Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!
Jumlah pengunjung setakat ini .
November 06, 2015
ANAK ANGKAT PERTAMA (MININOVEL) SUDAH MUNCUL!!
Dulu tajuknya HANYA ANGKA. Disebabkan dah lama kena peram, jadi saya tukar tajuknya untuk lebih nampak komersil. Cewah! Komersillah sangat kan?
Kenapa mini novel? Sebab saya ni memang gelojoh. Nak tunggu novel keluar memang lambat lagi. Memandangkan dah terlampau banyak novel-novel yang lebih best dari novel saya, maka saya buat-buat berani mengeluarkan satu mini novel. Manalah tau ada rezeki, pembaca terbuka hati nak beli anak angkat pertama saya ni.
Cerita ni mengisahkan apa?
Ini cerita yang bertemakan kekeluargaan. Biasalah, IZMA QAHIERA memang suka tulis cerita yang macam ni. Bagi saya family is everything. Kerana restu kedua-dua orang tua sayalah, diam tak diam tujuh buah hasil merapu saya dah keluar dalam tempoh masa 2 tahun. Tiap-tiap hari bila bangun tidur mesti tampar pipi sendiri sebab memang tak sangka, dah tujuh? YES! Dah tujuh Shima!!! Alhamdulillah...
Okey back to the track...
Ini cerita tentang Izzah yang kahwin pada usia yang muda. Tapi tumpuan cerita ni bukan pada Izzah. Tapi pada mak dan bapa mertuanya. Tak sangka pula dalam diam Haji Lajis dah syok dengan mak Izzah.
Kalau APA DAH JADI? kisah Joe bercinta dengan wanita yang sudah berusia, kali ni kisah orang tua pulak bercinta. Berjaya ke tak kisah ni menambat tumpuan korang untuk terus baca buku ni hingga penamat? Jawapannya korang kenalah beli dulu dan lepas tu feel free to komen.
So, kalau ada yang berminat nak order boleh PM saya di FB Izma Qahiera atau boleh WhatsApp kat nombor ni 011- 1546 7261. Ada gift dan 'cop spesel' menanti korang.
July 09, 2015
BABY KEENAM DAH NAK KELUAR!!!
Alhamdulillah.. akhirnya baby ke 6 bakal menemui semua tak lama lagi. Mudah-mudahan percubaan pertama terbitkan buku sendiri membuahkan hasil.
Terima kasih pada yang banyak bagi sokongan pada saya selama ini. So, pada yang berminat nak dapatkan Abang Joe, boleh PM saya di FB atau wasap di nombor yang tertera di dalam gambar.
Buku ni bukan LIMITED EDITION. Tapi saya PRINT ON DEMAND. So saya akan print bila ada order. Pengedar online juga dialu-alukan. Diskaun menarik menanti anda!
May 27, 2015
HEY MR. SPOTLIGHT BAB 12
Dah tiga hari aku tak
nampak Raisya. Bohonglah kalau aku tak rindu. Padanlah dengan muka aku. Kalau dah tahu tak
boleh tenang bila tak tengok muka
Raisya tu, kenapa luluskan cuti dia? Sekarang apa dah jadi?Nak pergi kerja pun rasa malas
sangat. Jarang aku lewat ke tempat kerja. Tapi kebelakangan ini, dah nak dekat
waktu makan tengahari baru aku masuk.Kadang-kadang lepas waktu makan baru aku
keluar dari rumah.
Hati bagai
digaru-garu untuk menelefon dia.
Tapi aku takut
dia akan bersoal-jawab. Sudah dua
kali aku terperangkap
dengan perbuatan sendiri. Tak mungkin Raisya tak syak
apa-apa. Tapi sejak hari
terakhir kami bertembung di
rumah mak, aku perasan topik itu
langsung tidak disentuh.
Adakah dia benar-benar tidak mengesyaki
apa-apa atau dia memang langsung
tak perasan akulah lelaki yang bakal
menjadi imamnya nanti?
"Kau tak sihat ke
Azraf?" Mak bertanya ketika dia masuk ke bilik untuk mengutip kain kotor.
Aku tak menjawab. Selimut
yang membalut tubuh aku tolak ke bawah. Aku memangku kepala sambil berlenging
di atas katil. Mak datang dekat. Belakang tapak tangannya mendarat di dahi. Tak
puas hati, dia memeriksa aku. Gayanya dah macam doktor kanak-kanak. Siap suruh
aku buka mulut.
"Hahhh!!!" Aku
buka mulut serentak dengan hembusan nafas.
"Pergh! Bau macam
taik lembu kering. Kurang asam punya botak!" Mak tekup bantal ke muka.
Mula-mula aku meronta. Tetapi tekupan mak semakin kuat. Beberapa ketika kemudian
aku mendiamkan diri. Tangan terdepang di atas katil. Perlahan-lahan mak
mengalihkan bantal yang menutup muka aku. Aku tayang mata buntang siap dengan
pakej lidah terjelir.
"Alahai Azraf...mak
minta ampun! Tak ada niat nak bunuh anak sendiri. Abang! Tolong saya bang!!!
Anak kita bang!!! Huwaaaa..."
Mak menggoyang-goyangkan
badan aku. Dia melompat naik ke atas katil dan terus memangku kepala. Eleh,
berlakon aje lebih tu. Aku tahu dia sedang memancing perhatian abah di luar
untuk menyertai kami. Raungannya semakin kuat. Aku masih seperti tadi. Dah
macam orang kena sawan. Mata sedikit terbuka untuk melihat aksi plastik mak.
Tak lama kemudian abah masuk.
"Apahal
terjerit-jerit ni?" Agak keras suara abah bertanya.
"Abang... tolong
panggil ambulans.Anak kita kena sawan. Huwaaa!!!"
Sambil menangis, tangannya
menampar-nampar pipi aku. Sakitlah! Mak memang suka mengambil kesempatan.
Tunggulah bila ada peluang nanti aku akan kenakan dia lagi.
"Cuba tarik bulu
hidung dia. Kalau tak sedar juga baru kita panggil ambulans," arah abah.
Nak tergelak aku mendengar
kata-kata abah. Mak dah bersedia untuk melaksanakan perintah abah.
Bersungguh-sungguh benar nampaknya mak. Tak semena-mena tawa yang puas aku
tahan terlambak juga. Tak boleh nak bayangkan kalau mak betul-betul mencabut
bulu hidung aku. Sakit siot!!!
"Apalah abah ni. Bulu
hidung orang pula yang dia suruh tarik."
Mak pun dah terbahak-bahak
ketawa. Abah cuma menggeleng. Nasiblah abah, dapat isteri dan anak yang
sama-sama sengal. Kalau dah datang 'angin bengong' kami berdua, abah yang
serius itu pun kami pedajalkan.
"Kau tak pergi kerja
ke Azraf?" Abah bertanya apabila tawa kami berdua dah mula reda.
"Orang nak cuti hari
ni boleh tak abah? Kerja kat pejabat pun dah tak banyak. Orang penatlah..."
Aku tunjuk muka kesian. Bahu mak aku jadikan tempat untuk memangku muka.
"Eleh, budak botak ni
bukannya penat mana pun bang. Dia jadi lesu sebab budak Raisya tu kan tengah
bercuti. Itu pasallah basau semacam aje dia ni." Seperti biasa, hobi mak
kalau sedang membebel. Pasti kepala aku digosok-gosoknya.
"Huh! Sendiri yang
cari penyakit. Nak berahsia sangat. Apa salahnya kalau Raisya tahu kau tu bakal
suami dia?" Abah dah nak beredar dari situ. Tapi sempat lagi dia berhenti
di depan pintu, nak mendengar jawapan yang sekian lama dia nantikan.
"Hish! Eloklah kalau
dia tak tahu. Dulu saya bertunang dengan awak pun kita tak pernah jumpa. Masa
nak nikah barulah saya dapat tengok muka bakal suami. Mujur handsome. Kalau tidak kesian anak saya
terpaksa mewarisi kehodohan abah dia. Hahaha!"
Abah turut sama ketawa.
Telinganya sudah lali dengan sindiran mak. Dia tahu mak bukan bersungguh pun.
Cara mak bergurau dah memang begitu. Tahan telinga sajalah.
Handphone berbunyi sebaik
sahaja abah keluar dari bilik. Mak lebih pantas mengambil handphone aku di atas
meja lampu. Berkerut keningnya membaca nama yang tertera di skrin.
"Batu Lesung? Siapa
ni Azraf?"
Aku terus terjun dari
katil dan merampas telefon di tangan mak. "Raisya!" Aku menjerit
keriangan.
"Batu Lesung kau
panggil budak tu. Kenapa..."
Aku senyum lebar sambil
menekan-nekan pipi sebelah kiri. Lama mak perhatikan perbuatan aku.
"Hish! Lambatlah mak
ni. Lesung pipit dialah..."
"Ooo...cakaplah dimple! Barulah mak faham. Eh, buka loud speaker. Mak nak dengar juga."
Aku ikutkan saja kehendak
mak. Tapi aku bagi isyarat supaya mak zip mulut. Sebaik saja terdengar suara
Raisya memberi salam, aku terus duduk di birai katil. Mak pun turut serta.
"Encik Azraf, Encik
sayang saya tak?"
Uik! Soalan apa tu?
Mak menyenggol bahu aku
dengan kuat. Eh, dia pula yang
beria-ia nak dengar jawapan aku. Bergerak-gerak halkum
mendengar soalan Raisya. Nak jawab
betul-betul atau masih nak
meneruskan lakonan?
“Awak okey ke tak ni
Raisya? Tak malu ke tanya
soalan macam ni?”
Hati mula memainkan rentak gendang. Muka rasa berbahang. Mahu saja
aku menyuruh mak
keluar. Malu pula bila hal peribadi
didengari. Tapi tak sampai hati
nak buat begitu.
“Encik Azraf...”
“Ya saya masih
mendengar.” Bergetar suara menyahut panggilan Raisya.
“Jawablah soalan saya tadi.”
Sekali lagi
bahu disenggol. Aku menggeleng perlahan. Dah parah budak ni.
Kalau betul sayang aku, cakaplah terus
terang. Kepala yang tidak
berambut aku garu. Apa yang patut aku buat
sekarang?
“Raisya...” Aku
panggil dengan nada memujuk.
“Dah ada jawapannya
Encik Azraf?” Laju Raisya bertanya.
“Ehem... dah.”
Terjongket kening mak. Aku
raup muka berkali-kali sebelum aku hadiahkan mak dengan senyum kelat.
“Jadi jawapannya? Ya atau
tidak?” Raisya masih
menunggu jawapan.
“Dua-dua pun tak.”
“Apa ni Encik Azraf?
Jawablah betul-betul. Saya tengah susah hati
ni. Minggu depan hari pertunangan saya. Tapi sampai
sekarang saya masih tak tahu
lagi siapa lelaki
tu. Saya perlukan jawapan Encik Azraf supaya senang saya buat
keputusan nanti.”
Terbangun aku dari
katil. Apa maksud Raisya? Penting
sangatkah jawapan aku sehingga mampu
mempengaruhi keputusan dia. Laju
kaki mundar-mandir di hadapan
mak. Tak
aku pedulikan mak yang
menggapai-gapai menyuruh aku duduk
semula di sebelahnya. Pening betul aku
dengan perangai Raisya.
“Okey, sekarang biar saya
yang tanya awak. Kenapa awak
tanya soalan tu?” Dengan
beraninya aku cabar keberanian Raisya. Gerenti dia
akan tamatkan panggilan selepas ini.
“Saya tanya macam tu
sebab saya nak Encik Azraf
berlakon jadi teman lelaki saya. Kalau
Encik Azraf memang tak
ada perasaan pada saya susahlah
nak menjiwai watak
nanti. Tapi kalau
Encik Azraf ada
sikit perasaan aje pun pada saya
itu dah cukup membantu.”
Hampir terlepas
telefon di tangan. Tekaan aku
ternyata melencong jauh. Mak terlopong
di atas
katil. Pasti dia pun tidak menjangkakan begitu jauhnya
perancangan Raisya untuk menggagalkan majlis pertunangannya nanti.
“Gilalah awak ni. Saya tak
mahu bersekongkol dengan niat buruk
awak tu. Terima ajelah pilihan keluarga awak
tu. Apa yang susah sangat?”
Tiba-tiba aku naik
angin. Cuba bayangkan kalau bukan aku
yang bakal jadi tunang dia? Makan hatilah jawabnya nanti. Kenapa
tinggi sangat ego kau
Raisya? Takkan kurang pun perasaan aku
ni kalau kau berterus-terang. Salah ke kalau perempuan
yang meluahkan dulu rasa hati?
Mak menarik tangan,
memaksa aku duduk di
sebelah dia. Turun naik dada
aku menahan geram. Ikutkan hati mahu
saja aku bocorkan rahsia sendiri. Raisya, kenapalah kau merumitkan
lagi keadaan?
“Bagi Encik
Azraf mungkin tak susah sebab Encik Azraf
boleh kahwin empat. Saya ni
perempuan. Saya tak mahu jadi
isteri derhaka. Sebab itulah
saya nak
gagalkan majlis ni sebelum terlambat. Saya dah ada pilihan sendiri. Berapa kali saya
nak ulang?”
Agak nyaring suara Raisya
di dalam talian. Aku tahu dia
sedang tertekan. Pasti dia sedang berusaha sedaya-upaya mempertahankan egonya. Peha sendiri kuramas
kuat. Tolonglah Raisya. Cakaplah kau
sayang aku. Aku janji pasti semua lakonan ini akan aku
hentikan selepas itu.
“Okey, saya tanya
untuk kali terakhir. Encik Azraf
sayang saya tak?”
Badan aku tegak
kembali tatkala mendengar
soalan Raisya. Aku tarik
nafas dalam-dalam. Hati
sudah nekad untuk memberikan jawapan pada Raisya.
“Saya akan beri jawapannya pada hari pertunangan awak nanti. Masa tu
nanti saya nak
awak buat keputusan di depan semua orang. Nak terima lelaki pilihan keluarga awak
atau sebaliknya. Bye!”
Perbualan tamat.
Kasar dengusan nafas yang keluar dari
hidung dan mulut aku. Aku kerling kalendar besar yang terlekat
di dinding bilik.
Lambatnya nak tunggu minggu depan.
Kalau boleh hari ini
juga aku nak
jumpa Raisya dan beritahu
akulah bakal tunang dia. Permainan yang ku
atur sendiri nampaknya
seperti kurang menjadi. Ternyata ego
Raisya lebih tinggi
dari aku. Tapi tak semudah itu aku
mengaku kalah. Sebelum tiba harinya aku
perlu buat sesuatu.
Aku tinggalkan katil dan terus
capai tuala. “Mak tolong
siapkan baju orang boleh tak?”
“Nak pergi
kerja ke?” Mak bertanya dan sudah
bersedia di tepi
pintu almari.
Aku cuma
mengangguk dan terus masuk
ke kamar mandi. Kepala
paip aku pulas
habis. Menderu-deru air hujan tiruan keluar, kasar-kasar jatuh di atas kepala. Dingin air yang menyentuh
kulit belum mampu menyejukkan hati aku
yang sedang membara dengan
perangai Raisya.
Satu jam kemudiannya aku
sudah berada di
pejabat. Mood masih belum stabil.
Sapaan Munirah langsung aku tak hiraukan. Surat-surat di
dalam tray aku ambil. Mana pula
pisau pembuka surat ni? Laci meja aku
buka satu-persatu. Siapa pula
yang ambil benda tu? Aku
beralih dari tempat duduk. Baru
perasan pisau pembuka surat
itu terjatuh di bawah
meja. Terpaksa pula
aku menyangkung dan masuk ke
bawah meja.
Uik, kaki siapa
pula ni. Aku berdiam diri sekejap
di bawah meja, mengawasi kaki
yang sedang melangkah masuk ke
dalam bilik. Kaki perempuan. Tak mungkin
kaki Munirah sebab seingat
aku Munirah tak pernah
tak pakai stokin. Dalam
pejabat ni cuma ada
tiga orang pekerja wanita. Tak mungkin Alia.
Wanita kacukan Cina dan Melayu itu
memakai gelang kaki. Jangan-jangan ini kaki...
“Raisya... adoi!”
Aduh sakitnya kepala aku.
Macam mana boleh terlupa yang aku masih di bawah meja? Tangan menggosok laju kepala
yang masih perit. Aku keluar dari
bawah meja dan terus membelakangkan
Raisya. Hidung dah tercium bau minuman kegemaran. Bagus
betullah dia ni. Ini belum lagi
jadi isteri. Kalau
dah jadi isteri
aku nanti, mata belum
buka lagi sarapan pagi
dah siap terhidang agaknya.
“Buat apa kat bawah meja tu? Nak menyorok dari
saya ke?” Raisya menegur.
Serta-merta aku
berpaling. Berkerut kening
melihat Raisya menyua mug ke mulut sendiri. Eh, itu
bukan untuk aku
ke? Makin berkerut apabila dengan selambanya Raisya
duduk di depan meja. Tak ada
sekelumit senyum pun yang
terhias di wajahnya
hari ini.
“Saya nak bagi
ni.” Dia meletakkan sekeping sampul
surat di atas meja.
“Encik Azraf bacalah dulu. Saya buatkan air sekejap.
Maaflah sebab guna mug
Encik Azraf tanpa
kebenaran. Ingatkan Encik
Azraf tak masuk office.” sambung Raisya lagi.
Dia terus
keluar tanpa sempat
aku buka mulut. Tiga hari tak nampak
batang hidung, hari ni muncul
saja terus hulur surat berhenti.
Tangan memegang sampul surat yang dia
letak tadi. Hati dah mula rasa
kurang enak. Melihat pada air muka Raisya
yang agak keruh, rasa-rasanya aku tahu
isi kandungan surat yang diberi tadi. Aku
tunggu Raisya masuk semula
nanti. Surat itu aku
akan baca di depan dia.
Tak lama kemudian
Raisya tiba. Belum sempat dia
meletakkan dulang, mata sudah menangkap
beg tangan yang tersangkut
di bahunya.
“Nak pergi mana ni?” Laju aku bertanya.
“Baliklah. Tapi sebelum tu saya nak kemas
barang-barang saya sekejap.”
Tenang sungguh Raisya menjawab.
Sedangkan aku ni dah macam nak
putus urat merih menahan geram.
“Mana boleh berhenti macam tu
aje. Awak ni
melampau betullah. Jangan
buat tempat ni
macam abang awak yang punya!”
Terhenjut bahu
Raisya di saat aku mengherdik. Sekali-sekala kena tunjuk
garang sikit dengan Budak
Lesung ni. Memang
aku sayang dia. Tapi ini
tempat kerja. Kenalah profesional
sikit.
“Saya tak
nak terima surat ni. Awak
pergi letak balik beg tangan
ni dan buat kerja
macam biasa. Kalau nak berhenti
juga bagi saya notis
sebulan. Memang tempat ni nampak
macam pejabat cabuk. Tapi kami ada
etika kerja. Jangan
semberono aje, faham?” Sekali lagi
dia terpaksa menadah tengkingan aku. Surat yang dia beri
tadi aku renyuk-renyukkan dan terus
buang ke dalam tong sampah.
Raisya terduduk.
Matanya berair. Bibirnya kelihatan
menggeletar. Aku cuba sedaya-upaya untuk
tidak terlalu cepat
lembut hati. Butang baju di
bahagian lengan aku buka. Laju
aku menyinsing lengan baju hingga
ke paras siku. Namun mata masih mengawasi tingkah Raisya yang masih bungkam.
“Saya nak
balik.”
Tak berkerdip
mata aku merenung dia. Degilnya
budak ni.
“Waktu bekerja belum
habis lagi.” Aku melarang dengan
suara keras.
“Saya dah tak
nak kerja kat sini lagi.” Raisya
bersuara lirih. Airmata yang ditahan mengalir perlahan di
pipi.
“Kalau dah tak
kerja kat sini
kenapa menangis pulak? Ada orang
suruh awak berhenti kerja ke?” Kedua-dua tangan aku hentak ke meja. Sengaja nak
bagi dia gugup. Mana tahu dengan cara itu dia
akan luahkan apa yang
terbuku di hatinya selama ini.
“Tak ada
sesiapa pun yang paksa saya tinggalkan tempat ni. Saya
rasa tak guna lagi
saya berada di
sini. Encik Azraf... Encik Azraf...” Suaranya tersekat. Takut-takut saja dia
memandang aku.
“Awak ada masalah ke dengan saya? Awak marah sebab saya tak
nak tolong gagalkan majlis
pertunangan awak nanti? Hei!
Kalau itulah sebabnya yang buat awak rasa
dah tak betah bekerja di
sini lagi, awak boleh keluar sekarang.”
Tak semena-mena aku
berjalan laju ke pintu. Daun
pintu aku buka
luas dan menanti Raisya
keluar dari situ. Dia juga tak mahu kalah. Sempat lagi dia
menolak kerusi dengan kasar
sebelum menghampiri aku.
“Encik Azraf ni
bodoh tau tak? Kepala licin
Encik Azraf ni sama licinnya dengan otak
Encik Azraf! Zero! Saya dah
bagi macam-macam hint, tapi Encik Azraf tetap
tak perasan.” Raisya mendengus kasar dan terus keluar.
“Hei! Jangan kaitkan
kepala saya dengan semua
ni ya. Awak tu
yang tak reti
menggunakan peluang yang ada. Bukan salah kepala sayalah!”
Geramnya aku! Ikutkan hati mahu saja
aku menarik hujung tocang Raisya.
“Yalah! Kalau saya
mengaku saya sayang Encik Azraf sekali
pun, semuanya sudah terlambat. Lupakan ajelah. Selamat tinggal.”
Uik! Aku tak salah dengar ke? Dia dah buat pengakuan. Yes! Helah sudah berjaya. Raisya,
masih belum terlambat sayang.
Segalanya baru saja
bermula.
HEY MR. SPOTLIGHT! BAB 11
Rasa berat
hati nak ke pejabat hari
ini. Bimbang kalau-kalau Raisya mengulangi
soalan semalam. Minta-minta dia
tak ambil pusing dengan apa
yang dia dengar malam tadi. Aku kena lebih banyak bersabar
dan lebih berhati-hati selepas
ini. Berdebar-debar pula nak masuk ke
pejabat. Keadaan pejabat yang tidak seperti hari-hari lain buat hati makin tak selesa. Mana pergi semua
orang? Rasanya waktu kerja
sudah hampir bermula. Munirah yang selalu datang
awal pun tidak ada di tempatnya.
Penglihatan terarah ke pantri. Ada
bau makanan. Besar kemungkinan mereka semua
di situ. Sedang bersarapan
agaknya. Tapi takkanlah kesemuanya
berkumpul di dalam pantri. Pelik betul ni.
"Sedapnya. Pandai kau masak."
Apa yang sedap sangat tu? Siapa yang masak? Kalau ikut hidung
aku ni, baunya macam pizza. Takkanlah
makan pizza sampai tak toleh kiri kanan?
"Ehem!"
Sengaja aku mengganggu. Semua menoleh.
Baru aku nampak gerangan yang berjaya menarik perhatian diaorang tadi.
"Makan apa tu?"
"Makaroni bakar," jawab Bahari, staff yang selalu
tak ada di dalam pejabat
sebab banyak buat kerja di luar.
"Nak rasa?" Raisya menghulur
bekas makanan.
Aku menggeleng perlahan. Dah tinggal sepotong
baru nak pelawa? Mana cukup! Tiba-tiba
rasa kecil hati dengan Raisya.
Sampai hati dia tak tinggalkan makaroni bakar
tu untuk aku.
“Lain kali jangan
biarkan pintu pejabat terbuka. Kalau ya pun
nak breakfast berjemaah, keselamatan kena jaga juga Dibuatnya ada
yang pencuri masuk nanti, macam
mana?” Perasaan bengang aku luahkan melalui bebelan.
“Ala, barang apalah
yang berharga sangat dalam pejabat
ni? Setakat tabung-tabung pemadam api tu pencuri
pun tak ingin nak angkut. Buat
berat motor aje...” Selamba saja Raisya
membidas kata-kata aku.
Tanpa banyak cakap, aku masuk
ke dalam pejabat. Briefcase
aku campakkan saja ke atas sofa. Punggung ku henyak kasar di kerusi dan terus keluarkan handphone. Nak buat
sesi meluah perasaan pada mak.
"Mak..."
Aku ketuk-ketuk meja sambil cuba menstabilkan perasaan
sebal yang tak mahu pergi.
"Ha.. ada apa?
Kau tertinggal barang ke?"
"Mana ada barang
yang tertinggal. Orang nak cakap hal
lain ni..." Suara dah sengau kat
hidung. Tak tahulah kenapa aku
sensitif sangat hari
ini. Kerusi aku pusingkan
mengadap dinding. Bimbang juga kalau-kalau
Raisya tiba-tiba menerjah masuk.
"Cakaplah
cepat apa halnya? Puting nyonyot kau tercicir
ke?"
"Mak!!!"
Mak gelak melambak di
dalam talian. Tapi aku
dah panas telinga di sini.
Aku serius dia main-main pula. Apa pun tawa mak tu sedikit
sebanyak sudah meredakan sedikit
rajuk yang menebal tadi.
"Apahal ni
my bucuk masam intan payung?
Ada customer buat hal ke?" Mak sudah kembali
waras.
"Bukan
customer. Raisya tu..."
Aku berhenti sekejap dan pusingkan kerusi ke
meja. Nak tengok kalau-kalau ada
yang sedang menelinga perbualan
kami anak-beranak. Aku
dengan mak memang macam ni. Kalau orang tak tahu pasti
fikir sedang menyangka aku tengah
dating dengan awek.
"Kenapa dengan budak brutal tu? Dia buli
anak aku ke?"
Aku senyum sikit. Protective sungguh mak aku
ni. Takkanlah kena buli dengan
Raisya pun nak mengadu
dengan mak. Hilanglah macho beb!
"Dia jamu staff-staff
lain makaroni bakar. Tapi tak
simpankan sikit pun untuk orang. Buruk mentedarah
betul masing-masing."
Aku tahu mak sedang
menahan tawa di rumah.
Aku peduli apa? Mak dah sedia
maklum, aku ni kalau
pasal makan memang nombor satu. Setakat sepotong dua mana cukup. Lebih
terkilan lagi bila bakal tunang
sendiri yang buat. Tiba-tiba rasa
menyesal pula sebab terlampau
berahsia dengan dia.
"Ooo, jadi ni kes makaroni
bakarlah ya? Tak apa. Biar super
mom yang kasi settle. Dah, tak payah nak merajuk sangatlah. Kau ni mengalahkan perempuan datang bulan. Meroyan
tak tentu pasal pula. Pergi buat kerja macam biasa. Mak akan pastikan
petang ni bila kau balik kerja makaroni dah siap terhidang di
atas meja. Okey tataa!!!"
Panggilan tamat.
Aku cium handphone yang sudah senyap. Sebab itulah aku sayang mak lebih
sikit dari abah.
Dia pasti akan usahakan
segala kehendak aku sampai
berjaya. Selesai mengadu nasib dengan mak, barulah selesa nak buat kerja.
Interkom yang
menghubungkan aku dengan tempat Munirah
aku tekan. Seperti biasa, dia akan melaporkan segala aktiviti yang perlu aku lakukan hari ini. Aku mendengar
sambil menurunkan tandatangan di atas
dokumen-dokumen yang telah diperiksa. Itulah tugas aku setiap
pagi sebelum keluar melawat
projek-projek baru. Elok saja
urusan aku dan Munirah selesai,
Raisya masuk dengan muka cemas.
"Encik Azraf, nak tumpang duduk kat sini kejap
boleh tak?"
Dia minta izin, tapi
kaki dah siap bersila
di atas sofa. Mujur
dah nak jadi bini. Kalau
pekerja biasa memang dah lama aku
halau dia keluar.
"Kenapa mendung
aje muka
tu. Dah habis sebekas makaroni bakar pun masih masam lagi?" Dua dalam satu, ambil berat dan perli sekali. Sakit hati tau tak dapat
rasa makaroni bakar.
"Ini bukan
pasal makaroni Encik
Azraf. Tadi bakal mak mertua saya call."
Uik, lajunya mak
bertindak. Mak marah Raisya ke? Relaks dulu Azraf. Jangan nampak kalut
sangat. Biar Raisya habiskan
cerita dulu. Gadis itu nampak sangat gelisah. Kesian pula aku
tengok.
"Hari ni birthday bakal
tunang saya. Mak dia minta saya buatkan makanan istimewa untuk dia."
"Eh, dia jemput awak celebrate
birthday anak dia sekali ke?"
Aduh! Kacau mak ni. Pecahlah tembelang nanti kalau dia ajak Raisya
datang ke rumah. Permainan belum tamat lagi ni. Mak terlupa ke Raisya ni tak
tahu siapa bakal tunang dia?
"Saya tak pergi ke sana. Tapi mak dia yang datang ambil makanan
tu," ujar Raisya perlahan.
"Oh.." Lega hati mendengar penerangan Raisya.
"Buat ajelah. Lagi pun awak memang pandai masak, kan? Apa
masalahnya?" Sengaja aku menambahkan kerisauan Raisya.
"Memang boleh nak buat. Tapi kalau saya masak sedap-sedap, makin
sukalah bakal mak mertua saya tu. Saya tak nak dia suka saya. Saya tak nak
kahwin dengan anak dia. Kan saya dah cakap dengan Encik Azraf, saya dah ada
pilihan sendiri."
Raisya mendengus kasar. Tapi aku dah tunjuk senyum senget. Macamlah
besar sangat masalah dia tu. Dia termenung. Pasti ada idea nakal yang sedang
dirancang. Aku masak sangat dengan perangai dia yang satu ni. Tak lama kemudian
dia senyum.
"Yes! Dia nak merasa
air tangan saya kan? Tunggulah petang nanti." Raisya bangun. Wajah yang
mendung sudah bertukar ceria.
"Eh makcik! Awak nak buat apa?" Gatal pula mulut ni nak
bertanya. Bukan apa. Nak juga buat persiapan.
"Adalah. Saya gerenti mak dia akan reject saya lepas ni. Kalau tidak jangan panggil saya Raisya
Azzahra."
~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Sudah banyak air liur yang merembes. Nampak menyelerakan sungguh
makaroni bakar yang dibuat oleh Raisya. Tapi apabila teringatkan kata-katanya
di pejabat tadi, hati dah mula cuak. Apa yang dia letak di dalam makanan ni.
"Betul ke Raisya kata nak pedajalkan kau?" tanya mak. Dia
juga sedang mengadap makanan yang sudah suam itu.
"Dia tak cakap nak pedajalkan orang. Dia cakap nak kenakan bakal
tunang dia..."
Pek!
"Aduh! Apa main luku-luku kepala orang ni mak? Sakitlah!"
Aku gosok tempat mak ketuk tadi. Merah mata aku menahan sakit. Padan
muka aku. Loyar buruklah lagi, kan?
"Bakal tunang dia siapa?" tanya mak.
"Azraf Hamidi." Aku menjawab. Tangan masih menggosok kepala.
"Siapa tu?" Mak tanya lagi.
"Oranglah! Apa mak ni? Anak sendiri pun dah tak kenal ke?"
Mak menyeringai suka. Lepas tu buat isyarat suruh aku tutup mulut.
Kami sambung mengadap makaroni bakar yang masih belum berusik. Masing-masing
dah terliur. Tapi masih belum berani menjamah. Tiba-tiba terdengar bunyi kereta
memasuki halaman rumah. Abah dah balik.
"Bagus! Kusmal kita dah
balik." Mak bertepuk tangan sambil menaik-naikkan keningnya.
"Kusmal?" Aku
pandang mak, mohon penjelasan.
"Kusmal...tikus
makmal..." Mak sengih nakal dengan mulutnya menjuih ke arah makaroni bakar
di atas meja.
“Eee, janganlah mak. Jadi apa-apa nanti macam mana?” Aku cuba menghalang idea nakal
mak.
“Kalau macam tu kau
ajelah yang makan. Lagipun dia memang buatkan untuk kau.”
Laju pula aku
menggeleng apabila mendengar cadangan mak. Tapi dalam masa
yang sama tak sampai hati nak
jadikan abah bahan eksperimen.
Mak menyambut abah
di pintu. Aku masih di meja
makan melihat makaroni bakar
yang masih belum berusik.
“Wah! Ada makaroni
bakarlah. Rajinnya mak
kau hari ni. Ada permintaan luar biasa ke
sayang?”
Sambil mengusik mak, tangan abah dah mengambil sekeping makaroni bakar yang
sudah siap berpotong. Jantung
aku bagai terhenti
sekejap. Melihat abah mengunyah
membuatkan tekak aku
makin kering. Janganlah
terjadi apa-apa yang tidak
diingini nanti.
“Sedapnya. Eh, marilah makan
sekali. Tengok aje buat
apa?”
Abah ambil lagi sekeping makaroni bakar. Aku pandang mak. Dia bagi
isyarat supaya aku duduk
menyertai abah di
meja makan. Dia pun turut
duduk di sebelah abah.
“Bukan saya yang buat makaroni
ni...”
Terhenti kunyahan abah tatkala mendengar pengakuan mak. Tetapi cebisan besar yang belum sempat masuk ke dalam
mulutnya masih berada di
tangan.
“Raisya yang buat. Anak bujang
awak tu
yang teringin nak
makan.” Mak menyambung lagi.
“Oh...kalau macam tu kenapa
kau tak makan? Sedap ni. Kau jangan main-main Azraf. Penat-penat dia buatkan untuk
kau tapi kau
tak nak rasa? Tak
sangkalah. Nampak aje brutal,
tapi pandai masak.”
Abah menganga luas-luas dan cebisan makaroni bakar
tadi selamat masuk
ke dalam mulutnya. Mak oi! Tak
tercekik ke makan sekali
banyak macam tu?
Melihat abah sudah mengambil
kepingan yang ketiga, aku sudah
tidak mampu menahan selera lagi. Mak
juga sudah memulakan gigitan
pertama. Terangguk-angguk kepala mak,
siap dia
tunjuk ibu jari tanda
bagus. Tanpa rasa was-was aku
ambil sekeping. Dua kali
gigit saja sekeping makaroni
bakar sudah selamat aku telan. Memang sedap. Raisya tipu rupanya.
Mungkin dia tak tergamak
untuk mengotakan
kata-katanya tadi agaknya.
“Dia dah lulus ujian kedua
Azraf. Pandai masak. Lepas ni
bolehlah mak bersenang-lenang. Nak makan apa, mak
order aje
nanti.”
Mak mengekek gelak. Abah juga turut serta. Ewah-ewah! Suka hati
diaorang aje nak buli
isteri aku ya?
~ ~ ~ ~ ~ ~
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Mak
nampak penat pagi ni. Tak sampai hati
pula nak paksa dia temankan aku
bersarapan. Abah pun tak ke
pejabat hari ni. Satu rumah dah
berbau minyak angin. Geram pula aku
dengan Raisya. Aku fikir dia
main-main. Rupa-rupanya dia memang dah
bertekad tak mahu jadi
menantu di rumah ni.
“Abah
dah okey mak?”
Mak cuma mengangguk. Hot bag yang sentiasa
berada di tangannya
sejak malam tadi dia letak di
atas kepala. Bawah matanya kelihatan lebam. Sahlah memang mak kurang tidur.
“Dia tengah tidur tu. Sakitnya
sikit aje. Manjanya yang lebih,”
ujar mak.
Aku
senyum sikit. Tahu mak sengaja cakap
begitu untuk menyedapkan hati aku. Menyesal
pula suruh abah makan makaroni
bakar tu semalam. Tapi yang peliknya aku pun makan juga semalam. Itu pun selepas aku
tengok dah setengah bekas makaroni
bakar tu masuk ke
dalam perut abah. Tak ada masalah
pula. Atau, ada benda lain yang abah makan kat luar?
“Semalam mak makan tak makaroni
bakar tu?” Aku mula menjalankan
siasatan. Memang pelik. Kalau betul air tangan Raisya menjadi penyebab abah
sakit perut, kenapa aku dan mak
tak terjebak sama?
“Kan kita berdua yang habiskan makaroni bakar tu. Lupa ke?”
“Tapi kenapa
kita berdua tak sakit
perut pulak? Mak tak pelik ke?”
Hot
bag di
atas kepala mak ambil. Dia menggaru pipi, kemudian digosok-gosoknya
hidung berkali-kali. Uik, kenapa
tiba-tiba mak menggelisah ni.
“Abah kau tu bukannya
sakit perut. Tapi...” Mak
mengerling ke ruang tamu. Abah sedang
berehat di sana. Mak mendekatkan
mulutnya ke telinga aku. Amboi! Dah macam ahli
mesyuarat tingkap pula
rasanya.
“Dia
tak boleh makan cendawan. Angin pasang,” bisik mak.
Terlopong mulut aku mendengarnya. Tak tahu pula aku selama ini abah ada penyakit itu. Dan aku pun tak tahu
cendawan tu adalah pantang besar
bagi pesakit angin pasang. Ini bermakna bukan salah Raisya yang
menyebabkan abah sakit hari ni. Mustahil
dia tahu abah ada penyakit angin pasang.
“Assalamualaikum...”
Terdengar suara
perempuan di luar. Aku pandang mak dan dia pandang aku balik.
“Pagi-pagi buta
dah datang bawa ‘ketupat’ kat
rumah orang.” Aku mendengus kasar. Kadang-kadang aku kurang berkenan dengan perangai jiran-jiran di taman perumahan ini. Nak bergosip tak tentu
masa.
“Eh, kawan-kawan mak tak mainlah
jaja gosip dari rumah ke rumah ni. Kitaorang main
Skype, Whatsapp, Telegram..baru advance!”
Mak tinggalkan aku di
situ dan berlari ke ruang tamu.
Siapalah yang datang tu? Pinggan dan cawan yang telah aku gunakan aku
bawa ke sinki. Span di dalam
mangkuk bersabun aku ambil dan mula
menyabun pinggan dan cawan. Ketika
aku membilas cawan, mak
menyerbu masuk ke dapur. Mukanya
nampak cemas.
“Azraf, pergi menyorok cepat. Raisya ada kat luar.”
Terlepas cawan di tangan. Mujur cawan Melamine. Kalau tidak memang dah berderai jadi
seribu di atas lantai. Aku tarik mak keluar melalui pintu belakang. Kami berselindung di sebalik penyidai kain.
“Kenapa dia
datang?” Aku bertanya dengan
nada berbisik. Kepala dah mula berpeluh ni.
Dah terbayang wajah menyinga Raisya
kalau rahsia terbongkar nanti.
“Malam tadi dia
telefon mak. Dia tanya sedap tak
makaroni bakar yang dia
buat tu. Sedap tak makaroni dia?” Sempat lagi mak menyoal aku.
Aku
angguk laju. “Tapi pedas
sikit sebab banyak sangat
letak chili powder dengan pepper.” Boleh pula aku beri komen pada waktu-waktu kecemasan ini.
Ha!!! Macam tu lah mak cakap kat
dia. Tapi mak ada tambah sikit. Mak
cakap lain kali jangan letak cendawan sebab abah kau tak boleh makan.”
“Habis tu, mak cakap kat dia ke abah kena angin pasang?”
Aku tepuk dahi bila
mak mengangguk sambil menggigit
hujung kuku. Eee! Kenapalah mak ni
lurus sangat? Mesti Raisya datang pagi ni sebab nak melawat abah. Rasa
bersalah agaknya.
“Pergilah menyorok. Atau kau duduk
aje kat sini. Jangan keluar
selagi dia belum balik tau.”
Mak nak beredar dari situ tapi aku
cepat-cepat menahan. Orang tua ni
kalau tengah cemas memang tak boleh berfikir secara rasional agaknya. Aku memang boleh
menyorok di sini. Tapi kereta kat depan
tu nak sorok kat mana? Dah tak sempat
nak disorokkan pun sebab Raisya sudah berada di
dalam rumah.
“Dia datang sorang ke?”
“Tak, mak dia pun ada sekali.”
Aku mengangguk sambil memikirkan jalan untuk mengelak dari
bertembung dengan Raisya. Aku belum bersedia nak
membocorkan rahsia sendiri. Hanya dengan cara ini
saja aku boleh tengok
perangai sebenar Raisya. Betul
ke dia
benar-benar ada hati dengan aku.
“Eh, makcik buat apa
kat sini?”
Erkkk!!!
Aku dan mak keras sekejap
di situ. Raisya juga
seakan kejang di tepi pintu. Habislah! Rahsia dah bocor.
“Err... eh Botak! Nanti kau sembur
sekali kat bilik stor tu ya.
Longkang kat belakang rumah ni pun kau
sembur sekali.”
Mak membelakangkan Raisya dan kenyit mata pada
aku. Okey, aku ikut saja rentak mak. Pasti dia ada
akal lain untuk menyelamatkan keadaan.
“Encik...Encik Azraf buat apa kat sini?” Raisya bertanya
perlahan. Dia masih dalam keadaan terkejut.
“Eh, Raisya kenal
adik Botak ni? Dia ni dari syarikat fogging. Makcik
yang panggil dia datang, nak suruh dia
sembur nyamuk kat dalam bilik
stor tu. Musim hujan ni banyak
nyamuk. Kenapa sampai ke
dapur cari makcik ni?” Mak menarik tangan Raisya masuk
semula ke dalam dapur.
Kaki Raisya melangkah, tetapi matanya masih tak
lepas memandang aku. Naik kejang perut
aku menahan gelak. Mak ni pun
satu. Macam mana boleh tersasar ke syarikat fogging
pula? Dia lupa ke aku
kerja apa?
“Makcik...saya balik office
dulu. Sekarang tak sesuai untuk
buat fogging. Dalam pukul
tujuh petang nanti saya datang
balik. Waktu tu baru sesuai
untuk buat fogging.”
Dengan hanya berselipar Jepun, aku
melangkah laju ke kereta. Mujur
semuanya dah siap aku simpan
di dalam poket seluar. Cuma briefcase
saja yang tak dapat aku ambil di dalam bilik. Sambil menghidupkan enjin kereta, mata mengawasi
keadaan di dalam rumah. Tiba-tiba pandangan terhenti di
salah sebuah tingkap di ruang tamu.
Alamak! Raisya ada di situ. Jangan
tunggu lagi Azraf. Lari!
HEY MR. SPOTLIGHT! BAB 10
Punggung ni dah naik
kebas. Aku paling tak suka kalau juruaudit nak datang buat lawatan. Macam-macam
fail perlu dikemaskini. Tak pasal-pasal abah pun turun padang hari ini. Habis
semua fail diselongkar.
"Abah haus tak?"
Aku mencuri tumpuan abah.
"Haus juga. Kamu nak
keluar minum ke?" Abah menutup fail yang sedang dibaca. Cermin mata
diletakkan di atas meja dan dia memicit-micit kedua-dua kening. Penat agaknya
membaca terlalu lama.
"Makan masa kalau
kita nak ke kedai. Sekejap..."
Aku bangun dan terus
keluar. Akhirnya ada juga peluang untuk aku keluar dari bilik itu walaupun cuma
sebentar. Orang pertama yang aku cari adalah Raisya. Dia sedang membantu
seorang pekerja lain menimbang tabung alat pemadam api jenis karbon dioksida di
stor. Aduhai dia ni. Kesian pula aku tengok Raisya tertonggeng-tonggeng di tepi
tempat penimbang. Tapi apa boleh buat? Dia sendiri yang rela buat semua tu.
Asalkan dapat bekerja di sini, dia sanggup buat apa saja skop kerja yang
disuruh.
"Raisya."
Dia menoleh. Tangan kanan
diangkat isyarat suruh aku menunggu sehingga kerjanya selesai. Tengok, mana ada
pekerja lain yang berani buat macam tu pada aku. Cuma Raisya seorang saja yang
lepas laku. Tapi aku tak kisah pun. Memang sejak aku kenal dia lapan tahun yang
lalu dia memang jenis tak suka menangguhkan kerja.
"Okey siap! Ya Encik
Azraf. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Raisya bertanya sambil
membetulkan lipatan lengan bajunya.
"Sibuk ke?" Aku
bertanya. Mata sempat lagi mengerling tabung-tabung pemadam api yang sudah
ditimbang.
"Dah tak sibuk macam
tadi. Encik Azraf dah habis meeting ke? Nak air?"
Aku tunjuk senyum senget.
Bila pula aku cakap yang aku ada meeting? Dia tak tahu ke juruaudit nak buat
lawatan pukul 2 petang nanti? Biarlah. Lagipun dia bukannya ada kena-mengena
dengan hal-hal audit.
"Saya cari ni sebab
nak suruh buat airlah ni. Tapi buat dua. Yang satu lagi tu kurang manis."
Selesai bagi arahan aku terus berpaling untuk ke pejabat semula. Tak
dapat nak berbual-bual dengan Raisya. Masih banyak kerja yang belum
selesai. Tetapi kerutan keningnya
berjaya memancing perhatian aku.
"Nak tanya sikit
boleh? Siapa kat dalam pejabat Encik Azraf tu? Macam kenal aje," ujar
Raisya.
Sebelum menjawab,
tiba-tiba baru aku teringat. Raisya pasti pernah jumpa abah sebelum ini. Tapi
satu perkara yang mungkin dia belum tahu, orang yang dia pernah tengok tu
adalah bapa bos dia.
"Dia tu bos besar
syarikat ni. Awak pernah jumpa dia ke?" Sengaja aku mengorek cerita.
Raisya menggeleng
perlahan. Berkerut keningnya memikirkan gerangan lelaki yang berada di pejabat
aku. Dia menapak perlahan-lahan ke pintu pejabat yang separuh terbuka. Dia
meninjau ke dalam. Aku perhatikan saja tingkahnya. Dada dah berdebar ni. Rasa-rasanya
ada rahsia besar yang akan terbongkar sebentar lagi. Itu pun kalau otak Raisya
dapat berfikir dengan pantas. Dia ni bukannya boleh dijangka. Kadang-kadang dia
punya blur mengalahkan orang yang baru sedar dari koma.
"Ya Allah! orang tua
ni rupanya. Saya kenal sangat dia ni Encik Azraf."
"Ya? Siapa dia tu?
Kat mana awak pernah jumpa dia?"
Tak semena-mena Raisya
menarik tangan aku ke pantri. Dia menepuk dahi berkali-kali sambil membebel.
Entah apa yang dibebelkan aku sendiri pun tak berapa dengar.
"Oi makcik! Awak
mencerabih apa ni? Apa kena-mengena lelaki tu dengan awak? Sugar daddy awak
masa study dulu, ya?"
"Choi! Itu bakal bapa
mertua sayalah Encik Azraf. Sugar daddy? Eww! Not my taste. Rambut dah
jarang-jarang macam rumput kena racun. Itu baru rambut, belum tengok gigi dia
lagi. Entah-entah dah banyak pagar yang roboh."
Ewah! Ewah! Sedap betul
dia mengutuk bapa aku. Tunggulah bila kau dah sah jadi menantu dia nanti. Baru
kau tahu mana pagar yang roboh dan rumput mana yang kena racun.
"Hmm, jadi itulah
bakal bapa mertua awak yang anak dia awak tak suka tu?" Aku menyoal lagi
untuk kepastian.
Raisya capai dua biji mug
di atas kabinet. "Saya bukan tak suka. Tapi saya dah ada pilihan lain.
Diaorang pun sepatutnya kena faham. Zaman sekarang ni mana boleh main
paksa-paksa. Saya tak kenal pun anak dia. Entah-entah anak dia..."
Raisya berpaling. Aku
memeluk tubuh sambil menanti Raisya menghabiskan ayat. Tapi bukan kata-kata
yang terkeluar dari mulut dia. Dia tayang senyum nakal. Memang sangat nakal
hinggakan naik seram pula aku melihat dia senyum begitu.
"Kalau saya minta
dilepaskan cara baik diaorang tak faham, inilah peluang terbaik untuk saya
tunjuk profil yang tidak baik pada orang tua tu. Hmm.." Terjongket kening
kiri Raisya. Apa yang dia cuba buat?
Raisya letak serbuk milo
ke dalam kedua-dua mug, kemudian dia ambil susu pekat di dalam peti sejuk. Satu
mug dituang dengan susu pekat tapi tidak pada mug yang satu lagi. Dia buka
kabinet sebelah atas dan mencari sesuatu. Terlopong mulut ketika dia menayangkan
sesuatu pada aku.
"Awak nak buat apa
dengan susu cair tu. Susu tu kan tawar?" Ya Allah! Dia nak buat apa dengan
susu cair tu?
"Shhh! Saya tahu apa
yang saya buat. Orang tua tu pasti akan reject saya kalau dia tahu saya buat
air pun tak pandai. Betul tak? Encik Azraf pergi masuk bilik dulu. Kejap lagi
saya hantar minuman ni."
Raisya menyambung
kerjanya. Hampir setengah tin susu cair dituangnya ke dalam mug yang satu lagi.
Habislah abah. Mahu cirit-birit juga orang tua ni nanti. Berani betul dia.
Dengan berat hati aku melangkah ke bilik. Dalam kepala ligat memikirkan cara
untuk mengelakkan abah dari minum air yang dibancuh oleh Raisya. belum pun
sempat aku duduk di kerusi Raisya sudah masuk bersama dulang di tangan.
"Airnya dah siap
Encik Azraf." Raisya meletakkan satu mug di depan aku. Kemudian satu mug
lagi di depan abah. Lama dia tenung abah. Siap dengan seribu kedutan di dahi.
"Eh, ini Uncle
Ghazali, kan? Astaghfirullah hal azimm! Tak sangka boleh jumpa kat sini."
Abah mendongak. Dia pandang aku dan Raisya silih berganti. Aduh, macam nak terkeluar jantung aku ketika ini. Janganlah abah cakap apa-apa mengenai majlis pertunangan. Cerita masih panjang lagi ni.
Abah mendongak. Dia pandang aku dan Raisya silih berganti. Aduh, macam nak terkeluar jantung aku ketika ini. Janganlah abah cakap apa-apa mengenai majlis pertunangan. Cerita masih panjang lagi ni.
"Kamu ni Raisya,
kan?" Abah memakai cermin mata, ingin melihat Raisya dengan lebih jelas.
"Yalah Uncle. Saya Raisya yang Uncle PAKSA bertunang dengan anak Uncle tu. Eh! Tak naklah cakap pasal hal
peribadi di tempat kerja. Uncle
minumlah dulu. Saya nak habiskan kerja kat luar."
Raisya menonong keluar.
Tapi dia tak terus menutup pintu. Sengaja dia mengintai di situ, ingin melihat
abah menyisip minuman yang telah dibancuh. Abah menarik mug, kemudian dia
meletakkan mug itu di dalam dulang yang ditinggalkan oleh Raisya. Briefcase
yang terletak di atas kerusi di sebelahnya diambil. Dibukanya briefcase itu
lalu dia mengeluarkan sebuah termos kecil. Baru aku teringat, mak memang dah
siapkan air panas setiap kali abah ke tempat kerja.
"Lupa pula nak cakap
dengan kau, abah dah ada air. Nanti tak habis air ni marah pula mak kau,"
ujar abah sambil membuka penutup termos.
Fuh, lega!!! Aku
mengerling ke pintu. Raisya sudah tidak ada di situ. Padan muka dia. Nak
mengenakan orang sangat, kan? Teringin pula
nak tengok muka bengang Raisya.
Laju aku
mengatur langkah ke pintu.
“Haip! Nak ke mana tu?”
Tergencat sekejap urat
kaki. Dengan muka serba-salah
aku menoleh. Bergerak-gerak kening abah menanti jawapan aku. Perlahan-lahan jari telunjuknya memberi isyarat
supaya aku mengambil
tempat di meja kerja. Aku tunjuk jari
kelingking sebagai balasan. Siap dengan pakej
senyum kambing.
“Nak pergi ‘bilik
termenung’. Sekejap aje abah.” Alasan yang aku rasa
abah aku dah lama tahu.
“Kau nak pergi
‘bilik termenung’ atau kau
nak main tenung-tenung
dengan Raisya? Kerja masih banyak ni. Jangan mengelat. Kalau tidak abah
bocorkan rahsia kau nanti.”
Giliran abah pula
tunjuk senyum sinis. Ceh! Mana adil main ugut-ugut? Dengan berat hati aku
kembali ke meja kerja. Abah hulur
fail yang masih belum disemak. Aku letak fail di atas meja dan
tarik muka masam. Abah buat-buat tak nampak. Termos air
panas yang dibekalkan oleh mak dia tolak tepi. Alas mug berisi milo
yang dibancuh oleh Raisya ditarik.
“Abah nak buat
apa tu?” Aku tanya
soalan bodoh.
“Air ni Raisya yang buat, kan?” Abah bertanya sambil
mengacau perlahan minuman yang
masih panas itu.
Aku mengangguk laju seiring dengan otak yang berfikir ligat. Aku
kena ikhtiarkan sesuatu. Kes aniaya jadinya nanti
kalau abah terminum minuman
yang dibancuh oleh Raisya. Abah masih
meneliti fail yang sedang disemak. Tapi
tangannya sudah mengangkat mug. Cepat-cepat aku ambil telefon bimbit di
atas meja. Aduh! Apa nombor
telefon abah? Dalam keadaan cemas
begini susah benar pula
nak mencari nombor telefon
abah.
“Siapa buat
akaun ni Azraf?” Abah menyoal.
Mug di tangan dia letak semula
di atas meja.
“Err...Alia.” Mulut mejawab tetapi mata masih tak lepas
dari mug yang terletak di sebelah abah.
“Panggil dia sekejap. Ada benda
yang abah tak faham dalam
lejer ni,” arah abah.
“Err...” Aku kerling fail yang abah beri
sebentar tadi. Spontan aku ambil dan buka fail itu.
“Abah panggillah
sendiri. Orang nak check
fail ni sekejap. Tak payah
keluar. Abah tekan aje interkom
kat meja orang tu.”
Ampun abah. Tak
ada niat nak
beri arahan. Aku buat-buat baca
fail. Sengaja aku
kerut-kerutkan dahi, konon sedang meneliti dengan
serius setiap perkara
yang terkandung di dalam fail
itu.
“Bertuah punya
anak!” Abah mengomel dan bangun menuju
ke meja aku.
Sebaik sahaja
abah membelakangkan aku, sepantas
kilat aku tukar
mug abah. Mujur coraknya
sama. Kalau tidak pasti
abah perasan. Bagi mengelakkan
abah bertanya, aku bawa
mug kepunyaan abah keluar.
“Err, biar orang panggil Alia lah. Alang-alang nak hantar mug ni.
Abah habiskan air tu
ya.”
Tak peduli
dengan abah yang terperanjat dengan tingkah aku. Sebaik saja berjaya meloloskan diri, mug abah aku bawa
ke pantri Aku
buang airnya dan cuci terus.
Raisya, kalau pun tak suka, janganlah menganiaya orang tua.
Mana dia?
Sebaik saja keluar dari
pantri, orang yang aku cari adalah
dia. Kebiasaannya kalau dia tidak
berada di pejabat
aku, pasti tempat Munirah yang menjadi tempat keduanya. Tapi dia tiada
di situ.
“Encik Azraf, Raisya
bagi ini.” Munirah menegur ketika
aku melintas di hadapan meja.
“Mana dia?”
“Dah balik. Ambil half day katanya,” jawab Munirah perlahan.
Uik, siapa yang benarkan
dia buat
macam tu? Rasa-rasanya dia tidak
maklumkan pada aku. Siapa yang
benarkan dia bercuti? Segala persoalan cuma bermain di
dalam kepala. Malas aku nak
bersoal-jawab dengan Munirah. Raisya, awak memang nak kena dengan saya...
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
"Raisya tahu tak kau
datang ni?"
Aku menggeleng. Buat apa
nak maklumkan pada dia. Dia bukannya tahu aku ni bakal suami dia. Lagi pun aku
datang bukan nak jumpa dia. Aku nak mengadu
pada Hazri tentang kenakalan adik
dia di
pejabat siang tadi. Mujurlah tak ada apa-apa
yang terjadi pada abah. Kalau tidak memang
aku kurangkan jumlah hantaran
dia.
"Dia tak pergi main
futsal ke malam ni?" Mata meninjau juga ke dalam rumah. Mana tahu ada
rezeki nak tengok dia.
"Tadi memang dah
bersiap-siap nak pergi. Tapi mak aku bebelkan dia, terus berkurung dalam
bilik," kata Hazri. Dia beri ruang untuk aku duduk di sebelahnya.
Masih kukuh lagi pangkin
yang abah Hazri bina. Di pangkin inilah aku sering melihat Raisya menelaah
pelajaran bersama kawan-kawannya. Itu lapan tahun dulu. Kalaulah semua itu
boleh diulang, aku mahu Raisya terus menjadi anak gadis berusia lima belas
tahun. Seronok betul menyakat budak cengeng tu. Sekarang pun seronok juga. Tapi
rasa itu sudah bertambah. Rasa apa? Cinta, sayang, rindu, cemburu. Semua rasa
ada malah makin membuak-buak.
"Dia masih tak tahu
lagi ke aku ni bakal suami dia Hazri?"
"Tak," jawab
Hazri pendek."Gambar aku?"
"Huh! Dari sekeping
dah jadi berkeping-keping dia kerjakan."
Aku tepuk dahi. Ganasnya
budak tu. Kenapalah dia tak tengok dulu gambar tu? Sekurang-kurangnya tak
payahlah aku berlakon lagi hingga sekarang. Tinggi betul ego dia. Cakap ajelah
dia suka aku, habis cerita.
"Dia memang tak ada boyfriend kan?"
Hazri
ketawa. Eh, kelakar ke soalan tu? Aku risau juga ni. Manalah tahu kalau-kalau
bukan aku yang Raisya maksudkan sebagai 'Mr.Spotlight' tu. Aduh! Jauhkanlah.
Tak berani nak membayangkan aku terpaksa frust menonggeng nanti.
"Kenapa sekarang baru kau tanya? Sebelum kau datang merisik tak
nak pula kau selidik dulu." Hazri menempelak.
"Bukan macam tu. Aku nak kepastian aje."
Sedang rancak berbual, sebuah skuter berhenti betul-betul depan pintu
pagar rumah Hazri. Dari perhatian aku, berdasarkan susuk tubuh dan gaya pasti
orang itu mencari Hazri.
"Tu, boyfriend Raisya
dah sampai."
Kering darah sekejap mendengar kata-kata Hazri. Betul ke ni? Aku
pandang lelaki tu, kemudian beralih pula pada Hazri. Ala, janganlah macam ni!
Sia-sia ajelah aku berlakon selama ini.
"Dah lama ke diaorang berkawan?" Hati sakit, tapi masih nak
bertanya.
"Lama juga. Sejak diaorang sama-sama belajar kat Pahang
lagi."
Ya Allah! Pudarlah harapan untuk bersama Raisya. Tapi lelaki tu tak
ada Spotlight macam aku. Gaya dia juga tak macho macam aku. Skuter pun pink colour! Bukan setakat skuter.
Kasut, helmet, baju panas waima beg sandang yang tersangkut di bahu lelaki itu
semuanya pink! OMG!!! Tak sangka pula Raisya suka spesis agar-agar kurang air.
Memang jauh machonya aku dari jantan aw
aw tu.
"Aku balik dululah." Kaki yang elok bersila di atas pangkin
tadi sudah menjejak tanah.
"Eh, tunggulah dulu. Adik aku belum keluar lagi. Tak nak
kenal-kenal dulu ke dengan kawan dia tu?"
"Tak apalah. Buat sakit hati aku aje nanti. Betullah Raisya
cakap, pilihan dia lebih baik dari pilihan orang lain. Aku doakan dia
berbahagialah dengan Mamat Pink tu."
Dah ada rasa nak menangis ni. Hazri turut turun dari pangkin. Ketika
itulah Raisya keluar sambil menggendong kucing kesayangannya. Terjuih bibir
Hazri menuding pada Raisya.
"Eh, Encik Azraf. Bila sampai?"
Melihat Raisya tersenyum manis, hati aku makin pedih. Tak sedar kaki
melangkah laju ke arahnya. Sekarang aku berdiri betul-betul di depan Mamat Pink
tu. Eee! Menyampah pula aku tengok helmet merah jambu dia tu. Dah tak reti nak
buka ke helmet tu? Aku nak tengok juga muka dia. Handsome sangat ke sampai Raisya sanggup buat mogok lapar
semata-mata nak menolak pinangan aku?
"Ini ke Mr.Spotlight
yang awak cakap tu? Dia ni ke yang buat awak tak sudi bertunang dengan
saya?"
Mulut Raisya terlopong. Mamat Pink yang masih berada di atas motor
menanggalkan helmet. Ya Allah! Sekarang mulut aku pula yang terlopong. Betul ke
apa yang aku tengok ni? Panjangnya rambut dia! Lipstik dia pun warna pink!!!
"Mr.Spotlight mana pula
ni Raisya?"
Alahai! Halusnya suara dia. Azraf, bongoknya kau ni. Tengok! Rahsia
dah bocor ni. Apa tunggu lagi? Cabutlah!
"Errr...kenalkan. Ini kawan baik saya. Nama dia Rania. Tapi saya
panggil dia Makcik Fink. Encik Azraf cakap apa tadi? Bertunang dengan
siapa?" Tergagap -gagap Raisya menutur kata.
Aduh! Lutut dah menggeletar ni. Mengecil kelopak
mata Raisya merenung
aku. Perlahan-lahan Raisya meletakkan kucing kesayangannya
ke tanah. Namun matanya masih tidak mahu melepaskan aku.
“Azraf maksudkan kawan dia.
Betul tak Azraf?” Hazri memaut tengkuk aku
dan digoyang-goyang dengan agak
kuat.
“Ha, betullah tu. Kawan
saya...” Aku kerling Hazri bersama
kening-kening yang berkerut. Boleh
jalan ke helah ni?
Raisya tidak berkutik.
Liar matanya melihat
aku dan abangnya silih
berganti. Pasti ada sesuatu yang akan keluar dari
mulutnya. Sebelum dia
berubah menjadi ejen penyiasat, ada baiknya aku
cepat beredar dari
situ. Setapak demi setapak aku berundur
ke belakang. Hazri masih memaut
belakang badan aku. Tetapi dia juga melakukan perkara yang sama.
“Ajaklah kawan tu masuk. Tak
elok anak dara
bersembang kat luar,” kata Hazri.
Dan pada ketika itu
juga aku dah melompat
naik ke atas
motor dan cepat-cepat hidupkan
enjin motor. Hazri beri isyarat supaya
aku beredar segera sebab Raisya sudah
berkejar ke arah kami.
“Kau blah dulu
Azraf. Biar aku yang settle kan
dia,” bisik Hazri.
Ketika motor meluncur laju
meninggalkan kawasan rumah Raisya,
aku lihat melalui
cermin pandang belakang gadis
itu sedang bercekak
pinggang. Untuk hari ni memang aku
dah terlepas. Tapi macam mana
dengan besok. Aduh! Kalau minta tukar
tempat dengan abah buat sementara waktu
ni rasa-rasanya boleh tak?
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)