Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

November 07, 2013

GURAUAN ASMARA BAB 4

“Abang Burn, Dayang tumpang pergi kerja hari ni eh.” Sambil sarung kasut aku tolong bukakan pintu pagar. Teleng  kepala Abang Burn pandang aku. Dengan muka selamba, aku buka pintu belakang. Dia sambung pandang aku melalui cermin pandang belakang.
            “Motor kau mana?”
            “Ada kat office.
            “Kenapa tak bawa balik? Rosak lagi?”
            “Tak..” Aku mendengus. Banyak tanya pula dia ni.
            “Kalau tak rosak kenapa tak bawa balik? Road tax mati?” Dia masih tak puas hati.
            “Bos ambil kunci motor Dayang,” jawab aku perlahan. Bersedia untuk terima soalan seterusnya. Sambil tu sempat lagi lambai Kak Maziah yang tengah tutup pintu pagar. Dia pergi kerja dengan kereta sendiri. Diangkutnya anak-anak sekali, hantar ke rumah pengasuh.
            “Kenapa dia ambil kunci motor kau?” Abang Burn sambung menyoal.
            “Sebab wayar dia dah putus!”
            Abang Burn jeling aku melalui cermin. Aku buat senyum kambing. Ni kalau aku cerita apa yang Tengku Haizal buat kat aku gerenti abang sulung aku tu akan bertukar menjadi Incredible Hulk. Dia ni bukannya boleh kalau aku mengadu ada orang kacau. Masa kecil-kecil dulu dia sampai kena gantung sekolah dua minggu sebab tumbuk muka budak lelaki yang kacau aku di dalam kelas.
            “Dayang.” Abang Burn panggil.
            Aku angkat muka. Dari tenungan matanya aku tahu, dia nak aku cerita apa yangterjadi sampai skuter pemberian abah tersadai di tempat kerja. Tarik nafas Dayang. Untung nasib Tengku Haizal di tangan kau sekarang.
            “Bos Dayang tu, sejak masuk kerja dia suka sangat kacau Dayang. Semalam masa nak balik, dia ambil kunci motor Dayang. Lepas tu dia suruh Dayang balik dengan dia. Dia kata kalau tak balik dengan dia, dia tak pulangkan kunci motor.”
            Aku berhenti tarik nafas kejap. Ada yang masuk hospital ni karang. Aku tengok  telinga Abang Burn dah merah. Habislah kau Tengku Haizal.
            “Habis tu kau balik tak dengan dia?”
            “Mana ada! Kan Dayang balik dengan teksi semalam,” jawab aku dengan nada sedikit tinggi.
            Diam sekejap. Berdebar pulak aku tunggu reaksi Abang Burn. Dia ni memang senang terbakar. Sesuailah dengan namanya pun, Abu Bakar. Tapi nak nampak glamour dia suruh orang panggil dia Burn. Glamourlah sangat!
            “Kau suka dia tak?”
            Buntang mata aku dengar soalan Abang Burn. Choi! Dengan Wayar Putus tu? Tidak! Tidak! Tidak! Aku mendengus. Gelak dia dengan tindak balas aku.
            “Jangan benci sangat. Nanti besok-besok kot sayang tak habis!” Dia mengusik aku.
            Biar betul dia ni. Ke wayar dia pun putus juga? Aku beranjak ke depan sikit, nak tengok muka dia lebih dekat.
            “Abang Burn tak marah ke?”
            “Ala, kau bukannya budak kecil lagi. Badan kau aje yang kecil tapi kalau beranak dah berderet tau!” Abang Burn tarik hidung aku.
Sumpah memang aku tak sangka yang Abang Burn tak marah. Memang lain betul. Tak macam yang aku fikir. Aku bersandar balik. Tak puas hati. Melepas hajat aku nak tengok Tengku Haizal masuk CCU hari ni. Kalau Abang Burn tak nak tolong, biar aku yang tolong diri sendiri. Walaupun apa pun terjadi, hari ini aku mesti dapatkan balik kunci motor tu dari dia.
“Tuan Puteri Pucuk Kelompang, tak nak turun ke? Dah sampai ni.”
Tergamam sekejap. Punyalah memikirkan pasal kunci motor sampai tak perasan aku dah ada depan pejabat. Aku salam Abang Burn lepas tutup pintu kereta. Salam ikut cermin tingkap aje. Dia pegang tangan aku sekejap.
“Selagi dia tak melanggar batas-batas agama, pandai-pandailah kau handle  bos kau tu ya. Adik abang ni comel, sebab tu ramai orang suka,” usik Abang Burn. Kepala aku digosok perlahan. Terjerit aku sebab dia tarik rambut yang aku ikat macam ekor kuda ni.
Pintu pejabat tak berkunci masa aku sampai. Mesti salah seorang dari bos-bos aku tu dah sampai. Tak pun Kak Salmi. Diorang bertiga aje yang ada kunci pejabat. Sampai di meja, beg Kak Salmi dah ada kat situ. Lega. Sebab bukan Tengku Haizal yang sampai dulu. Apa-apa hal buat air dulu. Aku ke pantri. Kak Salmi tengah masak air.
“Baru sampai ke kak?” Aku tanya dia lepas bagi salam.
“Haah, Dayang hari ni kau tolong akak  menyapu boleh? Perut dah beratlah.”
Aku angguk. Selalunya memang aku dengan dia aje yang buat. Nak harapkan orang lain, jangan haraplah. Sementara tunggu air masak, baik aku menyapu dulu. Ambil penyapu dan penadah sampah dalam stor. Aku terus ke depan, tinggalkan Kak Salmi di pantri. Mula dari hujung pejabat sampailah ke depan bilik Tengku Haizal. Sambil menyapu kat luar bilik dia, aku tinjau ke dalam. Manalah tau kot-kot boleh nampak kat mana dia letak kunci motor aku. Aku tekap muka sikit kat pintu bercermin gelap tu. Eh, tak kuncilah! Ini sudah bagus. Boleh aku selongkar bilik dia. Masih awal lagi dia nak sampai office. Tapi kat mana aku nak mula dulu? Ha, dalam laci. Weh, dia tak kunci laci. Cuainya! Kalau ada benda penting dalam ni, kan susah kalau hilang. Selak punya selak, aku jumpa sesuatu. Bukan kunci motor, tapi borang resume aku. Kenapa ada kat dia pulak? Bukan ke sepatutnya borang ni kena bagi pada HR? Atau dalam bahasa Jawanya, Bahagian Sumber Manusia. Kenapa dia simpan borang aku eh?
"Awak buat apa ni?"
Alamak, bila pulak dia sampai? Mampus, habislah aku! Relaks Dayang. Buat-buat kemas meja cepat!
"Err, saya nak kemas bilik Tengku."
Tangan ligat menyusun barang-barang atas meja dia. Padahal tak ada barang pun. Cuma planner dan filetray aje.
"Bila masa saya suruh awak kemas bilik saya?"
Tengku Haizal tutup pintu. Badan dia jadi penghadang pulak kat situ. Alamak! Macam mana aku nak keluar ni? Bibir kejang kejap. Otak tak sempat nak proses jawapan. Jadi aku terkemam ajelah kat situ.
"Awak cari ni kan?" Tengku Haizal keluarkan sesuatu dari poket seluar. Ya Allah, dia bawa balik kunci motor tu.
"Bagilah kunci tu Tengku. Saya nak start motor tu. Dah semalaman tak panaskan enjin. Susah pulak nak hidup nanti."
"Baguslah tu. Kalau tak hidup, humban aje kat dalam sungai. Tak pun jual kat besi buruk." Dia ketawa sinis. Menyampahnya aku tengok muka dia. Rasa macam nak bagi dia breakfast dengan selipar jamban yang aku pakai ni. Sampai hati dia nak jual skuter kesayangan aku kat besi buruk.
"Tengku jangan melampau. Saya minta dengan cara baik. Tak elok kita bergaduh pagi-pagi ni. Susah rezeki nak masuk nanti."
"Kalau tak boleh gaduh pagi-pagi, kita gaduh malam-malam, boleh?"
Dia buat loyar buruk pulak! Hati dah panas ni. Aku nampak dia makin kecil pulak. Macam semut. Sabar Dayang, tarik nafas. Aku tunduk pandang kapet. Pandang kapet lagi bagus dari pandang muka dia.
"Saya boleh bagi awak kunci ni balik, tapi awak kena cium saya."
"Kalau saya tak nak?"
"Saya yang cium awak."
Wah! Ini sudah lebih. Dia ingat aku ni apa? Dari mula aku masuk kerja sampai sekarang dia tak habis-habis nak menggenyeh dengan aku ni apahal?
"Tengku jangan macam-macam. Saya bukan macam perempuan lain," menggigil suara aku.
"Sebab tak macam perempuan lainlah saya suka tu. Lagi garang, lagi saya suka." Dia bagi flying kiss. Ya Allah, gatalnya dia!
"Bagi saya kunci tu!"
"Shhh, jangan jerit-jerit. Nanti apa pulak kata staff-staff kat luar." Tengku Haizal letak jari telunjuk di bibir. Pandai pula dia malu.
"Kalau tak nak staff lain tahu, bagi cepat kunci tu!"
Berjaya jugak aku tinggikan suara. Minta-minta dia nak pulangkan kunci tu. Tiba-tiba dia datang dekat. Adoi,baru aku perasan aku dah terperangkap kat tepi meja dia. Macam mana nak lari ni?
"Berhenti Tengku, jangan dekat! Kalau tak saya jerit." Aku ugut dia.
"Jeritlah, tak takut pun."
Seramnya aku dengar suara dia. Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini. Aku dah siap genggam buku lima. Jarak dia dengan aku tinggal beberapa kaki aje lagi. Dia tayang kunci. Jari telunjuk sebelah kanan cucuk-cucuk pipi.
"Tak cium, tak dapat kunci." Dia makin dekat. Sikit aje lagi memang tertindihlah aku dengan dia. Tarik nafas Dayang. Satu, dua, tiga!
"Argh!"
Ha, kan dah kena! Padan muka kau! Aku tolak badan Tengku Haizal ke dinding. Sebelum keluar, sempat lagi aku hentak tumit aku  yang beralaskan selipar Jepun ni di kaki dia. Sekali lagi dia menjerit. Kunci yang masih dalam genggaman dia aku rampas. Puas hati aku. Aku hempas pintu bilik Tengku Haizal sekuat hati. Dalam kepala aku dah tak ada fikir yang lain. Aku nak berhenti kerja.
"Kau taip apa tu Dayang? Lajunya," tegur Kak Salmi.
"Surat berhenti kerja."
"Ooo. Hah! Surat berhenti kerja?"
"Hmm," jawab aku keras.
"Kenapa pulak ni? Dah dapat offer lain ke?" Kak Salmi pusingkan kerusi mengadap aku.
"Tak dapat offer mana-mana pun. Saya dah tak tahan kerja kat sini. Hari-hari nak tadah muka kat Wayar Putus tu!" Sambil cakap jari aku ligat duk ketuk-ketuk abjad di keyboard. Tatabahasa, ejaan semua aku langgar. Lantaklah! Janji dia faham isi kandungan surat tu. 
"Dia buat apa kat kau yang sampai nak berhenti kerja ni?"
Eh, banyak soal pulak Kak Salmi ni. Macam dia pulak yang jadi peguam. Aku print surat yang dah siap. Sementara nak tunggu surat siap print, aku kemas mana-mana yang patut. 
"Dayang, awak tolong siapkan dokumen ni." Mr.Dinesh yang baru sampai hulur beberapa buah fail pada aku.
"Sorry Mr.Dinesh. I'm not your staff anymore. This is my 24 hours notice." Cewah, tiba-tiba aje pandai cakap omputih!
"Aduh!" Kak Salmi mengerang sambil pegang perut. Dah nak bersalin ke?
"Kak Salmi ok tak ni?” Aku tanya soalan bodoh ke? Dah memang aku nampak dia tak ok, lagi aku tanya soalan macam tu.
"Dayang tolong call suami akak. Rasanya macam dah nak bersalin ni," suruh Kak Salmi.
Aku buat apa yang dia suruh. Kesian pulak aku tengok dia. Dah berpeluh-peluh. Tapi masih boleh senyum lagi. Mr. Dinesh dah macam patung. Dia panik sekejap. Mana pulak  Wayar Putus tu. Tak berani nak tunjuk muka ke? Sambil menenangkan Kak Salmi aku urut-urut tangan kanan aku. Tadi masa aku cepuk muka, dia tak sakit. Sekarang baru rasa sengal kat buku lima ni. Lepas setengah jam baru suami Kak Salmi sampai. Selesai satu perkara. Mudah-mudahan dia selamat bersalin.
"Dayang, awak tolong cover kerja Salmi ya."
"Eh, saya kan dah bagi notis tadi?"
Mr.Dinesh garu kepala. Eleh, dia ingat aku lupa ingatan ke? Berhenti tetap berhenti. Peduli apa aku.
"Siapa yang bagi notis?" Tengku Haizal muncul. Ada warna ungu di tepi mulut dia.
"Saya, ada bantahan?” Aku jawab selamba. Aku tentang mata dia tanpa rasa takut. Tapi sekejap aje. Aku sambung kemas alat-alat tulis yang boleh aku sumbat dalam beg sandang aku.
“Kenapa tiba-tiba aje nak berhenti ni Dayang,” tanya Mr.Dinesh.
Aku berhenti mengemas sekejap. Aku pandang Mr.Dinesh. Lepas tu aku pandang Tengku Haizal yang masih tercegat di depan pintu bilik. Mulut aku macam tak boleh buka. Tak sampai hati nak buka aib orang. Tapi menyampah juga tengok muka dia.
“Dayang, kenapa ni? Zal, kau dah buat apa dengan dia?” Mr. Dinesh masih menyoal.
Tengku Haizal diam tidak berkutik. Dia mengelap bibirnya yang berdarah. Kuat juga penumbuk aku rupa-rupanya. Ah, lantaklah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku? Siap berkemas, aku terus keluar. Tak peduli lagi dengan panggilan Mr. Dinesh. Hidup aje enjin skuter aku terus pecut balik rumah. Sampai rumah telefon bimbit aku matikan. Aku nak bertenang. Lepas mandi, aku solat Duha dan makan nasi lemak yang tak sempat aku makan di pejabat tadi. Lepas tu aku tidur. Malas nak fikir apa-apa lagi.
Petang tu aku habiskan masa dengan lepak depan TV. Tenanglah sekejap sementara Kak Maziah dan Abang Burn belum balik lagi. Diorang balik nanti gerenti diorang pelik. Selalunya aku sampai lewat. Telefon rumah berbunyi. Sebelum  jawab telefon aku jenguk luar rumah. Kak Maziah balik. Riuh dengan suara anak-anak buah aku.
“Hello.”
“Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Dayang.”
“Ya, bercakap,” jawab aku. Rasanya macam kenal empunya suara di dalam talian.
“Dayang, boleh saya datang rumah awak sekejap. Saya dah on the way  ni.”
“Nak buat apa Mr. Dinesh? Saya dah tak nak kerja kat sana lagi.”
Kak Maziah yang baru nak masuk ke bilik terpempan di depan aku. Terkejutlah tu. Mesti dia dengar apa yang aku cakap tadi.
Please  Dayang. Saya tahu awak marah Tengku Haizal. Tapi tak kan awak tak nak kawan lagi dengan saya? Lagi lima minit saya sampai. Awak jangan lari pulak tau, bye.
Belum sempat nak menghalang Mr.Dinesh dah matikan talian. Aku pandang Kak Maziah yang masih tegak di depan aku. Aku senyum sikit lepas tu terus henyak punggung di sofa.
“Dayang dah berhenti kerja kak.” Aku cakap dulu sebelum dia tanya.
“Kenapa?” tanya Kak Maziah.
“Dayang tumbuk bos Dayang.” Tersungging senyum di hujung bibir sendiri.
Terbeliak mata Kak Maziah. Tak jadi dia masuk bilik. Sambil buka tudung dia mengadap aku. Nak tahu cerita sebenar. Aku pun ceritalah dari A sampai Z. Punyalah bersungguh-sungguh aku bercerita, sudahnya Kak Maziah gelak terbahak-bahak. Macam aku buat cerita lawak pulak.
“Dahsyatlah adik ipar aku ni!” Kak Maziah tekan perut. Geli benar hatinya dengan cerita aku.
“Assalamualaikum.”
Tawa Kak Maziah terhenti. Abang Burn  terjengul di muka pintu dengan seseorang. Kak Maziah menyarung tudungnya semula. Aku mengemaskan duduk. Buat muka masam.
“Dayang, ni Mr.Dinesh datang.” Abang Burn mempersilakan Mr.Dinesh masuk. Dia memang kenal dengan bos aku yang nombor dua ni sebab dah banyak kali terserempak kalau dia hantar aku pergi kerja.
Aku biarkan Abang Burn bersembang dulu dengan Mr.Dinesh. Siap hidangkan dia air dan cupcake yang ada lebih dalam peti sejuk, baru aku tanya tujuan dia datang sini.
“Keputusan saya muktamad Mr.Dinesh. Saya dah lama bertahan. Enam bulan dia kacau saya. Hari ni dia dah melampau. Saya tak nak tengok muka dia lagi.” Aku buat muka serius. Ingat balik apa yang jadi pagi tadi buat aku panas hati. Spontan aje aku kepal penumbuk. Abang Burn  tersengih tengok aku.
"Saya merayu pada awak Dayang. Jangan berhenti dulu. Kerja kat office tengah banyak ni," rayu Mr.Dinesh.
"Tampal ajelah iklan jawatan kosong kat pintu masuk tu. Mesti ramai yang datang nanti." Aku jawab acuh tak acuh.
"Makan masa nak ajar diorang. Awak dah mahir buat kerja ni."
"Alah Mr.Dinesh, setakat fotostat dokumen, taip surat, jawab telefon, budak sekolah rendah pun boleh buat. Saya dah tak tahan dengan perangai Tengku Haizal. Pagi tadi saya tumbuk dia. Saya takut besok-besok saya bunuh dan kerat-kerat badan dia, lepas tu saya buang kat sungai. Perangai buruk macam perogol bersiri!"
Ambik kau, selamba aje aku kutuk  Wayar Putus tu. Biar Mr. Dinesh sampaikan pada dia. Selama ni aku diam, makin menjadi-jadi pulak perangai Tengku Haizal.
"Sekurang-kurangnya bagilah notis sebulan. Salmi dah cuti bersalin. Tak ada orang nak close account nanti. Saya double kan gaji awak, amacam?" Mr.Dinesh buat tawaran hebat. Hebat ke? Kalau terpaksa mengadap balik muka Wayar Putus tu bagilah gaji berganda-ganda sekali pun, aku tak hingin!
"Tolonglah Dayang, awak kawan saya kan?"
Ala, dia buat muka kesian pulak! Lemah betullah aku dengan dia ni. Apsallah dia ni India. Kalau dia masuk Islam memang aku dah jatuh cinta ni! Eh, ke situ pulak! Aku pandang dia. Lepas tu toleh pada Abang Burn dan Kak Maziah. Perlahan-lahan aku geleng.
"Dua minggu. Awak tolong cover dua minggu aje. Lepas tu saya tak kacau."
Mr.Dinesh  masih lagi tawar-menawar. Aku pandang lagi  Kak Maziah dan Abang Burn yang jadi penonton setia dari tadi.
"Setuju ajelah Dayang. Tapi, saya  nak awak  pesan dengan Tengku.. apa nama budak tu Dayang?" tanya Abang Burn.
"Tengku Haizal," jawab Mr. Dinesh.
"Ha, awak pesan dengan dia. Kalau dia cuba kacau adik saya lagi, dia makan penumbuk abang Dayang  pulak." 
 Mr.Dinesh mengangguk. Eh, tapi aku tak cakap aku setuju lagi. Abang Burn ni, suka-suka dia aje buat keputusan untuk aku.
"Mr.Dinesh,saya boleh tolong. Tapi dengan satu syarat." Mr.Dinesh senyum. Senyumlah sebab pujukkan dah berhasil.
"Awak bagilah syarat apa pun Dayang. Saya akan terima," kata Mr.Dinesh sambil melebarkan senyum.
"Saya nak Tengku Haizal berada sepuluh meter jauh dari saya. Kalau dia langgar syarat, saya akan berhenti terus dan report polis. Buat laporan yang dia cuba mencabul kehormatan pekerja wanita di pejabat tu."
"Saya setuju dengan syarat tu."
Semua tertoleh ke pintu utama. Selamba aje dia menyampuk  perbualan. Tapi bila masa  Tengku Haizal sampai? Tak dengar pun bunyi kereta. Aku bingkas bangun. Duduk  rapat dengan Abang Burn.
“Dia ikut saya tadi. Tapi tak berani nak masuk. Takut awak tumbuk dia lagi.” Mr.Dinesh macam faham aje apa yang aku tengah fikirkan.
“Jadi awaklah Tengku Haizal,” Abang Burn hulur tangan. Adoi, dah berjabat tangan pulak dengan Abang Burn. Patutnya aku tumbuk dia bagi lembik pagi tadi. Biar dia tak dapat berjalan.
“Saya minta maaf bang. Saya janji saya akan berada sepuluh meter jauh dari dia. Orang dah tak sudi, nak buat macam mana.”
Ya ampun! Beraninya dia cakap macam tu depan Abang Burn. Kurang asam! Aku bangun  dan terus masuk bilik. Tak kuasa nak pandang Tengku Haizal yang makin rancak berbual dengan Abang Burn.


No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.