Aku perhatikan mak yang sedang berbual dengan jiran sebelah rumah. Huh! Tadi kata nak menyapu halaman rumah. Menyapunya tak seberapa pun, sembang aje lebih. Alahai, aku dah lambat ni. Nak panggil ke tak? Kalau tak panggil kebulurlah aku ke tempat kerja nanti. Tapi takkan nak main panggil aje? Kacau daun pula orang tua tu nak bergosip.
Aku masuk semula ke ruang tamu, mencari sesuatu yang boleh
dijadikan sebab untuk memanggil mak. Yes!
Dah dapat. Aku seluk handphone di dalam poket
seluar kemudian aku dail nombor
telefon rumah. Beberapa saat kemudian telefon rumah berdering
nyaring. Aku duduk di tempat yang agak
tersorok sedikit di ruang tamu. Sengaja aku biarkan telefon
itu menjerit kuat.
“Azraf! Kenapa tak tolong mak angkat telefon tu?” Terkedek-kedek mak
masuk ke dalam rumah. Aku cuma membalas jelingan mak dengan senyum
sinis.
“Helo rumah Lady
Diana . Nak bercakap dengan siapa?”
“Helo Puan Diana, sila hantar sarapan ke bilik 007 sekarang. Anak James
Bond dah lapar ni.”
Mak pandang aku. Aku buat-buat main
game di handphone. Dia letak telefon
dan berjalan ke ruang tamu. Siaplah
kau Azraf. Lady Diana dah datang bersama
tangan yang dicekak ke pinggang.
Elok saja dia berdiri di depan
aku, telinga sebelah kiri terus menjadi sasaran. Aku dah gelak melambak. Walaupun sakit, aku tahu mak
bukannya marah betul-betul. Aku
ikut mak ke dapur bersama telinga yang masih dipiat.
“Anak James Bond ya? Banyaklah kau
punya James Bond. Mak nak mendapatkan berita terkini dari jiran-jiran pun kau kacau ya? Tak
bolehlah nak tengok mak kau ni senang sikit.” Piatan di telinga dilepaskan
sebaik saja kami duduk di meja makan.
“Kot ya pun nak mendapatkan berita
terkini, kasi setel dululah anak bujang
mak yang seorang ni. Mak tak kesian ke tengok
orang breakfast sorang-sorang?” Aku tunjuk muka kesian.
Mak ketawa sambil mengusap
kepala aku. Suka sangat tangannya landing
di situ. Diceduknya sedikit nasi
goreng ke pinggan dan meletakkan dua
batang sosej rebus di sisi pinggan. Suapan pertama wajib dimulakan
oleh mak. Memang dah jadi tugas rutin mak
setiap pagi. Aku
memang suka dimanjakan begitu. Sebab itulah aku tak boleh bersarapan sorang-sorang kalau mak tak
ada. Melainkan kalau terpaksa
bertugas di luar daerah dan
bermalam di hotel, itu sudah cerita lain.
“Kepala tu dah togel habis pun masih nak menempel dengan mak.” Dia mengomel sambil menyudu suapan kedua ke mulut sendiri.
Telinga ni dah kebal dengan rungutan mak. Biarlah mak
nak cakap apa pun. Dia pun suka
sebenarnya belai aku macam tu.
Kami berdua memang tak boleh jauh.
Sebab itulah aku ambil keputusan
untuk belajar di dalam negara. Itu pun di
dalam negeri sendiri. Semua tawaran belajar di
luar negara aku
tolak mentah-mentah. Tak
sanggup berjauhan dengan keluarga
terutamanya mak.
“Tengahari ni
orang balik makan tau.”
Mak letak sudu
di tepi pinggan. Dia bangun dan terus ke peti
sejuk. Pintu peti sejuk dibuka,
dia melihat barang-barang basah yang
terdapat di dalam peti sejuk. Memandangkan mak dah bangun, terpaksalah
aku menyuap sendiri
nasi goreng yang tinggal separuh.
Tak bestlah kalau makan suap sendiri. Feelnya lain betul.
Sedap lagi kalau mak yang suap
“Kau
nak makan lauk apa? Abah nak
makan Masak Lemak Terung. Campur dengan
ikn masin talang.” Mak bercakap,
tapi dia membelakangkan aku. Dia masih mengadap peti sejuk. Belum jumpa dengan bahan masakan yang sesuai agaknya.
“Abah tu asyik
nak masakan bersantan aje. Semalam dah kari kepala ikan. Hari ni masak lemak terung pula?” Aku pun dah klon perangai mak, suka membebel.
“Dia
bos besar, kan? Mak menurut
perintah aje. Tapi semalam mak buat kari mamak, mana ada guna santan. Eh! Cepatlah cakap nak makan
apa?”
Pintu peti sejuk ditutup
dan mak duduk semula
di depan aku. Mug yang berisi air teh o
yang sudah tinggal separuh
dia ambil. “Nak lagi tak?” tanya
mak. Belum bagi jawapan lagi sudah kosong mug itu dia kerjakan.
Huh! Baik tak payah tanya!
“Dah fikir belum nak makan apa?” Mak mengulang soalan.
“Emm, mak buat telur rebus
masak sambal ajelah.”
Mak menggendang meja apabila mendengar menu yang aku
bagi.Okey Azraf, siap sedia. Pasti ada benda yang nak dia
bebelkan sebentar nanti.
“Tak
muak ke makan lauk yang sama?
Minggu ni aje selang sehari
kau minta telur sambal. Patutlah kentut busuk!”
Aku gelak saja. Tak perlu sebarang penjelasan. Biarlah cuma aku saja yang tahu kenapa
menu itu sangat melekat
di tekak aku. Bila
makan nasi panas-panas berlaukkan telur rebus
masak sambal, serta-merta aku
akan bayangkan seseorang. Pertama kali
merasa air tangannya, hingga
sekarang buat aku teringat. Bagaimanalah rupa dia sekarang. Sudah lapan tahun. Kali terakhir
aku melihat dia ketika dia nak berangkat ke Pahang. Dia
mendapat tawaran untuk melanjutkan
pelajaran di sekolah berasrama penuh
di sana. Kalaulah terserempak
sekarang, agak-agaknya dia masih ingat aku tak?
No comments :
Post a Comment