“Wah! Macam tak percayalah. Ada orang tu bangun awal hari ni.”
Wanda pekakkan telinga. Sudah dijangka, dia akan diperli
pagi itu. Bangun lambat salah,
bangun awal kena perli pula. Sambil
menyarung stokin, matanya
mengerling Wahyuni yang sedang
bersarapan bersama mak dan
abah.
“Masuk kerja
pukul berapa?” tanya Wahyuni.
“Sembilan.”
“Balik pukul satu tengahari?” Wahyuni ketawa. Abah
turut menyertai.
“Yuni...” Satu jelingan tajam mak hadiahkan pada Wahyuni.
Wahyuni cuma menjuih bibir. Bukan dia mahu
memperlekehkan Wanda. Tapi dia
sudah masak benar dengan perangai adik
bongsunya. Lama manalah dia mampu bertahan di restoran makanan segera
itu?
“Bukannya nak bagi
kata-kata semangat. Asyik
nak perli orang aje. Kali ini Wanda akan kerja betul-betul. Wanda janji,
gaji pertama nanti
Wanda nak belanja semua orang.”
“Gaji pertama di
hujung bulan ke, gaji pertama lepas kerja
petang karang?” Wahyuni masih belum puas menyakat.
“Abah! Tengoklah Kak Yuni
ni. Menyampah betullah! Bukannya nak
bagi semangat. Asyik nak
kutuk Wanda aje.” Muncung
Wanda sudah panjang. Merah padam wajahnya menahan marah.
“Kak Yuni bukan
mengutuk. Ini kata-kata semangat. Buktikan pada mak dan abah yang kau boleh berdikari. Kak Yuni
cabar kau. Kalau kau mampu bertahan selama sebulan, kau mintalah
apa saja. Kak Yuni akan tunaikan.”
Bulat mata
Wanda mendengar cabaran Wahyuni. Wajah mak dan abah dipandang seketika. “Betul ni? Jangan menyesal tau.”
“Kenapa nak
menyesal pula? Tapi kalau
kau berhenti lebih awal, kau kena
jadi babysitter anak-anak
Kak Yuni. Deal?”
Hilang senyum di
bibir Wanda. Sekali lagi
wajah kedua orang tuanya dipandang. Mak cuma
menjongket bahu. Abah pun sama.
Wahyuni mengetuk-ngetuk meja dengan hujung jari. Wanda merenung
jemari Wahyuni sambil menimbang-nimbangkan semula tawaran itu.
“Okey! Wanda sahut cabaran Kak Yuni. Satu bulan, ya?”
Wahyuni mengangkat
ibu jari, kemudian melagakan buku
limanya dengan buku lima Wanda. Gadis
itu cepat-cepat menghabiskan
minumannya dan terus menyarung kasut. Dia yakin dia mampu menyahut cabaran Wahyuni.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~
“Awak dan Dina ikut Megan ke kaunter. Nanti dia akan
tunjukkan kerja-kerja yang perlu kamu
berdua buat.”
Wanda menoleh ke
kaunter. Segala macam rasa sudah
mula menghampiri. Bolehkah dia memulakan tugas dengan baik hari ini?
Apa yang dia tahu kalau dia
ke restoran makanan segera, pekerja yang bertugas
di kaunter bertanggungjawab untuk
menyediakan pesanan pelanggan.
Mengenangkan semua itu telah membuatkan
tangan Wanda berpeluh. Keyakinannya mula
pudar sedikit demi sedikit.
“Kau okey tak ni?”
Dina bertanya apabila melihat
Wanda seperti tidak menumpukan perhatian pada taklimat yang
diberi.
Pintu di bahagian dapur terbuka sebelum sempat Wanda menjawab soalan Dina. Serta-merta semua
kebimbangan terbang pergi. Gerangan yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba.
Pakaian dirapikan dan dia kembali menumpukan perhatian pada taklimat
yang sedang berlangsung.
“Dina dan Wanda
boleh ikut Megan ke kaunter.
Selamat bekerja. Kalau
ada yang kurang faham, kamu boleh tanya mana-mana senior di
sini.”
Senyum manis terukir di
bibir Wanda tatkala
mendengar kata-kata akhir Branch
in-charge. Sebaik sahaja wanita Cina
itu beredar, dia yang terlebih dahulu masuk ke kaunter.
“Hai Ikhwan,” sapa
Wanda ramah.
Ikhwan cuma senyum dan mengangguk sekali. Dia terus menyarung apron dan menghilangkan diri ke
dalam stor makanan beku.
“Eh, sombongnya
dia. Semalam baik sangat. Hmmm...” Dia mengomel sendirian.
Tak mengapa.
Banyak masa lagi. Mungkin masih awal pagi. Mood
nak berbual masih belum ada barangkali. Wanda mula
menumpukan perhatian pada penerangan yang diberikan oleh Megan. Pada peringkat permulaan,
rasa teruja membuatkan dia rasa
tidak sabar untuk memulakan kerja. Tetapi tatkala waktu
kerja hampir tiba, perasaan gemuruhnya
datang lagi.
“Wanda, kau jaga
kaunter sebelah kanan. Dina kau di
kaunter tengah,” arah Megan.
“Habis tu kau jaga
kaunter mana?” tanya Wanda.
Soalannya itu telah memancing perhatian rakan sekerja yang
lain.
“Hari ini aku jadi
pemerhati. Tak payah risau. Kau buat
aje macam yang aku ajar tadi. Apa
yang penting, sediakan makanan mengikut apa yang dipesan oleh pelanggan.” Megan meninggalkan
mereka berdua di situ dan pergi ke
pintu utama.
Papan tanda ‘BUKA’ digantung. Ini bermakna waktu perniagaan sudah bermula. Masing-masing sudah
bersedia di posisi masing-masing. Pelanggan pertama
masuk. Wanda memandang Dina. Rakan sekerjanya nampak yakin. Tak ada sedikit pun riak keraguan di wajahnya.
“Relaks Wanda. Tarik nafas panjang-panjang. Jangan
lupa senyum tau,” ujar Dina.
Wanda memaksa bibirnya mengukir senyum. Dalam hati berdoa agar pelanggan
itu pergi ke kaunter
Dina. Nafas lega dihela apabila doanya termakbul.
“Selamat datang
dan selamat pagi kak. Makan kat sini atau bungkus?” Dina memulakan kerjanya dengan yakin. nampak mudah sangat
dia melayan pelanggan itu.
Tak lepas
mata Wanda memerhatikan Dina menyiapkan pesanan
pelanggan itu. Komunikasi antara Dina dan krew dapur juga berjalan lancar. Kurang dari lima minit,
pelanggan itu sudah keluar bersama makanan yang dipesan.
“Nampak senang aje,” ujar
Wanda perlahan tapi sudah
cukup untuk didengari
oleh Dina.
“Memang senang pun. Yang penting jangan kelam-kabut.”
Dina memberikan kata-kata semangat.
Pelanggan seterusnya masuk. “Kau pula, ya?” kata Dina.
“Eh, apa aku pula?
Kita tengok nanti customer
tu
pergi ke kaunter siapa.” Wanda cuba mengelak. Tapi nasibnya kurang baik. Pelanggan itu menuju
ke kaunternya.
“Ehem.. errr..
selamat pagi dan selamat datang Encik. Makan atau bungkus?” Walaupun
teragak-agak, Wanda memaksa diri untuk
senyum. Sebaik mungkin dia cuba bertenang sedangkan di saat itu kepala lututnya sedang menggigil kuat.
“Makan di sini. Bagi
saya Set A satu dan large
fries satu.”
Hujung jari
telunjuk mula melilau
mencari harga makanan yang tertera di
monitor. Dia berjaya. Kemudian dia meletakkan dulang dan menyiapkan pesanan
pelanggan itu sama seperti yang
dilakukan oleh Dina. Menggigil tangannya
menyelesaikan tugas.
“Terima kasih Encik, selamat menjamu
selera.” Wanda tersenyum lebar. Spontan dia menoleh pada Dina. Tapak
tangan masing-masing berlaga.
“Yes! Senang
aje kerjanya, kan?” ujar Wanda sambil mengesat peluh di dahi.
“Memang
senang. Tapi pucat juga aku tengok muka
kau tadi. Dah macam orang nak
terima hukuman gantung.”
Wanda
menekup mulut. Sebelah tangan lagi melepuk bahu Dina. Tidaklah sesusah mana pun
kerja di kaunter rupanya. Beberapa minit
kemudian pelanggan yang lain pula masuk. Mereka berdua kembali bekerja seperti biasa. Wanda
mula seronok dengan apa
yang dia lakukan. Semakin seronok
apabila dapat melihat Ikhwan setiap kali
dia harus memesan makanan yang perlu dimasak
panas-panas. Penat berdiri langsung tidak terasa.
Pelanggan
semakin ramai apabila tiba waktu
makan tengahari. Megan juga turut
turun padang untuk membantu. Dina
semakin cekap dan selsa dengan kerjanya.
Berbeza pula dengan Wanda. Tenaganya hampir
kehabisan. Sudah beberapa kali
dia melakukan kesilapan ketika
mengambil pesanan. Dan sudah
beberapa kali juga Megan menegurnya kerana tersalah
memulangkan baki duit kepada pelanggan.
“Encik,
tunggu sekejap ya.”
Dia terus
meninggalkan kaunter tanpa
menitipkan sebarang pesan pada Megan
atau Dina. Dah tak sempat.
Dari pagi tadi dia menahan diri untuk ke tandas. Laju
dia menyelinap ke ruang dapur
untuk ke tandas kakitangan yang
terletak di belakang restoran. Hampir lima minit
dia di situ. Bukan setakat buang
air. Sempat lagi dia merapikan rambut dan topi yang dipakai.
Tangan yang lenguh dibelek sebentar lalu diletakkan di bawah air paip yang
dibiarkan terbuka.
“Eee,
dah bau ayam goreng!” Wanda
mengutuk bau badan sendiri.
“Wanda!”
Dia
keluar dari bilik air. Megan sedang
bercekak pinggang dengan hidungnya yang kembang kempis. Habislah Wanda. Dia
yakin Megan akan memarahinya.
“Sorry Megan. Aku tak
tahan nak terkucil sangat
dah tadi. Nyaris-nyaris terburai
kat kaunter tadi.” Wanda
cuba berlawak. Tapi
taktiknya itu tidak
berkesan. Lurus telunjuk Megan
mengarahkan dia masuk ke dalam.
“Lain
kali maklumkan dulu pada sesiapa yang ada kat kaunter. Mana boleh main blah macam tu aje. Customer bising
kau tahu tak? Kalau pergi
sekejap tu ada ampun lagi. Kau bersolek
ke apa kat toilet
tu?”
Berdesing
telinga Wanda. Makin bengang apabila volume suara Megan dah macam mak tiri yang hilang
penyapu. Dia berjalan laju
melintasi dapur apabila terasa
ada seseorang sedang merenungnya. Malunya! Ikutkan hati mahu
saja ditekup-tekup mulut Megan.
“Mana
pelanggan tadi?” Wanda bertanya pada
Dina. Gadis itu sedang sibuk melayan pelanggan yang masih beratur panjang
di kaunternya.
“Dah
cancel order,” jawab Dina pendek.
Wanda ingin
bertanya lagi tetapi niatnya
terbantut apabila Megan masuk menyertai mereka di situ. Wajahnya yang masam mencuka tadi
sudah berubah manis. Huh! Plastik sungguh. Boleh pula dia berlakon seolah-olah tidak apa-apa yang terjadi.
“Encik,
sila ke kaunter tiga ya.” Megan
mengarahkan beberapa orang pelanggan yang sedang beratur
di kaunter Dina beralih ke
kaunter aku.
Dalam
keadaan yang masih belum bersedia, Wanda menerima pesanan pelanggan yang
pertama. Megan masih di situ. Tapi dia
langsung tak membantu. Sejak tadi dia
hanya mundar-mandir di situ.
“Megan,
cheese beef burger large size dah
habis.” Wanda memaklumkan pada Megan.
“Order
terus pada kitchen crew. Lupa
ke?” Megan menjongket kening.
Wanda
mengharapkan agar Megan membantunya.
Tapi harapan hanya tinggal
harapan. Dengan wajah selamba Megan ke kaunter tengah. Dia mula menerima pesanan dari pelanggan yang semakin ramai beratur
di kaunter Wanda dan Dina.
“Jangan
tercegat aje kat situ
Wanda. Cepat sikit. Orang makin ramai
ni.” Megan meninggikan suara.
“Err..one burger large size!” Wanda melaung
kuat. Dia menguntum senyum kerana
laungannya berjaya menarik perhatian Ikhwan yang sedang
sibuk di
dapur.
“Beef or chicken?”tanya Ikhwan.
Suaranya juga sama kuat dengan
Wanda.
“Err...”
Wanda kembali kepada monitor, melihat menu
yang dipesan tadi. “Beef!”
“Ada
cheese ke tak?” Ikhwan melaung lagi.
Wanda
menggosok hidung yang tidak gatal. Terkial-kial dia mencari kembali menu
yang disebut. Tapi tidak berjaya. Dia
semakin kalut apabila terdengar beberapa suara di
dapur sedang mentertawakannya.
“Megan,
kau tengokkan budak tu kejap. Lembap!”
Serta-merta
mata Wanda terasa berbahang. Tidak pernah dia dimalukan sebegitu. Hatinya membara. Tapi
tak sanggup untuk membalas kembali kerana orang yang mengutuknya secara
terang-terangan itu adalah Ikhwan. Sebaik mungkin Wanda cuba menahan airmata yang ingin tumpah. Senyum masih meniti di
bibirnya.
“Okey,
boleh pergi rehat sekarang. Lagi sejam nanti
masuk balik.” Megan meletakkan
tanda SILA KE KAUNTER SEBELAH di tempat
Wanda dan Dina. Seorang pekerja
yang bertugas membersihkan meja di
tingkat atas sebentar tadi masuk
ke kaunter menemani Megan.
Wanda
tidak tahu ke mana
hendak dituju. Dia sangat penat. Selera terus tertutup
untuk menjamah sebarang makanan.
Tengkingan-tengkingan Ikhwan dan
tawa sinis rakan-rakan sekerja sebentar
tadi benar-benar melemahkan semangatnya. Dia nak balik. Tak guna dia berada
di sini kalau semua
orang tidak tahu menghormatinya.
Dia menyeluk telefon di dalam poket seluar. Saat ini dia terbayangkan abah. Pasti orang tua
itu akan tepuk dahi berkali-kali.
“Awak nak call siapa?”
Ikhwan
sedang berdiri di depannya sambil menatang dulang berisi kentang goreng dan dua gelas air berkabonat.
“Err..
tak ada siapa. Saja nak check ada
mesej masuk ke tak?”
Telefon
bimbit di tangan segera disimpan semula ke dalam poket seluar. Dia membetulkan
duduk apabila Ikhwan meletakkan dulang
di atas meja dan duduk di hadapannya. Hati yang walang tadi terus berbunga riang.
“Dah
makan?” tanya Ikhwan
Wanda cuma menggeleng. Dia sedang menstabilkan
degup jantungnya yang agak laju. Tak
sangka langsung Ikhwan akan duduk di situ. Padahal rakan-rakan seniornya yang lain duduk selang beberapa meja saja
dengan mereka. Macam nak lompat bintang apabila Ikhwan menghulur segelas air padanya.
“Eh,
untuk saya ke?” Buat-buat tanya pula. Kalau bukan untuk
Wanda untuk siapa pula? Wanda cuma menyedut sedikit. Kemudian dia menolak gelas
itu ke tepi.
“Maaf,
saya tak boleh minum air bergas. Ada gastrik.”
“Ye
ke? Saya ambilkan air yang lain ya.”
Wanda ingin menegah, tetapi Ikhwan lebih pantas bangun. Sepeninggalan
Ikhwan, Wanda cepat-cepat merapikan
diri. Dia ke sinki untuk menyegarkan wajah. Pelembap bibir
yang sentiasa disimpan di dalam poket
seluar dioles laju. Ketika dia
kembali ke meja, baru dia perasan banyak
mata yang sedang memerhatikan
tingkahnya.
“Untunglah
orang tu. Dapat duduk dengan ‘Abang
Encem’.” Dina menggiatnya dari meja
sebelah. Bekal nasi yang dibawa dari
rumah disua pada Wanda. Tapi Wanda menolak
dengan baik.
“Dina,
muka aku berminyak tak? Ada apa-apa tak
kat gigi aku?” Selamba saja Wanda
menayangkan giginya pada Dina.
“Muka
tu dah memang lawa. Eh, nanti kirim salam kat brother
tu eh. Untunglah kau. Handsome tu!”
Bahu Dina ditampar lembut. Kembang hati Wanda
ketika itu. Belum sampai sehari dia
bekerja di situ, perhatian Ikhwan
telah berjaya dipancing. Nampak gayanya memang lama lagilah dia bertahan di sini. Rugilah kalau dia berhenti
sekarang. Sekurang-kurangnya dia
perlu beri peluang pada Ikhwan untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
“Nah,
awak makan nasi ya. Jangan makan fries, tak
kenyang.”
Sekali
lagi Ikhwan buat dia
tergamam. Pantas betul pergerakannya. Sepinggan nasi bersama ayam goreng dan sos cili sudah terhidang di depannya.
“Makan
cepat. Waktu rehat kita ni singkat aje,” ujar Ikhwan.
“Kat sini
ada jual Nasi Ayam ke?” Wanda bertanya sambil menguis-ngusi Nasi Ayam bersos cili dengan sudu.
“Mestilah
ada. Awak tak perasan ke dalam menu?”
“Banyak sangat menunya. Tak boleh nak ingat
semua dalam masa sehari.”
Ikhwan
senyum. Aduh! Sampai ke jantung rasanya. Wanda tunduk untuk memulakan suapan.
Kunyahannya terlalu perlahan. Bukan
kerana malu, tetapi Nasi Ayam itu
langsung tak kena dengan seleranya. Namun demi menjaga hati
Ikhwan, dia memaksa tekaknya menelan. Sedap tak sedap
belakang kira.
“Saya
minta maaf ya sebab tengking-tengking awak tadi.”
Aduhai!
Wanda sudah tidak senang duduk.
Bagai ada irama cinta yang
sedang berdendang di dalam hatinya di kala itu. Belum pernah lagi mana-mana lelaki yang begitu
jujur melafazkan maaf padanya
sebelum ini.
“Kerja
di bahagian kaunter kena pantas.
Kalau awak silap terima order, bahagian kitchen pun
kena juga.” Sambung Ikhwan lagi.
Wanda
tidak membidas.Kata-kata Ikhwan bagaikan air batu yang
masuk seketul-seketul ke dalam hatinya. Marah dan bengang hilang serta-merta. Dia memberanikan
diri untuk melihat Ikhwan. Rasanya inilah kali pertama mereka
duduk dalam jarak yang agak dekat. Lelaki itu mempunyai sepasang mata
sepet yang agak tajam. Walaupun mukanya nampak garang, tapi
senyumannya menjadi pelengkap
ketampanan lelaki itu.
“Wanda...”
Panggilan Ikhwan mengembalikan Wanda ke alam nyata.
“Ya.
Masa rehat kita dah tamat ke?” Wanda
bertanya kerana dilihatnya dulang
Ikhwan sudah kosong dan lelaki itu
seperti sudah bersedia untuk beredar.
“Ada
dua puluh minit lagi. Awak habiskan makanan tu ya. Saya
nak keluar sekejap. Nah
tisu, ada nasi kat
tepi bibir tu.”
Spontan
tangan Wanda melekap di bibir.
Tak ada pula butiran nasi yang dikatakan. Wanda mengambil tisu yang ditinggalkan oleh Ikhwan. Ada sesautau
yang tertulis di atas
tisu itu.
017- 4320234 Waiting for your call :)
“Yes! Yes! Yesss!!!”
Wanda
melompat girang. Dikucupnya
berkali-kali tisu yang masih berada di tangan. Dengan selambanya dia menari
‘tarian cucuk langit.’ Dia lupa diri sekejap.
“Oi!
Menang loteri ke?”
Wanda
terpempan. Baru sedar di mana dia
berpijak. Muka dah merah padam
ditertawakan oleh kawan-kawan yang sedang menjamu selera. Dia terus berlari ke bilik air. Di
sana, tisu pemberian Ikhwan dikeluarkan semula bersama telefon bimbit. Nombor telefon Ikhwan didail. Bagai nak meletup
jantungnya tatkala mendengar
nada deringan di dalam talian.
“Wanda ya?”
Wanda
memegang dada. Suara Ikhwan dekat sungguh dengan telinganya. Berpeluh
mukanya menahan gemuruh.
“Ya,”
jawab Wanda antara dengar dan tidak.
“Okey,
nanti saya simpan nombor ni. Kerja elok-elok lepas ni
ya. Kalau ada masalah, beritahu saya tau. Takecare...bye.”
Panggilan
tamat. Untuk kesekian kalinya Wanda
terlompat-lompat keriangan. Tidak pernah
dia segembira ini. Tiba-tiba dia teringatkan Wahyuni. Senyum lebar disertai dengan ketawa
sinis tertera dibibir.
“Kak
Yuni, nampaknya memang lama lagilah Wanda
kat sini. Kopaklah beg duit
Kak Yuni
cukup bulan ni. Hahaha!!!”
No comments :
Post a Comment