1 Jun ....
Tarikh ni adalah tarikh yang paling manis buat aku dan hubby , sebabnya...
Pada tarikh inilah pada jam 6.00 pagi 2011, kami mula bergelar penjual nasi lemak...hi hi...
Alhamdulillah pada 1 jun 2012 yang lepas genap setahun aku menjadi peniaga kecil-kecilan..
Kalau nak diimbas kembali apa yang aku alami sepanjang setahun ni memang x kan habis untuk satu post ni..Tapi cukuplah kalau aku katakan , profesion baru aku ni banyak mengajar aku dan hubby erti kesabaran dan berani menghadapi kenyataan..
Memang pada mulanya kami seperti sudah mahu mengalah. Tapi berkat suntikan semangat dan dorongan yang kuat dari keluarga, terutamanya mak dan ayah, x lupa juga sahabat terdekat membuatkan aku dan hubby bertekad untuk meneruskan pekerjaan baru yang sudah menjadi sumber utama pendapatan kami sekarang..
Sempena Anniversary setahun bulan ni...aku saje2 lah nak mengimbas kembali beberapa kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui sepanjang tahun ni...hi hi ..jgn mrh ye...
~ Bulan - bulan pertama aku berniaga , aku diserang sakit kepala yang teruk..kesan daripada gaya hidup yang mula berubah , waktu tidur yang x cukup , mkn x menentu..mood pun kdg2 ok....kdg2 ko...
~ Aku dh mula rasakan persaingan yang tidak sihat , perniagaan aku mula dilanda musibah , nasi lemak basi , mee grg berulat , kaki aku sakit , sambal yang masih panas tiba2 berbuih..dan yang paling haru..hampir sebulan pelanggan aku cakap aku x berniaga...sedangkan aku elok je terpacak kat situ... Tapi semuanya kami hadapi dengan positif...Alhamdulillah gangguan2 tu dh mula berkurangan sekarang
~ Keadaan cuaca yang x menentu...Dah banyak kali gerai aku dilanda ribut , khemah terbang, makanan2 berterbangan, panas terik ,
Itu antara cabaran yang aku hadapi sepanjang tahun lepas...tapi pada tahun ni.nampaknya aura positif sudah mula menjenguk..antaranya...
~ Aku sudah mula mendapat suntikan modal dari Amanah Ikhtiar Malaysia..dan aku juga telah dilantik menjadi setiausaha persatuan ni..Secara x langsung banyak juga manfaat yang aku dapat melalui persatuan ini.
~Aku sudah mula mendapat tempahan katering dan majlis2 rasmi...Alhamdulillah...
DAN YANG PALING TERBARU!!!!!
Hubby sudah mula berjinak2 dengan perniagaan online di internet ..Dan hasilnya juga agak lumayan..Pada sesiapa yang berminat boleh la jenguk2 kat pages aku di heading blog ni...Kalau dah jenguk tu , jangan lupa buat tempahan ye... hi hi
Semoga apa yang kami usahakan akan sentiasa diredhai Allah S.W.T dan akan semakin berkembang pada tahun ini...Insya Allah....
Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!
Jumlah pengunjung setakat ini .
June 05, 2012
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment