Jumlah pengunjung setakat ini .

Google+ Followers

Sokongan korang amat , amat , amatttttt dihargai .... ummmmuuuah!

January 21, 2012

Hari Lupa Sedunia

Hai kengkawan...LUPA? Hari ni aku nak cite pasal buah ati aku ....

Pagi2 lagi ...mcm biasa dia bangun tlg aku prepare makanan untuk berniaga..Tapi hari ni x rushing sangat mcm hari2 biasa sebab hari ni hari Sabtu...biasanya org x kerja..so diorang dtg beli makanan lambat sikit....Ok..malas lah nak ulas panjang...jom kita baca peristiwa LUPA yang pertama...

Jam 0530.....
Lepas mandi..dia dh siap2 packing bekas kuih semalam utk dipulangkan balik pada tuannya...Aku pulak sementara nak tunggu Subuh..sebab ngadap FB jap...hihihi...

Abah : Ibu , mana duit kuih kaksu?
Ibu   : Ada dlm beg...

Dia selongkar dalam beg berniaga dan terjumpa bungkusan plastik..then dia masukkan dlm bekas kuih...

Abah : Ibu , abah g jap eh...
Ibu   : OK..hati2...

Dalam 10 lepas dia keluar , aku pun shut down komputer , keluar dari bilik..Dan aku ternampak bekas kuih yang kononnya nak dipulangkan oleh hubby...Aku ngomel sorang2...ni mesti dia lupa...

Aku masuk bilik air dan mula bersiap..Sebaik aku keluar bilik air , hubby pun sampai... Aku nengok dia tersengih2..Macam dia tahu kesalahan dia...Aku terus direct tanya dia..

Ibu : Apsal blh lupalak?
Abah : He he ...abah pun x perasan , lepas abah siap packing , abah capai kunci kereta, abah g dapur minum jap pastu terus menonong je keluar....( dia gelak sorang2....)

Jam 0930
Masa ni aku kat gerai...dah selesai berniaga...disebabkan henpon aku rosak , hubby bagi henpon dia kat aku , dan simkad aku pulak dijadikan broadband...selalunya time2 camni , hubby mesti tgh ngadap komputer sambil memantau askar2 yang ber3 tu...

Siap je aku mengemas gerai....dah siap letak khemah kat atas bonet kereta...aku pun bukak pintu keta..Tapi apa yang mengejutkan aku bila tengok....
La!...Mana pulak kunci nya? Mesti hubby ambik skali masa dia nak balik umah...So aku pun SMS dia...Tapi yang peliknya..hampir setengah jam aku tunggu dalam kereta..tapi dia x muncul2..Walhal jarak antara rumah ngan lokasi aku berniaga tak sampai 5 minit kalau berjalan kaki....Hati aku dah panas nih...sepanas matahari pagi yang makin terik...

Aku tutup pintu kereta dan aku berjalan kaki balik ke rumah....Bengang betullah....Dah lah on the way balik tu aku berselisih dengan cleaner2 yang selalu membeli di gerai aku..Suma tegur apsal balik jalan kaki...bila aku cakap yang laki aku bawak balik kunci keta balik umah..suma dok pakat gelak...Walaupun hati panas tapi aku pun gelak lah jugak...

Sampai je kat umah...

Aku : Assalamualaikum.. ( Dengan muka berpeluh2 ..aku campak tudung kat atas kerusi )
Kakak : Waalaikumsalam...Eh ibu dah balik? X dengar bunyik kereta pun...
Aku : Mana abah?
Qira : Apalagi...tengah ngadap komputer lah...

Belum sempat aku masuk kebilik berjumpa dengan suspek...dia dah kuar dulu..

Abah : Eh ibu dah balik...x dengar bunyik kereta pun...( dia tersengih sambil menuju ke tingkap...aku perhatikan je...dalam hati mula istighfar....dan cuba senyum...)

Abah : Mana keta ibu?
Aku : Kereta...? Dapat x mesej ibu?
Abah : Ha mesej ? Mana ada ?
Ibu : Abah jgn tipu ..Kalau dah ngadap komputer tu ...gempa bumi pun x perasan..dah lama tau ibu tunggu abah kat bawah...Apsal bawak naik kunci kereta?
Abah : E'eh...hi hi...abah terLUPA lah bu...

Maka dipendekkan cite...sudahnya aku suruh dia yang pergi ambil kereta kat tapak gerai dan punggah suma barang meniaga dalam keta...dibantu oleh askar2...hmmmmmm...nak ambik hati lah tu...Sebabnya..selalunya setiap hari Sabtu mmg aku ngn hubby akn bawak anak2 keluar makan...So kalau aku bad mood ..mesti xleh kuar makan kan...:P

Jam1100
Kitorang kuar umah....masuk je dalam keta aku tanya hubby...

"Abah dah buang sampah?"

Mesti korang dh tau jawapannya...LUPA....

Jam 1130
Sampai je Tesco..aku terus masukkan anak2 kat Playland...pastu aku dan hubby menuju ke" Warung Kampungku "...kebiasaanya mmg macam ni...Kitorang makan dulu...pastu baru amik anak2 then bawak diorang pulak makan...Kalau sumanya makan serentak mmg akan huru - haralah foodcourt tu nanti...

Selesai menjamu selera....hubby bangun nak bayar bil....tapi x sampai 10 second hubby berpatah balik ke meja makan...

Abah : Ibu..nampak beg wallet abah?
Ibu   : X nampak..tadi abah bayar kat playland tadi guna duit mana?
Abah : Abah guna duit kat dalam poket seluar....( Hubby mula terbongkok2 memerhati kot2 lah wallet dia ada kat bawah meja....
Ibu : Suma duit ada kat abah kan.? ( Hubby angguk sambil meraba2 lagi poket seluarnya depan dan belakang...
Abah : Abah rasa teringgal kat umah lah..Macam mana ni?
Ibu : X cukup duit kat ibu ni...Abah sure ke tertinggal kat umah...?
Abah: Agaknye lah...abah balik kejap la ibu ye..Ibu tunggu sini boleh?
Ibu : Mmg kena tunggu lah kan..Tak kan nk pergi sekali , nnt diorng tangkap kita x bayar pulak!...

Sepeninggalan hubby..aku bersapau lah menunggu dia..dalam hati berdoa semoga wallet tu mmg tertinggal kat umah..kalau hilang...menangislah aku..Suma hasil berniaga hari ni ada dlm wallet dia...

15 minit berlalu....utk cover jgn bagi nmpk sgt yg ada something wrong berlaku...maka aku pun order air segelas lagi...mcm nk senak perut aku telan air....

1/2 jam berlalu.....aku mula perhatikan pintu masuk Tesco..." Lambatnya....dah hilang ke?" aku dh mula fikir yang bukan2....Tapi x lama pastu aku ternampak kelibat hubby muncul...dan dari jauh aku tengok dia tersenyum dan menggamit aku dtg ke kaunter....Selepas bayar bil....

Aku : Abah jumpa kat mana wallet tu...
Abah : Abah jumpa atas peti sejuk...
Aku : Abah tertinggal ke terlupa?
Abah :.................

Tiada jawapan yang keluar dari mulut hubby sebab dia dah gelak terbahak2 bila tengok muka aku yang dah cuak..." Grrrrrrrrrrrr,,,,nasib baiklah suami aku...kalau kengkawan dah lama aku smackdown dia...."
Post a Comment

.

.
.

.

.

.

.

.

.
.