih kuat dari tadi....)
Mak : Apsal ? Kau kencing ke ? ( Aku dengar suara mak...aku nangis makin kuat...siap teresak -esak lagi...)
Aku :  Tak...
Mak : Habis tu
Aku : Lapar...
Ayah ngan Mak : ASTAGHFIRULLAHAL'AZIMMMMMMMM....

Penyudahnya malam tu , mak terpaksa temankan aku makan...he he he ....

Aku Suka Makan

December 05, 2010

Let's Listenin' While Readin'

Alahai Si Tembam...1001 Cerita

Baju Oh Baju...
Part yang paling aku x berapa nak suka....nak cari baju kat kedai...( masa zaman aku kecik2 dulu x banyak lagi kedai yang jual baju American Size )...sebab tu aku lebih suka pakai baju kurung...( baju yang paling selamat..longgar dan selesa..banyak angin boleh masuk...) tapi kengkadang aku teringin gak nak pakai baju fesyen2 ni...

Suatu hari....

Kitorang satu family g kedai baju....mcm biasa mak dan anak2 dara ( along dan aku ) menuju ke Lady's department..ayah dan adik lelaki aku...Man's department....cari punya cari...semua dah dpt baju masing2...aku?...sehelai pun belum ada..sebabnya...setiap kali masuk fitting room...lengan kecik lah ... x leh butang lah , x blh zip lah...lama2 aku fed -up...muncung aku jgn ckp...dah boleh gantung hanger...Finally..ayah tarik tangan aku...kemana?..."mana ader size kau kat area sana ...kat sini melambak...kau pilih jelah..." kata ayah...Hari yang mendung kembali cerah...x kisah lah x dapat pakai skirt pun janji aku pun ader baju baru mcm yg lain...Nak tau kat mana ayah hala kan aku?....he he ...ke MAN'S DEPARTMENT...maka sejak dari hari itu aku tau dah mana nak cari baju...kengkadang kalau aku terasa nak melaram sikit...aku rembat je baju ayah...he he he ...sori ye atuk din...

Se Fei Poh...( Si gemuk )
Masa aku darjah 1 , mak hantar aku ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina...tapi sekejap sangat..x sampai sebulan pun..aku ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan..kenapa? Semuanya ada kena - mengena dengan tabiat makan aku...Mak takut aku termakan makanan yang ada !@#$ tu ...( lembu kaki pendek !...)Tapi kerana minat dengan bahasa yang satu ni..aku ambil inisiatif sendiri belajar bahasa cina ngan kengkawan yg berbangsa Cina masa aku tingkatan satu....setakat perkataan dan ayat yang simple2 tu blh la aku cakap...

Nak dijadikan cerita..
Satu hari masa kat dalam bas...ader la sekumpulan budak2 cina .Dalam terik matahari ( baru habis waktu sekolah )...aku pun naik bas yg dah mcm tin sardin tu...tiba2  telinga aku menangkap bait2 ayat yang  menyebabkan telinga aku berdesing dan muka aku jadi merah padam..."Fei Poh"....sebenarnya banyak lagi yang diorng cakap..tapi aku x berapa faham...aku cuma faham perkataan yang satu ni je..maksudnya " Si gemuk "...Mata aku terus menjeling ke arah " mangkuk ayun " yang sangat celupar tu..." Hmmmm..nanti kau..." kepala otak aku ligat memikirkan cara nak revenge ....grrrrrrrrrrrr......tengah kepala duk ligat pikir..tetiba loceng bas berbunyi...Yes!!!!..salah sorang budak Cina tu nak turun...aku dah standby..tunggu dia lalu kat sebelah aku...sebaik saja dia lalu belakang aku...aku angkat kaki..."GEDEBABBBBB" dia jatuh..."badan kurus pun x guna jugak...angin tolak je dah je melayang "Hen Sou"!...selamba je aku balas balik...kengkawan dia ketawa terkekek - kekek..tapi pastu terdiam...baru diorng perasan aku faham apa yang diorng cakap..."Hen Sou" tu maksud nya si Kurus.

Aku bukannya nak jadi samseng..tapi aku juga ada perasaan...tapi sejak dari hari tu budak2 Cina tu dah jadi besfren aku...

Demam La Pulak...
Aku pun macam org lain gak..kekadang sihat ..kekadang demam...bila tiba part demam ni....orang yang paling x kesian kan aku....AYAH...
Bila dia tau je aku demam...antara dialog WAJIB yang dia akan cakap ngan aku (dari aku kecik sampai la sekarang...) mcam kat bawah ni...


Ayah : Cimbam ayah demam ke ? ( sambil sengih....)

Aku  : Demam lah..badan ni panas tau...hingus pun dah meleleh je ni ha...( tone suara pun dah sengau )

Ayah : Ala....ciannye...cuba buat cam ni...
         ( ayah angkat tangan kanan sambil dia suakan ke mulut...mcm org tgh menyuap )..
          aku yang lurus bendul ni pun ikut je lah...Tiba - tiba...

Ayah : Heh....x la teruk sangat demamnya pun...blh menyuap lagi....
           (pastu dia buat aksi berjoget2 depan aku )

Mak : Jomlah bawak dia g kinik....
          (mak cuba menyelamatkan keadaan coz dia tgk aku mcm nak nangis dah...)

Ayah : Ala....dia demam pun bukannya boleh kurus....kalau kuruskan pun tang hidung je...he he he ...
          ( Pastu dia pun mula menyakat aku...adik - beradik yang lain pun join jugak...)

Ayah: Kita nak kuar makan kat kedai ni...orang demam takleh ikutkannnnnnnnn?
         ( along  ngan adik2 melompat2 sambil menjerit2.."nak ikut..nak ikut..")

Tapi akhirnya dia bawa juga aku g kinik...itupun lepas hampir kena piuh kat mak....he he he ..thanx mom..You are the best.

December 04, 2010

Jom Dansa !!!!!!!

Si Chubby Dan Kelas Aerobik

Habis je Form 5..mak hantar aku g kelas aerobik...mula2 aku x nak...malu lah nak  pakai baju sendat tu...(gerenti x der saiz aku...)Sesampainya aku kat sana...." x der pun yg sama dengan aku "...aku dah cuak dah...Ooops...lupa nak bagitau..nama trainer aku Madam Meg....Badan dia mmg slim giler...dia tgk je aku...terus dia senyum....pastu dia cakap..." You give me 3 months "....pastu dia tarik aku join kelas...berdiri kat depan cermin besar....(cermin tu mcm ejek aku je)...hari pertama mak pun join sekali...bagi semangat...SEGAN? dalam hati Tuhan aje yg tau..." You ikut saya buat ha" trainer tu mcm faham je aku still segan2 lagi...bila dia on je muzik......aku ntah ke mana...dia pun ntah ke mana....aku syok sendiri lak...

Malam tu bdn aku hbs sengal2....keesokannya mak belikan aku seluar getah utk g kelas aerobik...kali ni mak htr sampai kat tangga je...trainer dh mula bg pulun habis...peh....seminggu aku demam...susut jugak la badan aku...tapi x sampai 3 bulan aku dh berenti....sebab aku dapat tawaran further study...ke Johor..

Apa yang best nye ttg kelas aerobik ni...kelas ni letaknya di tingkat atas ..bawah kelas ni ader satu restoran mamak...he he he ...korang mesti boleh agak apa yang aku buat kan...bukan salah aku...sementara tunggu aku habis training...mak ngan ayah akan "mengeteh" dulu...so masa aku turun..aku tgk dirng still ader dlm kedai...so ..apalagi...join the club lah.... he he he...

lagu favourite ayahanda

Jom Layan Lagu Nih...

Goodbye...Sekolah Rendah...Welcome...Sekolah Menengah

Masa ni aku belajar kat sekolah tempat mak aku mengajar...SMK Dato Mansor , Bahau..Tapi aku sekolah kat sini sampai Form 2 je....pastu aku pindah ke SMK Batu Kikir.Aku still aktif indoor aktiviti cuma dah x seligat mcm kat sekolah rendah dulu..sebabnya...aku dah tau malu dan  x suka tengok muka manusia - manusia yang suka senyum sinis bila tengok aku berjalan....

Macam2 hal yang berlaku semasa aku melalui zaman sekolah menengah ni..antaranya.

Debate Competition Secara Rahsia..
Ayah dah pesan (warning sebenarnya..)aku x leh masuk lagi sebarang pertandingan coz aku dah nak SPM..tapi aku degil...minat punya pasal...aku masuk senyap2...nasib x baik...baru je punggung aku nak cecah kat kerusi ..aku ternampak kelibat seorang manusia yang sangat lah aku kenal . Cantik je dia duduk kat meja hakim...

Mak!!!!!!...Alamak...kantoi sudah....dan yang paling x best nye...sekolah aku tengah lawan ngan sekolah dia....habis hilang semua benda yang dah aku hafal dalam kepala otak aku...Setiap kali aku tengok dia senyum...makin terbuka liang -liang peluh aku ni..."

Habis lah...balik umah kang sure kena sembur "Selesai je pertandingan..( sekolah aku kalah..gara - gara aku merapu...ntah apa - apa yang aku ckp ) masa jamuan...Cikgu Rusnah datang mendekati...." Nak tumpang saya balik tak " dia offer sambil senyum. "Errr...takpelah..saya balik ngan kawan -kawan saya"...dan dia pun beredar...Kengkawan sepasukan bertanya..." Kau kenal ke judge tu? Jiran kau ke?"...aku diam je sambil meneguk air liur...

Sampai kat umah...."lambat balik?"tanya ayah...mak yg duduk kat sebelah senyap je sambil baca suratkhabar...aku...diam je.."habisla"....cakap dalam hati je...tetiba...." HA HA HA...ada org jadi bisu tadi..."mak bersuara....berderai gelak ayah , mak ngn adik - beradik yang lain...." kau mana boleh lawan mak....ketulahan tau....kan dah kalah...." kata mak sambil menarik telinga aku...

Fuh...lega...itulah pertandingan yg terakhir aku sertai...


Kisah Bas United
Bas ni adalah satu - satunya bas yang lalu dari bahau - batu kikir.Tiap2 pagi..seawal kul 6.30..aku dah tercongok kat depan simpang Taman Serting Jaya .Jarak umah ngn skolah aku juz 13km je...tp aku lbh suka ambil bas yg terawal...malas nk berebut dan yg paling penting dpt duduk...Time yg paling aku benci...of coz time balik...kdg2 tu , bas x sempat berenti budak2..termasuk la aku dh berebut (  mcm kambing nk masuk kandang...tapi aku bukan kambing...bau je masa tu dh  mcm kambing...he3...)

Satu insiden yg aku ingat...masa tu aku br hbs kelas tambahan..kul 6.00 ptg..Aku , Idayou & Azlina sedang menunggu bas kesayangan...sebaik sj bas sampai ..kitrng cari 'port' belakang sekali...kitorng suka duk belakang sekali coz destinasi kitorang adalah yg terakhir sebelum sampai ke bus stand...nak jadi cerita nya...masa bas dah nak sampai kat area umah aku...aku pun dh stanby nk tekan loceng...tapi tekan punya tekan loceng x bunyi2...sudah nya bas tu terus je jalan....aku tengok je atap umah aku.."camne nak turun nih"...budak berdua tu mcm nak pecah perut gelak kan aku...hampeh sungguh..

Sampai turn Ina pulak...dia ni berani...dia g kat uncle drebar tu..." uncle nnt sampai kat depan tu berenti tau..."
Ina dah turun..."ala...camne aku nak balik ni..."Tetiba Ayu bagi idea..."Sampai kat bus stand kang...kau naik la bas yg nak g Batu Kikir balik..."Aku seluk poket baju kurung aku...tinggal 40sen...tambang 60sen..."Pinjam 20sen Ayu.."selamba je aku minta kat dia..." Duit aku dah habis beli kopok tadi la...aku kan pakai tiket "...mcm nak nangis dah aku nih....aku nk g ckp kat uncle drebar tu tapi aku takut..." Meh aku cakap kat uncle" Ayu mcm faham je apa yang ada dlm kepala otak aku nih..maybe sebab size kitrng sama kot...
Penyudah cerita ni ...aku patah balik ke arah umah aku menggunakan bas yang sama...rupa2nya itu bas yg terakhir..yang x leh tahan..uncle drebar ngan konduktor tu pakat gelak melambak2....rupa2nya uncle drebar lupa nak on kan suis loceng tu...kurang ajo....

Lagu Yang Aku Suka..Dulu....sekarang pun suka gak

December 03, 2010

Ubat Tahan Selera Makan..

 Masa aku darjah 4, berat badan aku dah mcm berat badan org dewasa. kat bawah ni adalah kronologi berat badan aku dari darjah satu sampai darjah 6

                                                                     Darjah 1 = 34 kg
                                                                     Darjah 2 = 43 kg
                                                                     Darjah 3 = 50 kg
                                                                     Darjah 4 = 57 kg
                                                                     Darjah 5 = 64 kg
                                                                     Darjah 6 = 72 kg

Aku tunjuk senarai ni bukan sebab aku bangga dengan angka2 yg makin bertambah saban tahun .Tapi aku nak cerita, disebabkan angka2 yg makin bertambah ni , mak ngan ayah telah mengambil keputusan untuk bawa aku ke sebuah klinik keluarga.Nama klinik tu Klinik Raja & Surgery.Aku dh lupa nama doktor yang suggest kat mak ngan ayah supaya aku ambil ubat tahan selera makan tu..tapi apa yang aku ingat sejak , aku mula makan ubat tu masa aku darjah 4....hampir setahun aku amibil ubat nih..tapi bila berhenti makan ubat ni...selera makan aku mengalahkan pelarian Palestin yg kebuluran dan badan akupun mula naik macam dipam - pam.

Si Montel Ke Sarawak...


Rentetan dari cerita aku menang pertandingan bercerita masa darjah 5 tu..aku pun mula masuk mcm2 pertandingan bercerita...hinggalah ke saat aku nk peksa UPSR , aku msh lagi aktif masuk pertandingan. Kenangan  yg paling best sekali masa ni..aku dapat g Kuching , Sarawak. Wakil Negeri Sembilan untuk Pertandingan Bercerita Kisah2 Nabi. First time naik belon...memang jakun yang amat!!!!

Macam Pergi Holiday!!!!
Sampai kat sana...aku lupa jap yg aku datang ke negeri Miow Miow ni untuk bertanding...aku dh lupala nama sekolah tempat kitorang menginap tu tapi yang penting sekolah tu, asrama nya rumah panjang dan mandi guna air yang keluar ikut buluh...peh..best...

Peserta2 lain semua sibuk prepare untuk pertandingan , tapi aku....sibuk gak..sibuk membuta...Cuaca kat sana membuatkan mata aku ni layu je...Aku dapat tempat ke-4....Padan muka aku...

Persiapan Sebelum Pertandingan.
Sebulan sebelum ke Kuching , JPNS (Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ) dah training semua peserta kat SMAP Labu . Maka mak ngan ayah akan htr aku kat sekolah tu setiap petang jumaat dan jemput aku balik pada hari Ahad.Sekolah agama ni mmg best..kemudahan yang ada kat sekolah mcm hotel 5 star...tempat yang paling best..mestilah dewan makan...sebab...budak2 nye x yah beratur...makanan dh terhidang atas meja...mcm mkn kat umah...

Dato Isa Samad dan Kerusi Roda
Saje nak ajak korang flashback jap...sebenarnya masa aku di peringkat Negeri , satu insiden telah berlaku...lagi 2 hari nak bertanding kaki kiri aku terseliuh...mana taknya..x sedar badan tu "slim" aku blh main kejar2 ngan kengkawan aku dan tanpa sedar kaki aku terperosok masuk ke dalam lubang..sakitnya ..Tuhan yang tau...

Dipendekkan cerita masa pertandingan tu aku menggunakan kerusi roda..sebenarnya bukan kerusi roda pun...kerusi office yg ader roda tu je...dalam keadaan sakit dan malu..(ye lah..depan YB) aku pun buat muka selamba...sambil ingatkan petua "best " yg ayah bagi tu....dan akhirnya...tanpa sedar... habis je aku bercerita aku berdiri sambil melambai2kan tangan..ala2 miss universe...dan ....tiba2 salah sorang juri yg ader kat depan pentas tu menjerit " kain kau nak terlondeh dik!!!!!"

Ooops!!!nasib baik aku sempat pegang kain songket yg aku pakai...malunye sioooot....
Bila nama aku diumumkan sebagai pemenang...sekali lagilah kena naik pentas....dengan jln yang terhencot0 hencot...sambil salam ngan Dato' Isa dia sempat gak usik aku..." Sok nanti g Sarawak ikat kain kau ngan tali rafia yo daro...."lebih kurang camtu la dialog nye yg aku ingat...sampai sekarang kalau aku lalu kat sekolah Menengah Kebangsaan Tampin...memori ni akan membuatkan aku sengih sorang2...



Baju Kurung 2 inci
Mcm2 persiapan yg kitorng lakukan sebelum berangkat ke Kuching...salah satunya..pakaian seragam..
Suatu hari masa kat SMAP Labu , tailor dtg nak ukur bdn kitrg...dan mcm biasa..dlm ramai2 peserta aku la yang paling gebuzzzzzzzz....."Hmmmmm....part mengukur yg malas ni... " Sebaik saja pita pengukur melilit pinggang aku ( aku ada pinggang ke? ) , aku masukkan dua jari kat celah pita pengukur...aku ingatkan xder org yag perasan , rupa - rupanya Ustazah Hasnah nampak apa yang aku buat...

Ustazah Hasnah : Apsal buat camtu Shima
Aku                   : Takut nanti bila baju dah siap badan saya makin besar ( Bercakap sambil mata melilau nengok kiri kanan ...takut ada kengkawan lain yang dengar )

Ustazah tu senyum je....Bila baju tu siap....Masya Allah...punyalah besar...aku ingat lagi komen ayah bila dia tengok aku pakai baju tu..."Ni baju ke selimut ?"

Tak pasal2 mak aku kena kecikkan baju tu....hi hi hi...sori mom...

December 02, 2010

Sekolah Kebangsaan Petaseh , Kuala Klawang , Negeri Sembilan (ASRAMA )

Pada tahun 1991 aku  mendapat tawaran ke sekolah rendah berasrama...masa tu seingat aku sekolah ni antara sekolah yg terawal wujudkan asrama untuk budak2 sekolah rendah...

Mula2 masa nak g seronok sangat..yelah ..masa tu baru 10 tahun...apalah yang aku tau...
Sampai aje kat sekolah ni aku dah mula cuak..." Sekolah apa pulak kat tengah2 hutan ni...atas bukit lak tu..."
Sampai masa....mak ngan ayah pun balik...rasa mcm nak nangis ( mmg dah nangis pun...) tapi x der la sampai nak meraung...mak bekalkan aku dgn mcm2 makanan..dia tau aku ni selalu kebulur tgh2 mlm....rendang , biskut  2 3 macam...erm...thanks mom....sambil melambaikan tangan mak sempat ckp.." hari Ahad nnt mak datang"...isk..isk..isk..
                                                                     Lencana Sekolah


                                                  Pandangan Dari Jalan Masuk Ke Kawasan Sekolah

                                                                   Bangunan Asrama

                                                                Dorm Tempat Membute...

                                                       Dewan Makan Tempat Aku Mamam...

Aku hanya sempat menuntut ilmu kat sekolah ni selama sebulan je...sebabnya....

  • aku ni x leh nak duk jauh2 ngan mak aku...biasalah budak lagi kan...
  • sekolah ni masa tu baru je buka...so boleh dikatakan tiap2 malam ader je la budak yang kena histeria..seram aku beb...
  • pelajaran aku merosot coz x dpt concerntrate...asyik ingat umah je....
DAN YANG PALING PENTING....

aku ni kuat makan..so perut aku ni x leh nak ikut jadual makan kat hostel...kui kui kui....

maka aku pun keluar dari sekolah ni dan meneruskan persekolah di sekolah lama aku...Sekolah Kebangsaan St. Aidan , Bahau.
Logo @ Lencana Sekolah

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.