Seminggu kemudian...
            Wanda dan Dina memerhatikan Madam Jenny, pengurus  cawangan restoran makanan segera  itu 
memeriksa  fail laporan kerja
mereka berdua. Megan juga turut 
berada  di situ. Serius  wajah kedua-duanya. Sesekali  ternampak 
kerutan-kerutan di  dahi Jenny.
Setelah hampir sepuluh minit  berdiri,
barulah Madam Jenny  menyuruh  Wanda 
dan Dina duduk. Megan keluar dari 
bilik  itu  membawa fail Wanda  dan Dina.
            “Dina, seronok 
tak  kerja di bahagian kaunter?” 
            Dina memandang Wanda tatkala  mendengar 
soalan yang  diajukan oleh Jenny.
            “Setakat hari 
ini  masih okey  Madam.”
            Madam Jenny memandang Wanda. Gadis itu  menelan air liur beberapa  kali. 
Melihat  wajah serius  Madam Jenny 
membuatkan perut  Wanda  tiba-tiba memulas. Entah kenapa  dia dapat merasakan sesuatu yang kurang  baik akan menimpa dirinya  sebentar nanti.
            “Kamu  ada  masalah tak Wanda?”
            “Tak ada. Saya 
baik aje  dengan semua  staff.” Laju 
jawapan meluncur keluar  dari  mulutnya.
            “Bukan dengan staff lain. Saya  maksudkan dengan kerja-kerja  awak di 
kaunter. Dah seminggu awak kat 
situ. Hampir setiap  hari,  ada 
saja  duit yang  short.
Bila nak pandai  ni?”
            “Tapi  saya dah
ganti  balik  duit 
yang  short tu.” Wanda membela diri. Memang dia akui telah banyak  melakukan kesilapan terutamanya  ketika 
memulangkan baki duit  kepada pelanggan.
Ada pelanggan yang jujur, memulangkan semula duit yang terlebih tetapi  ramai 
yang  terus  cabut. 
“Kitchen crew  juga banyak complaint  pasal  awak. Ikhwan kata banyak kali  awak 
salah ambil  pesanan. Rugilah company 
macam ni.” Madam Jenny menepuk peha sendiri. Jelas, dia  sangat tidak berpuas hati  dengan Wanda yang kuat melawan.
Wanda
tersentak.  Tetapi  bukan kerana disergah  Madam Jenny. Tak sangka,  Ikhwan juga terlibat. Depan Wanda  bukan main baik. Biar berkali-kali  Wanda melakukan kesalahan, Ikhwan  cuma tersenyum  dan menggeleng-geleng. Paling tidak pun dia
akan menegur  dengan intonasi  suara yang sangat  lembut. tergamak  dia menikam Wanda dari  belakang. 
“Ikhwan
cakap  saya tak pandai  kerja?” 
Bergetar  suara  Wanda. Bergenang airmatanya  menahan sedih.
“Awak
bukan tak pandai kerja. Tapi  awak  tak fokus 
pada kerja  awak. Ini  baru 
laporan dari  Supervisor dan Chief  Cook. Kalau  ada pelanggan 
yang complaint  lepas ni 
macam mana? Awak nak  kerja
ke  tak?”
Kalau  boleh, sekarang juga dia  nak berhadapan dengan Ikhwan. Lelaki  itu 
memang pelakon terbaik.  Timbul
pula  rasa menyesal  di 
hati  Wanda kerana berkenalan
dengan lelaki  itu. Wanda  menarik nafas 
dalam-dalam. Ditenungnya  Madam
Jenny dengan pandangan yang tajam.
“Awak
tak jawab soalan saya,” Jenny 
mengingatkan Wanda.
“Nak..
saya nak kerja lagi kat sini. Please
Madam. Saya  janji akan buat kerja
elok-elok. Kalau  tidak...” Wanda
memandang Dina. Tiba-tiba dia kehilangan kata. Apa  taruhan yang boleh ditawarkan pada  Madam Jenny? Cabaran Wahyuni  masih terngiang-ngiang di telinga. Apa  jadi 
sekalipun dia  harus  bertahan lebih lama  di 
sini.
“Kalau
tidak, apa? Awak cuma ada  dua  pilihan. 
Samada  tukar department atau berhenti 
kerja.”
Terbangun
Wanda mendengar  kata-kata  Madam Jenny. Wanita Cina itu  cuma menjongket kening. Wanda pasti  keputusan itu 
adalah muktamad. Sambil 
membetulkan topi  di  kepala, Wanda mendengus  nafas kasar.
“Bagi  saya masa sampai cukup  bulan. Kalau 
Madam masih tak  puas hati dengan
kerja  saya, saya  sendiri akan berhenti kerja.”
Wanda
terus  keluar. Tak  sanggup 
lagi dia  berlama-lamaan di  situ. Hatinya sakit. Tekadnya  untuk bekerja 
di  situ sudah berubah sekarang.
Ikhwan memang tidak boleh diharap. Kini 
dia  bertahan hanya  untuk 
menyahut  cabaran Wahyuni.
Selepas  sebulan, tak  ingin dia menjejakkan kaki  ke 
sini  lagi.
Wajah
pertama yang tertangkap  di matanya
sebaik sahaja  keluar  dari 
pejabat Madam Jenny adalah Megan. Dia tahu, gadis yang berasal dari  Sabah itu 
tidaklah segarang mana. Cuma mulutnya sahaja suka mengeluarkan ayat-ayat
yang berbisa. Wanda  mendekati  Megan sambil 
mengikat tali  apron di pinggang.
“Terima
kasih,” ucap  Wanda.
“Ha?”
Megan terlopong, tidak faham apa dengan apa yang Wanda  cuba sampaikan.
Tanpa  penjelasan, Wanda hadiahkan Megan dengan
senyum sinis  dan terus  masuk ke kaunter. Dina yang sudah  lama berada di  situ 
langsung tidak dipedulikannya. Ada satu 
jam lagi  sebelum waktu perniagaan
sebenar. Wanda ambil  kain basah yang
telah diperah lalu membersihkan kaunter. Sambil 
mengilatkan  skrin monitor
dia  membaca satu-persatu  menu-menu yang tertulis. Terkumat-kamit
mulutnya menyebeut nama-nama makanan 
itu. Wajahnya masih masam mencuka. 
Seorang pun tidak berani 
menegurnya.
Perubahan
mendadak Wanda disedari Ikhwan yang sedang sibuk melakukan persiapan-persiapan
di dapur. Hairan dia  melihat tingkah
gadis itu. Kebiasaannya pada  waktu-waktu  begini 
Wanda akan mundar-mandir di dapur, cuba memancing perhatiannya.
Tapi  tidak hari ini. Suara  manja gadis itu  belum didengari  hari 
ini.
“Selamat  pagi,” ucap 
Ikhwan. 
Ucapan
itu  secara  umum. Tapi matanya terarah pada Wanda yang
sedang menuang  ais batu ke dalam bekas.
Gadis itu  langsung tidak memandangnya. 
“Pagi  Ikhwan,” jawab Dina. 
Ikhwan
bagi isyarat pada Dina supaya 
beredar  sebentar  dari 
situ. “Err... Wanda. Tolong 
susunkan ayam-ayam ni,” suruh Ikhwan teragak-agak.
Tanpa  sebarang bunyi, Wanda berpaling.  Penyepit 
makanan yang panjang Wanda  ambil  lalu  mula  menyusun ayam-ayam yang telah digoreng oleh
Ikhwan di atas  para. Laju  dia 
melakukan kerjanya. Tidak seperti 
selalu. Susunan ayam-ayam goreng juga nampak lebih kemas  dan mengikut saiz. 
“Senyap  aje 
hari  ni.  Sakit mulut ke?” Ikhwan cuba berlawak. Tiada
reaksi  dari  Wanda.
“Tak  sihat ke sayang?” 
            Kerja  Wanda
terhenti. Ikhwan ditenung tajam. “Mind
your language!”
            Beberapa  orang
rakan sekerja menoleh ke arah Wanda. Terkejut 
Ikhwan mendengar  suara Wanda yang
agak kuat. Bukan itu  yang dia harapkan
dari gadis itu.  Mana pergi  Wanda yang manja, suka  mengeluh dan gedik itu? Oleh kerana tidak
mahu mereka berdua  menjadi perhatian,
Ikhwan segera  beredar  ke 
dapur. Perubahan mendadak Wanda membuatkan Ikhwan tidak senang duduk.
Apa  yang telah terjadi pada  gadis itu?
            Wanda selesai dengan kerjanya. Dia pergi ke kuanter
semula  dan kembali  menghafal 
menu-menu yang tertera  di  monitor. Dia nekad, hari ini dia akan
pastikan tiada sebarang kesilapan  yang
akan berlaku. Sambil  menghafal, sesekali
dia  melirik  pada jam di tangan. Lagi  setengah jam pintu  restoran akan dibuka. 
            “Kau okey tak ni 
Wanda?” Dina menghampiri. Lengan Wanda 
dipegang lembut. Rasanya  dia  tahu kenapa 
gadis itu berubah tingkah. 
            “Okey aje...” Wanda 
menjawab malas. Perlahan-lahan dia menolak tangan Dina. 
            “Tapi nampak macam tak okey ni. Kau bengang dengan hal
tadi ya?”
            Wanda berpaling. Mata yang mula berbahang
dikelip-kelipkan beberapa  kali.
Akhirnya  ada juga yang faham
perasaaannya ketika  itu. Wanda  tunduk. Berkali-kali  dia  menarik
nafas, cuba  mengawal rasa  sebak 
yang sudah mula menjengah. Dina menggosok-gosok belakang badan Wanda.
Perbuatan itu  menyebabkan  mata Wanda semakin berpasir. Sebelum dia
menangis  di situ, lebih baik  dia beredar.
            “Nak ke mana tu?” laung Dina.
            “Aku nak buang 
air  sekejap. Kaunter  dah buka nanti  tak 
boleh nak  bergerak ke mana-mana.
Bukannya  boleh ditinggalkan sekejap  kaunter 
tu. Takut  ada  orang mengadu 
aku  curi tulang pula nanti!”
Keras  suara  Wanda menjawab pertanyaan Dina.
             Sekali  lagi 
Wanda  menarik perhatian
kawan-kawannya. Sempat lagi dia 
menjeling Megan yang sedang membuat 
pemeriksaan akhir  di  dapur. Sengaja  dia menghentak kaki  kuat-kuat, mengekspresikan rasa  hatinya ketika  itu. Ikutkan hati  mahu 
saja dipijak-pijaknya  muka  Megan. Muka 
sombong, berlagak dan susah nak 
senyum.
             Wanda
mengunci  diri di dalam tandas. Melihat
diri  sendiri di  dalam cermin. Dia melawan tenungan mata
sendiri.  Turun naik dadanya  menahan amarah . Airmata yang puas  diempang akhirnya  mengalir 
laju, diselangi dengan esakan yang perlahan.  Wanda 
menekup mulut, cuba mengawal suara. Malulah dia kalau  diketahui 
oleh rakan-rakan yang lain. 
            “Don’t  give up 
Wanda!” Dia meniup  semangat
untuk  diri sendiri. Tiga minggu  tidak lama. Sekurang-kurangnya dia dapat
buktikan pada Wahyuni yang dia boleh bekerja lebih lama dari jangkaan  kakak sulungnya itu.
            Puas  menangis,
Wanda basuh muka. Tak peduli dengan mukanya yang masih basah dan matanya yang
bengkak dia terus keluar dari situ. 
            “Wanda.”
            Tangannya 
tiba-tiba ditarik.  Terdorong
badannya  mengikut  Ikhwan ke sudut bilik  sejuk beku.
            “Apa ni? Lepaslah!” Wanda meronta. Pegangan Ikhwan
semakin kemas.
            “Saya jerit 
nanti,” ugut  Wanda.
            “Saya minta maaf...” 
            “Lepas!” 
            “Kalau awak jerit, nama awak juga yang naik  nanti. Ini 
kawasan kerja saya.” Ikhwan pula mengugutnya.
            “Bagus! Ini perangai 
sebenar awak rupanya. Macam duit 
syiling. Depan saya bukan main baik. 
Sampai  hati  awak bagi laporan negatif pasal saya
pada  Madam. Kalau  tak suka 
saya bekerja  kat sini  cakap 
terus-terang. Saya boleh kerja kat 
tempat lain.” Sambil membebel, Wanda masih berusaha melepaskan
tangannya.
            “Ada sebabnya  saya
buat macam tu. Dengar..”
            “Ikhwan! Fries
dah siap  ke belum?” Megan menjerit di
luar  bilik sejuk  beku.
            Dengan sekuat 
tenaga Wanda merentap 
tangannya  dari pegangan
Ikhwan.  Dia  berjaya dan terus  keluar dari 
situ.  Mujur  Megan tidak menunggu di luar  bilik. Kalau 
tidak pasti  kecoh satu  restoran. Tapi Wanda bertembung juga dengan supervisor yang cengeng  itu 
ketika  dia masuk ke  kaunter.
            “Ingat, hari ini 
jangan ada  duit yang short lagi. Kalau tidak...”
            “Aku tahu  apa  yang aku buat. Tak payah nak cakap
berulang-kali. Jangan berlagak  sangat
dengan jawatan yang tak seberapa tu. Pangkat kau tu  cuma bernilai 
di dalam restoran ni aje. Kalau kau 
berjalan-jalan kat  luar  dengan baju 
biasa, rasa-rasanya baju  yang aku
pakai  lebih mahal dari  kau. Tepilah!”
            Sengaja  Wanda melanggar
bahu Megan. Dengan wajah yang merah padam, Wanda membetulkan topi  di 
kepala. Kemudian diambilnya  gelas
minuman dan meletakkan beberapa  ketul
ais. Mesin minuman berkarbonat  ditekan.
Dengan  laju  Wanda menyedut minuman itu. Tak  peduli dengan pandangan rakan-rakan lain.
Hari ini dia  nekad. Jangan ada  sesiapa pun yang cuba cari  pasal dengan dia. Cakap  Madam Jenny saja akan diguna pakai hari ini.
            “Boleh ke kau handle
kaunter dalam keadaan macam ni? Aku risaulah Wanda.” Dina cuba jadi pendamai.
            “Apsal  pulak  tak 
boleh? Sebab kau tengok  muka  aku 
macam orang baru  menangis?
Atau  kau takut aku  curi 
duit dalam cash machine kau
untuk cover   cash
machine  aku  yang bakal 
short nanti?” Wanda
tunjuk  senyum sinis.  Dina  terdiam.
Mungkin itu  langkah yang terbaik untuk
menyejukkan hati  Wanda.
            Waktu perniagaan bermula.  Pelanggan mula 
masuk. Karakter Wanda  berubah
serta-merta. Sehabis  lebar dia
melemparkan senyuman pada pelanggan-pelanggan yang berurusan di kaunternya.
            “ One piece of
Double Chicken Burger Without Cheese!” Wanda menjerit kuat. Semua  yang berada di  bahagian dapur menoleh padanya. Wanda  senyum. 
Sekarang baru mereka tahu  betapa
kuatnya  suara  Wanda.
            “Five minutes!” Ikhwan
menyambut  laungan Wanda.
             Tiada respons
dari  Wanda. Tangannya lincah menyiapkan
makanan yang dipesan oleh pelanggan. Usai pelanggan membayar harga makanan,
Wanda meletakkan tag bernombor di dalam dulang.
            “Encik duduk  dulu.
Lima minit  lagi  burger 
Encik siap,” ucap Wanda lembut. Senyum tidak  dilupakan. Pelanggan itu  cuma mengangguk dan berlalu pergi sambil
menatang dulang yang penuh dengan makanan. 
            Wanda menarik 
nafas  puas hati. Dikerlingnya
Dina di kaunter  sebelah. Gadis itu  menaikkan ibu 
jari  tanda  bagus. Wanda mencebik.  ‘Baru sekarang nak bagi  moral
support?  Pigidah!’ Wanda mengomel  di
dalam hati.
            Pelanggan semakin ramai. 
Wanda masih seperti  tadi.
Suaranya antara yang paling kuat hari 
ni. Megan langsung tak 
berani  masuk ke kaunter. Dia cuma
memantau  dari jauh. Mungkin kerana
hari  ini dia  melihat keyakinan  Wanda agak 
berlebihan dari hari biasa.
            “Ikhwan!” Wanda memanggil dari depan kabinet makanan. 
            “Yes darling?”
            “Darling kepala
hotak kau! Burger tadi  dah siap 
ke belum? Kau cakap tadi  lima
minit  kan?” Wanda bercekak pinggang.
            “Dah siap, tengah bungkus.” Ikhwan menjawab perlahan.
Terkejut betul dia. Tak sangka  Wanda
yang lemah lembut akan berubah sebegitu rupa. Besar sangat ke kesalahannya?
            “Apsal  lembap  sangat ni? Popcorn nugget kat dalam tray ni dah nak habis. Kenapa tak ada
orang yang top-up?Sos  whipped potato tu  dah sejuk. Budak-budak kau  tak buat 
kerja ke? Megan, dari kau duduk aje 
kat  situ  jadi patung bernyawa baik  kau tolong-tolong sikit budak-budak dapur ni.
Jangan pandai nak cari  kesalahan orang
aje!”
            Wanda kembali ke kaunter. Puas hatinya dapat  menghamburkan kemarahan pada  Ikhwan dan Megan. Cukup  pandai 
dia  mengawal  emosinya ketika  meladeni 
pelanggan. Senyumnya  nampak  manis 
sekali. Tetapi tatkala  dia
berpaling  untuk  menyiapkan pesanan, wajahnya  berubah menjadi  masam-semasamnya.
            Tak  ada sesiapa
pun yang berani  berbual-bual  dengan Wanda ketika  waktu 
rehat. Dia  pun seperti tidak
kisah dibiarkan keseorangan. Topi yang menutup 
kepala sepanjang bertugas  tadi  dilempar ke meja. Minuman bergas  di dalam gelas disedut kasar. Sudah tiga
gelas  air  berkarbonat 
itu  masuk  ke dalam perutnya. Wanda  tidak peduli. Marah punya  pasal dia 
abaikan kesihatan perutnya.
            Sorry, tak
dapat  rehat  bersama hari 
ini. Saya  ada  hal. Be cool okay. Miss you  so 
much.
            Terjuih
mulut  Wanda  membaca mesej yang baru  diterima daripada  Ikhwan. Usaha 
lelaki  itu  untuk 
memujuknya  menggunakan ayuat-ayat  cinta 
ternyata  tidak membuahkan hasil.
Wanda matikan telefon. Dia  tidak  mahu 
sebarang gangguan. Anginnya masih sama sehinggalah waktu  kerjanya bermula semula. Tapi dia sudah tidak
terjerit-jerit seperti  sebelumnya. Tidak
perlu  lagi  berbuat 
demikian kerana  Madam Jenny  sudah masuk ke  pejabat. Takkanlah dia nak tunjuk  perangai 
di depan ketuanya. Menempah 
bala  namanya tu.
            “Sss...aduh!” Wanda memegang perut.
            “Kenapa?” tanya Dina.
            Wanda tunduk. Dia tahu gastriknya  sedang menyerang. Nafas  ditarik dalam-dalam untuk  meredakan sebu  di 
perut. Mujur tidak  ramai  pelanggan ketika itu  dan waktu 
kerjanya juga  sudah hampir  tamat.
            “Argh!!!”
            Wanda  mencangkung
pula.  Berpeluh-peluh mukanya menahan
sakit. Dina  menggamit Megan yang
sedari  tadi cuma memandang saja
dari  ruang dapur. Dengan bantuan
beberapa orang rakan yang lain, Wanda 
dipapah keluar  dari kaunter. 
            “Gastrik ke?” Ikhwan muncul. Di tangannya  sudah tersedia  sebotol 
minyak  angin lalu dihulur  pada 
Wanda. Yang lain-lain mula beredar melihat kehadiran Ikhwan di  situ.
            “Ada bawa ubat tak?” tanya Ikhwan. Kerisauan jelas  terpancar di 
wajahnya.
            “Kat  rumah,”
balas  Wanda.
            “Jom saya 
hantar  awak  balik.” 
            “Waktu  kerja belum
habis.” Wanda mengingatkan.
            “Tak apa. 
Nanti  saya suruh Megan adjust.”
            Ikhwan bangun dia 
sudah bersedia untuk memapah Wanda 
keluar dari situ. Tapi  Wanda  menolak 
tangan Ikhwan yang sudah melingkar 
di  pinggangnya  dengan kasar. Satu  jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki  itu.
            “Saya belum nazak lagi. Tak payah nak berbaik-baik  dengan saya. 
Abah saya datang jemput  saya  kejap lagi.” Wanda masih berdegil.
            “Please sayang.
Simpan marah awak tu untuk hari ini. Besok-besok boleh sambung marah saya
balik. Abah awak  selalu  datang lambat. Bukannya  saya tak tahu. Marilah...”
            Wanda  cuba
berkeras. Tetapi  perutnya  yang semakin tidak  mahu 
bekerjasama  menyebabkan Wanda
terpaksa beralah dengan pujukan Ikhwan. Wajahnya semakin pucat  ketika mereka sudah bersedia untuk  bergerak 
pulang.
            “Kita pergi 
klinik  nak? Muka  awak pucat betul  ni.” 
            “Tak  payah.  Ubat 
saya ada kat rumah. Lagipun saya 
ada alahan. Cuma family   saya saja yang tahu  tentang itu.”
            Ikhwan terdiam. Mati 
akalnya untuk  memujuk Wanda.
Mereka bungkam ketika  di dalam
perjalanan. Dalam kesakitan, Wanda masih mampu 
menunjukkan arah untuk balik ke rumah. Beberapa  kali 
dia menekup  mulut untuk menahan
isi perut  yang  ingin keluar. Namun ketika mereka
betul-betul  sudah berhenti  di depan pintu  pagar, Wanda sudah tidak mampu  bertahan. Elok saja pintu  kereta 
dibuka, dia  terus  berlari 
ke longkang untuk mengeluarkan bahan-bahan yang sedang menggodak  perutnya.
            “Dah tahu ada gastrik, awak pergi  minum air 
bergas tu  kenapa? Tengok,
siapa  yang susah sekarang?” Ikhwan
membebel. Tangannya  sudah
mengusap-usap  lembut  belakang Wanda. Tak  ada 
niat  lain, dia cuma ingin
membantu  gadis  itu 
melegakan tekaknya.
            “Kau  berdua buat
apa ni?” 
            Terloncat Ikhwan beberapa 
tapak  ke belakang. Wanda  berdiri 
tegak, Tapi  cuma sekejap. Dia
kembali tunduk dan muntah lagi.  Wajah garang
abah tidak berjaya  menakutkannya  ketika itu.
            “Wanda kena gastrik pakcik,” ujar Ikhwan  agak 
perlahan.  Menggigil lututnya  melihat 
wajah abah yang menyinga. Bapa 
mana yang tidak melenting apabila 
melihat  anak  daranya 
disentuh oleh lelaki  yang bukan
mahramnya, kan? Dia pula mengambil alih tempat 
Ikhwan mengusap  belakang  Wanda.
            “Tak makan ke  kat
tempat kerja tadi? Sibuk  sangat
sampai  tak  sempat nak makan?” Abah mengerling Ikhwan.
Dia  memerli lelaki  itu 
sebenarnya.
            “Maaf, saya  tak sempat  nak 
minta izin pakcik untuk bawa Wanda balik.  Dia minum air bergas  tadi...” 
            Abah mengemam bibir. Wanda sudah tidak pedulikan
perbualan antara  kedua-dua lelaki  itu. Mak 
yang baru sahaja  keluar
memapah  Wanda masuk  ke 
dalam rumah. Ikhwan yang berada 
di  situ  langsung tidak dipedulikannya. Lelaki
itu  cuma mampu memandang  Wanda hilang di  balik pintu 
utama.
            “Err.. saya balik dulu 
pakcik.”  Ikhwan menghulur  tangan. Wajah 
abah  sudah  tidak sekeruh tadi. Huluran tangan disambut.
            “Terima  kasih. Tak
nak masuk dulu.” Abah berbasa-basi.
            “Tak apalah. 
Pakcik uruskan Wanda dulu.” Ikhwan menolak dengan sopan. 
            Ikutkan hatinya 
memang mahu  melihat  lagi 
keadaan Wanda.  Seharian gadis
itu  mogok  suara dengannya. Semuanya  itu 
berpunca dari  perbuatannya juga.
Namun Ikhwan punya alasan tersendiri 
kenapa  dia  berbuat demikian. Ada  kesempatan nanti, dia  akan beri 
penjelasan pada  gadis  itu. 

 
 
 
 
No comments :
Post a Comment