Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

April 03, 2015

Please... Don't be GELOJOH! (PROLOG)


           Wanda menikus di hujung sofa. Hujung kaki sebelah kanan menguis-nguis kaki di sebelah kiri. Muka diangkat sedikit, ingin melihat mak yang duduk di sebelah. Dia tunduk semula. Mata buntang ibunya membuatkan dia kecut perut. Makin tidak senang duduknya tatkala mendengar dengusan kasar abah.       
“Abah tak faham langsunglah dengan Wanda ni? Berapa kali nak bertukar tempat kerja?”
            Tergeleng-geleng kepala abah. Terkumat-kamit mulutnya beristighfar, cuba melegakan hati yang sedang berbara. Pening kepalanya melayan karenah anak bongsunya yang seorang ini. Ikutkan hati mahu saja dia bagi penampar. Tapi dia tahu, kekasaran bukan penyelesaian yang muktamad. Masalah ini harus dicari puncanya.
            “Cuba cakap dengan mak. Apa lagi yang tak kena ni?” Giliran mak pula menyoal.
            “Kak Yuni tu garang sangat. Buat salah sikit dah tengking-tengking. Wanda malu tau!” Wanda memulakan sesi membela diri.
            Abah dan mak berpandangan. Tak lama, mereka berpaling semula pada Wanda. Gadis itu mengemam bibir. Dia sangat pasti akan ada soalan-soalan lain yang bakal ditanya.
            “Kau buat apa sampai Yuni tu nak tengking-tengking kau? Kau cakap dengan abah. Kepantangan aku betul kalau orang menghamun anak aku sesuka hati ni tau. Apa dia ingat anak aku ni kuli batak ke?” Abah sudah hilang sabar. Dia cuba bangun tapi dihalang oleh mak. Matanya dikerling berkali-kali ke pintu utama.
            Wahyuni, anak sulungnya sedang bercekak pinggang. Perlahan-lahan Wahyuni masuk dan duduk di sebelah mak. Di tangannya terpegang sehelai selendang berwarna kuning keemasan yang sudah berlubang. Dihulurnya selendang itu pada mak.
            “Mak tahu siapa punya kerja ni?” tanya Wahyuni.
            Belum sempat mak menilik, selendang sudah beralih tangan. Abah menghampar selendang itu di sebelah Wanda. Masing-masing bungkam. Wanda langsung tak berani mengangkat muka. Kedengaran mak beristighfar perlahan.
            “Masuk yang ini, dah 4 helai selendang kat butik Yuni tu berlubang abah. Dah besar panjang macam ni pun tak tahu gunakan seterika. Lingkuplah business Yuni macam ni. Kalau abah kat tempat Yuni, boleh ke abah bersabar?”
             Wahyuni mengambil semula selendang tadi dan terus keluar. Dia sudah sedia maklum, Wanda akan lari pulang ke rumah sebaik saja kena marah di butik tadi. Sengaja dia mengekori Wanda di perhentian bas. Memang dia sudah masak benar dengan perangai Wanda. Kali ini Wahyuni sudah nekad. Dia tidak akan mengambil Wanda bekerja di butiknya lagi. Daripada butiknya mengalami kerugian, lebih baik dia ambil tenaga pekerja yang lebih profesional. Bekerja dengan ahli keluarga sendiri sangat memeningkan kepala.
            Sementara itu di dalam rumah, Wanda masih mengadap abah dan ibu. Naik kebas punggungnya duduk melekap di situ. Nak bangun, bimbang dimarahi lagi. Tetapi Wanda tahu bagaimana nak sejukkan hati abah dan ibunya.
            “Wanda minta maaf. Wanda dah cakap dulu, Wanda tak sesuai kerja kat situ. Tapi mak suruh juga.”
            “Eh, kita pula yang disalahkan. Wanda, cubalah jadi matang sikit. Awak tu bukannya budak-budak lagi. Kalau kahwin dah beratur anak tau tak?”
            “Kalau macam tu, carikan calon suami untuk Wanda. Dah bersuami nanti tak payahlah mak dan abah pening kepala lagi fikir pasal Wanda.”
            Dia terus bangun, meninggalkan ibu dan abahnya yang sedang terlopong. Begitu mudah dia menyelesaikan masalah. Kalaulah Wanda tahu perkahwinan itu tidak semudah yang dia fikirkan.
            “Kenapalah anak kita yang seorang ni payah sangat nak dibentuk bang,” keluh mak.
            “Tak apa, kita bagi dia masa. Mungkin dia belum bersedia untuk jadi dewasa.”

No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.