Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

May 06, 2015

HEY MR.SPOTLIGHT! BAB 6


“Aduh! Macam manalah  aku  boleh  lupa  matikan handphone? Siapa pula  yang call ni? Dengan mata  yang  tertutup, aku meraba telefon yang tersorok  di bawah bantal.  Sebelah  mata terbuka  sedikit nak  melihat  skrin. Telefon pejabat  tertera  di  situ. Ala...Munirah nak apa  ni?
            “Hmm, awak  nak apa  ni Munirah?”
            “Bukan Munirah.  Raisya  ni  bos. Masih  tidur  lagi  ke?”
            Terbuka dua-dua mata.  Betul  ke  nama  yang  aku  dengar  tadi? Aku  tekup  semula  telefon di  telinga.
            “Raisya?”
            “Ya, Raisya  Azzahra  yang  bercakap  ni.  Bos  bercuti  ke  hari ni?”
            “Taklah.  Saya  masuk  lambat  sikit. Pening  kepala.”
            “Ala...kesiannya  dia. Makan ubat  tau. Okeylah tak nak  kacau  lagi.  Bos  rehatlah. Bye.
            Panggilan tamat.  Uik? Dia  call aku  semata-mata nak  tanya soalan itu  saja? Telefon berbunyi lagi.  Nombor  handphone siapa pula  ni? Mengganggu betullah! Sambil  menahan denyutan  yang agak  kuat, aku jawab juga  panggilan itu.
            “Helo...” Sambil bercakap, aku  picit-picit kening yang  terasa  senak. Bila  nka  hilang sakit  kepala  ni?
            “Bos, Raisya  ni..”
            “Hmm, nak apa?” Aku mendesis perlahan.  Ya  Allah! Sakitnya  kepala aku.
            “Nak request  something boleh tak?” Raisya buat  suara  meleret.
            “Apa?”
            “Malulah  nak cakap.  Saya whatsapp  ajelah.  Bye.”
            Suara  Raisya  hilang lagi.  Ada-ada  sajalah dia  ni. Aku  letak  handphone    atas  dahi. Denyutan di  kepala masih belum  kurang.  Rasa  macam nak aku  hantukkan aje  kepala ni  ke  dinding. Menyesal  pula  lewat  tidur  malam tadi.  Inilah bahananya.
            Handphone yang berada di dahi  bergegar  perlahan.
            Nak tengok  muka  orang sakit  kepala  tu  boleh tak?
            Hahaha! Bengong betullah budak ni. Apa hal pula nak  tengok  muka  orang sakit  kepala ni? Aku  letak handphone   atas  dada. Malas  nak melayan  perangai  sengal Raisya. Walaupun sedang  menahan sakit, bibir  tersungging senyum apabila teringat  insiden  semalam. Gara-gara teguran aku  mengenai skirt yang dipakai  semalam sudahnya Raisya  langsung tak mahu  turun dari  kereta. Lucu  pula  hati  melihat telatah dia. Perangai gila-gilanya  semasa zaman remaja  dahulu  masih lagi  bersisa.
            Sekali lagi  handphone  bergegar. Pasti  Raisya  lagi.
            Bolehlah bos! Pleaseee...
            Aduh! Apa kena dengan Raisya  ni? Okey, nak sangat  gambar  aku kan? Tunggu  sekejap.
            Aku tarik selimut  hingga  ke  paras  kepala.  Cuma  mnata, hidung dan mulut  saja  yang kelihatan. Dengan mata  kuyu, aku  snap    satu  gambar  dan send pada  Raisya.Mata  terpejam semula  selepas  itu.  Harap-harap  dia  tak  kacau  aku  lagi. Tolonglah abgi  aku  bertenang  sekejap.
            Tet! Tet!
            Aduh! Bunyi  lagi?
            Tak  nampak  macam orang sakit  kepala pun. Kenapa  kepala  tu  bertutup  dengan selimut? Sejuk ya?
            Sambil  senyum senget, aku  balas  mesej  Raisya.
            Bukan sejuk, tengah menjaga aurat.
            Aku  gelak  sekuat  hati sebaik  sahaja  aku  balas  mesej  Raisya.  Padan muka! Sibuk  sangat  nak tengok  muka  orang sakit kepala kan? Mesti dia  tengah menyumpah seranah aku di  sana.  Whatsapp  terus  senyap selepas  itu.  Mata  aku  pun macam tak  boleh lelap lagi.  Aku  bangun dan bersandar  di katil. Aku  menggeleng beberapa kali. Mula-mula  perlahan, kemudian aku geleng kuat  sikit.  Eh, dah tak sakit  kepalalah! Dengar  suara  Raisya  saja  terus elok  sakit  kepala? Dahsyat!
            Tak jadilah nak  sambung tidur. Aku  kemas katil  kemudian capai  tuala. Sebelum mandi  aku  sediakan pakaian. hari ini  aku  kena pantau  kerja-kerja  pemasangan alat  pemadam  api  di  bangunan hospital yang  akan dibuka  tak lama  lagi. Jadi, tak  sesuai  rasanya  kalau  nak bertali  leher  dan memakai  kemeja.
            Aku keluarkan t-shirt berkolar dan denim warna coklat  tua.  Sebelum menutup pintu  almari, aku  buka  laci paling besar. Koleksi topi  dan cermin mata tersimpan rapi  di  situ. Aku  senyum sambil menggosok-gosok kepala.
            “Silau  ya? Hmmm, rasa-rasanya  yang ini  sesuai  untuk kau.”
            Aku mengomel  sorang-sorang sambil  memilih  cermin mata dan topi yang ingin  dipadankan  dengan baju  nanti.  Siap  semuanya  baru  aku  ke  kamar  mandi.
            Setengah  jam kemudian, aku  sudah berada di  pejabat. Tapi  aku  tak nampak bayang Raisya. Motor  dia pun tak ada di tempat letak  motor.  Ke mana  pula dia  merayap  ni? Mentang-mentanglah tak  ada kerja-kerja  spesifik  yang  aku  berikan, ikut  suka  hati  dia saja nak  keluar  masuk  pejabat  ni ya?
            “Raisya  mana?” Aku  tujukan soalan tu  pada  Munirah.
            “Dia  keluar hantar  quotation pada  customer,” jawab Munirah takut-takut.
            “Hantar quotation? Siapa yang suruh? Bukan ke  selama ni kita  gunakan email saja  untuk hantar   quotation?”
            Agak tinggi suara  aku  menyoal  Munirah. Mampuslah aku kalau  Hazri tahu  aku jadikan adik  dia  peon. Aduh!Raisya ni pun satu. Aku kata  duduk aje kat  di pejabat. kenapalah terlebih rajin sangat  budak ni?
            “Dia  sampai  nanti  suruh dia  masuk bilik  saya.”
            Aku menonong  melangkah ke  bilik.  Belum pun sempat aku  duduk, terdengar bunyi  motor  di  luar. Aku  tinjau melalui celahan bidai  yang terpasang di  tingkap.  Raisya!
            Aku betulkan topi  di kepala  dan bersiap  sedia memeluk  tubuh.  Sengaja  aku  duduk  di  bucu meja  sambil menunggu Raisya  masuk. Aku  keruhkan wajah, buat-buat  marah. Eh, memang aku  tengah  marah. Marah sebab Raisya  keluar  dari pejabat  tanpa  izin aku.
            “Hai  bos!”
            Raisya  muncul dengan wajah ceria. Aku  jongket  kening.  Dia lupa  lagi  pesanan aku semalam.  Tapi  hari  ni  aku  tak mahu menegur. Sengaja  nak tengok tingkah dia. Muka  semakin masam. Raisya yang masih memegang tombol  pintu perlahan-lahan berundur  semula.
            “Sorry bos. Saya  keluar  balik ya.”
            Pintu  bilik ditutup  semula. Kemudian terdengar  suara Raisya  berlagu-lagu memberi  salam.  Sengaja dia mengetuk pintu  mengikut  melodi salam yang  diberi.
            “Masuk!”
            Raisya  masuk. Kali  ini  dia  diam. Aku  juga masih seperti tadi.  Macam mana nak  mulakan ni? Takkan nak terus marah. Budak ni  bukannya boleh ditengking-tengking.  Mahu  banjir pejabat  aku ni  kalau dia  meraung nanti.
            “Siapa  yang izinkan awak  keluar  dari  pejabat?”
            Raisya  tunduk.
            “Kenapa awak pandai-pandai hantar  quotation pada  customer? Email  kan ada?
            Kali  ini  Raisya  mendongak. Siap  sedialah wahai  telinga. Pasti berjela-jela  jawapannya  nanti.
            “Munirah kata  line internet  slow. Customer  nak  cepat   quotation  tu.  Kebetulan saya  memang nak keluar  cari  barang sekejap  dan saya  tahu  pejabat  customer  tu. Alang-alang dah keluar, saya  bawa  quotation tu  sekali.” Satu  nafas  saja  Raisya  menjawab.
            “Barang apa  yang awak  nak  cari? Sekarang bukan masa  untuk shopping. Lagipun itu  bukan kerja awak.  Saya  dah cakap, kerja awak cuma...”
            “Ya..ya.  Saya  tahu  kerja  saya  cuma  bancuh air  dan kemas  pejabat. Tapi  barang ni  untuk  Encik  Azraf...”
            “Barang apa?”
            Raisya  menghulur plastik merah yang tersorok di belakang badannya tadi.Kepala  terasa  panas apabila melihat  barang itu.  Tak semena-mena aku  rampas  barang itu  di tangannya  dan terus campak ke  meja.
            “Raisya!!!” Akumenjerit tetapi  dalam nda  yang terkawal  bersama gigi yang ku  katup rapat-rapat.  Geramnya  aku  dengan dia  ni.
            “Err, tadi  bos kata  sakit  kepala kan? Sebab itulah saya belikan syampu  berangin tu. Letak  lama  sikit kat atas  kepala, biar buih syampu  tu  meresap kat  dalam rambut. Bila  bilas  nanti  rasa  berangin aje. Gerenti  hilang sakit  kepala  tu.”
            Aku  tarik topi di kepala perlahan-lahan. Melopong  mulut  Raisya dan tangannya menepuk-nepuk dahi  sendiri  berulang kali.
            “Alamak! Ampun bos. Saya  lupa  yang bos  tak  ada rambut.”
            Hidung  dah rasa macam nak keluar  asap.  Kecik besar kecik  besar  aje  aku  tengok adik  Hazri ni. Prihatinlah  konon. Ini  bukan prihatin.  Ini  namanya  memang sengaja  cari  pasal  dengan aku. Dia tunjuk  sengih  kambing. Mujurlah  muka  tu comel dan aku memang suka  kat  dia. Kalau tidak memang sekarang juga  aku  pecat dia.
            Tanpa  sepatah kata, aku  terus  keluar  dari  pejabat. Ikutkan hati  aku  dah memang tak  ada  mood   nak  bekerja  hari  ini.  Tapi  memikirkan ada  temujanji  yang perlu aku  hadiri, terpaksa jugalah gagahkan diri. Di luar,  satu  lagi  hal  yang buat  aku  rasa  nak  gantung  Raisya  atas  pokok.
            “Raisya!”
            “Saya!”
            Laju  badan aku  terpusing ke belakang.  Kus   semangat! Dia ada  di  belakang aku rupanya.  Tangan dah mencekak  pinggang. Hish! Dengan cara  apa  lagi  aku  nak cakap  dengan budak lurus  bendul  ni? Nak katakan tak sekolah,  seingat aku  dulu  dia  ni pelajar  terbaik. Tapi  kenapa  aku  tengok  perangai  dia dah macam budak tadika?
            “Kenapa letak  motor kat  sini? Ini  kan tempat letak  kereta.” Tangan dah menuding ke  arah motor  yang dia  letakkan betul-betul  di  depan kereta  aku.
            “Kat  sini  aje yang selamat. Ada CCTV. Senang nak tengok” jawab Raisya.
            “Awak ni Raisya, ada  saja jawapannya  kan? Alihkan motor ni.”
            Sementara  dia  mengalihkan motornya ke tempat  letak motor, aku hidupkan enjin kereta. Dah malas  nak  masuk  semula ke dalam pejabat, aku ambil keputusan untuk  menunggu  Raisya di kereta sahaja.  Tapi dia  menonong masuk  semula  ke  pajabat  sebaik  saja  menongkat  skuternya,
            “Eh, Budak  Lesung! Awak nak ke mana  lagi  tu?” Laju  saja  mulut aku  melaung nama gelarannya  di tepi  kereta.
            Terhenti langkah Raisya. Dipandangnya aku dengan  wajah yang sedikit  masam. Aku  balas  renungannya dengan senyum sinis. Sengaja aku panggil  dia  dengan nama gelaran itu. Nak tengok, dia  ingat tak kenangan lapan tahun dahulu.
            “Nama saya Raisya Azzahra.  Penat  mak  saya   cari  nama sedap-sedap, bos panggil  saya Budak  Lesung pula. Saya  tak  sukalah!” Raisya mendengus  kasar.
            “Kalau  tak  suka lain kali  jangan cari  pasal  dengan saya. Cepatlah! Kita  dah lambat ni.” Aku  bukakan pintu  untuk  dia  tapi  dia  masih tak mahu  berganjak  dari  tempat  dia  berdiri. Aduh! Takkan aku  cakap  cakap  macam tu  pun nak merajuk?
            “Tak nak ikut  sudah!”
            Tak kuasa  aku nak memujuk. Kalau kecik  lagi  bolehlah didukung-dukung.  Sekarang dah jadi  anak  dara sunti.  Nanti tak pasal-pasal pula  kena cepuk    dengan Hazri.
            “Takkan kita  berdua  aje? Bawa  Munirah  boleh  tak?”
            Pertanyaan  Raisya  buat  aku  terpempan sekejap.  Pandai  dia menjaga diri. Nampak  saja  dia  ni  seperti anak-anak  gadis  zaman sekarang yang lincah dan tak kisah dengan pergaulan bebas.  Raisya, aku  dah boleh nak  jatuh  cinta  dengan kau  ni.
            “Kalau  macam tu tinggal kat  office ajelah. Buat apa  pergi  ramai-ramai. Kita  ada kerja  kat  sana, bukan nak pergi  makan kenduri.” Aku  dah buka  pintu  kereta. Bagus  juga kalau  Raisya  tak  ikut. Tapak  pembinaan tu  ramai  pekerja  asing.  Risau juga kalau-kalau  ada  yang  cuba  menggatal dengan Raisya  nanti.
            Tapi  kalau  dah namanya  Raisya, dia mana  boleh duduk  diam.  Helmet  sudah  tersarung di kepala  ketika aku  menutup  pintu  kereta. Dia  mengetuk  cermin tingkap sambil  mengemeaskan ikatan tali  topi  keledar.
            “Encik  Azraf  jalan dulu. Saya  ikut  dari  belakang.  Maaflah, saya tak biasa  naik  kereta  dengan lelaki  lain selain dari  abang dan ayah  saya,” ujar  Raisya.
            “Kan saya  dah  kata  tak  payah ikut.” Sengaja  aku  cakap  begitu, nak tengok  apa pula alasannya  kali  ini.
            “Ala..kerja saya  kat  dalam office  dah siap. Saya tak  nak makan gaji  buta. Cepatlah  Encik  Azraf! Jangan bawa kereta  laju-laju  tau.”
            Raisya  terus  berlari  mendapatkan skuternya. Kereta  bergerak  perlahan menghampiri  Raisya  yang sudah memulas-mulas pedal  minyak. Aku  turunkan semula  tingkap  kereta.
            “Mari  sini.” Aku gamit  dia supaya  menghampiri  kereta.
            “Apa  dia?” tanya  Raisya.
            “Nah!”
            Aku hulur  cermin mata  hitam yang aku  bawa  dari  rumah tadi.  Wajah Raisya  terus  bertukar  warna. Aku  suka! Biarlah dia  nak  terasa sekalipun.  Kalau dia  perasan, pasti  dia  tahu Hazri  sudah menyampaikan aduannya  pada  aku.
            “Pakai ni. Saya  tak  nak mata  lawa awak  tu  buta  kalau  kena silau  kepala  saya nanti.”
            Aku letak  cermin mata  hitam itu di  dalam  bakul skuter  Raisya  dan terus  tinggalkan dia  di  situ.  Melalui  cermin sisi, dapat  aku  lihat  wajahnya  yang cemberut.
            “Kalau  dia  pakai  cermin mata  tu  sekarang, aku nekad  akan mengurat dia  sampai  dia  setuju  nak  jadi buah hati  aku.”
            Tiba-tiba  terpacul ayat-ayat  mencabar  kewibawaan diri  sendiri. Aku  tersengih  sorang-sorang. Dah macam hero  hindustan pula  rasanya. Kelajuan kereta aku  perlahankan. Masih  melihat Raisya  yang masih memegang cermin mata  yang aku  beri  tadi.
            “Pakailah! Aku nak  mengurat  kau  ni.” Sekali  lagi  aku syok sendiri di  dalam kereta.
            Senyum terus  hilang apabila melihat Raisya menyangkut cermin mata  hitam itu  di tepi  bakul  skuternya. Berderau darah aku  melihat  tindakan spontan  Raisya. Di situ  ke tempat yang  layak  untuk  cermin mata  itu?

            

No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.