Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

November 22, 2013

GURAUAN ASMARA BAB 12


             Pejam celik, dah lima hari aku bekerja di tempat baru. Buat masa ni aku masih di bahagian kaunter bersama Muaz. Belum berkesempatan menjengah sekali lagi ke bahagian loading. Budak-budak  despatch  pun aku belum kenal sangat. Tak apa, banyak masa lagi. Lama-lama nanti kenallah. Sampai saja ke pejabat Kak Ruby dah tunggu di kaunter. Eh, aku lewat ke. Bila tengok berpeluk tubuh macam tu, risau pula aku. Aku ada buat salah ke?  Tak mungkinlah. Kerja-kerja aku selama empat hari ni dipantau oleh Muaz. Kalau salah  pun dia tak boleh marah aku. Marahlah Muaz. Dia yang jadi tukang ajar. Heheh! Pandainya aku menyedapkan hati sendiri.
            “Selamat pagi Kak Ruby.” Aku tegur dia dulu. Kak Ruby cuma angguk , tapi dia senyum. Aku letak helmet di bawah meja. Zip baju panas baru saja separuh aku tarik ke bawah, Kak Ruby dah suruh aku naik ke atas.
            “Hari ni awak pergi bahagian customer service. Muaz  MC hari ni. Saya tak berani nak biarkan awak seorang kat sini. Pergi naik atas, cari Punitha. Nanti dia beritahu kerja-kerja awak kat bahagian sana,” arah Kak Ruby.
            Ikutkan sajalah Dayang. Kau kan budak baru. Jangan banyak songeh. Aku panjat anak tangga. Belum habis anak tangga didaki, dah boleh dengar bunyi deringan telefon yang tak henti-henti.  Kaki makin laju menapak.  Oh, inilah bahagian customer service yangMuaz ceritakan tempoh hari. Hmm, nampak eksklusif. Masing-masing ada ruang kerja sendiri. Teringat  arahan Kak Ruby, aku mencari Punitha. Tak susah nak cari dia sebab dalam ramai-ramai yang bertudung cuma dia seorang saja yang bertocang. Tapi muka dia macam Melayu. Aku rasa kalau dia pakai baju kurung dan tak ada pottu di dahi, pasti orang akan fikir dia Melayu.
            “Dayang ya?” Dia tegur aku dulu. Aku senyum dan angguk. Dari jauh lagi dia dah hulur tangan. Orangnya nampak peramah. Dia kenalkan aku dengan semua orang yang berada di situ. Hinggakan rakan sekerja yang sedang minum di dalam pantri pun dikenalkannya. Memang sangat peramah. Cara dia menerangkan  skop kerja yang perlu aku buat juga aku boleh faham. Gaya dia bercakap sebiji macam Melayu.
            “Ok Dayang, saya tunjuk pada awak sekali cara nak jawab panggilan ya,” kata Punitha. Dia bawa aku ke satu patisyen, sebuah telefon  siap dengan headphone  sudah tersedia di situ. Komputer pun ada. Ada deretan butang yang sedang berkelip-kelip di tepi telefon. Punitha pakai headphone  dan tekan salah satu butang.
            “Good morning Fastreach Courier Service, I’m Ita ready to help you. May I know who’s on the line?
            Alamak, kena cakap omputih  ke? Aku garu kepala. Bukan tak boleh bertutur dalam bahasa antarabangsa tu. Tapi tak  sefasih Punitha. Eh, baru perasan. Dia punya nama singkatan Ita! Heheh! Aku tengok betul-betul cara dia mengendalikan pemanggil. Nampak macam senang. Tak sampai lima minit dah selesai.
            “Ok Dayang, awak duduk kat tempat Jamaliah ni ya.  Kalau ada apa-apa yang tak faham boleh tanya kawan-kawan yang  lain.”
            Dia tinggalkan aku. Ok Dayang, ready to rock!  Cewah! Teruja pula rasanya. Aku pandang sekeliling sekejap sebelum duduk. Macam di pejabat bursa saham pun iya juga. Tepat pukul 9 deringan telefon semakin bertalu-talu. Aku dah bersedia dengan headphone. Mata tak lepas dari melihat butang-butang di tepi telefon. Ada satu yang sedang berkelip. Baru nak jawab dah gelap semula butangnya. Yang lain dah terlebih dahulu jawab panggilan tu. Ha, ada satu menyala! Aku tunggu sekejap. Mana tahu kalau ada yang nak jawab panggilan tu.
            “Dayang, ambil  call tu.” arah Punitha dari mejanya. Aku cuma nampak kepala dia saja. Terperanjat campur gemuruh sikit.
"Good morning Fastreach Courier Service, I'm Dayang ready to help you. May I know who's on the line?"Mak ai, tergeliat lidah aku kena cakap omputih. Ni kalau dia tak faham apa yang aku cakap karang aku letak aje telefon ni.
"Boleh cakap Melayu tak?"
"Boleh." Tarik nafas lega aku. Best pulak pakai headphone ni. Rasa macam deejay pula.
"Tolong check nombor ni. Barangnya dah sampai ke belum?"
"Boleh saya tahu siapa di talian?" Aku tiru semula  cara Punitha tadi.
"Check nombor ni dulu!"
Amboi! Garangnya. Relaks Dayang. Customer is always right. Huh, rightlah sangat! Aku tekan laju-laju nombor yang pemanggil tu bagi. Tapi tak ada apa-apa status pun yang aku kelihatan di monitor.
"Encik boleh sebut lagi sekali tak nombor tadi?" Aku cakap dengan penuh sopan.
"Awak ni pekak ke? Lain kali sebelum awak service customer awak, servicelah telinga tu dulu.Menyusahkan orang betul!" herdik pelanggan di dalam talian.
"Maaf Encik." Sopannya aku. Padahal telinga dah panas ni. Dia bagi lagi sekali tracking number. Memang tak ada. Apa aku nak buat ni? Dengan siapa nak minta tolong? Masing-masing tengah sibuk.
"Boleh saya dapatkan maklumat mengenai barang Encik?" Aku cuba pandai-pandai sendiri.
"Kan saya dah bagi tadi! Awak ni tahu buat kerja ke tidak?"
Alamak! Siapa boleh tolong ni? Aku tanggalkan headphone. Nak pergi cari Punitha.
"Hoi!"
Tak sempat nak letak headphone atas meja, aku boleh dengar pemanggil menjerit di dalam talian.
"Sebentar ya Encik." Aku masih cuba nak menenangkan pelanggan yang dah macam kena sawan ni.
"Mana barang saya?Awak jangan buang masa saya boleh tak? Saya nak cepat ni!"
"Ok, cuba Encik bertenang kejap. Beritahu saya, apa barang yang Encik hantar tu?"
"Hati saya." Tiba-tiba suara pemanggil tu mengendur.
"Ha?"
"Cuba check, ada tak kat situ.Nama penerimanya Dayang." Aku dengar betul-betul suaranya. Akhirnya, aku tepuk meja. Di sini pun dia kacau? Hampeh betullah Wayar Putus ni!
"Tengku! Saya tengah kerja ni."
"Kerjalah, siapa pulak yang kacau? Saya ni customer awakkan? Ada nampak tak barang saya tu?" Dia masih tanya lagi? Sakitnya hati dengar dia mengekek gelak. Kalau ada di depan aku sekarang memang aku tumbuk laju-laju muka dia.
"Dayang."
"Apa?"
"Ada tak hati saya kat situ? Kalau ada tolong simpankan ya,” tawa Tengku Haizal buat telinga aku panas.
"Tak ada kat sini.Mungkin cicir kat tengah jalan kot. Dahlah Tengku. Jangan call lagi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bye!"
Aku hempas headphone  atas meja. Tarik dan hembus nafas laju-laju. Masak aku kalau dia asyik ganggu macam ni. Aku pandang saja butang yang berkelip-kelip di telefon. Trauma kejap. Aku pakai headphone  semula. Bila nak menjawab panggilan saja aku tanggalkan semula  headphone. Aduh, Tengku Haizal ni betul-betul menyusahkan aku tau.
“Kenapa Dayang? Ada masalah ke?” Punitha muncul tiba-tiba. Aku betulkan duduk. Lenguh pula leher mendongak nak pandang Punitha ni. Bangunlah. Aku berdiri sebelah meja. Punitha masih tunggu jawapan dari aku.
“Punitha, saya rasa macam tak bolehlah nak jawab telefon.  Customer  garang-garang.” Aku buat senyum kelat. Punitha gelak sikit. Dia suruh aku duduk semula dan pakai headphone. Dia nak buat apa ni?
“Cuba angkat satu  call. Saya nak tengok macam mana Dayang jawab,” suruh Punitha.
Alamak, kalau Wayar  Putus tu telefon lagi macam mana? Hish, ada juga aku lari ni. Telefon ni pun macam tak henti-henti berbunyi. Aku pandang Punitha, lepas tu pandang telefon.
“Jawablah, saya ada sini,” gesa Punitha. Laju tangannya menekan butang nombor tiga. Hampir-hampir juga tangan aku menahan tangan Punitha. Tapi nafas lega mula ku hela bila dengar suara wanita Cina di dalam talian. Keyakinan datang kembali. Punitha senyum dan tepuk-tepuk perlahan bahu aku. Fuh, selamat!
Segalanya berjalan lancar hingga waktu tengahari. Memandang Muaz tak ada hari ini, malas pula rasanya nak keluar makan. Teringat pada cupcake  yang aku bawa tadi. Mulanya nak dijadikan sarapan pagi. Tapi disebabkan sibuk melayan panggilan, sudahnya breakfast  dah jadi brunch. Aku bawa bekas makanan ke  pantri.
“Dayang mari duduk sini,” panggil Kak Ruby.
Aku pergi duduk sebelah dia. Sedapnya tengok dia makan nasi. Tak mengapalah. Balik nanti boleh makan juga. Aku buka bekas makanan. Aku perasan semua mata yang ada di meja makan sedang meninjau bekas makanan aku.
Cupcake?” Jamaliah menegur.
Tak, belacan! Heh, nak aje aku jawab macam tu. Relaks dulu Dayang. Kuku kau belum tajam di sini.  Aku senyum pandang muka pelik Jamaliah. Aku tolak bekas kek aku ke arah dia.
“Rasalah.” Aku pelawa dia.
“Beli kat  mana?” tanya Punitha.
“Saya buat sendiri.”
“Wow!” Jamaliah dan Punitha menganga serentak. Kelakar pula aku tengok muka mereka berdua. Kak Ruby yang baru selesai makan mengambil sebiji cupcake  di dalam bekas. Sekali nganga saja padat mulutnya dengan kek cawan aku. Dahsyat juga dia ni. Punitha dan Jamaliah memerhatikan Kak Ruby mengungah dengan mulut yang penuh hinggalah cupcake aku hilang dalam perutnya.
“Sedaplah! Eh, boleh juallah Dayang,” puji Kak Ruby. Punitha dan Jamaliah tak tunggu lagi. Setiap seorang dah ambil seorang sebiji kek cawan di dalam bekas.
“Saya memang jual kak. Tolong kakak ipar.” Aku jawab secara jujur. Buat apa nak bohong  kan?
“Akak nak order satu set boleh? Perasa strawberi.” Kak Ruby bangun, nak basuh tangan di sinki.
“Saya pun nak jugalah.” Punitha mencelah pula. Aku senyum. Ada juga aku bertukar profesion ni. Heheh!
“Dayang, buat  lebih sikit esok. Mesti kawan-kawan lain pun nak beli juga. Diorang ni semua memang hantu cupcake,” kata Kak Ruby.  Akhirnya waktu lunch  aku habis dengan berbual pasal cupcake.
Petang itu aku keluar awal lebih awal. Memandang aku pekerja baru maka tak perlulah aku buat overtime. Heheh ! Tapi, walaupun keluar awal tak bermakna aku cepat sampai ke rumah. Masuk ke jalan utama saja kenderaan dah bersusun panjang.
"Apsal jem pulak ni?" Panjang leher aku memandang ke depan. Tapi tak nampak. Macam nak berdiri aje atas motor ni. Rasa-rasanya sekarang bukan peak hour. Tapi kenapa macam sendat pula jalan ni?
"La, ada kereta rosak. Patutlah jem," kata aku. Cakap sekuat-kuat tidak sampai tertoleh tuan punya kereta. Heheh!
 Aku berhenti di tepi kereta yang sedang berasap tu. Aku pandang lampu isyarat. Kemudian aku pandang tuan punya kereta. Wajah dia mengingatkan aku pada seseorang. Tapi aku tak perasaan siapa. Aku perhatikan pula keadaan sekeliling. Senyum nipis terukir di bibir. Di sinilah skuter aku rosak dulu.
"Awak mekanik ke?"
Aku toleh pada tuan punya kereta. Senyum sambil menggeleng. Terdengar dengusan kasar. Gerenti dia tengah bengang. Aku tongkatkan motor. Visor yang melindungi muka aku tolak ke atas.
"Tak ada air kot." Aku cakap sambil meninjau bahagian enjin. Bukannya pandai sangat pun. Setakat benda-benda asas ni aku tahulah sikit-sikit.
"Entah. Selalunya driver saya yang bawa kereta ni. Hari ni gatal nak drive sendiri. Boleh tersadai pulak!" Dia mendengus.
Aku senyum. Tapi dia tak nampak pun sebab muka aku masih terlindung dengan helmet. Aku ambil kain di dalam bakul skuter. Perlahan-lahan aku buka penutup tangki air. Kering kontang!Dah berapa tahun dia tak periksa tangki air ni? Heheh!
"Pakcik ada botol?" Aku tanya dia.
Eh, betul ke pakcik? Sekali tengok macam baru lewat 40an tapi dua kali tengok, kepala dia dah penuh uban. Muka boleh tahan! Aku panggil abang nanti takut dia kata aku gatal pula.
"Botol? Nak buat apa?" Dia tanya aku balik.
"Tangki air ni kering. Kena isi airlah. Kalau tak meletup kereta ni karang." Aku terangkan pada dia. Nampak sangat dia tak tahu apa-apa pasal kereta. Dia pergi ke bonet. Aku ikut sekali. Tak ada apa pun dalam bonet kereta dia selain dari beberapa pasang kasut berjenama mahal dan set golf.
"Takpelah...pakcik tunggu kejap. Saya pergi cari air."
Tak payah tunggu dia jawab, aku terus pecut motor ke Seven Eleven di seberang jalan. Beli air mineral, botol paling besar. Lepas tu pergi balik ke sana. Terus masukkan air dalam tangki, tuang sampai penuh. Lepas tu aku periksa sekali tangki air aircond, air wiper, semua sekalilah. Sampai berpeluh-peluh muka aku. La, lupa pula buka helmet! Patutlah panas.Aku letak helmet atas skuter. Tak perasan pula tuan punya kereta tak berkelip mata pandang aku.
"Awak perempuan ke?" 
Aku pandang dia? Lepas tu aku senyum lebar. 
"Saya ni nampak macam lelaki ke?" Aku tanya dia balik. 
"Tadi pakai helmet dgn jacket. Ingatkan lelaki. Bawa motor macam mat repit," komen dia.
Aku senyum. Tutup balik tangki air, periksa sekali lagi tempat-tempat lain yang berkenaan. 
"Pakcik, cuba start enjin." 
Dia ikut arahan aku. Tengok pada gaya rasa-rasanya dia ni bos kot? Hmm, tak kisahlah tu. Aku tolong ikhlas. Kalau dia tauke ikan pun aku tolong juga. Tarik nafas lega aku bila enjin kereta dah hidup. Aku pakai helmet balik. 
"Dik!" Dia panggil.
Aku pergi ke tepi tingkap kereta. Nampak dia keluarkan duit dari wallet.
"Eh, tak payah pakcik. Saya tolong ikhlas." Aku dah berpatah balik ke motor. Tapi dia panggil lagi. Kali ni dia hulur kad pula.
"Kalau ada apa-apa hal nak minta tolong cari pakcik. Terima kasih ya."
Aku angguk dan senyum. Aku bagi laluan untuk dia bergerak dulu, sambil baca kad nama dia.
"Tengku Nordin. Hmm, Tengku lagi..."


No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.