Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

May 06, 2015

HEY MR. SPOTLIGHT! BAB 5


“Hah! Hah! Hah! Aku hembus haba mulut ke cermin bingkai gambar. Kemudian aku lap  dengan hujung lengan baju  kemeja. Aku ulang berkali-kalu sampai puas hati. 
            “Kau nak  main-main dengan aku? Okay, let the games  begin!”
            Aku letak bingkai gambar itu di sudut meja. Sengaja  letak di tempat yang senang Raisya nampak. AKu  bersandar di kerusi  sambil tersenyum puas. Lagi  setengah jam waktu  bekerja bermula.  Pasti  Raisya akan masuk ke  bilik  untuk  mengemaskan meja.
            Aku  pandang sekeliling bbilik. Perlukah aku menunggu  dia  di dalam bilik  atau memerhatikan dia melalui  bilik CCTV? Aku bangun. Tak bestlah kalau tunggu  dia  di  sini. Nanti  dia akan berpura-pura  tak  kenal gambar di  dalam bingkai  itu adalah gambar  dia. Rasanya lebih  seronok kalau skodeng di  sana
            terdengar  bunyi  motor  di luar. Dia  dah sampai.  Cepat-cepat  aku  berlari ke pintu. Eh! Terlupa  sesuatu,  Kelam-kabut  aku ke meja  semula.  Fail di dalam tray  aku sepahkan. Bingkai gambar  tadi  aku tindih sekali  bersama beberapa  keping surat yang  belum  dibaca.  Settel  semua, aku pecut sekuat  hati ke  bilik  CCTV. Mujur Munirah dan staff-staff  lain beraa  di  pantri. Ini  bermakna tak ada seorang pun  yang tahu  aku  sedang  menjalankan operasi  mengendap  Raisya.
            “Yuhuu!!! Assalamualaikum..”
            Ewah! Ewah! Masuk  pejabat  dah macam masuk  rumah orang tengah  rewang kenduri. Tak  semenggah betul perangai  adik Hazri  ni. Aku longgarkan tali  leher. Panas juga  duduk  di dalam bilik  ni. Suis  kipas di  tepi  dinding aku  tekan.  Tiba-tiba aku nampak  bayang-bayang di  bawah pintu.  Serta-merta badan aku  keras  di  situ.  Nak  bernafas  pun tak  berani.
            “Munirah, macam ada  bunyilah kat dalam bilik  ni.”
            Alamak! Raisya  terdengar aku  tekan suis  kipas  ke?
            “Jangan masuk  bilik  tu Raisya. Nanti Encik  Azraf  marah. Dia  dan bos  besar aje  yang boleh masuk kat  situ.”
            “Kalau  macam tu kenapa  tak  dikunci  aje pintu  ni?” Raisya  menggendang  pintu.
            Spontan aku  menahan badan di situ. Manalah tahu  kalau-kalau  ditolaknya pintu  ni.  Tak  pasal-pasal  kantoi  pula  nanti.
            Kletak!
            Bunyi  apa  tu? Aku  tekap  telinga di  pintu.  Suara Raisya  sudah tidak kedengaran lagi. Tak lama kemudian aku lihat imej  Raisya  di  dalam bilik. Aku duduk  memerhatikan CCTV. Berdebar-debarnya  dada ni bila  Raisya mula mengemas meja. Come on sayang! Peganglah gambar tu.
            Mula-mula  dia tukar  air di dalam pasu  bunga.  Kemudian dia  duduk  di  kerusi aku. Siap dipusing-pusingnya  kerusi  itu dan dihenyak-henyak beberapa  kali.  Senyum nakal  tersungging dan minda  lelaki  aku  ni  dah mula  membayangkan sesuatu. Haip! Nyah  kau  otak kuning. banyak benda  lain lagi  kau  boleh fikir.
            Tiba-tiba Raisya  bangun. Tangannya  laju  mengemas  timbunan surat. Saat yang ditunggu  pun tiba. Bingkai gambar  sudah berada  di tangan. Lepas  ni  pasti  dia  ingat  aku  siapa.
            Eh, dia letak  balik? Dia  tak kenal gambar sendiri ke? Ala... dia  dah keluar  bilik!
            Hish! Tak boleh jadi  ni.Takkanlah dia  dah hilang ingatan.  Hazri kata  adik bongsu  dia  ni  tak  ada  masalah penyakit  lupa. Tapi  aku tengok  Raisya penyakit  Raisya  ni  bukan setakat lupa. Penyakit  hati kering pun dia  ada. Aku tutup  suis  kipas dan pulas  tombol  pintu. Ah sudah! Kenapa tak  boleh tak boleh buka  pula  ni?
            Aku  cuba lagi. Kepala  dah berpeluh.  Siapa pula yang gatal  kunci pintu ni  dari luar? Aku  teringat  sesuatu.  Alahai! Ini  mesti  kerja  Raisya.  Macam mana aku  nak keluar  ni? Takkan nak menjerit? Habislah semua orang tahu  aku  terkunci  di dalam ni  nanti.
            Aku seluk handphone di dalam poket  seluar kemudian dail  nombor telefon pejabat. Minta-minta  bukan Raisya  yang menjawab panggilan.
            “Selamat pagi. Syarikat Pemadam Api Ghazali  Enterprise...”
            “Munrah, saya  ni..Azraf.” AKu  tekup  mulut di  handphone   dan cuba bercakap seperlahan mungkin.
            “Ya  Encik Azraf.  Encik Azraf  lambat masuk ke?”
            “Staff-staff  yang lain mana?” Sambil  bertanya  aku  cuba memulas  tombol  pintu  sekli  lagi. Tapi tak  berjaya.
            “Raisya  sedang bancuh minuman untuk  Encik  Azraf. Yang lain-lain tengah briefing di  bilik  meeting. Encik Azraf, pukul sepuluh  nanti Encik  Azraf kena pergi  ke tapak  lokasi  pembinaan hospital  di  Pasir  Gudang.”
            “Ya saya tahu. Tapi sebelum tu  saya nak minta tolong sikit...” Aku  berdeham perlahan.  Malunya nak  minta  tolong  Munirah. Raisya!  Kau  ni  memang nak kena  sekeh dengan aku tau!
            “Saya masih mendengar Encik Azraf.” Munirah  mengingatkan aku.
            “Err..tolong  bukakan pintu  bilik  CCTV.”
            “Sekarang ke?”
            “Ya  sekarang. Tapi  pastikan tak ada  sesiapa  yang nampak  awak buka  pintu  bilik ni  ya.”
            “baik  saya  buat  sekarang.”
            Aku  simpan handphone   sambil  menunggu  Munirah bukakan pintu.  Muka  ni  dah kebas. Malunya! Minta-minta dia  tak  gelakkan aku. Apa  alasan yang bagus aku  nak  bagi  kalau  dia  tanya  kenapa aku  berada  di  dalam  bilik  ni?
            Pintu  bilik terbuka. Mulut  Munirah terlopong melihat  aku. Sebelum dia  bertanya aku letak jari  telunjuk  di  mulut  sendiri. Munirah mengangguk  faham. Aku  cepat-cepat keluar  dan masuk  ke  bilik. Fuh! Lega. Harap-harap Munirah  boleh  tutup  mulut. Janganlah dia  hebohkan yang aku  terkunci  di  bilik  CCTV. Haru  kena gelak  nanti.
            “Eh, bila  sampai?”
            Raisya  muncul  bersama dulang berisi mug. Fuh! Nyaris-nyaris lagi  nak kantoi. nasib baik  aku  cepat  tadi.
            “Hari  ni  ikut  saya  keluar. Kita  pergi  tengok  hospital yang baru nak buka tu. Jangan lupa bawa senarai  alat  pemadam api  yang kita  nak  pasang  kat  sana nanti.” Aku tukar  topik  lain. Tak  penting pun untuk aku  menjawab soalan dia.
            Raisya mengangguk sambil  meletakkan dulang  di  atas meja.  Sengaja  aku  perhatikan mata  Raisya. Dia mengerling sekali  gambar  itu  dan terus  berpaling untuk  meninggalkan bilik. Ala! Dia tak kenal  gambar  sendiri  ke? Beberapa  langkah sebelum dia menghampiri pintu, Raisya menoleh semula.
            “Itu  macam gambar saya...” Dia  datang semula  ke  meja. Dulang yang dipegang dia kepit di  celah ketiak. Laju  tangannya  mengambil bingkai gambar  di  atas meja. Yes! Perangkap  mengena. Menguncup mata Raisya mengamati imej di  dalam gambar.
            “Cantik tak  gambar tu?” Aku bertanya dengan suara  perlahan.
            “Siapa lelaki  kat  sebelah saya ni?” Mata Raisya  masih tidak  beralih   walaupun  mulut  sedang bertanya.
            “Cuba  tengok betul-betul. Takkan awak tak kenal?” Aku  dah senyum. Seronok  melihat  wajah  terkejut  Raisya.
            Prang!
            Dulang yang terkepit  di  celah ketiak terlepas. Kelam-kabut  Raisya  mengambil  dulang yang  terjatuh. Tetapi  bingkai  gambai masih berada  di  tangan.
            “Ya Allah! Ini  Abang Azraf yang ajar saya  tiusyen dulu  kan?”
            Aku  menggangguk. Makin lebar  senyum aku. Raisya  menekup  mulut. Pasti  dia sangat  terkejut  dengan kebetulan ini.  Mujurlah aku  masih simpan gambar  lama  itu. Berkali-kali  Raisya  melihat  gambar  yang kami  ambil lapan tahun  lalu. Silih berganti  dia melihat  aku  dan gambar  itu.
            “Berbeza  betul  Abang Azraf..  eh sorry, Encik  Azraf . Berbeza betul  Encik Azraf  sekarang.”
            “Apa  yang berbeza?”
            Raisya  duduk  di  bucu meja. Bingkai  gambar  diletakkan semula  ke  tempat  asal. Dia  senyum dan matanya  perlahan-lahan terarah ke  kepala.
            “Dulu tak  macam ni...” Raisya  tersenyum nakal.
            “Memanglah. Dulu  muda,  sekarang dah tua.” Aku gelak sikit. Tua ke? Baru  31, muda lagilah!
            “Tapi  peliklah. Yang lain-lain tak nampak sangat  perubahannya. Tang  kepala  tu yang ketara sangat  bezanya. Habis  semuanya gugur. Tapi  tempat lain tak pulak, kan? Tak  sangka pula masih ada  spesis  orang utan kepala botak  kat  Malaysia ni. Hahahah!”
            Serta-merta  senyum di wajah aku lenyap. Kurang  asam! Gelaran itu  masih melekat  pada  aku  rupanya. Tak apa, dia  dah kenal  aku. Senanglah aku  nak buli  dia  nanti.
            “Botak ni  lambang kekayaan tau. Awak apa  tahu?” Aku mengusap perlahan kepala  yang  tak berambut. Raisya berhenti  ketawa sebentar  untuk  mengambil  nafas. 
            “Memang  kaya  pun. Kaya dengan bulu!” Raisya  sambung gelak  lagi.  Amboi! Bila dah tahu  aku  siapa  makin seronok pula  dia  mengenakan aku. Tak  siap  kerja  aku  kalau  melayan Budak  Lesung ni.
            Aku  biarkan dia  gelak dahulu  sementara  menghabiskan minuman yang dibancuh  tadi. Mata sempat  lagi  mengerling dia  mengesat  mata yang berair. Punyalah seronok  mentertawakan aku  sampai  keluar airmata Raisya.  Aku  bangun sebaik saja  mug sederhana besar  itu  berjaya  aku  kosongkan.
            “Dah puas gelak, kan? Now back  to  normal. Sebelum tu  saya  nak ingatkan. Walaupun saya dah lama kenal  awak, saya minta awak bersikap  profesional.  Waktu kerja,  kita  kerja. Faham?”
            Raisya  memberi  tabik  hormat dan mengenyitkan mata. Aduh! Kenyitan itu  terus  menusuk ke  tangkai  jantung. Walaupun dia tak  senyum, dia  tetap  nampak comel.  Kalaulah dia  ni  masih kanak-kanak, memang aku picit-picit  hidung dia.  Tapi  sekarang dia   dah  besar.  Banyak perkara-perkara  yang menjadi batasan. Tak apalah. Biarlah masa yang menentukan.  Orang yang  sering dirindu sejak  dulu  sudah berada di  depan  mata. Apa  yang perlu aku  lakukan sekarang adalah memastikan hatinya  masih belum berpenghuni. Andainya  masih kosong  maka  makin mudahlah kerja aku.
            “Bos!” Raisya sedikit melaung.  Dia sudah bersedia  dengan beg tangan yang diselepang merentang  dada. Eh, bila  masa pula dia keluar?
            “Dah nak dekat pukul  sepuluh. Tadi  kata nak pergi Gelang Patah, kan?” Raisya  menunjuk-nunjuk  jam di tangan.
            Cepat-cepat aku  kemaskan briefcase. Sebelum  keluar dari  bilik, aku pandang Raisya dari  atas ke  bawah.  Alahai  dia  ni. Nak pergi tengok tapak projek, tapi  pakaiannya  macam nak  buat presentation  di  depan bos-bos  besar. Memang dia nampak  cantik dengan skirt  kembang  warna kuning cair tu. Tapi...tak  apalah. 
            “Kenapa  mengeluh ni  Encik  Azraf?” Raisya  bertanya. 
            “Tak  ada apa-apalah. Jom!”
            Dia  persilakan aku  keluar  dulu.  Ketika melintas  di depan Raisya, sekali  lagi  aku mengeluh. Kali  ini  lengkap  dengan gelengan yang perlahan. Aku  bukan jenis  suka  bercakap  berulang-kali. Kalau  orang lain memang dah kena  sembur ni. Tapi ini Raisya. Seingat  aku  dia  ni  cengeng orangnya.  Nanti tak pasal-pasal  ada  drama airmata  pula  nanti.
            “Encik Azraf  ada masalah ke?” Raisya  masih menyoal  sebaik  sahaja  kami  masuk ke  dalam kereta.
            “Dah berapa kali  saya  pesan. Pakai  baju  biasa aje kalau kerja  luar.”
            Raisya  membelek  baju  sendiri  dengan  bibir  terjuih. Geram pula aku  tengok  dia buat  macam tu. Kalaulah dia  masih anak kecil  seperti  dulu, memang  dah lama  aku tepuk mulut tu. Tak bolehlah ditegur sikit,  mulalah nak  tarik  muka.
            “Kalau  tak suka  saya pakai  macm ni, Encik  Azraf  hantar  saya  balik  rumah kejap. Saya tukar  baju  lain.”
            “Amboi  sedapnya  awak mengarah saya. Awak ingat  awak  tu  mak datin ke? Pakai ajelah macam tu. Lain kali  pakai  jubah labuh pula. memang sesuai  sangatlah kalau  nak pergi  melawat  tapak  pembinaan”
            Dari  terjuih, muka  Raisya pula berubah warna. Aku  hidupkan enjin kereta. Tapi  tak  terus tutup  pintu. Aku keluar  sekejap dan masuk semula  ke  pejabat. Ada  barang yang tertinggal  di  dalam bilik. Tergerak  pula hati nak mengintai Raisya di  balik  bidai tingkap  sebelum keluar semula  dari bilik.
            “Dia  buat  apa  tu?”
            Aku  amati betul-betul.  Lama  kemudian baru  aku  perasan.  Raisya sedang menumbuk-numbuk dashboard.  Ganasnya  muka  dia. Puas  menumbuk, aku  nampak  mulut dia  ternganga luas seperti  orang sedang menjerit. Nasib baiklah  cermin tingkap  semuanya  bertutup  rapat. Entah apalah  yang  dibebelkan sorang-sorang kat  dalam kereta  tu?
            Aku  keluar dari  pejabat. Sebelum  pergi  ke  tempat  pemandu, aku  lihat  Raisya  kelam-kabut merapikan rambutnya  yang agak kusut-masi. Agaknya  dia  mengamuk  sebab aku tegur  pakaian dia  tadi  kot?
            “Boleh kita  gerak sekarang?” Aku  tanya dia  sebaik  saja  masuk  ke  dalam kereta.
            “Encik Azraf, jomlah hantar  saya balik  sekejap. Saya  betul-betul terlupa  hari  ni  kita  buat  kerja luar.” Suara  Raisya  dah macam orang nak menangis, sengau  di  hidung.
            Aku buat  tak tahu  saja. Kereta  bergerak  meninggalkan pejabat.  Raisya mendengus  kasar apabila  kereta terus  melepasi  simpang masuk ke  rumahnya. Aku berdeham perlahan. Dia  menjeling tajam. Aku  cuma  jongket kening. Apahal pula  aku  yang kena  dengar  cakap  dia? Aku  bos  ke  dia  yang bos?
            “Teruklah Encik  Azraf ni.  Bukannya  lama pun saya tukar  baju. Kalau  singgah  sekejap  tadi  dah boleh sangat.” Suaranya  dah makin sengau.
            Aku  diam. Kalau  dilayan memang boleh banjir  kereta  ni.  Setengah  jam lagi tibalah kami  di  Gelang  Patah.  Raisya masih  seprti  tadi. Malah makin menjadi-jadi  perangai cengengnya. Lengan blaus  kembangnya disinsing  sehingga  ke siku. Dia  duduk  bersila dan memangku  dagu. Amboi! Bukan main santai  lagi  dia  duduk. Dah macam duduk  atas pangkin pula  gayanya.
            “Takkanlah pasal  baju  pun  nak  berseteru dengan saya...”Aku  mulakan operasi  memujuk.
            “tak  selesalah pakai  baju  ni.  Macam mana nak panjat tangga  yang tinggi-tinggi  tu?” Raisya  bersuara. Agak  tinggi  juga nada suaranya.
            “Hari  ni  tak payah  panjat. Saya takut orang lain pun tak jadi  kerja kalau  awak  panjat tangga  tu  karang.”
            “Apa maksud Encik  Azraf?”
            Aku  pandang dia. Dia  ni memang betul-betul  tak  tahu  atau  sengaja  nak  dengar  jawapan dari  mulut  aku? Dia menjongket  kening, menunggu  jawapan.
            “Selalunya  kalau  kita  kena periksa  lokasi  di  tingkat  atas, siapa  yang  panjat  tangga  dulu?” Aku  mula  menyoal.
            “Saya.”
            “Okey, bayangkan  kalau  hari  awak yang panjat  tangga.” Aku  cuba bagi  bayangan.
            “Memang saya yang kena naik  dulu  nanti, kan?” Raisya  masih kurang faham.Aku  geleng perlahan. Bongoknya  budak ni.  Aku  pegang sedikit  skirt kembang paras bawah lutut Raisya.
            “Raisya, kat  sana nanti  awak  sorang aje  perempuan. Kalau  awak yang naik tangga  dulu  dengan skirt kembang ni, saya  bimbang ada  ‘benda’ lain yang naik  nanti bila lelaki-lelaki  kat sana  tu  skodeng awak  dari  bawah.  Faham tak???”
            Aku hentak  stereng kereta. Kalau  dia tak  faham juga memang sengajalah dia  minta  luku nanti. Aku  pandang dia  semula.  Dia  pandang aku  tanpa  kerdipan.  Muka  dia  nampak pucat. Apahal  pula  ni?
            “Nak balik!!!”


1 comment :

ulahufford said...

Casino Finder (Borgata) - Mapyro
Compare reviews and find the 밀양 출장마사지 best 청주 출장안마 Casino Finder (Borgata) location 당진 출장마사지 in Atlantic City (NJ). 충청북도 출장안마 Map 울산광역 출장샵 of the Atlantic City Boardwalk.

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.