“Hah!
Nanti dulu!”
Tadah
telinga lagilah jawabnya ni.
“Kenapa
sayang lambat ni? Anak meragam ke malam tadi?”
Tengku
Haizal menghampiri sambil memeluk tubuh. Walaupun senyumnya kelihatan menawan
tetapi masih tidak mampu mencairkan hati
aku.Geram betul aku dengan bos yang suis kepalanya tak berapa nak betul ni. Ikutkan
hati mahu saja aku hempuk belakang dia dengan helmet.
“Maaf Kuzal, saya pergi buat kerja dulu.”
Aku
cuba mengawal suara selembut mungkin. Dia tak bagi aku ruang untuk beredar dari
situ. Liar betul mata dia.
“Lagi
sekali awaj panggil saya Kuzal, saya cium awak!”
Dia
ketawa mengekek. Suka sangatlah tu tengok aku tergamam. Tak boleh jadi ni. Aku
tolak badan Tengku Haizal dengan helmet yang aku pegang. Muka aku? Jangan
cakaplah. Manis sikit dari jeruk cermai.
“Gila!
Pagi-pagi dah kacau orang!” aku membentak.
Ya
Allah, siapa punya kerja ni? Habis bersepah meja aku!”
Seingat
aku semalam, meja aku ni bersih. Siapa pulak yang letak fail bertimbun – timbun
ni?
“Saya
punya kerja. Kenapa? Tak puas hati ke?”
Aku
toleh ke belakang. Bos aku si wayar putus tu tengah tersengih macam kerang
busuk.
Selamba
aje dia menjawab. Memang tak ada rasa bersalah langsung. Malas nak bersoal
jawab, aku bawa semua dokumen yang perlu dibuat salinan ke mesin fotostat. Melakukan
kerja rutin di pejabat peguam itu membuatkan aku bosan. Sisa mengantuk masih
ada. Kesejukan penghawa dingin melayukan lagi mata yang sudah sedia kuyu. Mulut
ni pula tak henti-henti menguap. Naik lenguh rahang menganga luas-luas. Aduhai mata, tolonglah
bertahan. Tak sabar rasa nak tunggu Tengku Haizal keluar. Boleh aku membuta sekejap nanti.
Ini
semua gara-gara cup cake. Kalaulah
Maziah tu bukan kakak ipar aku, dah lama aku suruh dia bungkus aje bisnes online dia. Dia yang nak berniaga, dengan aku sekali
diheretnya berjaga sampai lewat malam. Nasib baik ada juga bahagian untuk aku.
“Ha,
tidur pulak!”
“Aduh!”
Terkial-kial
aku mengangkat penutup mesin fotostat. Terus celik biji mata. Kurang asam
sungguh dia ni. Kalau aku letak muka dia
atas mesin pengimbas ni bagus juga rasanya. Kalau tak menyusahkan hidup aku
sehari memang tak aman agaknya hidup Tengku Haizal. Dia masih terenjut-enjut
ketawa.
“Mesin
ni pun marah awak tidur. Sakit tak kepala tu? Mari saya tengok.”
Tangan
Tengku Haizal sudah menggosok-gosok ubun-ubunku. Aku mengelak.Tak suka
diperlakukan begitu. Malu kalau Kak Salmi nampak.
“Saya
ok.Kuzal..eh,Tengku duduklah dulu dalam bilik. Dah siap nanti saya letak atas
meja.”
Kekok
pula rasanya memanggil dia Tengku. Macam bercakap dalam istana pula. Lega hati
bila Tengku Haizal sudah beredar. Aku siapkan kerja yang tergendala tadi
cepat-cepat.
“Dayang!”
Satu
pejabat terperanjat. Kuatnya dia menjerit. Aku tinjau Tengku Haizal yang sedang
tersandar di kerusi. Dari sana dia gamit aku
masuk ke bilik. Aku pandang Kak Salmi yang sibuk menaip.
“Dia
nak apa Kak Salmi? Dokumen dia belum siap lagi.Tinggal sikit aje lagi ni.”
“Entahlah
Dayang. Pergilah masuk jumpa dia. Biar akak tolong habiskan kerja tu.”
Kak
Salmi bangun membawa perutnya yang sarat. Kesian pula aku tengok mak buyung ni.
Kerja dia sendiri pun banyak, tak pasal-pasal kena sambung kerja aku pulak. Dengan
langkah malas aku masuk ke dalam bilik Tengku Haizal.
“Tengku
panggil saya?”
“Tolong
buatkan Milo.Cawan besar tau.”
“Itu
aje?”
“Haah,
milo letak lebih tau,” sambung Tengku Haizal.
Hanya
kerana secawan Milo sanggup dia terpekik-pekik
panggil aku.Nak kata dia sibuk, aku tengok dia sedang bersenang-lenang
membaca suratkhabar. Apalah salahnya kalau dia bancuh sendiri. Mentang-mentanglah
dia bos. Boslah sangat! Dinesh pun bos juga. Tapi tak banyak songeh macam dia.
“Dayang!
Cepat sikit! Saya dah nak pergi ni!”
Tercampak
sudu yang aku pegang. Aku mengurut dada untuk meredakan rasa terperanjat. Aku
rasa mak dia ni telan mikrofon semasa mengandungkan dia kot. Sebab itulah asyik
nak menjerit. Bergoyang-goyang Milo di dalam cawan yang aku pegang.
“Nah!”
“Masya
Allah! Anak dara apa ni? Macam ini cara awak hidang air pada saya? Dulang tak
ada ke?”
Eleh.
Aku dah buatkan air tu dah kira untung. Aku tentang matanya.
“Maaf,
tadi Tengku suruh cepat.”
“Oh!Salah
saya pulak! Tengok, dah tumpah air kat meja.Lap sampai kering. Bersemut pulak
nanti.”
Amboi,
sedapnya mulut dia mengarah aku. Aku ke pantri semula dan ambil kain lembap
untuk membersihkan meja. Dulang kecil ku bawa sekali untuk mengalas cawan. Dia
tak ada di dalam bilik semasa aku kembali semula untuk mengelap tumpahan air di
atas meja. Legalah hati ni sekejap.
“Opocot!”
Ada
orang cucuk pinggang aku. Terpelanting kain di tangan. Aku pusing ke belakang,
nak tengok di mana kain tu mendarat. Alamak!
“Maaf
Tengku. Saya tak sengaja, terperanjat tadi,” bela diri sendiri.
Kelam
kabut aku ambil kain yang tersembam cantik
atas kemeja putih dia. Mujur tak meninggalkan kesan. Kalau tak, tadah
telinga lagilah jawabnya. Padan muka! Gatal
sangat nak mengusik aku.
“Muda-muda
lagi dah melatah. Dokumen saya dah siap?”
“Belum,
tadikan Tengku suruh saya buat air,” aku bagi
alasan dan harap-harap dia faham. Dia juga yang melambatkan kerja aku. Jadi
aku rasa aku layak membela diri. Kalau masuk mahkamah pun pasti aku menang.
“Habis
tu sekarang awak tunggu apa lagi? Cepatlah sayang oi! Abang dah nak keluar ni.”
Sesedap
rasa aje dia jerkah aku. Mujur Kak Salmi tolong. Tak sampai seminit, aku masuk
balik bilik dia. Lambakkan semua dokumen yang dia nak.
“Letakkan
dalam briefcase. Saya nak minum
kejap.”
Ya
ampun! Mengada-adanya dia ni. Macam dah tak ada tangan. Dia ingat aku ni bini
dia ke? Semuanya nak aku yang siapkan. Lepas sumbat semua fail, briefcase warna hitam itu aku tutup
kemas-kemas.
“Dah
siap. Ada apa-apa lagi Tengku?”
Dia
betulkan tali leher yang senget. Mata nakalnya menjamah muka aku. Eee, tak
kuasa nak pandang mata gatal dia. Kalau ada garfu masa ni memang aku korek
keluar biji mata dia tau. Tak pernah tengok perempuan ke? Aku ambil cawan yang
dah kosong. Dia dah tak bercakap tu, maknanya dah tak ada apa-apa lagi yang dia
nak kot.
“Dayang.”
Aduh,
apalagi ni? Aku memaniskan muka dan berpaling semula. Walaupun tengah geram,
muka mesti kena maintain. Aku adjust sikit ritma suara. Bagi lunak sikit.
“Ya
Tengku?”
“Bawa
beg saya ke kereta. Nak pergi tandas sekejap.”
Grrr,
dia ni memang dah melampau tau. Aku ni pecacai dia ke? Rasanya benda-benda ni
semua tak ada dalam skop kerja aku. Walaupun hati sakit, aku hantar juga beg
hitam yang sarat dengan dokumen itu ke kereta. Berkunci pulak pintu kereta ni.
Kenalah tunggu dia kejap. Dah macam model iklan beg pulak aku rasa. Lamanya dia ni. Berak batu ke?
“Hai
Dayang, awak nak ikut kami pergi court ke?”
Seorang lagi bos aku menegur.
“Taklah
Mr. Dinesh, Tengku Haizal minta saya letakkan beg dia dalam kereta,” aku jawab
sambil senyum kelat.
Tak
inginlah aku ikut lelaki mereng itu ke mahkamah. Aku dah tak sabar nak melelapkan
mata ni.
“Amboi
Zal, bertuah betul kau. Dapat layanan first
class!”usik Mr.Dinesh.
Tengku
Haizal ketawa senang. Tapi aku rasa macam nak muntah. Meluat betul tengok perangai dia. Selesai
kerja,aku melangkah semula masuk ke dalam pejabat. Bila kedua-dua bos sudah
tiada di pejabat, maka pejabat itu aku dan kak Salmi yang punya. Tak sabarnya
nak melelapkan mata.
“Dayang,
dokumen di atas meja ni siapa punya?”
Macam
nak terkeluar biji mata aku. Dokumen Tengku Haizal! Aku tengok muka cemas Kak
Salmi. Dokumen di tangan Kak Salmi aku ambil.
“Saya
tak perasanlah tadi kak. Macam mana ni?”
“Kalau
dia tahu mesti dia mengamuk. Kes dia start
pukul berapa?”
“Sembilan.”aku
menjawab perlahan.
Aku
capai kunci motor dan helmet. Tak pasal-pasal aku jadi minah rempit hari ni. Dalam
masa sepuluh minit aje aku dah pun sampai ke depan bangunan mahkamah. Aku biarkan
saja skuter merah jambu aku tersadai di kaki tangga. Apa yang penting ,
dokumen ini mesti ada di tangan Tengku Haizal sebelum perbicaraan bermula.
Melilau aku mencari Tengku Haizal. Menyesal pula tak bawa telefon tadi. Nak
cepat punya pasal.
“Boleh tepi sikit, saya nak tengok papan
kenyataan ni sekejap,” aku cakap sambil menyelit di celahan orang yang tengah tercongok kat depan papan yang
tertampal bermacam-macam jenis memo tu.
Itulah untungnya jadi orang kenit ni.
Aku
baca senarai firma guaman yang
terlibat dalam perbicaraan hari ini. Dah jumpa, tingkat
lima. Aku tengok pintu lif. Ramainya orang. Tak ada pilihan. Kalau tadi minah
rempit, sekarang dah macam olahragawati yang sedang menjalani ujian kecergasan.
Mujur hari ini tergerak hati nak pakai seluar. Kalau pakai baju kurung entah macam manalah rupa aku
sekarang ni. Adoi. Macam nak meletup
jantung aku. Oksigen dan karbon oksida berlumba-lumba keluar masuk dari hidung.
Sampai
tingkat lima. Aku teruskan pencarian. Banyaknya pintu. Mana pulak dia ni?
Tengku Haizal, tolonglah menjelma. Aku dah penat ni. Aku nampak seseorang yang
boleh menamatkan pencarian aku.
“Mr.Dinesh!”
Selamba
aje aku menjerit. Cepat-cepat aku pergi dapatkan dia.
“Dayang,awak
buat apa di sini?”
“Ni,tertinggal.
Tengku Haizal punya.”
Tiba-tiba
aje dokumen di tangan kena rampas dari belakang. Bos wayar putus aku tenga terrsengih. Aku telan air
liur, membasahkan tekak yang kering. Fuh, tiba-tiba terbayang ABC pulut. Heheh!
“Macam
mana boleh tertinggal?”
Dia
mula lagi. Sengajalah tu, nak malukan aku. Bukan nak cakap terima kasih.
Sebelum dia buat hal, baik aku pergi dulu. Malas aku nak jawab soalan dia.
“Nanti.”
Apa
lagi ni.Takkan di sini pun dia nak buli aku.
“Jom
ikut saya.”
Dia
tarik tangan aku ke pintu lif. Tak sempat nak cakap ‘bye-bye’ pada bos India
aku yang handsome tu.Cuma
kitorang berdua aje yang berdiri kat
depan pintu lif yang menghala ke tingkat
bawah. Dia sentap tangan aku masuk dalam lif. Kasar betul.
“Cuba
tengok rupa awak kat dinding lif ni.”
Aku
serba salah. Nak tengok ke tak? Tajamnya mata dia tenung aku. Apa yang tak kena
ni? Tak semena-mena dia pegang dua-dua belah pipi aku.
“Jangan Tengku,berdosa.”
Aku
macam nak menangis.Tak sanggup hilang kesucian di tangan lelaki yang aku tak
suka. Mak, tolong Dayang!
“Apa
awak merepek ni? Ni, saya kata tengok muka awak kat sini. Lawa tak? Dah macam
Tina Turner.”
Dia
pusingkan muka aku mengadap dinding. Masya Allah! Patutlah banyak mata yang
pandang aku tadi. Aku tahan tawa yang hampir meletus. Buruknya rupa kau Dayang!
Tengku Haizal menyeluk sikat pendek di poket seluar sebelah belakang.Sekali
lagi aku teragak-agak bila dia hulur sikat kontot tu pada aku.
“Rambut saya bersihlah. Tak ada kutu. Atau
awak nak saya sikatkan?”
Sepantas
kilat aku ambil sikat kat tangan dia. Tak inginlah aku manja-manja dengan dia. Dinding lif aku jadikan cermin.
Bersikat ala kadar aje. Nanti aku pakai helmet, gerenti serabai balik rambut
ni. Sebelum pintu lif terbuka, aku pulangkan balik sikat kontot dia. Aku senyum
sikit. Buat syarat, jangan dia kata aku menyombong pulak.
“Terima kasih.”
“Hmm…awak
ni buta warna ke?”
“Hah?”
“Tu…”
Aku
tunduk, nak tengok tempat yang dimuncungkan oleh Tengku Haizal.Aku tepuk dahi
sekali dengan mulut yang terlopong. Ya Rabbi! Bila masa pulak aku sarung
selipar jamban ni? Dahlah selipar jamban, lain-lain warna pulak tu! Aduh, mana
nak letak muka ni?
“Saya
pergi dulu Tengku.”
Aku
meluru keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Kan bagus kalau aku ada kuasa
ajaib. Kelip mata aje terus sampai pejabat. Malunya! Macam ada pinggan yang melekat
kat muka aku ni. Tengku Haizal panggil pun aku buat bodoh aje. Jumpa di pejabat
ajelah nanti. Tak tahu ke aku tengah malu ni? Aku melompat duduk atas skuter.
Gaya ala-ala rempit sejati. Tak nak tunggu lama-lama di situ, terus aku pecut
skuter pink kesayangan aku tu menghala balik ke pejabat.
Jalan
dah mula jem. Biasalah tu. Dah namanya Kuala Lumpur. Hujan sikit aje pun dah
jem. Pelik aku. Padahal jalan dah makin besar. Fly over dah
bersimpang-siur. Tapi jem juga. Yang untungnya, penunggang motorsikal macam
akulah. Boleh menyelit-nyelit. Tapi menyelit macam mana hebat pun, mesti sangkut juga di traffic light. Ini pun satu kebencian
aku juga. Kalau kena traffic light rosak pada waktu puncak, memang masaklah.
Duduklah dalam kereta masing-masing minyak kering.
Aku
menguap lagi. Lambatnya nak tunggu lampu ni hijau. Tadi masa nak pergi rasa
macam cepat aje. Nak balik ni rasa macam pejabat tu ada kat Seremban pulak.
Enjin motor tiba-tiba mati. Aku tekan punat start.
Tak nak hidup. Cuba lagi sekali. Masih sama. Ah, sudah!
“Aduh,
masa nilah kau nak buat perangai!” aku jerit perlahan.
Aku
pandang lampu merah. Ada empat puluh lima saat lagi. Apa kena motor ni? Takkan
mogok sebab aku biarkan tersadai kat depan mahkamah tadi? Minyak banyak lagi.
Apa pulak yang rosak ni? Aku dongak sekali lagi. Lima belas saat! Relaks
Dayang. Apa-apa hal, aku tolak motor ke tepi jalan dulu. Malu? Mestilah malu.
Bohonglah kalau cakap aku bangga motor
aku rosak kat tengah-tengah jalan ni. Buang tebiat ke? Aku duduk menyangkung di
tepi motor. Blur kejap, tak tahu nak
buat apa. Ada dua tiga buah kenderaan yang sengaja hon aku. Bongok! Tak pernah tengok
motor rosak ke? Inilah masalah rakyat Malaysia, terlampau prihatin. Tapi
prihatin tak kena tempat. Kalau berhenti tolong aku kan bagus!
"Oi!"
Sebuah kereta berhenti. Macam kenal aje kereta ni. Cermin kereta diturunkan. Dah agak dah, memang dia.
"Kot ya pun motor tu rosak, jangan menyangkung kat tepi jalan macam tu. Buruk betul kalau tengok dari jauh tau. Dah macam orang kena buasir."
Sebuah kereta berhenti. Macam kenal aje kereta ni. Cermin kereta diturunkan. Dah agak dah, memang dia.
"Kot ya pun motor tu rosak, jangan menyangkung kat tepi jalan macam tu. Buruk betul kalau tengok dari jauh tau. Dah macam orang kena buasir."
Ek eleh! Kalau berhenti
setakat nak bebelkan aku baik tak payah. Aku senyum sikitlah. Tak sampai hati
nak maki balik. Dia kan bos aku. Aku bangun dan cuba hidupkan motor sekali
lagi. Memang sah skuter aku ni mogok. Tengku Haizal keluar dari kereta. Terus
pegang tangan aku, tarik masuk kereta.
"Motor saya macam
mana?"
"Saya dah telefon
mekanik. Kejap lagi diorang datang ambil," jawab Tengku Haizal.
"Kita tunggulah
kat sini dulu. Takut motor tu hilang nanti."
"Kalau setakat
skuter pink awak tu, tak ada siapa yang
berkenanlah."
"Atau pun saya
tolak aje motor tu. Ada satu bengkel kat depan sana, tapi tak tahu dah buka ke
belum."
"Duduk ajelah
diam-diam.Kejap lagi diorang sampailah."
Aku diam, tak guna
melawan. Dia kan peguam, banyaklah hujah dia nak bidas aku nanti.
"Tengku dah habis perbicaraan ke?"
Baru aku perasan. Aku baru aje keluar dari mahkamah. Aku tengok jam. Baru pukul sepuluh.
"Kes postponed, majistret demam," jawab Tengku Haizal.
"Tengku dah habis perbicaraan ke?"
Baru aku perasan. Aku baru aje keluar dari mahkamah. Aku tengok jam. Baru pukul sepuluh.
"Kes postponed, majistret demam," jawab Tengku Haizal.
Aku mengemam bibir.
Kalau aku tahu majistret tu nak cuti tak payahlah susah-susah aku merempit
tadi. Tengku Haizal tanggalkan tali leher, campak terus kat tempat duduk
belakang. Lengan baju dilipat sampai siku. Terselah tangan dia yang berbulu
halus. Aku pandang ke luar bila dia toleh pada aku. Takut nanti dia ingat aku
syok tengok lengan berbulu dia. Tengku Haizal telefon mekanik yang katanya nak datang tengok motor aku. Lepas tu dia telefon orang
lain pulak. Klien dia kot. Lantak dialah.
Kepala aku ni tengah ligat fikir apa pulak penyakit skuter aku ni.
Punyalah berfikir, sampai tak perasan trak tunda dah sampai. Aku nak keluar
tapi Tengku Haizal dah buka mulut dulu.
"Tak payah keluar,
jaga kereta."
Eleh, berlagak! Nasib baik aku tak pandai bawa kereta manual. Kalau tak memang aku tinggalkan aje dia kat sini.Tak sampai lima minit, Tengku Haizal masuk balik dalam kereta.
"Kita ikut diorang pergi bengkel," kata Tengku Haizal.
"Teruk ke rosak motor tu?"
"Motor dah kena hukum buang dalam sungai, banyaklah kot penyakitnya."
Amboi, sesedap mulut dia aje kutuk motor pemberian abah. Kecik hati aku. Motor tu dah banyak berjasa pada aku tau. Tiba-tiba Tengku Haizal berpaling. Badan dia rapat kat tepi bahu aku. Wangian Hugo Boss yang dia pakai dekat sangat dengan hidung. Lain macam aje cara dia pandang. Apahal pulak dia ni? Sambil pandang aku, tangan kanan dia kunci pintu kereta. Secara automatik keempat-empat pintu terkunci. Perlahan-lahan tangan dia cuba menjangkau muka aku. Spontan aje dua-dua tangan aku tutup muka.
"Janganlah Tengku, tak baik buat macam ni. Ingat Tuhan!" Aku dah menjerit sambil tekup muka.
"Oi!" Dia jerkah aku. Perlahan-lahan aku alihkan tangan. Muka dia macam nak ketawa tengok aku macam tu.
Eleh, berlagak! Nasib baik aku tak pandai bawa kereta manual. Kalau tak memang aku tinggalkan aje dia kat sini.Tak sampai lima minit, Tengku Haizal masuk balik dalam kereta.
"Kita ikut diorang pergi bengkel," kata Tengku Haizal.
"Teruk ke rosak motor tu?"
"Motor dah kena hukum buang dalam sungai, banyaklah kot penyakitnya."
Amboi, sesedap mulut dia aje kutuk motor pemberian abah. Kecik hati aku. Motor tu dah banyak berjasa pada aku tau. Tiba-tiba Tengku Haizal berpaling. Badan dia rapat kat tepi bahu aku. Wangian Hugo Boss yang dia pakai dekat sangat dengan hidung. Lain macam aje cara dia pandang. Apahal pulak dia ni? Sambil pandang aku, tangan kanan dia kunci pintu kereta. Secara automatik keempat-empat pintu terkunci. Perlahan-lahan tangan dia cuba menjangkau muka aku. Spontan aje dua-dua tangan aku tutup muka.
"Janganlah Tengku, tak baik buat macam ni. Ingat Tuhan!" Aku dah menjerit sambil tekup muka.
"Oi!" Dia jerkah aku. Perlahan-lahan aku alihkan tangan. Muka dia macam nak ketawa tengok aku macam tu.
"Saya nak pakaikan
tali pinggang keledarlah! Yang menjerit macam orang kena rogol ni apsal?"
Tengku Haizal tersengih nakal.
Hish! Ringan aje tangan
aku ni nak tumbuk muka dia. Memang ada wayar yang putus dalam kepala dia ni.
"Cakap aje tak
boleh ke? Saya boleh buat sendiri."
Aku tolak badan dia
yang masih rapat di bahu. Dia gelak melambak. Tak cukup dengan gelak, dia siap geleng-geleng kepala lagi. Aku kemam bibir.
Rasa macam nak melompat keluar aje dari kereta. Selamat ke tidak aku sekereta
dengan dia ni? Buatnya dia bawa aku lari karang, macam mana? Kepala dia ni
bukannya betul sangat. Sejak aku kenal dia
enam bulan lepas, belum pernah sehari pun dia tak menyakat aku. Macam
dah jadi acara wajib dia. Kalau tak menyakat, mesti cari sebab nak maki hamun
aku. Tak pun suruh aku buat kerja yang
tak sepatutnya aku buat. Kemas pejabat dia, belikan makanan dia, hantar
baju dia ke kedai dobi, macam-macam lagilah. Kalau bukan sebab aku ni nak kena
bayar balik pinjaman PTPTN, memang aku
tak kerjalah dengan dia. Dapat bos yang gatal, mengada-ada dan cerewet macam dia ni buat aku serabut. Tapi
nak buat macam mana? Selagi boleh sabar, aku tahan kan ajelah.
Sampai di bengkel aku,
aku tengok mekanik tu mengerjakan
skuter aku. Mujur kerosakannya tak
teruk. Motor boleh siap repair hari ni juga. Mata aku tak lepas tengok
mekanik tu ‘bogelkan’ skuter aku satu persatu. Bagus juga kalau aku tengok dia repair motor ni. Lain kali kalau rosak dah tak payah
hantar bengkel.
Jual ajelah skuter buruk tu,"
kata Tengku Haizal.
"Mana boleh, itu skuter
kesayangan saya."
"Eleh, sayanglah sangat. Macam
boleh bawa tidur."
Dia ni apahal? Dari tadi asyik tak
puas hati. Bukannya aku minta duit dia untuk repair motor tu. Menyampahnya aku tengok muka dia. Nak aje aku
simbah dia dengan minyak hitam yang berlambak-lambak kat dalam bengkel ni. Aku
menyangkung di sebelah mekanik yang tengah mengerjakan 'kekasih hati' aku tu. Bahu
aku dicuit. Aku dongak ke atas. Angkat kening aje, malas nak buka mulut. Tengku
Haizal ajak aku keluar dari bengkel.
"Ala kejaplah Tengku. Saya nak
tengok dia betulkan motor ni. Senang kalau
jadi apa-apa hal lain kali, saya dah tahu macam mana nak buat."
Aku tengok motor balik. Kepala aku
makin tunduk bila pomen tu menggedek bahagian enjin skuter di sebelah bawah.
"Adeh!" Telinga aku kena
tarik. Nak tak nak kena juga aku berdiri. Macam nak tercabut cuping telinga
aku. Dia tarik aku keluar dari bengkel.
"Apsal degil sangat hah! Suka
sangat awak menyangkung kat sebelah apek tu kan?"
Dia lepaskan tangan. Sengaja buntang
mata kat aku. Eleh, tak takut pun!
"Saya bukan mengorat apek tu.
Saya nak tengok..."
"Diam! Jom pergi minum. Awak
jangan lupa, sekarang ni masih dalam masa bekerja. Saya boleh potong gaji awak
tau," ugut Tengku Haizal.
"Kenapa pulak nak potong gaji
saya? Saya bukannya ponteng kerja. Saya pergi hantar dokumen Tengku tadi
kan?"
Sekali-sekala kena melawan juga. Mentang-mentanglah
dia bos, suka hati laki mak tiri dia aje nak potong gaji aku.
"Melawan, melawan! Kerat lidah
tu karang. Jom!"
Lepas telinga, tangan aku pulak dia
tarik. Langsung tak nak lepas walaupun dah duduk kat gerai cendol di tepi
bengkel tu. Dia lepaskan tangan aku bila pakcik yang jual cendol tu datang nak
ambil pesanan.
"Bang, bagi cendol pulut dua,
sup ayam dua."
"Saya tak nak makan Tengku,
masih kenyang," aku menolak.
"Siapa order untuk awak? Nak order
sendirilah."
"Kalau macam tu takpelah. Saya
belum nak minum lagi."
Aku rasa macam nak hirup darah kau
aje sekarang ni. Aku senyum, bayangkan kalau aku cakap macam tu kat dia.
"Besok tak payah bawak motor
pergi kerja."
Aku pandang Tengku Haizal. Apahal
pulak ni. Dah kena buang kerja ke? Takkan sebab tak nak makan cendol pun kena
buang kerja?
"Habis tu macam mana saya nak
pergi kerja?"
Berani-berani takut aje aku tanya
dia. Risau juga kalau betul-betul dia pecat aku, satu kerja pulak nak cari
kerja lain.
"Nanti saya jemput awak kat
rumah," jawab Tengku Haizal selamba.
"Hah?"
Aku ni dah pekak ke atau dia yang
tengah sawan? Apa mimpi pulak tiba-tiba dengan sukarelanya nak jadi supir aku? Dia
tak ulang balik apa yang dia cakap tadi sebab tengah sedap mencedok cendol
masuk dalam mulut. Punyalah laju dia minum. Mak aih! Dia ni bela hantu raya ke?
Cepatnya dia makan!
"Takpelah Tengku, saya lebih
selesa naik motor."
Aku jawab elok-elok. Tapi dia
pandang aku macam dia tak kenyang-kenyang lagi.
"Orang dah pelawa tu jual mahal
pulak!" bentaknya.
"Bukan jual mahal Tengku. Tapi saya
lebih..."
"Dahlah! Saya nak awak bayar
semua ni. Upah sebab saya tumpangkan awak sampai ke bengkel."
Eh, dia tinggalkan aku macam tu aje?
Menonong aje dia berjalan. Sempat lagi dia pandang aku sebelum masuk dalam
kereta.
"Dayang!" dia panggil.
"Apa?"
"Lagi setengah jam kalau awak
tak sampai ofis lagi, saya pecat awak!"