Dari kecik sampailah sekarang telinga aku x pernah lekang dari mendengar sindiran dan gurauan sinis. Salahkah jadi orang gemuk ni ?Orang gemuk ni x der perasaan ke? Orang gemuk ni xder keinginan ke?Kalau masa aku kecik dulu mungkin aku akan rasa sedih dan marah bila orang sekeliling mengejek aku , tapi sekarang ..walaupun pedih dalam hati...aku persetan saja.Pendirian aku satu saja..diorang ejek aku samalah seperti diorang mengejek ciptaan Allah.Bukannya aku x usaha untuk mengurangkan berat badan..tapi mungkin belum rezeki...
Entry kali ni bukan untuk minta simpati sesapa dan bukan untuk memadankan muka sesapa .Cuma tiba-tiba terlintas apa yang pernah berlaku masa zaman aku anak dara dulu.Aku boleh terima kalau aku sahaja yang diejek, tapi aku sangat sedih bila mak dan ayah pun kena tempias nya. Aku tahu..ramai jugak kawan2 diorang, tak kurang juga sedara- mara yang mengesyorkan macam-macam cara pada mak ngan ayah untuk bagi aku kurus.Tak kurang juga yang sengaja nak bagi panas telinga..Antara kata-kata yang masih aku ingat sampai sekarang...(aku dah memaafkan semua tapi aku x pernah lupa)
" Kau bawa anak kau berurut , takut nanti tak merasa nak bercucu"
" Orang gemuk ni payah nak beranak , bawaklah g jumpa doktor sedut lemak tu "
" Kau cari lah sapa2 yang nak kat anak kau tu...kalau nak tunggu orang tanya kot jadi andartu..."
Cukuplah 3 tu je aku tulis kat en3 nih...maaf kalau ader yg terasa bila baca en3 kali ni ye...bukan aku nak "pulang paku buah keras" , tapi dah aku tulis kat blog aku..suka hati lah kan.. he he he ...
Bunting Pelamin.
8/4/2005
Aku menelefon mak untuk wish "Happy Anniversary"...dan secara rasminya aku umumkan pada mak yang aku telah disahkan hamil 2 minggu..dari jauh kedengaran suara mak mengucapkan syukur padaNYA.Aku tahu mak sangat gembira dengan berita ini..dan sekaligus menutup mulut - mulut jahat yang mengatakan orang gemuk tak boleh mengandung...Alhamdulillah..
Tanda Cinta yang pertama - Izma Nurul Syafiqa Binti Rohaizam |
Semasa mengandung , masih terdengar lagi kata - kata sinis dari mulut yang takder insuran..lantaklah diorang..mungkin kerana terlalu memendam perasaan menyebabkan aku disahkan menghidap darah tinggi..ok..yang sedih2 dah x nak cerita..aku nak share ngan korang saat aku ingin melahirkan anak dara aku yang pertama ni.
Kakak telah berjaya dikeluarkan oleh Dr.Ida Lilywaty pada 24 / 11 / 2005 jam 10.22 mlm di Hospital Kuala Pilah.Setelah aku menahan sakit hampir 16 jam..darah tinggi aku makin naik..maka aku pun ditolak ke dewan bedah..selesai kerja-kerja membelah perut aku...maka aku pun ditolak keluar...Sekarang tiba masa untuk mengalihkan aku dari meja bedah ke stretcher...oleh kerana masa tu dah malam, x ramailah staff lelaki yg ader kat dalam OT.Tiba- tiba bahu aku ditepuk..."Dik , suami ada tak tunggu kat luar" tanya orang tu..."Ada , abang panggil je ,nama dia Rohaizam "..balas aku dalam keadan mamai..." Encik Rohaizam ada ? "...laung abang tu..."Ada..ada..." aku dengar suara suamiku. "Errrr...boleh tolong kitorang alihkan dia?"....tanya abang tu lagi...pastu aku terdengar..." Boleh ke dia angkat bini dia nih..?"...aku diam sambil mendengar bunyi tapak kasut yang semakin hampir...dengar macam ramai je...." Saya Rohaizam, ni ayah ngan adik dia..."..aku dengar suara suamiku...Oooooo...dia bawak geng lah!!!!...
1 comment :
betul la bu...mulut2 org ni kdg2 bole bikin hati panas..tp kena sbr je lah kan...see, awk dh buktikan!!! tiga berderet lagi..haha
Post a Comment