Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

July 02, 2014

AKU BUKAN TOUCH & GO BAB 3




      "Budak kecik ni memang nak kena dengan aku tau. Suka sangat cakap last minute. Kau tunggulah. Sampai butik nanti aku kerjakan kau cukup-cukup!”
            Mulut aku ni memang sejak dari rumah tadi tak henti-henti mencerabih. Punyalah melayan geram, tak sedar dah sampai. Nasib baik senang dapat parking. Kalau tidak memang makin berasaplah aku. Sudahlah tengah berangin dengan PA aku yang banyak songeh tu. Tak pasal-pasal hari ni kena drive sendiri. Kereta buat hal konon. Habis tu, macam mana dia datang kerja? Bila aku tanya, tak nak pula jawab.
Elok saja aku matikan enjin, telefon berbunyi. Panjang umur dia.
“Kau kat mana Rin?”
            Lily bertanya dulu sebelum sempat aku buka mulut nak menghamput.
            “Dah sampai dah! Kau... Helo? Lily?”
            Aku pandang telefon. Disconnect? Kurang asam punya Lily! Aku belum habis  cakap dia dah tamatkan panggilan? Eee, melampau betullah. Tak boleh jadi ni. Hati dah makin panas. Aku keluar dari kereta. Aku langkah dua mata tangga terus, cepat sikit sampai. Pintu butik  aku tolak dengan kasar. Eh, aku salah masuk kedai ke?
            Aku  keluar semula, mendongak ke atas. Nak tengok nama kedai. Betul. Butik Pengantin Nasrin. Tapi mana semua orang? Aku masuk semula. Pelik. Aku tengok jam di tangan. Dah pukul dua belas. Butik Nas senyap dan sunyi. Selalunya waktu macam ni dah riuh. Mana pergi semua orang? Aku tinjau pula tempat letak kereta. Tak nampak pula kereta Nas dan kawan-kawan yang lain. Kalau butik tutup hari ini kenapa Lily  tak maklumkan pada aku?
 “Nas!”
 Bergema butik Nas dengan suara aku. Mana dia orang ni? Aku pergi  ke bilik meeting.  Kuat betul bunyi hentakan kasut tumit aku di lantai. Seram pula rasanya. Tak ada orang di bilik itu. Aku dail nombor Lily. Tak semena-mena aku  dengar bunyi nada dering telefon. Melingas mata aku mencari arah bunyi telefon.
“Surprised!!!”
Macam nak terkeluar biji mata aku. Lily, Nas, Bobby dan model-model lain tiba-tiba muncul dari bawah meja kerja Nas. Tak sempat mengelak bila Nas dan kawan-kawan yang lain dah sembur party string pada aku. Habis berselirat riben-riben halus atas kepala. Bingit telinga dengan jerit-pekik masing-masing. Aku pandang Nas mohon penjelasan.
“Selamat pengantin baru Zarin Sofea!”
            Lily dan Bobby menjerit serentak. Model-model sambilan jadi tukang tepuk tangan. Nas pula sedang tersengih macam kerang busuk. Aku? Aku tengah melopong pandang Nas. Cepat betul berita tersebar.
“Okey, hari ni aku belanja korang semua makan. Bobby, bawa semua sekali pergi restoran hujung blok ni. Nanti bil bagi aku,” kata Nas.
Bukan main bersorak lagi masing-masing. Macam kanak-kanak riang. Bukan senang Nas nak keluarkan duit poket dia untuk belanja kawan-kawan. Setahu aku dia jenis Haji Bakhil. Cukup kemut dengan duit dia.
“Rin, come join us,”  ajak Amanda, salah seorang model sambilan di sini.
Thanks, you  pergi dulu.”
  Aku tolak pelawaannya elok-elok. Lily pandang aku sambil buat isyarat nak makan. Aku cuma angguk dan senyum dalam paksa. Walaupun dalam  hati sedang menggelegak, aku cuba kawal sebaik mungkin. Sekejap lagi baru aku uruskan dia. Sekarang, orang yang harus aku hadapkan dahulu, Nas.
“Kenapa?”
            Nas hairan dengan soalan aku. Dia pandang aku sambil bercekak pinggang.
                        “Kenapa apa?”
                        “Kenapa kau hebohkan pada diaorang?”
            Aku kawal suara. Tak nak nampak yang aku ni tengah marah. Aku lagi nak sorok tentang perkara ni, Nas pulak dah pecah lubang. Rasa macam nak ramas-ramas mulut agar-agar ni tau. Makin sakit hati aku bila tengok dia tersengih-sengih. Berbeza betul karakter Nas yang aku tengok semalam dengan yang hari ini.
“Zarin Sofea, lambat laun diorang akan tahu juga. Lagipun, kita bukan buat kerja kotor. Kita nak mendirikan masjid tau. Menangis setan bila tengok anak Adam mendirikan masjid. Kita dapat pahala.”
Amboi, pandai pula dia berceramah. Aku suruh berlakon saja, tapi aku tengok dia ni macam dah betul-betul nak kahwin dengan aku.
“Kau jangan lupa Nas. Kita cuma berlakon aje. Jangan lebih-lebih. Aku nak majlis kita tu sederhana aje.”
            “Rin, kau tak payah nak ingatkan aku banyak kali. Aku tarik diri nanti, baru padan muka kau. Pasal majlis tu, kau bincang sendiri dengan mak kau. Dia yang beria-ria nak buat grand event, bukan aku.”
Terkedu aku kejap. Mati aku kalau dia tarik diri. Nak tak nak terpaksa ikut ajelah rentak dia. Aku nampak muka Nas cemberut. Mungkin dia terasa. Adoi, penatlah nak kena pujuk agar-agar ni. Aku dekati Nas dan tarik lengan dia.
“Nas, aku minta maaf. Okey, aku ikut ajelah apa yang dah dirancang. Tapi janji lepas kahwin, kita bersama untuk setahun aje. Lepas tu kau kena lepaskan aku.”
            “Maksud kau?” tanya Nas. Dia nampak kurang senang dengan  penerangan aku.
            “Kita kahwin kontrak.”
Nas pandang aku. Jarak muka kami cuma sedepa aje. Baru aku tahu Nas ni ada mata yang cantik. Bulu mata dia bulu mata asli. Selama ni aku fikir dia pakai bulu mata palsu. Bila tak pakai maskara semalam, nampak lain  sangat mata dia. Kalau dia ni lelaki sejati mungkin ada peluang aku nak jatuh cinta. Tapi masalahnya, dia ni spesis Nata de Cocoa.
“Apa tenung-tenung? Kau jangan buat aku marah lagi ya. Lepas ni kau ikut aje apa aku suruh. Semua ni bukan untuk aku, untuk kau juga. Aku tak minta kau bayar dah cukup bagus. So,jangan nak demand lebih.”
            Aku angguk laju dan hadiahkan Nas dengan senyuman yang paling manis. Lengan dia masih aku paut.
“Ni, pilih tarikh bila nak pergi kursus kahwin,” arah Nas.
            “Kursus kahwin?”
Aku pandang kalendar besar yang Nas hulur. Tak terfikir pulak aku tentang kursus kahwin. Nampaknya Nas lebih bersedia dari aku.
“Kau ajelah pilih untuk aku. Nanti aku apply cuti dengan kau juga.”
            Aku hulur semula kalendar pada Nas. Biarlah dia yang uruskan semuanya. Aku lebih rela jadi pak turut. Aku memang tak ada hati nak buat  semua ni. Sebab hati aku masih melekat pada Ikmal.
“Tak nak join diaorang?”
            “Malaslah.”
            “Dah makan?” Nas masih menyoal.
            “Malam tadi dah.” Aku  cuba berlawak. Tapi tak menjadi pula.
            “Jadi sekarang ni belum makan lagilah?” tanya Nas lagi.
            Aku geleng perlahan. Nas mendengus. Dia pandang aku yang pura-pura membelek patung pengantin di tepi pintu kedai. Dari ekor mata aku nampak dia datang dekat.

            “Kau belum bersedia sebenarnya, kan?”
            Suara Nas dekat sangat di telinga. Aku pandang dia dan tunjuk muka kelat.
            “Aku masih berharap Ikmal boleh tayang muka sebelum kita kahwin.”
            “Hmm, okey. Aku faham apa yang kau rasa sekarang,” ucap Nas perlahan.
Cara Nas bercakap  buat aku sebak. Makin sedih bila Nas tepuk bahu aku perlahan-lahan.  Hari ini dengan tak malunya aku keluarkan air mata yang dah lama aku tahan sejak dua tiga hari lepas. Punyalah sedih sampai tak sedar bila masa pulak kepala aku landing atas dada Nas. Nas langsung tak berbunyi. Dia bawa aku ke sofa. Sambung pula menangis di situ.
“Menangislah Rin. Jangan simpan. Aku tak suka tengok model kesayangan aku murung aje. Hilang punca rezeki aku nanti.”
Aku tepuk perlahan dada Nas. Tersungging jugalah sedikit senyuman dari bibir. Pandai pula dia bergurau. Tapi aku sambung menangis lagi. Habis lencun selendang Nas aku jadikan kain lap air mata. Sedap betul menyandar kepala di dada Nas. Nyaris-nyaris juga aku terlelap.
“Zarin Sofea,” panggil Nas perlahan.
“Hmm...” Perlahan jugalah aku menjawab.
“Kau dah okey ke belum ni?”
Aku cuma mengangguk. Tapi kepala masih tersandar di dada Nas. Dia pun masih mengelus rambut aku perlahan. Hati  masih sedih. Tapi taklah sesedih tadi. Lega betul dapat melepaskan segala yang terbuku di dalam dada melalui tangisan. Mujur Nas faham keadaan aku. Kalau dia gelakkan aku tadi, memang aku gunting mulut dia. Telinga tiba-tiba menangkap hilai tawa Bobby di luar kedai. Cepat-cepat aku seka baki air mata. Nas dah tolak aku bangun.
“Pergi basuh muka. Nanti kecoh pulak budak-budak ni tengok kau nangis.”
            Aku ikut arahan Nas. Lima minit kemudian aku keluar semula dengan muka yang lebih segar. Nas dah sibuk balik dengan kerja-kerja lakarannya.
“Amboi! Patutlah suruh kitaorang pergi makan. Rupa-rupanya kau berdua memadu kasih kat dalam butik, ya.”
            Mulut Lily ni memang tak ada insurans. Masing-masing dah gelak melambak mendengar usikan Lily. Aku, senyum senget aje. Tahan telinga ajelah kena gelak dengan diaorang. Aku tengok Nas menjeling tajam pada Lily. Memang nak kena sembur Lily ni kejap lagi.
“Memang aku tengah berasmaradana dengan  Rin. Kenapa, ada masalah? Aku bukan berpoya-poya dengan orang lain. Dengan bakal isteri aku juga, kau ada?”
Giliran Lily pula jadi bahan ketawa. Aku pandang muka Nas yang selamba. Dia kenyit mata pada aku. Makin kuat gelak masing-masing. Nak bagi Lily makin bengang, aku balas pula  kenyitan mata Nas dengan ‘flying kiss’. Walaupun rasa macam nak termuntah buat macam tu, tapi hati puas. Puas sangat sebab dapat kenakan PA aku yang banyak  mulut tu.
“Aku dah bagi makan kenyang-kenyang, kau boleh kutuk aku pulak. Cepat pergi ambil baju Rin kat kedai dobi. Hah, yang  korang ni, tak reti-reti nak bersiap? Dah pukul berapa ni? Muka tu tak siap lagi. Bobby, buat kerja kau sekarang! Aku tahu pukul lima semua dah siap. Cepat, cepat! Move, move!”
Nas dah macam pengembala lembu yang menghalau ternakannya. Bila dia dah buka sound, kelam-kabutlah masing- masing. Aku juga perlu bersedia untuk fashion show malam nanti. Memandangkan aku yang paling senior, aku bagi peluang Bobby siapkan model-model sambilan dulu. Lagipun aku boleh mekap sendiri. Sementara menunggu, aku tolong Nas siapkan baju-baju untuk pertunjukan malam nanti.
“Terima kasih sudi buat kejutan tadi.”
            Nas angkat muka. Dia angkat kening. Apahal pulak main tenung-tenung ni? Pelik ke bila aku cakap macam tu?
“Bersedia untuk satu lagi kejutan malam nanti,” ujar Nas.
“Kejutan apa pulak ni?”
Tegak badan aku menyoal Nas. Dia tak menjawab. Cuma mulut dia saja yang tersengih. Menyampah pula aku tengok. Dah macam  kerang  busuk.
“Kau jangan macam-macam Nas. Kau nak buat apa lagi malam ni?
            “Eh, tadi janji nak ikut aje, kan? Tunggu ajelah malam nanti,” kata Nas.
Dia cuit hidung mancung aku. Eee, tak sukanya! Rasa macam nak sepak punggung tonggek Nas. Dia melenggang masuk ke dalam bilik mekap. Aku cuma ketap bibir tengok dia menghilang di sebalik pintu. Apa lagi yang dia nak buat malam nanti? Janganlah dia buat sesuatu yang memalukan. Mana aku nak sorok muka nanti. Melengung sorang-sorang buat aku kebosanan. Kalau aku tahu tadi, baik aku ikut Lily.
            “Rin.”
            Aku pandang ke pintu bilik mekap. Nas gamit aku masuk ke sana.
            “Diaorang dah siap ke?” Aku tanya dulu sebelum bangun dari sofa. Malas nak  berhimpit-himpit kat dalam bilik  sempit tu. Sesak nafas aku.
            “Belum. Marilah masuk sekejap. Tolong abang kat dalam ni,” usik Nas. Ditekupnya mulut dengan hujung jari. Panas betul hati aku dengan tingkah dia. Geli telinga aku bila dia gelar diri dia ‘abang.’ Bluwek!
“Nas, jangan lebih-lebih eh. Aku tak sukalah!”
            “Alah,  gurau-gurau pun tak boleh? Gurau senda membawa bahagia tau.”
            “Banyaklah kau punya bahagia. Kau tau tak aku tengah sengsara ni? Bahagia konon!”
            Aku bangun, capai tas tangan dan hayun kaki ke  pintu keluar.

“Oi! Nak ke mana tu?”
            “Nak balik. Aku mekap kat rumah lagi bagus. Nanti aku pergi tempat show dengan Lily.”
            Aku jawab tanpa memandang wajah Nas. Pasti dia sedang bercekak pinggang sekarang. Mata rasa berpasir semula. Sedih bila memikirkan hari-hari yang bakal tiba terpaksa aku harungi  bersama agar-agar tu. Laju aku tolak pintu kaca dan terus berlari ke kereta. Jeritan Nas langsung tak aku endahkan. Telefon bimbit berbunyi sebaik sahaja aku memulakan perjalanan. Aku sengih  sorang-sorang sebelum aku jawab panggilan itu. Nak jawab ke tak? Kalau aku tak jawab, aku juga yang susah nanti. Tapi kalau aku jawab, kena tadah telinga dengar dia membebel pula.

            “Nak apa lagi ni bos?” Aku leretkan suara. Telinga dah bersedia nak dengar dia sekolahkan aku.
            “Malam karang jangan lewat. Bawa kereta elok-elok.”
            Aku pandang telefon sekejap sebelum mata ku tumpukan semula ke jalanraya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Lembutnya suara dia. Dah tersampuk hantu sotong ke? Aku tak balas apa-apa pun. Masih terkejut sebenarnya. Sejak  jumpa mak dan abah semalam, tingkah  Nas semakin berubah. Dia lebih  bertimbangrasa hari ni. Tak menengking-nengking seperti selalu. Dan yang paling ketara, dia nampak lebih caring. Oh tidak! Janganlah dia tangkap cintan pulak dengan aku. Sudahnya talian aku matikan. Tak payah cakap apa-apalah. Itu lebih baik, kan?
            Sampai saja di rumah, aku berkurung dalam bilik.  Bersiap di rumah lebih  selesa sebenarnya. Kebiasaannya memang aku jarang bersiap di butik. Tak ambil masa yang lama pun untuk bersiap. Satu jam pun dah cukup. Siap bersolek, aku berehat sekejap. Melayan televisyen sementara menunggu Lily datang menjemput aku untuk ke tempat  fashion show malam nanti. Layan Hawaai Five O. Tengok Steve Macgarret buat aku  teringat pada Ikmal. Ikmal? Mana dia sekarang. Aku pandang telefon di meja kopi. Perlukah aku mencuba lagi. Dah dua hari aku tak dengar suara dia. Betul ke dia sedang bekerja atau... Hish! Tak sanggup aku melayan fikiran negatif ni. Sudahnya aku tutup suis televisyen, capai kunci kereta dan apa-apa yang patut. Sambil buka pintu pagar aku  call  Lily.
“Helo bos.”
            “Kau kat mana?”
            “On the way ke rumah kau.”
            “Tak payah datang sini. Terus pergi tempat show. Tunggu aku kat sana.”
            Aku tamatkan perbualan cepat-cepat. Padan muka dia. Tadi dia buat aku, kan? Kereta segera ku pandu ke tempat pertunjukan. Malam ini ada pertunjukan amal yang dianjurkan persatuan NGO. Nas memang suka sertai pertunjukan-pertunjukan amal. Mungkin dengan cara itu yang buat butik dia lebih mudah dikenali. Bagi aku, itu semua tak menjadi hal. Asalkan setiap hujung bulan aku dapat habuannya. Bayaran yang diberi Nas memang lumayan. Sebab itulah sudah dua tahun aku bertahan dengan dia. Walaupun kadang-kadang mulut dia yang macam ahli sihir tu buat aku rasa macam nak angkat kaki aje dari situ.
            Lily dah menunggu aku di lobi hotel sebaik saja aku sampai di lokasi pertunjukan. Dia bawa aku ke bilik persalinan. Nas dan Bobby dah sibuk dengan model-model lain yang turut berada di situ. Memandangkan aku ni  anak emas Butik Pengantin Nasrin, sebuah bilik khas disediakan untuk aku. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau bercampur dengan model-model yang lain. Tapi Nas yang tatang aku sebegitu. Rezeki jangan ditolak, kan?
            “Rin, dah siap ke belum? Aku nak buat rambut ni.”
            Suara lembut Bobby memanggil aku di luar. Aku pandang Lily yang melalui pantulan cermin. Sama-sama mencebik. Kembang telinga bila dengar suara Bobby. Dia pun sama spesis dengan Nas. Kenapalah diaorang ni tak suka jadi diri sendiri? Syok sangat ke jadi adik-adik ni?
            “Zarin Sofea!” Bobby dah menjerit. Macam nak runtuh pintu diketuk.
            “Kau pergi buka pintu tu Lily. Roboh pulak pintu tu karang.”
            Lily akur dengan arahan. Elok aje dia buka pintu, Bobby terus meluru masuk. Mujur tak tertonggeng minah kenit tu. Aku menoleh ke belakang. Kononnya nak tengok keadaan Lily tapi  Bobby dah pusingkan badan aku mengadap cermin semula.
Show dah nak mula ni,” ujar Bobby agak kasar.
            Aku tak berapa nak berkenan sangat dengan kawan baik Nas ni. Dia pun aku rasa memang tak boleh nak ngam dengan aku. Tapi apa boleh buat? Aku dan Bobby adalah orang kepercayaan Nas. Jadi, mahu atau tidak terpaksa tahan hati dan mata sajalah. Mujurlah hasil  sentuhan tangan jantan Bobby ni memuaskan. Kalau tidak memang aku dah gunakan khidmat jurusolek lain.
“Rin,  five minutes more!”
            Terdengar laungan koordinator pentas di luar bilik. Aku pandang Bobby. Muka dia  tenang saja. Bibirnya mengepit beberapa batang pin rambut. Aku kerling Lily di sebelah. Dia sudah bersedia dengan lace veil  separas pinggang. Muzik rancak sudah berkumandang di luar. Pertunjukan hampir bermula. Nas tiba-tiba muncul ketika Bobby hampir selesai dengan kerja dia.
“Boleh tinggalkan kami berdua sekejap?”
            Nas ajukan soalan itu pada Bobby dan Lily. Lily tak banyak  soal. Dia hulur veil  di tangan pada Nas. Tapi Bobby masih enggan bergerak. Aku nampak Nas cuit bahu Bobby. Tapi sotong kurita tu masih tak mahu berganjak.
“Kerja aku  belum selesailah,” rengek Bobby. Dia menghentak-hentak kaki tanda protes. Ya ampun! Kembangnya tekak aku tengok aksi dia. Perlahan-lahan Nas ambil pin yang terkepit  di bibir Bobby. Penyembur rambut di tangan kawan baik dia tu pun diambilnya. Dengan isyarat mata saja, Nas mengulang arahan.
            “Biar aku sudahkan kerja kau,” kata Nas dengan nada tegas.
            “Huh! Macam dah tak percaya dengan aku aje.” Bobby masih tidak mahu beralah. Dengusan kasar nafasnya terdengar jelas di telinga aku.
            “Bukan macam tu. Aku ada hal nak cakap dengan Rin.”
            Ya Allah! Kenapa aku harus menyaksikan drama sebabak ini? Meremang bulu tengkuk aku bila dengar suara lembut Nas memujuk Bobby. Dalam hati ni dah macam-macam doa aku  baca. Janganlah mata ni dihidangkan dengan adegan-adegan di luar  tabii pula nanti.
One minute! Everybody ready!!!”
            Laungan koordinator pentas kedengaran lagi. Kali ni Nas bertindak agak keras. Bahu Bobby ditarik kemudian ditolaknya belakang badan lelaki yang tak serupa lelaki itu menghala ke pintu.
“Beritahu stage co-ordinator Rin akan keluar last sekali nanti, bersama aku.”
            Aku terpempan. Berdesing telinga mendengar arahan Nas pada Bobby sebentar tadi. Bukannya tak pernah berada di atas pentas bersama Nas. Tapi kali ini aku dapat rasakan ada sesuatu yang bakal terjadi sebentar nanti. Nas dah tutup pintu bilik. Dihampirinya aku perlahan-lahan. Sambil tersenyum nipis, dia menyambung kerja-kerja Bobby yang tergendala tadi.
“Kau nak buat apa ni Nas?”
            “Aku tengah pastikan, bakal isteri aku nampak cantik kat depan orang ramai nanti.”
            Seperti ada batu besar menghempuk kepala aku. Aku faham sekarang. Dia akan pukul  canang  di depan orang ramai sebentar nanti. Pasti dia akan buat pengumuman mengenai berita perkahwinan kami nanti.
“Senyumlah Zarin Sofea. Jangan  gelabah. Aku cuma buat apa yang patut aje. Percayalah, aku masih ingat pesanan kau. Kita cuma berlakon aje, kan? Dan ini adalah sebahagian dari babak-babak lakonan kita.”
            Nas berdiri di sebelah aku. Dia membetulkan kolar kemeja nipis yang  dipakai. Lilitan selendang di lehernya diperkemaskan lagi. Aku pandang dia tanpa kerdipan melalui cermin yang  memantulkan imej kami. Kalaulah cermin itu  boleh bertukar jadi batu belah batu bertangkup,   mahu saja aku suruh cermin tu telan aku. Tak dapat aku bayangkan keadaan yang bakal berlaku  sebentar nanti. Ikmal! Di mana kau?
“Silakan Cik Zarin Sofea. Mari kita beritahu dunia yang kita bakal menamatkan zaman bujang kita tak lama lagi.”
            Nas hulur tangan. Aduh! Dah macam  lelaki  budiman pula gayanya. Dia jongket kening bila aku tak beri sebarang respons.
            “Jom Rin, masanya dah tiba,” ajak Nas.
            “Kenapa kau buat semua ni? Kan aku dah cakap aku mahukan semuanya dalam keadaan sederhana aje.”
            “Sederhana? Rin, kau sedar tak kau tu siapa? Kau model terkenal. Dan aku, aku  fashion designer yang paling beruntung dapat menjadi pasangan kau. Macam mana kecil pun majlis kau tu nanti lambat laun wartawan akan tahu  juga. Jadi, alang-alang nak berlakon. Buatlah sehabis baik, kan. Kau pun tahu, aku ni  perfectionist. Aku tak suka buat kerja macam orang kentut dalam lif. Buat  kerja sorok-sorok lepas tu makan umpatan orang sampai mati, faham?”
            Sah, aku dah kehabisan modal untuk membidas. Bukan main panjang lebar lagi dia sekolahkan aku. Ikutkan sajalah cakap dia Zarin Sofea. Dia buat  perangai  nanti, aku juga yang susah. Dengan berat hati, aku letakkan telapak tangan aku  di atas tangan Nas. Makin lebar senyum dia. Sebaik saja aku bangun, disilangnya tangan aku di lengannya. Pintu bilik dibuka perlahan. Lily dan  Bobby sudah sedia menanti di luar bersama beberapa orang model yang  masih belum naik ke pentas. Aku kerling Lily. Mohon bantuan darinya. Harap sangat agar dia faham bahasa tubuh aku.
“Nas, mari aku  touch up sikit muka tu. Takkan kau nak naik pentas dengan muka berminyak tu.”
            Bobby terlebih dahulu bertindak. Tangan kanan Nas ditarik. Dibawanya Nas jauh sikit  dari aku. Lily datang bersama sebotol air mineral di tangan. Aku tolak hulurannya. Aku tak haus. Apa yang aku nak ketika ini adalah ketenangan. Degupan jantung mula rasa tak menentu. Hati makin risau bila melihat seorang demi seorang model naik ke pentas. Giliran aku berada di pentas semakin hampir
            “Kau okey tak  ni?” tanya Lily.
            “Tak! Nas nak buat pengumuman kejap lagi.”
            Mulut Lily terlopong. Tapi selepas itu dia ketawa mengekek sambil bertepuk tangan. Hish! Minah kenit ni nak makan penampar aku agaknya. Aku tengah risau, boleh pula dia ketawakan aku?
“Tahniah Rin,” ucap Lily.
            “Tahniah kepala hotak kau. Aku tengah risau ni tau tak? Kalau Nas umumkan pada semua orang, gerenti besok muka aku keluar  front page. Kantoilah aku dengan Ikmal nanti.”
            “La, dalam waktu macam ni pun kau masih ingat Mat Jambang tu? Sudahlah tu Rin. Abaikan dia dulu buat sementara waktu ni. Apa-apahal, kasi settle dulu hal malam ni.”
            Lily tepuk bahu aku berulang kali. Dia ni langsung tak boleh berkompromilah. Ni namanya sokong bawa rebah. Aku dah mula keliru. Dia ni kerja dengan aku ke, kerja dengan Nas?
            “Ladies and gentlemen. Please give a big applause to our famous fashion designer, Nasuha and his beloved model, Zarin Sofea.”
            Ya Allah! Betul ke apa yang aku dengar ni? Masanya sudah tiba. Nas datang kembali dan menyilang tangan seperti tadi. Lily dan Bobby merapikan pakaian kami. Nas menepuk-nepuk lembut tangan aku yang terkepit di celah lengannya. Aku toleh sedikit.
            “Are you ready?” tanya Nas.      
Aku  angguk dalam paksa. Dia pimpin aku ke pentas. Perasaan aku kosong ketika itu. Redha ajelah Zarin Sofea. Dalam kewalangan aku paksa diri untuk mempamerkan senyuman semanis mungkin. Tepukan kedengaran di segenap pelusuk dewan. Sorakan-sorakan kecil juga turut mengiringi langkah kami di sepanjang  pentas. Malam itu aku dan Nas menjadi perhatian lensa kamera media. Bukan tak biasa dengan suasana macam tu tapi malam ini kemeriahannya lain macam sikit. Naik lenguh pipi aku menahan senyum. Pertunjukan malam itu berakhir dengan majlis penyerahan replika cek pada pengetua rumah kebajikan yang dijemput  khas pada malam itu. Tapi aku tengok wartawan dan jurukamera seperti tak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing. Ada lagi yang belum selesai ke?
“Rin, pergi tukar baju, lepas tu keluar balik untuk press confrence okay.”
            Ah sudah! Jadi inilah kejutan yang Nas cakap petang tadi. Aku dah boleh agak apa yang akan berlaku nanti. Perlahan langkah aku ke belakang pentas semula. Lily yang setia menanti aku di tepi pentas menjadi mangsa jelingan tajam aku. Dia cuma diam tidak berkutik. Aku  menonong masuk ke bilik persalinan dan mengunci diri. Sengaja aku melengah-lengahkan masa di bilik itu. Lakonan ni dah lebih dari yang aku jangkakan. Kenapa Nas beria-ria sangat ni? Ikmal, tolonglah selamatkan aku.
“Rin, Nas dah tunggu lama tu. Kau dah siap ke belum?”
Lily menjerit di luar bilik. Aku buka pintu bilik sambil kelip anting-anting labuh di kedua-dua  belah telinga. Lily betulkan lengan baju aku yang berlipat.
Best of luck Mrs.Nasrin.”
            Kata-kata Lily buat aku rasa jengkel. Tapi nak buat macam mana, itu yang aku pilih. Beberapa langkah sebelum masuk ke dewan sidang media, karakter aku berubah. Semanis mungkin aku ukir senyum, hilang terus muka penat tadi. Nas bangun dan datang menghampiri bila nampak aku muncul di pintu masuk bersama Lily.
            Tangan kanan dia aku sambut dan kami berjalan beriringan. Lensa kamera tak henti-henti berkelip. Walaupun aku tak suka dengan apa yang sedang berlaku tapi aku kena juga paksa diri supaya ikut aje segala rancangan yang telah Nas aturkan.
You all  mesti dah kenal dengan model kesayangan Butik Pengantin Nasrin, Zarin Sofea.”
            Aku tunduk sikit sebagai tanda hormat. Nas menunjukkan sifat lelaki budiman, tarik kerusi untuk aku duduk sebelah dia. Maka bermulalah sesi sidang media. Satu kejutan yang Nas janjikan petang tadi. Dia nampak yakin dan lebih bersedia.
“Saya ingin mengumumkan. Kami berdua akan melangsungkan perkahwinan sebulan dari tarikh hari ini. Nantikan kad jemputan dari pihak kami nanti.”
            Aduh! Alangkah bahagianya kalau Ikmal yang mengumumkan berita gembira ini. Aku terima ucapan tahniah dari para wartawan dengan senyum lebar. Tapi dalam hati, ada sekolam air mata yang menunggu masa saja nak melimpah. Nas lebih banyak bercakap bagi pihak aku. Setengah jam mengadap para wartawan macam sepuluh jam rasanya. Aku dah mula rimas bila soal peribadi mula dikorek. Aku cuit peha Nas. Isyarat untuk dia tamatkan segera sesi temubual. Mujur dia faham. Kalau tidak, memang aku sendiri yang akan bangun dan tinggalkan majlis itu.
“Rin, lepas ni kita pergi minum dulu ya,” kata Lily
            Aku pandang dia. Dia masih tegak menunggu jawapan. Memang itulah kebiasaan kami setiap kali selesai fashion show. Tapi malam ni aku betul-betul tak ada hati nak singgah mana-mana. Hala tuju aku sekarang adalah rumah.
“Kau ajak Nas dengan yang lain-lain aje ya. Aku penatlah, nak balik tidur.”
            Aku tak peduli dengan muncung Lily yang memanjang. Aku kemas barang-barang dan melangkah keluar ke tempat letak kereta. Aku ambil masa lima minit untuk panaskan enjin. Dalam masa itulah telefon bimbit aku berbunyi.
“Ikmal!”                                      
            Aku tutup mulut dan pandang sekeliling. Mujur tak ada yang dengar. Aku jawab panggilan dan menekap telefon di telinga.
            “Mal, mal di mana ni. Tahu tak..”
            “Rin, Mal tak boleh cakap lama ni. Mal cuma nak beritahu yang Mal selamat dan masih sayangkan Rin. Buat masa ni jangan cari Mal. Insha Allah kalau panjang umur, kita jumpa lagi. Bye sayang, jaga diri baik-baik.”
Sekali lagi aku tutup mulut. Bukan sebab aku menjerit, tapi aku terkedu. Aku tak sempat nak beritahu Ikmal apa yang bakal terjadi dalam masa sebulan lagi. Dari jauh aku nampak Nas dan Bobby melangkah laju. Tak buang masa, aku turunkan brek tangan dan terus keluar dari petak letak kereta. Aku ingin bersendirian. Melayan rindu yang sedang membuak pada Ikmal.



No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.