Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

July 02, 2014

AKU BUKAN TOUCH & GO ( PROLOG )




    Aku  senyum lebar. Belum cakap lagi, tapi Nas dah boleh baca apa yang aku fikir. Kalau keadaan memaksa, pada siapa lagi aku nak minta tolong kalau bukan dia? Walaupun dia ni macam agar-agar, tapi kalau ubah sikit gaya penampilan masih nampak lagi ciri-ciri lelaki sejati.
“Nas, takkan kau nak biarkan model kesayangan kau ni dalam kesusahan. Kesianlah kat aku.”
“Amboi! Bukan main lembut lagi suara kau bila nak minta tolong. Tak kuasalah aku nak jadi pak sanggup!”
“Helo, kau tau tak makna pak sanggup? Cakap tu agak-agak sikit ya. Dengar kat reporter tak pasal-pasal jadi cerita sensasi nanti.”
Lurus telunjuk aku tuding  pada Nas. Geram aku tengok bibir dia yang terjuih tu. Aku pandang Lily, kawan merangkap PA yang tahu semua perihal aku. Dia cuma angkat bahu. Entah untuk kali yang ke berapa, aku mengeluh lagi.
Aku dekati Nas yang sibuk menggunting. Jelingan bos merangkap pereka fesyen butik pengantin itu aku balas dengan senyum manis.
“Nas, aku minta tolong untuk kali ini aje. Bukan kena buat apa-apa pun. Tayang muka depan mak aku aje.”
Sungguh pun sakit hati tengok muka poyo Nas, aku tahankan aje dalam hati. Yang penting Nas mesti setuju untuk tolong aku esok. Apa yang penting sekarang, kena pujuk sampai dia setuju nak bersekongkol dengan aku.
“Kau nak makan apa Nas, aku belanja.”
“Zarin, kau ingat  aku ni budak-budak, boleh umpan dengan makanan? Apa kelas!”
Kepala aku jadi mangsa tunjal jari lembut Nas. Tak boleh jadi. Mesti cuba sampai dapat.
“Nas, kau cakap aje kau nak aku buat apa? Janji kau boleh tolong aku. Untuk esok aje Nas, please.”
“Kalau aku suruh kau bogel, kau sanggup?”
“Nas!”







No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.