Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

Jumlah pengunjung setakat ini .

June 18, 2012

Bila Suami Ku Naik HAngin!!!

Fuh!!!! Penat betul hari ni...dh lama benor rasanye x mengemas umah ala2 nk sambut raya posa...ki ki ki...

Kononnya nk slow and steady berkemas sementelah anak2 dara dah g skolah , hubby kuar bekerja dan si kecik tengah tidur...

Tapi ... x sampai 15 minit...
Aku baru je nk mengalih kabinet tv , tiba2 muncul si kecik tu dgn botol susu kat tangan..." Ibu buat apa  tu?"
Dia dh mula bertanya sambil tangan dah mula main habuk2 kat belakang kabinet tv..." Adik jangan lah kacau ibu.."..Aku dukung dia duduk kat atas sofa....Tapi dia turun balik..." Adik nk tolong ibu lah"...

Hmmmm...malas aku nk layan ...gasak lah kau nak oiiii...

Tepat pukul 2 hubby pulak balik....

" Amboi...rajin nye berkemas , tak dokrok tubuh ke ( x penat ke?) hubby tanya dengan loghat terengganu nya... Aku senyum je..." Ni tolong ibu handle budak kecik ni, ibu kemas dia tolong sepahkan"...Aku memuncung kan mulut ke arah budak kecik yang tengah leka mengeluarkan gambar2 dalam album...

Sejam kemudian , selesai ruang tamu..aku ke dapur pulak....mengerjakan dapur yang berminyak2...

Sekali sekala aku perhatikan Syahir yang tgh leka bermain dengan Y-pad yang baru dibeli oleh hubby...Dan hubby pulak tgh leka mengadap komputer....

Tengah aku khusyuk basuh pinggan ....

"HEI EKAU NI, HABIS DI KOLOKAIKAN BARANG2 DEN NI HA!!!!"

Aku menjenguk ke ruang tamu...hubby tengah mengutip gambar2 yang bersepah dilantai...

Dia memandang aku , tapi x semena2 aku gelak besar...

"Nape ibu gelak?" hubby bertanya..

" TAK SANGKA EH...BILA ORANG TERENGGANU MARAH DIA BOLEH BERTUKAR CAKAP NEGERI SEMBILAN!!! HA HA HA "


June 08, 2012

Syahir Mencarut ??????!!!!!!!!


Dua minggu sempena cuti skolah ni , anak bongsu aku , aka Izma Nor Syahir tinggal sorang2..Sebab, kakak2nya bercuti bersama atuk dan wan kat Negeri Sembilan...

Makanya selama 2 minggu ni lah aku dan hubby melayan kebosanan adik berseorangan di rumah..Hmmm..malaslah nk panjang cite..meh aku cite terus apa yang berlaku 2 hari lepas,

Lokasi : Depan televisyen
Waktu : 8.40 Malam , ketika iklan ( TV3 )

Masa tu aku tgh sibuk mengupas kentang , hubby leka mengadap komputer..dan adik melayan iklan di TV3...dan bila habis je iklan kat TV tu , dia bangun dan menuju ke dapur , ambil air dari peti sejuk.Selesai minum, dia mula nak mengacau aku...

Aku : Adik g lah tengok TV tu..ibu nak buat keje...
Adik: Ibu jom lah teman adik..
Aku : Sikit je lagi sayang...
Adik: Ala...meh la..

Dia mula merengek..aku mohon pertolongan dari hubby

Hubby: Adik , pagi tadi adik tengok cite apa?

Hubby mula ajak Adik berbual..

" Adik nengok cite "bughit".." selamba je dia menjawab..Aku dan hubby berpandangan..

" Cite apa adik" Aku bertanya lagi...betul ke apa yang aku dengar?

" Adik tengok cite "bughit" lah ibu, " Suara dia agak tinggi sikit...

" Cite tu mcm mana?" hubby pulak bertanya..

" Alah , dia goyang2 montot ( bontot ) dia" adik menjawab tanpa memandang abahnye..

" Hah! goyang montot? " Aku memandang hubby..." Cite apa abah?"

" Entah ! Adik...cite tu macam mana...? " Hubby mohon kepastian adik..

" Dia goyang - goyang montot , pastu dia mandi kat laut.. Pastu , diolang ( diorang ) nyanyi camni.."

Adik dah mula bangun...dengan kedua belah tangan di cekak kan ke pinggang.....

" Anu tu bughit bughit...anu tu bughit bughit..." Adik menyanyi sambil menggoyang - goyang kan punggung..Lari habis pitching nye...hi hi...

Aku dan hubby masih belum dapat menangkap lagu apa yang adik nyanyikan...Selepas berkali- kali bersoal - jawab dengan adik..dengan x semena - mena...keluar satu iklan kat tv..

" Ha..tadi adik tengok cite ni lah..nengok tu dia nyanyi...anu tu bughit bughit...nengok tu , kan dia goyang dia nye montot...kan...kan..." becok mulut adik sambil jari telunjuk nye ditekan2 kat TV...

" Ha ha ha ....itu bukan bughit lah Dik oiiiiiiii!!!!!" aku dah mula gelak melambak , hubby pun join sama...

Korang nak tau anak bertuah tu tengok cite apa...hmmmm rupa- rupanya dia tengok cite ni ha...

Laaaaaaa....rupa2nya dia tengok cite Madagascar!...

Lepas tu , puas jugak lah aku membetulkan sebutan Adik....

I LIKE TO MOVE IT MOVE IT....I LIKE TO MOVE IT MOVE IT....

Dan.....

Hari ni..semasa blog ni sedang di update..sebutan adik dah semakin betul....cuma tang "MOVE IT ..MOVE IT"  tu je...masih x leh nak repair lagi...masih lagi keluar sebutan mencarut tu...hmmmmm...takpe lah dik...it takes time...hi hi...

June 05, 2012

Setahun sudah akhirnya...

1 Jun ....

 Tarikh ni adalah tarikh yang paling manis buat aku dan hubby , sebabnya...

Pada tarikh inilah pada jam 6.00 pagi 2011, kami mula bergelar penjual nasi lemak...hi hi...

Alhamdulillah pada 1 jun 2012 yang lepas genap setahun aku menjadi peniaga kecil-kecilan..
Kalau nak diimbas kembali apa yang aku alami sepanjang setahun ni memang x kan habis untuk satu post ni..Tapi cukuplah kalau aku katakan , profesion baru aku ni banyak mengajar aku dan hubby erti kesabaran dan berani menghadapi kenyataan..

Memang pada mulanya  kami seperti sudah mahu mengalah. Tapi berkat suntikan semangat dan dorongan yang kuat dari keluarga, terutamanya mak dan ayah, x lupa juga sahabat terdekat membuatkan aku dan hubby bertekad untuk meneruskan pekerjaan baru yang sudah menjadi sumber utama pendapatan kami sekarang..

Sempena Anniversary setahun bulan ni...aku saje2 lah nak mengimbas kembali beberapa kenangan  pahit dan manis yang telah aku lalui sepanjang tahun ni...hi hi ..jgn mrh ye...

~ Bulan - bulan pertama aku berniaga , aku diserang sakit kepala yang teruk..kesan daripada gaya hidup yang mula berubah , waktu tidur yang x cukup , mkn x menentu..mood pun kdg2 ok....kdg2 ko...

~ Aku dh mula rasakan persaingan yang tidak sihat , perniagaan aku mula dilanda musibah , nasi lemak basi , mee grg berulat , kaki aku sakit , sambal yang masih panas tiba2 berbuih..dan yang paling haru..hampir sebulan pelanggan aku cakap aku x berniaga...sedangkan aku elok je terpacak kat situ... Tapi semuanya kami hadapi dengan positif...Alhamdulillah gangguan2 tu dh mula berkurangan sekarang

~ Keadaan cuaca yang x menentu...Dah banyak kali gerai aku dilanda ribut , khemah terbang, makanan2 berterbangan, panas terik ,

Itu antara cabaran yang aku hadapi sepanjang tahun lepas...tapi pada tahun ni.nampaknya aura positif sudah mula menjenguk..antaranya...

~ Aku sudah mula mendapat suntikan modal dari Amanah Ikhtiar Malaysia..dan aku juga telah dilantik menjadi setiausaha persatuan ni..Secara x langsung banyak juga manfaat yang aku dapat melalui persatuan ini.

~Aku sudah mula mendapat tempahan katering dan majlis2 rasmi...Alhamdulillah...

DAN YANG PALING TERBARU!!!!!

Hubby sudah mula berjinak2 dengan perniagaan online di internet ..Dan hasilnya juga agak lumayan..Pada sesiapa yang berminat boleh la jenguk2 kat pages aku di heading blog ni...Kalau dah jenguk tu , jangan lupa buat tempahan ye... hi hi

Semoga apa yang kami usahakan akan sentiasa diredhai Allah S.W.T dan akan semakin berkembang pada tahun ini...Insya Allah....

June 03, 2012

MEI pergi LAGI.....

Assalamualaikum suma....

fuh lama betul aku x merapu kat blog ni...bukannya sibuk sgt pun..tapi mood nak memblogging x mari lah...

ok...mcm 2 cite aku nk share ngn kengkawan , tapi aku x tau nk mula yang mana dulu...baik cite aku , cite hubby , cite anak2 atau isu semasa..?

aku rasa aku cite dulu lah pasal anak2 aku ye...

13 Mei lepas besday anak kedua ku, Izma Nurul Syaqira .Genap 5 thn umur dia. Aku panggil dia Qira atau Jepun...Dia ni jenis anak yang cool je..Tapi kdg2 sifat cool dia tu buat aku geram dgn dia...Ada satu insiden yang terjadi pada dia yang terjadi pada dia masa awal2 bulan Mei haritu...

Citenye mcm ni...
Pukul 1 ptg..aku keluar umah utk beli barang2 meniaga bersama dengan jiran aku yang sama2 tolong aku berniaga. Sebelum keluar umah aku dh ingatkan hubby..

"Abah , jangan lupa jemput Qira kat sekolah pukul 3.30 nanti..ibu takut ibu lambat balik pulak.."

hubby hanya mengangguk...aku pun terus keluar umah...

Sepanjang 2 jam aku keluar beli barang2, hati aku ni rasa berdebar2 je..x tau apa sebabnye..tepat jam 3 aku mesej hubby..." Abah, tolong amik Qira , ibu banyak tempat lagi nk pergi ni..ada sikit lagi barang belum beli.." mcm tu lah lebih kurang sms yang aku bagi...tapi sms aku x berbalas...untuk menyedapkan hati aku andaikan yang hubby dh jemput si Jepun tu...

pukul 4.15 petang...ada sms masuk..
"Ibu , abah belum jemput Qira lagi...tertidur"

Ya Allah!! Buntang mata aku sebaik membaca sms hubby.. Pantas tangan aku menarik tangan jiran yang menemani aku..habis semua barang2 yang masih belum berbayar aku tinggalkan...dalam kepala dah membayangkan mcm2 yang negatif..serta - merta aku teringat kes kematian adik Dirang...Ya Allah , jauhkanlah anak ku dari musibah...Menggigil tangan aku memegang stereng kereta..Jiran aku cuba menenangkan aku..Mujur jugak jarak antara tempat aku beli barang x jauh dr tadika Qira..Masa tu aku kat Tesco..

Tak sampai 5 minit aku dh sampai di Tadika tempat Qira belajar..Tapi pintunya bertutup rapat, keadaan kat situ pun sunyi..Aku tengok pintunya sudah bermangga..Terjerit2 aku memangggil nama Qira...Tapi tiada balasan..Airmata aku dh mula nak melimpah, tapi cuba ku tahan..

" Dik, adik nampak x budak kecik pakai baju skolah biru dekat2 sini?"

Aku bertanya pada budak2 yang tengah repair motor kat sebelah tadika tu..Hanya gelengan yang dibalas.

"Tadika dh lama tutup kak"..balas yang sorang lagi..

Aku cuba mendail no.phone cikgu tadika Qira..tadi henponnya tutup...Aduh...mana Qira ni...

Aku masuk ke dlm kereta dan terus  memecut ke rumah...sampai saje di rumah...aku menjerit sekuat hati memanggil hubby....kaki aku dah terlalu lemah untuk mendaki anak tangga...hubby menjenguk  di tingkap...cool je muka dia...

Aku: Qira dah balik ke?
Hubby: x der...elleh..ada kat dalam keta kan...( dia tersengih...bikin hati panas jer...)
Aku: Mana ada!
Hubby: Tipu..mesti ada dalam keta kan..ibu dh g amik dulu kan...( masih lagi tersengih...dah menggelegak dah nih)
Aku: Abah ingat ibu main2 ke..Mana ada Qira  kat dalam keta ni...Ibu pegi skolah dia dh tutup...kalau x percaya turun sini...abah amik mudah je kan..!! ( aku dh mcm orang kena histeria , terjerit2..airmata dh mula membanjiri)

Hubby turun dan meninjau ke dalam kereta...baru lah muka dia nampak risau...dia baru nak bukak mulut aku dh sembur dia dulu...

"Kalau jadi apa2 kat Qira..." aku x dpt menghabiskan kata2..hanya sedu sedan yang keluar....

" Ibu tunggu kat umah , abah pegi cari dia" hubby terus bergerak ...

Tapi aku x boleh duduk diam aje kat situ...aku pun follow hubby..dalam kereta jiran aku x henti2 srh aku istighfar...Syahir yang duduk kat belakang cuma senyap je..mungkin itulah pertama kali dia tengok aku mcm tu...

selepas 15 minit

Dari jauh aku nampak van hubby membelok ke arah deretan kedai...Sebaik saja van hubby berhenti , aku ternampak satu susuk tubuh berpakaian biru yang cukup aku kenal , melompat turun dari van dan masuk ke dalam kedai...

Qira!...Alhamdulillah....dia x apa2....

Setelah kereta berhenti di sebelah van hubby , Qira keluar dari kedai dengan sebotol 100 plus...sambil mencengkak pinggang, dia tersenyum melihat aku...

" Apsal lambat sangat amik Qira? Sampai Qira kena duduk umah cikgu masak tau...!Kalau buat lagi macam ni Qira denda ibu banje Qira KFC seminggu!" dia membebel kat aku...Aku senyum je sambil lap airmata dan mencium pipi dia berkali2...dia cuma tersengih je....



.

.
.

.

.

.

.

.

.
.