Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

June 21, 2013

Hati Seorang XXXL Bab 10 dan 11



Hati Seorang XxxL

Bab 10 


 Pom !
Gee dan Lin terperanjat . Gee mengawal stereng kereta sebaik mungkin . Dia memperlahankan kenderaan dan memberikan isyarat kecemasan . Kereta berhenti laluan paling kiri . Enjin  kereta masih belum dimatikan . Kedua – dua gadis itu berpandangan . Wajah Lin kelihatan pucat . Gee  melihat cermin pandang belakang . Dia mengerling jam di tangan dan kemudian melihat Lin yang masih diam membatu . 

  Hei ! Kenapa muka pucat ni . Relakslah ! Tayar pancit je .” Kata Gee perlahan.

“ Aku nak keluar tengok kejap .” Ujar Gee . Belum sempat gadis itu membuka pintu . Lin menarik tangan kirinya . “ Janganlah  Gee ! Gelap lagi kat luar tu .Aku call Shauki ya. Minta tolong dia tukarkan tayar ."Ujar Lin .Bermacam - macam benda  negatif melintas di kepalanya ketika itu . " Kau nak takut apa ? Kita kan berdua . Kalau kau tak nak tolong takpe . Aku boleh tukar sorang . Kau duduk tepi je." Gee keluar dan pergi ke belakang . Dengan bantuan lampu  dari kenderaan yang lalu lalang , Gee dapat melihat tayar belakang di sebelah pemandu yang sudah kempis.
Dia membuka pintu kereta sebelah pemandu ." Tayar belakang ni pancit . Terlanggar paku kot. Aku nak keluarkan tayar ganti kat belakang ." Gee menarik penginjak kecil yang terdapat di sebelah tempat duduknya. " Gee , kita tunggu sat lah . Aku dah call Shauki ." Ujar Lin perlahan . Dia tahu pasti Gee tidak setuju dengan tindakannya. "Laaaa... kau ni! Kan jauh dia nak datang sini. Silap - silap haribulan kita semua akan lewat pergi kerja tau tak? Kau ni kelam - kabutlah !  Aku kata aku boleh buat , mestilah aku boleh buat. Kau tak percaya aku ye ?"  Tinggi suara Gee bebelkan Lin .

" Sorrylah Gee . Aku risaulah . Mana tau kot ada orang saja nak pedajal kita . Kalau ada orang lelaki taklah takut sangat." Lin cuba memberi alasan .  Gee masih memandang Lin dengan perasaan sebal ." Dia memang tak dapat datang Gee . Tapi dia minta tolong kawan dia . Dia duduk dekat- dekat sini juga. Sat lagi dia mai ." Sambung Lin lagi. Gee menjeling tajam . Dengusan kasar keluar dari rongga pernafasannya . " Keluarlah ! Tolong aku keluarkan barang kat bonet tu." Gee menutup pintu kereta dengan kuat. Geram dengan sikap Lin yang suka bertindak melulu .

Beberapa kenderaan membunyikan hon ketika mereka berdua sibuk memunggah barang - barang di dalam bonet . Tapi tidak ada seorang pun yang berhenti untuk membantu . " Betul ke hang tahu tukaq tayar kereta ni ?"  Soal Lin penuh keraguan apabila melihat Gee sudah mengeluarkan spanar . Gadis itu tidak menjawab. Dia menggunakan kelebihan  berat badannya untuk melonggarkan nat  - nat  di tayar kereta . Dengan sekali pijak saja , nat – nat itu pun terbuka . Peluh membasahi wajah Gee . Lengan bajunya sudah disinsing hingga ke siku . Gee mengeluarkan tayar simpanan . Lin memerhatikan Gee melakukan kerjanya dengan pantas . Inilah kali pertama dia melihat Gee menukar tayar kereta .

Setengah jam kemudian ....

" Siap ! Lin , kau drive . tangan aku kotor . Nanti kita berhenti kat Petronas . Aku nak basuh tangan." Gee masuk ke dalam kereta . Lin terkial - kial pergi ke tempat pemandu . Enjin kereta baru sahaja dihidupkan  apabila sebuah motorsikal berkuasa besar berhenti di hadapan kereta Gee . Penunggang motorsikal itu tidak terus mendapatkan mereka . Dia sedang bercakap di telefon .

 “ Laaaa .. nak cakap telefon pun berhentilah kat depan sikit!” marah Gee . 

Dia rimas dengan keadaan dirinya yang berpeluh dan tangannya yang kotor .  Tidak lama selepas itu telefon bimbit Lin pula berbunyi . Shauki menghubunginya. Selepas beberapa minit berbual dengan Shauki , Lin mematikan talian .
Dia keluar dan mendekati penunggang motorsikal yang masih berada di hadapan kereta Gee . Gee hanya memerhatikan dari dalam kereta . Dia pasti Lin mengenali lelaki yang memakai topi keledar yang menutup keseluruhan wajahnya itu . Matanya saja yang kelihatan . Selepas berbual – bual sebentar , lelaki itu turun dari motorsikal dan  menghampiri  sisi kereta . Dia melihat tayar yang baru saja ditukar oleh Gee . Kemudian dia bergerak menuju ke arah kiri kereta . Dia mengetuk cermin tingkap di tempat duduk Gee . Gadis itu menurunkan sedikit cermin kereta .

“ Pandai you tukar tayar ya ?” Puji lelaki itu . 

Gee hanya tersenyum Dia tidak nampak raut wajah lelaki itu . “ You jalan dulu . I follow dari belakang . Nanti berhenti kat Petronas depan tu , isi angin tayar . Tayar ganti awak  pun kurang angin tu .” Suruh lelaki itu . Gee dan Lin hanya menganggukkan kepala .Dia masih berdiri di tepi jalan sehingga Lin memandu kereta Gee naik semula ke atas jalan raya .
“ Kawan Shauki ya ?” Tanya Gee . Lin hanya menganggukkan kepala . Dia menumpukan perhatian pada pemanduannya . Gee menguatkan suhu penghawa dingin . Tidak guna dia berbual dengan Lin ketika gadis itu sedang memandu kerana Lin akan cepat menggelabah jika ada kenderaan lain tiba – tiba membunyikan hon .Tidak sampai beberapa kilometer , mereka tiba di stesen minyak .

“ Kau bawa kereta ni kat tempat isi angin tu. Aku pergi basuh tangan kejap .” Suruh Gee . 

Dia sudah bersedia untuk keluar dari kereta . “ Alaaa Gee ! Hang isilah dulu angin tayar kereta ni . Pastu baru pi basuh tangan . Aku mana reti semua – semua ni .” Lin menunjukkan seribu kerutan di wajahnya . Gee mendengus kasar . “ Kau ni harap ada lesen memandu je. Apa yang kau tahu ?!”  Herdik Gee . Geram dengan perangai Lin yang tidak mahu berdikari .
Kedengaran bunyi enjin motor berkuasa besar masuk ke dalam kawasan stesen minyak . Gee ternampak sebuah motorsikal berhenti di tempat pengisian angin . Gee yakin itu adalah rakan Shauki yang berhenti di hadapan keretanya tadi . “ Tu kawan Shauki dah ada kat sana . Kau suruh je dia isikan .” Arah Gee . Dia terus berjalan menuju ke tandas wanita yang terletak di belakang . Panggilan Lin langsung tidak dihiraukan . Kekotoran di tangannya perlu dibersihkan segera . Itu yang lebih penting.
Agak lama juga Gee berada di dalam tandas . Dia rimas dengan keadaan bajunya yang basah . Ikutkan hati mahu saja dia berpatah balik ke rumah dan menukar pakaian . Tapi dia tahu itu mustahil . Dia akan lewat ke tempat kerja jika dia berbuat demikian . Selepas beberapa ketika dia keluar mendapatkan Lin yang sudah lama menunggu di  tempat mengisi angin tayar . Kawan Shauki yang menunggang motorsikal berkuasa besar tadi sudah tiada di situ .

“ Kawan Shauki dah balik ?” Tanya Gee . Dia melurutkan lengan baju yang disinsing . Ada sedikit kesan kotoran di lengan baju itu . Gee mengetap bibir . Tidak puas hati dengan penampilannya pagi itu . “ Dah , dia yang isikan angin tayar . Gee , hang drive ya .” Lin menyeringai . Dia segera ke arah pintu sebelah pemandu . Gee mencekak pinggang . Bergerak – gerak rahangnya menahan geram . Tiba – tiba datang idea nakalnya ingin mengenakan Lin .
“ Aku boleh drive . Tapi aku nak balik rumah dulu . Nak tukar baju . Nampak ni …. Kotor! ” Jawab Gee sambil menunjukan kotoran di lengan bajunya . Dia berjalan perlahan menuju ke pintu kereta . “ Kalau kita patah balik , lewatlah kita masuk kerja hari ni .” Luah Lin . Dia melihat jam di tangan .Kemudian dia memandang Gee yang tersenyum nakal.  

 “ Aku tak kisah masuk lewat pun . Lagipun aku ada kerja kat luar hari ni . Tak masuk pagi ni pun tak mengapa.” Ujar Gee selamba 
.
Lin berjalan sambil menghentak kaki menuju ke tempat pemandu. “Hang saja nak kenakan aku kan ? Apa salahnya hang drive . Nak tukaq baju segala pulak !” Giliran Lin pula mengoceh Gee . Gee cuma diam . Sepanjang pemanduan , Lin cuma membisu . “ Cuba kau relaks sikit Lin . Bawa kereta dengan tenang . Jangan gabra .” Gee menasihati Lin . Lin masih lagi seperti tadi .
“ Aku tak sempat nak cakap terima kasih kat kawan Shauki tadi . “ Gee menyambung lagi .  Dia melihat Lin  duduk tegak dengan kedua –dua tangannya digenggam kemas di stereng. “ Nanti kalau jumpa  kau jumpa kawan Shauki tu , kau cakap dengan dia  , aku ucap terima kasih .” Pesan Gee . “ Hang cakaplah sendiri kat dia . Dia kerja sama tempat dengan kita .’” Akhirnya Lin bersuara . Gee tersenyum . 

“ Boleh pun cakap . Aku ingat dah bisu .” Perli Gee . Lin mencebik. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduan .

Sebaik sahaja kereta membelok masuk ke tempat letak kereta ..
“ Kau naik dululah Lin . Aku nak balik rumah kejap . Aku tak selesalah pakai baju ni . Dah comot . Aku nak pergi jumpa client kejap lagi . Nanti dari rumah aku terus pergi jumpa client tu .” Gee melihat mata Lin terbeliak . “ Hang ni memang sengaja nak kenakan aku ya . Kan elok hang yang bawa kereta tadi !” Lin menepuk kuat peha Gee . Gee ketawa terbahak – bahak . “ Bukan selalu aku nak kenakan kau . Selalunya aku yang terkena . Dah pergi naik . Kita jumpa petang nanti ya .” Gee meleretkan suaranya . Lin keluar dari kereta dengan hati yang panas . Dihempasnya pintu kereta sekuat hati . Baru saja Gee keluar memandu ke jalan utama , telefon bimbitnya menerima pesanan ringkas dari Lin .

Aku tak nak kawan dengan hang satu hari ni . Petang ni aku balik dengan Coki . Bluekkk!!! :P


Hati Seorang XxxL

Bab 11
 
            Gee buru – buru keluar dari kereta . Dia menekan alat kawalan jauh sambil berjalan laju menuju ke pintu lif . Agak ramai juga penghuni pangsapuri yang sedang menanti untuk masuk ke dalam perut lif . Gee tidak boleh tunggu lagi . Dia meluru ke tangga kecemasan . Dia tiada pilihan lain . Sebelum memanjat tangga , Gee memandang anak – anak tangga yang akan didaki .

“ Naik tangga  dulu . Nanti sampai kat tingkat 2 aku naiklah lif .” Gee memberi semangat pada diri sendiri . 

            Gee menarik nafas dalam – dalam dan mula mendaki anak – anak tangga . Dia perlu mendaki hingga ke tingkat dua kerana lif ke rumahnya hanya berhenti pada aras yang bernombor genap . Belum pun sampai di tingkat satu , nafas Gee sudah tercungap –cungap .

“ Duduk lagi rumah tinggi –tinggi . Bila darurat macam ni kan dah menyusahkan diri sendiri !” Gee mengomel dalam hati .

Gee  cuba mengawal rentak jantungnya yang berdegup laju . Sampai saja di tingkat 2 dia terus menuju ke pintu lif . Gee menekan perutnya menahan sebu . Peluh di muka sudah merembes dengan banyak .Pintu lif terbuka . Terbeliak mata Gee melihat banyak mata yang sedang memandangnya dari dalam perut lif . Hanya seorang sahaja  yang keluar  . Gee tersenyum kelat . Dia mengangkat tangan sebagai isyarat  tidak mahu masuk ke dalam lif . Tanpa menunggu lagi , Gee berlari semula ke pintu kecemasan . Dalam keadaan terpaksa , dia mendaki lagi . Keadaannya tetap sama hinggalah dia tiba di tingkat lapan . Kali ini dia nekad . Tidak peduli samada lif penuh atau tidak , dia akan masuk  juga .
 
Ting !
            Lif terbuka . Gee tersenyum lebar . Tiada sesiapa pun di dalam lif . Dengan pantas Gee masuk dan menekan butang 12. Sebaik sahaja pintu tertutup ….

Poooooooooootttttttttttt !!!!!!

“ Fuuuuuhhhhh!!!! Leganya!” Gee menyeringai . Dia mengusap perutnya  yang buncit . Lega sedikit sakit perut yang ditahan sejak tadi .

“ Ehem!

Gee  menoleh ke belakang . Terbeliak matanya apabila melihat seorang lelaki sedang menutup hidung . Dia berpaling semula dan merapatkan badannya ke pintu lif . Dia menggigit bibirnya sekuat hati .

“ Macam mana aku boleh tak perasan ni! Malunya akuuuuuuuuu!!!!!” Gee menjerit dalam hati.

Ting !
            Lif terbuka di tingkat 10 . Gee berlari keluar dan mendaki anak tangga lagi . Tanpa sedar dia mendaki hingga sampai ke depan pintu rumahnya . Sementara itu di tingkat 10 , lelaki yang menjadi mangsa gas beracun  Gee sebentar tadi sedang  mengingatkan sesuatu.“ Aku pernah jumpa dia ni .. tapi kat mana ya ?” Berkerut – kerut dahinya . Otaknya diperah untuk  memutar kembali memori beberapa hari yang lepas . 

Dan …
“ Kerongsang rama – rama!” Lelaki itu tersenyum lebar . “ Aduhai kecilnya dunia!”
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~

             “ Ha ha ha ha ! Hang ni tak senonoh betullah ! Mesti  marka tu  tengah gelak guling – guling kat rumah sekarang ni.” Lin mengesat airmata  yang  keluar . Semput nafasnya menggelakkan Gee .
            “Aku betul – betul tak perasan dia ada kat dalam lif tu . Nasib baik cuma gas beracun . Kalau keluar dengan isi perut sekali , nayalah jawabnya!” Gee menepuk dahi . Dia juga ketawa mengekek . Entah apa yang dia makan hingga menyebabkan perutnya meragam hari ini . Sejak kepulangannya tadi , satu rumah dipenuhi dengan bau minyak angin .

“ Lepaih ni mesti dia takut nak jumpa hang . Takut kena gas beracun lagi . Ha ha ha ! Gee …. Hang ingat tak macam mana rupa lelaki tu ?” Tanya Lin .

“ Tak perasan sangatlah . Tapi dia tak berapa tinggi . Badan pun tak kurus dan tak gemuk . Muka dia je aku tak berapa nampak sebab dia tutup hidung dia guna dua – dua tangan .” Gee melakonkan semula gaya lelaki itu menekup hidung sejurus selepas menerima ledakan gas beracun darinya . Tawa mereka terhambur lagi . Selepas beberapa ketika , mereka menyambung tawa di dapur sambil menyediakan makan malam .
“ Macam mana pengalaman pertama kali mesyuarat dengan orang baru ?” Tanya Gee . Dia terlepas peluang untuk berkenalan dengan pegawai atasannya pada hari ini . Banyak tugasan di luar yang perlu diselesaikan. Dia melihat Lin yang hanya mendengus perlahan .
            “ Mesyuarat  tadi dibatalkan . Dia ganti hari lain .Tapi lepas ni bukan mesyuarat lagi dah . Dia gantikan dengan sesi beramah mesra .”Jawab Lin . Dia memandang Gee yang kelihatan kurang faham dengan apa yang dia perkatakan.“ Bos kita tu cadangkan kita buat  Majlis Sulaman Kasih . Kira macam sesi suai kenal . Tapi cara dia macam ni .” Lin menarik kerusi di meja makan dan duduk mengadap Gee yang sedang menghirup Teh O suam .
            
                    “ Mulai esok , ada sebuah kotak akan diletakkan di kaunter penyambut tetamu . Kotak itu adalah tempat untuk meletakkan nota rahsia yang akan kita berikan pada orang yang akan menerima hadiah kita .Contohnya , aku nak bagi hang hadiah . Aku bagi hang satu nota yang tulis macam ni . “ Hai boleh berkenalan . Awak ni comellah. Yang benar , Jenglot Kampung.”  Lin  berhenti sebentar mengambil nafas . “ Kemudian , hang balas balik nota tu pada Jenglot Kampung . Dalam masa yang sama , hang bagi pulak nota rahsia hang kat orang lain . Tapi letak nama samaran . Jangan letak nama sebenar . Biaq orang tu fikir siapa yang bagi nota tu .Permainan ni macam “ Surat berantai .” Faham tak .” Gee mengangguk faham . 

“ Jadi , bila permainan ini akan berakhir ?” tanya Gee .

            “ 2 minggu dari sekarang . Kita semua kena sediakan satu hadiah . Nanti pada majlis tu nanti kita sendiri yang akan serahkan hadiah pada orang yang kita bagi nota tu .” Jawab Lin . Gee mengangguk faham . Dia meneguk minumannya hingga ke titisan terakhir . Lama dia merenung  cawan yang telah kosong . Lin bangun dan menyambung kerja – kerja di dapur . Gee juga turut bangun . Dia masuk ke ruang tamu untuk  berehat . Sebelum dia menyelak helaian pertama novel kegemarannya , dia melaung  Lin di dapur .
            “ Lin !!!! Apa nama bos baru kita tu ?” tanya Gee .
            
           “ Fakhri !” Jawab Lin . Jawapan Lin membuatkan Gee terfikir sejenak .Tapi tidak lama , dia kembali pada novel yang sudah pun berada di tangan .


Post a Comment

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.