Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

October 08, 2014

HANYA ANGKA BAB 1

       Izzah mengesat airmata yang tidak mahu berhenti. Ibunya masih berdegil. Apa jadi sekalipun dia tetap tidak mengizinkan teman lelaki Izzah datang menemuinya. Baginya Izzah masih terlalu mentah untuk bercinta.

“Mak, tolonglah  izinkan Abang  Asrun  datang  jumpa  mak. Sekali  aje  pun  jadilah.”
“Kau  dah  tahu  jawapan mak , kan? Jangan cuba  nak  pujuk  lagi, ya. Mak nak  kau  sambung  belajar. Cuba kau  tengok  kawan-kawan kau  yang lain.  Masing-masing  sibuk  nak  sambung belajar.  Kau aje  yang  merenyam  sangat nak  kahwin. Buat  malu  mak  ajelah  kau  ni.”
“Apa yang  malunya? Izzah  bukan  buat  benda tak senonoh  dengan  Abang  Asrun.  Kami  tak  pernah  keluar  berdua. Kalau  jumpa pun  mesti  ramai-ramai. Dia ikhlas  berkawan  dengan  Izzah  mak. Izzah  pun sayang  dia. Tolonglah  mak,  sekali  aje...”
“Huh! Sayang? Geli telinga  mak  dengar. Sudah! Pergi  masuk  dalam.  Kemas  bilik kau  yang  macam  tempat kucing  beranak  tu.  Uruskan  diri sendiri  pun  tak tentu  arah  lagi,  ada hati  nak  berlaki.”

      Izzah  terpaksa akur. Kuat dan laju  hentakan  kakinya meninggalkan  ruang  tamu. Pintu  bilik  dihempas  kasar  tanda protes. Badan  dilambung  ke katil. Dadanya  berombak kuat, melepaskan haba marah  dari segenap  rongga hidung  dan  mulut. Telefon di bawah  bantal  berbunyi.  Laju  tangannya  menekan  butang  hijau.

“Abang! Bawalah  Izzah  lari  dari  sini. Izzah  tak nak  tinggal  kat  sini  lagi.”
        Airmata yang  hampir kering  mula merembes lagi. Tertahan-tahan  suara Izzah  merayu  buah hatinya.

“Izzah,  bertenang  dulu  sayang.  Dengar abang  cakap ni...”
“Izzah  tak nak  dengar apa-apa lagi.  Mak  langsung  tak  nak  bagi  peluang  pada kita.  Salah ke  kita  nak  mendirikan  masjid?  Abang... bawalah Izzah lari. Kita  nikah  kat  Siam aje.”
“Izzah! Mengucap Izzah. Abang  tak  suka Izzah buat  keputusan  bodoh  ni.”
“Tapi  abang...”
“Sudah,  abang  tak  nak  dengar  apa-apa lagi. Sekarang ni abang  nak  Izzah  bertenang. Nanti  abang  call  balik.  Selamat  malam  sayang. Jangan menangis  lagi.  Yakin  dengan kata-kata abang. Izzah  tetap  akan  jadi  milik  abang nanti.”

      Perbualan  tamat. Izzah cuma mampu  memeluk  handphone yang  sudah pun  senyap. Otaknya  ligat berfikir apakah  tindakan yang  bakal  dilakukan  oleh  Asrun. Dia  tidak mahu  kehilangan  cinta  pertamanya  itu.  Ya,  memang  usianya masih  belasan  tahun.  Tapi  dia  yakin,  inilah  cara yang  terbaik . Dia  sudah  bersedia untuk  menjalankan tanggungjawab sebagai  seorang  isteri. Kerjaya  dan  kedudukan  kewangan  Asrun  yang  sudah mantap  membuatkan  dia  berani  mengambil  keputusan  drastik  itu.

No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.