Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

June 07, 2013

Jom Ikut Gee dan Lin pergi shopping !

Assalamualaikum kengkawan ! Hari ni mood sangat baik dan happy sebab buah hati - buah hati saya dah nak balik dan semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah hari ni . So dengan happynya saya post kan Bab 3 dan Bab 4 untuk entri kali ni ... Harap  semua berpuas hati ... Selamat datang pada pembaca baru dan terima kasih pada korang yang sentiasa dan masih memberi sokongan . 


Saaaaaaaaayang korang ! Ummmmmuuuah !



Hati Seorang  XXXL

BAB 3

         Gee membelek  baju – baju yang tergantung sementara menunggu Lin mencuba baju di dalam  bilik persalinan . Tidak ada sehelai pun baju yang menarik perhatiannya . Manakan tidak , semua pakaian di dalam kedai itu bersaiz kecil . “ Kenapalah  tauke – tauke kedai ni tak buka banyak sikit kedai baju untuk orang yang bersaiz besar . Diorang ni tak tahu ke kat Malaysia dah makin ramai orang yang comel – comel macam aku ?” Gee mengomel sendiri . Dia menarik sehelai blaus berwarna merah hati . Diacukan baju yang berpenyangkut itu ke badannya. Gee senyum sendiri .
           
 “ Itu saiz yang paling besar kak .” 

Tiba – tiba suara pekerja kedai menerpa ke telinga Gee . Pantas dia menyangkut semula blaus tersebut . “ Nak tengok – tengok je , bukan nak beli pun.” Gee senyum sumbing . Bengang betul dia apabila melihat senyuman sinis  pekerja kedai itu . Gee berjalan pantas menuju ke bilik persalinan . “ Lin ! Cepatlah sikit . Kau tidur ke kat dalam tu.” Gee memanggil sambil mengetuk pintu bilik persalinan . Hatinya  mula panas apabila pekerja kedai baju itu asyik mengekorinya . “ Ada 2 helai lagi . Hang tunggu sat .” Lin membalas dari dalam bilik persalinan . “ Aku keluar dululah . Panas kat sini . Nanti kalau dah siap kau call aku .” ujar Gee . Dia keluar dari kedai tanpa menunggu jawapan dari Lin .
Dia berjalan menyusuri kedai – kedai lain . Kakinya melangkah masuk ke dalam Watson . Matanya  memerhati barang – barang yang tersusun rapi di atas rak . Tiada satu  pun yang menarik minatnya . Sebaik sahaja dia berada di bahagian kesihatan , seorang  jurujual mula mengekorinya . Gee mengetap bibir. Dia melajukan langkahnya untuk keluar dari  kedai itu .

“ You cari apa kak ?” tanya jurujual  itu . Senyuman manis dihadiahkan pada Gee. Gee Cuma tersenyum nipis. “ Tak ada apa- apa , saja pusing – pusing tengok  barang .” Gee bersuara perlahan . “ Kak you nak cuba tak krim yang baru ada di pasaran ni . Produk ni sangat laris sekarang tau kak. Kalau you guna krim ni …sapu kat tempat yang banyak lemak , you boleh jadi kurus tau . You mahu cuba tak ? Saya tolong  you sapu kat tangan ya .” jurujual itu sudah menarik tangan kanan Gee . Dia memicit sedikit krim yang berwarna merah di hujung jari telunjuknya. Namun belum pun sempat dia menyapukan krim itu di atas kulit Gee , telefon bimbit Gee berbunyi .

“ Sorry , maybe next time.” Pantas Gee keluar dari kedai itu .

“ Hang duk tang mana ni Gee ? Aku dah siap .” tanya Lin di hujung talian tanpa sempat Gee memulakan perbualan . “ Aku kat depan Watson ni !” jawab Gee agak kasar . Matanya menjeling ke arah jurujual yang  mengekorinya sebentar tadi . “ Huh ! Macam dah tak ada benda lain nak promo kat aku .” Gerutu  Gee . Mukanya semakin mencuka apabila ternampak kelibat Lin yang tersengih lebar . “ Laaa .. ni awat muka macam tertelan biji kundang ni ?” tanya Lin . Dia cuba menyaingi langkah Gee yang semakin laju .
“ Kau tu …lama sangat duduk dalam kedai tu apsal ? Rimaslah aku dengan  budak- budak dalam kedai tu.” Luah Gee . Sebalnya pada jurujual di Watson tadi masih berbekas. Lin cuma mendiamkan diri . Dia tahu Gee tidak suka masuk ke dalam kedai pakaian . Masalah utama yang Gee hadapi apabila memasuki kedai pakaian adalah saiz baju yang dikehendaki tidak ada. Kalau ada pun , pasti ada yang tak kena . Bahagian lengan agak kecil , bahagian dada sendat ..macam – macam lagilah yang tak berkenan di mata Gee. “ Nak pergi mana lagi ni ?” Gee cuba meredakan suasana .  “ Kita pi beli barang dapur dulu , lepas tu kita pi Kedai Buku Popular . Boleh ?” Lin memberi cadangan . “ Hmmmm.” Gee cuma mengangguk tanda setuju . Lin tersenyum senang. Bukan susah nak memujuk kawan serumahnya itu. Kalau sebut tentang Kedai Buku Popular pasti segalanya akan menjadi baik.

Ketika sedang membeli keperluan dapur , kesabaran Gee diuji sekali lagi . Sewaktu dia melalui bahagian makanan dalam tin , dia terlanggar barisan tin sardin yang disusun dalam bentuk piramid . Tanpa mengutip semula tin – tin makanan yang bertaburan , Gee keluar dari kedai . “ Awat hang pi langgar tin – tin sardin tu ?  Tanya Lin ketika mereka berjalan keluar menuju ke kedai buku . “ Bukan aku yang langgar , orang kedai tu yang bodoh pergi susun tin – tin tu kat tengah – tengah dunia kenapa ? Itu sebablah aku tak suka masuk kedai- kedai kecil ni . Aku ajak kau shopping barang dapur kat  tempat lain kau tak nak . Sekarang satu apa pun tak beli .” sungut Gee . Muncungnya semakin memanjang . Lin hanya mendiamkan diri . Jika dilayan , pasti bebelan Gee akan berpanjangan .
“ Tak pe lah . Nanti on the way balik kita singgah kat Bandar Tun Razak , biar aku je turun beli barang dapur , hang tunggu dalam kereta . Puas hati ?” Lin mengusulkan . “ Tengoklah nanti , aku dah makin tak ada mood ni . Ikutkan hati aku nak balik je .” Gee melajukan langkah . Terdengar dengusan nafas kasarnya mengikut henjutan langkahnya . " Kita pi kedai buku jom . Hang janganlah macam ni Gee . Bukan selalu kita dapat keluar sama - sama .Senyum sikit ..hang buat muka macam anak singa ni , takut aku nak jalan dengan hang ." Lin memegang lengan Gee . " Banyaklah hang punya anak singa ! Ni anak singa dah lapar ni !  Jom cepat , nanti buku dengan kau  , dua - dua sekali aku ngap!" Gee tergelak kecil apabila Lin cuba mengusap dadanya . Lagaknya seperti ingin meredakan kemarahan Gee . 

            Seperti yang dirancang , mereka berdua telah menghabiskan masa hampir satu jam di dalam Kedai Buku Popular . Gee leka dengan novel – novel manakala Lin asyik dengan majalah – majalah kegemarannya. Mereka berdua seolah hanyut ke alam lain bila dapat peluang untuk membelek bahan bacaan kegemaran mereka . Gee duduk berlunjur di satu sudut dengan beberapa buah naskhah novel di sisinya . Dia gemar membaca membelek dan membaca sinopsis novel- novel itu sebelum  memutuskan untuk membeli . Gee hanya tersenyum nipis apabila ada beberapa pengunjung yang melihat dia dalam keadaan begitu . Tapi dia langsung tak kisah kerana memang itulah keadaan ulat buku apabila dapat masuk ke sarangnya. Gee baru selesai membelek novel yang keempat apabila gajet sebesar buku tiga lima miliknya mendendangkan lagu Sayang dari Shae.
“ Gee , hang dah sudah ka ?” Suara teman serumahnya dari utara itu kedengaran di hujung talian.“ Ada 3 lagi . Kenapa ? Dah nak balik ke?” Gee memerhatikan sekeliling . Matanya cuba mencari kelibat Lin di celah rak – rak buku di dalam kedai itu .“ Errr.. Gee . Aku dah siap beli . Tapi ada benda lain aku nak habaq ni.” Suara Lin kedengaran mendatar. 
“ Apa ?” Gee bertanya ringkas. Dia bangun dari silanya dan menyapu punggung seluar yang agak berhabuk. Kemudian dia mengambil semua novel yang telah dipilih tadi.

          “ Shauki ada kat sini. Dia baru sampai.” Terang Lin . Gee mengetap lembut bibirnya . Fahamlah dia akan maksud Lin . Dia pasti Lin akan keluar dengan buah hatinya .“ Kalau kau nak keluar dengan dia , pergilah. Tapi  jangan balik lewat.” pesan Gee . “ Hang tak kisah kah Gee ? Nanti bawa kereta elok – elok ya.” Lin mendapatkan kepastian dari Gee sekaligus menitipkan pesan.“ Sebelum aku tukar fikiran baik kau pergi sekarang .” Gee terus mematikan talian tanpa menunggu jawapan dari Lin .
            Semasa kakinya melangkah ke kaunter pembayaran , dia ternampak Lin dan Shauki yang berjalan beriringan keluar dari Kedai Buku Popular . Gee menghela nafas berat . Perhubungan Lin dan Shauki sudah setahun terjalin . Namun sudah lumrah sebuah perhubungan pasti ada pasang surutnya . Lin seorang gadis yang periang dan banyak mulut sementara Shauki pula lelaki yang pendiam dan lebih banyak memerhati .Setiap kali ada perang dingin yang berlaku antara mereka , pasti Gee yang akan bertindak sebagai orang tengah .
           
 “ Semua sekali RM 84.30 cik.”

Gee kembali ke dunia nyata apabila mendengar suara juruwang. Selesai membuat bayaran , Gee keluar dari kedai dan langkah seterusnya yang berada dalam kepala sekarang adalah pulang ke rumah. Ketika kakinya melangkah keluar dari kedai, telefon bimbit Gee menjerit – jerit lagi  minta diangkat .

“ Assalamualaikum mak .” Gee melajukan langkahnya sebaik sahaja memberi salam . Dia melabuhkan punggungnya di sebelah patung besar MacDonalds . Pendengarannya ditumpukan pada suara ibunya di hujung talian . Perbualan hanya berkisar pada bertanya khabar dan bercerita tentang aktiviti seharian antara ibu dan anak itu . Sehinggalah pada saat Puan Fera , ibu Gee mengingatkan Gee akan sesuatu …

“ Kau jangan lupa balik minggu depan tau . Mak Uda kau banyak kali pesan pada mak suruh kau balik.” “ Alaaa… orang malaslah nak balik mak. Lagipun bertunang je. Bukan nikah pun.” Gee merengus kasar . “ Memanglah bertunang  je. Tapi kau dengan si Weeda tu kan rapat. Nanti apa pulak kata dia bila kau tak ada  . Lagipun  Mak Uda kau cakap tak ada orang nak temankan dia masa sarung cincin nanti.”
“ Adik – adik dia kan ramai . Mengada – ngadalah pulak nak berteman bagai.” Suara Gee agak tinggi melawan suara muzik yang agak kuat dari kedai barangan audio.“ Kau balik je lah . Jangan nak bagi alasan lagi eh .Baju kau pun mak dah siap jahit. Balik tau.”  Pujuk ibunya .
            “ Hmmm …yelah ..yelah ..orang  baliklah nanti . Ok lah mak ..orang nak balik rumah dah ni .Nanti kita sembang lagi ya . Bye.” Gee mematikan talian usai menjawab salam dari ibunya . Dia bingkas meninggalkan bangku kayu lalu menuju ke tempat letak kereta . Dia ingin segera pulang ke rumah . Badannya yang berpeluh dan sudah mengeluarkan bau yang kurang enak sudah minta disegarkan .



Hati Seorang  XXXL

BAB 4


                Mengingatkan perbualan dengan ibunya dua hari lepas membuatkan  moodnya untuk membaca novel terus mati . Kalau boleh dia tidak mahu melibatkan diri dalam majlis pertunangan sepupunya itu. Dia rimas apabila diasak dengan soalan –soalan yang boleh membuatkan telinganya berasap .Gee membuka almari  dan mengeluarkan beg pakaiannya . Beberapa helai baju dikeluarkan dari perut almari lalu disumbatkan ke dalam beg pakaian yang bersaiz  sederhana itu . Dia  lebih suka melakukan persiapan awal . Tambahan pula dia bercadang untuk terus pulang ke kampung sebaik selesai waktu kerja esok .

Tok ! Tok !

Belum sempat Gee memberi izin , daun pintu  sudah dikuak oleh  Lin. Dia tersengih melihat Gee yang menjeling . Itulah satu – satunya tabiat buruk Lin yang  sukar dikikis. Gee menarik beg pakaiannya ke tepi katil untuk memberi ruang pada Lin . Dia menyambung kerjanya semula . Keadaan bilik agak senyap untuk beberapa ketika. Lin hanya memerhatikan Gee mengenakan zip pada beg pakaian yang sudah siap disumbatkan dengan pakaian  gadis itu .“ Bila hang nak balik ?” tanya Lin . Dia menyilangkan kakinya di atas katil kelamin Gee.“ Besok lepas kerja.” jawab Gee . Dia menuju ke almari solek pula dan menarik kerusi .
Sebaik menghenyakkan punggung , tiba-tiba Lin bersuara…
“ Aku nak ikut hang balik kampung boleh tak ?” tanya Lin . Matanya dibesarkan sedikit bagi menunjukkan kesungguhan kata – katanya. Berkerut dahi Gee mendengar permintaan Lin . Memang Lin selalu mengikutnya pulang ke kampung . Tapi itu dahulu , ketika mereka masih belajar. Sejak mereka bekerja , Lin tidak pernah lagi mengikut Gee pulang ke kampung .

“ Betul ke ni ? Tiba – tiba je nak ikut aku balik kampung . Aku bukan balik saja tau . Sepupu aku bertunang besok .” Gee mengingatkan Lin akan tujuannya pulang ke kampung pada esok hari .“ Aku taulah dia bertunang esok . Sebab tu lah aku nak ikut hang .” Lin mengeraskan sedikit suaranya . “ Lagipun aku dah lama tak jumpa mak dengan adik – adik hang.” Dia menyambung lagi . Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Gee .
“ Oklah , tapi kau bawa baju yang elok sikit . Jangan malukan aku kat majlis orang nanti.” Gee mengingatkan sambil menghadiahkan sebuah senyuman pada Lin . “ Tang tu hang jangan risaulah. Silap –silap hari bulan  , aku yang lebih segak dari sepupu hang ! ha ha ha .” berderai tawa Lin. Gee juga turut ketawa. Jauh di sudut hatinya berasa agak lega apabila Lin sudi menemankan dia pulang ke kampung  nanti.

Keesokkan harinya ….
             
              “ Lin , aku rasa tak sedap hatilah .” Gee menancapkan matanya ke arah jalanraya yang agak  sibuk pada lewat petang itu . Kereta mereka sedang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan . Lin memperlahankan suara radio . Dia memandang Gee yang sedang memandu dengan kelajuan yang sederhana . Diperhatikan riak muka Gee yang agak keruh . “ Awat ? Ada benda tinggal ka ?” tanya Lin . Gee hanya menggeleng . “ Habis tu , apa? Hang jangan buat aku cemas Gee .” Lin mengingatkan . “ Entahlah , aku rasa dada aku ni berdebar – debar je dari tadi .” Gee cuba menjelaskan pada Lin .

Namun tak semena – mena Lin pula tersenyum lebar. Gee menoleh seketika apabila menyedari perubahan wajah Lin .“ Kau jangan sengih lebar – lebar camtu time Maghrib ni boleh tak ? Aku tinggalkan kau kat tepi highway ni kang .” Gee menepuk kuat peha Lin . Namun senyuman Lin masih tidak lekang . “ Entah – entah , ada orang nak pinang hang sekali kot . Sabit tu lah mak hang beria – ria suruh hang balik!” Lin ketawa mengekek . Dia merapatkan badannya ke tepi pintu apabila Gee cuba mencari bahunya sebagai sasaran . “ Woi ! Hang bawa kereta ni elok – elok. Kang tak sampai rumah , kot sampai hospital kang.” Lin mengingatkan Gee. Gee kembali menggenggam stereng kereta dengan kedua – dua belah tangannya.Wajahnya masih keruh tanpa menampakkan tanda- tanda kejernihan.
“ Cuba hang banyak – banyak selawat , jangan fikir yang bukan – bukan. Inshaa Allah tak ada apa-apa yang berlaku .Kalau tak pun macam ni . Sat lagi kita berhenti kat mana – mana R&R , kita solat dulu .” usulan Lin dibalas dengan anggukkan.
           
                 Mereka tiba di rumah keluarga Gee tepat jam 12 tengah malam . Walaupun badan terasa lesu kerana mengharungi waktu perjalanan yang agak lama , namun mereka bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku disepanjang perjalanan tadi . Gee memerhatikan halaman rumah ibunya yang sudah beberapa bulan ditinggalkan . Kali terakhir dia pulang ke kampung adalah pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. Simbahan cahaya bulan yang menerangi halaman rumah ibunya memudahkan mereka melihat keadaan sekeliling . Beberapa ketika kemudian kedengaran suara budak perempuan dari dalam rumah .

“ Mak , angah dah sampai !”

Garaj kereta yang tadinya hanya diterangi dengan cahaya bulan , kini dilimpahi dengan cahaya lampu yang baru dihidupkan . “ Lin …. Lin… bangun . Dah sampai .” Gee mengejutkan Lin yang terlentok di kerusi sebelah pemandu . Dia tersentak sambil memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan . “ Dah sampai rumah hang ka Gee ?” tanya Lin sambil membetulkan hijabnya yang senget . “Belum sampai lagi . Ni kat R&R Kampung Pasir Putih .” Gee tersengih melihat Lin menjuihkan bibirnya . “ Kau ni poyolah … tadi bukan main lagi kata nak temankan aku . Sudahnya kau bantai membuta !” Gee ketawa kecil . Dia membuka pintu di belakang pemandu untuk  mengambil beg pakaiannya . “ Mana pulak aku membuta … aku terlelap je.” Lin membela diri . Dia mengeliat panjang sebaik keluar dari perut kereta .

“ Dah sampai pun orang jauh ni . Kenapa lewat sangat ? Jalan jem ke ? Dah makan ? Eh ! ni Lin kan ? Mak oiiiiii ! Lamanya tak jumpa budak bertuah ni …apa khabar ?” Sambil berjalan keluar dari rumah menuju ke garaj kereta , ibu Gee sudah mula menceceh  memecah kesunyian malam . Gee masih sibuk mengeluarkan beg – beg pakaian dari dalam perut kereta. Dia membiarkan Lin meladeni ibunya . Lin juga tidak kekok dengan ibu Gee sementelahan pula mereka pernah berjumpa dulu .
Beberapa ketika kemudian kelihatan  Daffa , adik bongsu Gee bersama adik ketiganya Basyitah . Mereka mendapatkan Gee dan membantu kakak keduanya itu mengangkat beg – beg pakaian . “ Kau  berdua je yang perasaan angah wujud kat sini  . Mak tu kalau dah berborak bukannya sedar yang angah ni dah lama terpacak depan dia  .” Gee sengaja menarik perhatian ibunya . “ Kau tak payahlah nak merajuk budak debab ! Dari jauh lagi mak dah tau kau nak sampai . Dah ..jom masuk . Kita sambung kat dalam . Korang berdua ni dah makan ke belum ?” Ibu Gee menyambut huluran tangan Gee . Satu cubitan manja singgah di pipi mongel Gee .Dia tersengih riang .

“ Belum .” jawab Gee . “Dah .” jawab Lin pula .

Kedua – dua gadis itu berpandangan . Kening mereka terangkat . Tawa berderai apabila menyedari ketidaksamaan jawapan yang mereka berikan . “ Tadi dah mak ..masa kat Machap .. Sekarang belum ..he he he “ jawab Gee . “ Lin dah makan mak . Tapi kalau nak second round pun masih ok lagi ni ..he he he .” seloroh Lin pula .Puan Fera hanya menggeleng – gelengkan kepala . Senang hatinya melihat kemesraan dua sahabat karib itu .




No comments :

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.